Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Saturday 31 May 2014

Langkawi Part 2 vs Supplemen

Ok, semalam dah bercerita separuh pasal perjalanan ke Langkawi. Hari ini ku sambung sikit je lagi..hihi..Petang lepas balik daripada Island Hoping. Selepas berehat. Kami bergerak pula ke Gunung Mat Cincang. Perjalanan ke sana membuatkan kami tersalah arah, gara-gara salah baca map. Setelah berhempas pulas, jumpa juga..bak kata suami ku 'langkawi bukan besar pun'..hahhaha


Masa ni dah puas ambil gambar dan meninjau. Nak turun semula.

Turun dan bergambar di bawah, seterusnya meronda lagi kawasan pulau ini.

Anak-anak pantang jumpa pantai

Banyak gambar yang kami ambil, tapi saya share sikit je ye. Yang penting anak-anak gembira. masa ni badan dah sakit-sakit, allah je la yang tahu.

ibu cover letih, budak tecik dah tak tahan. Letih dan lapar

Layan anak-anak nak makan KFC. Ibu pun tumpang dua kaki. Selepas menjamu tekak, balik ke chalet. Ibu dengan pantas menelan vitamin. Tapi ibu tidak bawa supplemen yang amat penting iaitu OSTEMATRIX. Boleh la pula tertinggal. Supplemen yang sangat membantu melegakan keletihan setelah berjalan-jalan. Ibu telan je vitamin yang ibu bawa. Vitalea,vitamin C,B Complex.

26 May 2014

Ini gambar hari kedua masa tunggu nak bergerak ke Island Hoping

Hari terakhir di Langkawi, kami pergi ke UnderWater World di Pantai Cenang. Membawa anak mengenali dunia haiwan dasar laut.





Anak-anak yang teruja, mana haiwan yang mereka kenal dan tahu, mereka sebut. Secara umum mereka hanya tahu ikan. Hahahha. Yang lain macam udang, ketam.


Selepas daripada UnderWater World ni, kami bergerak semula ke chalet dan berkemas, seterusnya check out dan menuju ke Jeti Kuah. Di Jeti Kuah kami ambil keputusan untuk pergi ke Kompleks Haji Ismail Group untuk mencari coklat dan cenderamata. Antara yang dibeli adalah coklat Daim, Pepero, Kinder Bueno, Loacker dan beberapa jenis yang ku tak ingat namanya. hihi. Kain batik, key chain, seekor burung helang(patung).

Mercu tanda Langkawi

Selamat tinggal Langkawi. Jumpa lagi di masa akan datang. In Sha allah.

P/s: Pastikan supplemen antara checklist utama anda bila berjalan jauh. Hehehe..

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe


Friday 30 May 2014

Langkawi Part 1

Assalamualaikum w.b.t Salam Jumaat yang mulia. Alhamdulillah..Minggu lepas suami bawa kami anak beranak bercuti di Pulau Langkawi. Tiada perancangan khusus, suami beritahu pun lagi 2 minggu sekolah nak cuti. Maklum la, walaupun saya dan suami bukan cikgu,tetap ambil masa bawa anak-anak makan angin. Cuti sekolah juga akan membuatkan hotel, chalet dipenuhi. Syukur alhamdulillah, masih ada ruang buat kami.

24 May 2014

Perjalanan dimulakan seawal jam 7.30 a.m daripada rumah mak. Perjalanan lancar. Berhenti dihentian rehat untuk makan. Sampai di Jeti Kuala Perlis jam 12.30 p.m. Jumpa agen yang saya tempah chalet dan kereta. Beli tiket feri jam 1.30 p.m. Menyelusuri laut selama hampir satu jam. Dalam feri tidak begitu ramai orang, jadi anak-anak berlari-larian sambil diawasi ayahnya. Saya menikmati ciptaan Allah. Subhanallah.



Ini budak memang aktif sebab masa ni belum penat lagi..hihi


Ibu sempat posing.


2.30 p.m sampai di seberang, menunggu pula untuk ambil kereta(Myvi putih). Kepenatan sudah dirasai. Siap register, bergerak menuju ke chalet. Tapi suami terlebih rajin, nak ronda-ronda dulu kenal jalan. Akhirnya 4.30p.m sampai juga.Chalet betul-betul menghadap laut..hik hik. Anak-anak dah tidur dalam kereta, jadi bila nampak laut, mereka sangat-sangat la teruja. Perkara pertama bila dah letak semua barang, solat dulu dan bawa anak-anak ke tepi pantai. Kebahagiaan terasa bila anak-anak melompat gembira dapat mandi laut. Layankan sampai jam 6.30p.m. Itupun puas pujuk suruh naik. 




Malamnya selepas Isyak, bersiap pergi ke pekan. Cari baju dan cari makan. Selesai shopping, balik chalet dan berehat sebab esoknya nak pergi ke Island Hoping(Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah)

25 May 2014

Jam 8.30 a.m bersiap dan masuk pekan untuk sarapan dan seterusnya berkumpul di tempat untuk naik bot. 9.30 a.m mula naik bot laju. Gayat juga rasanya naik bot laju ni. terhentak-hentak membelah ombak sampai senak perut ku..Akhirnya hampir 45 minit sampai ke Pulau Dayang Bunting. Nak turun ke Tasik Dayang Bunting tu kena naik tangga dan turun tangga. Kejang habis kaki ku. Satu jam masa diberi. Hanya anak-anak yang mandi di tempat khas. Selepas itu naik turun tangga semula..Waduhh..semput.




Seterusnya pergi ke tempat pemeliharaan ikan, boleh bagi ikan makan, ambil gambar dengan penyu. Kemudian, melihat sang helang kelaparan. Bila tukang bawa bot tu bagitahu tentang asal usul nama Langkawi, barulah ku tahu. Nama Langkawi di ambil sempena nama sang Helang dan Batu Kawi yang banyak terdapat di pulau tersebut. 



Usai disitu, kami bergerak ke Pulau Beras Basah untuk mandi pantai. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah. Dengan pantai yang mempunyai pasir yang halus memutih, pantai jernih dan bersih.



Hampir jam 1.00p.m baru kami sampi semula di jeti masa kami naik. Masuk kereta dan menuju ke gerai makan. Balik chalet, mandi,solat dan berehat. Petang itu juga kami menuju ke Gunung Mat Cincang untuk menaiki kereta kable. Masyallah, sangat tinggi lah...



Nak tahu kesudahannya? Ikuti sambungannya esok ye..hik hik..

Sekian..

Ikhlas coretan dari ku.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe

Thursday 22 May 2014

Set IQ untuk anak anda.

Alhamdulillah bertemu lagi setelah hampir seminggu tak update..macam lama sangat..hahaha..Hari ini dan esok suami outstation di Shah Alam, maka tinggallah bertiga dengan anak-anak. Syukur anak-anak behave. Kalau tak pening kepala mak dik non..Mereka macam biasa, main kejar-kejar, pondok-pondok, sekali sekala bercakar. Macam tadi main tolak-tolak, lepas tu terlajak tolak, dah calar kaki adik, kalau kena air je "atit,atit"..



Ini gambar masa tengah baik. Sekarang kalau beli baju kena sama, kalau tak sama, yang seorang akan tanya "mana baju kakak/adik?". Kerana penangan Frozen, maka anak-anak ku juga terjebak. Padahal bukan tengok cerita pun, dengar lagu 'Let It Go' je pun..huhuhu..Kadang suruh dandan rambut macam Elsa, mana nak buat? Rambut tak cukup panjang. Kadang ambil kain batik buat macam layer di belakang badan, tangan julang-julang sambil nyanyi 'hey bi go','hey bi go'...hihihi..layannnnn...


Maghrib punya cerita. Nampak ibu pakai telekung, dia pun nak juga. 'Ibu, adik nak semayam(sembahyang) jugak'. Pakaikan siap-siap, snap picture. dalam kain tu tangan dia buat 'peace'. Adoi la adik. Si kakak tengah meneran masa ni.

Nak puji anak sendiri..hihi..siapa lagi nak puji kan..Budak dua orang ni saya bagi makan supplemen masa umur diorang setahun setengah. Sebabnya sebelum jumpa Shaklee ni, sistem imun si kakak sangat 'rapuh'. Setiap bulan asyik demam, lepas tu kena penyakit kaki, tangan dan mulut. Batuk, selsema. Pernah sekali ambil neb sebab bila kakak bernafas akan ada bunyi. Nasihat doktor masa tu, cuba kurangkan sukatan susu yang dia minum. Alhamdulillah.ok

Si adik walaupun menyusu badan, tetap kena sakit juga. Alahan pampers, naik rashes. Sampaikan adik yang jaga tak pakaikan pampers, hanya kain lampin dan taburkan bedak. Lepas 2-3 hari tak ok, nak tak nak terpaksa bawa jumpa doktor. Doktor bagi krim sapu jenama "Ezzerra". Alhamdulillah. adik pun ok.

Syukur sekarang kakak dengan adik sama-sama sihat. Kalau nak sakit pun sekejap sangat. Saya sentiasa bagi mereka MEALSHAKES, Vitamin C Chewable dan Omega Guard. Tiga rangkaian ini untuk pastikan sistem imun badan anak kuat, mengelakkan radikal bebas, serta mengaktifkan fungsi otak. Dengan cara ini, apabila mereka belajar sesuatu, mereka dapat mengingatinya. Setakat kena hujan sikit, alhamdulillah, sistem imun masih kuat dan tak mudah jatuh sakit.




Kredit pada owner pic ye. Nanti saya buat poster saya ganti gambar ni..hihi.

In shaa Allah, ini adalah sebahagian usaha saya untuk memastikan kesihatan anak dan keluarga. Walaupun saya kata ini vitamin untuk anak-anak, kita yang tua ni pun boleh nak amalkan. Macam Omega Guard dan Mealshakes tu, ibu hamil, ibu menyusu, warga emas pun boleh ambil. Supplemen kan..kecuali jika pengguna alami masalah kesihatan tertentu. Yang ni kena la bertanya pada yang pakar..

*Masalah jerawat?jeragat?RESDUNG?

Bagi yang nak order atau menjana EXTRA INCOME bersama Jutawan Shaklee.

Sms/whatsapp 013 2236819
Fb: https://www.facebook.com/hasnirah.iris
Pages : https://www.facebook.com/VitaminIbuHamil?ref=hl
Blog : http://zarariana.blogspot.com/

Has
Shaklee Distributor Anda
883548



Wednesday 14 May 2014

Pilihan ku di kala batuk,selsema adalah Shaklee

Cerita semalam

Alhamdulillah. Bertemu sehari lagi.Pagi-pagi lagi lepas Subuh dalam jam 8 a.m ajak en suami pergi pasar basah. Kebetulan beliau cuti sempena Hari Wesak. Perancangan awal just nak beli lauk dan sayur tapi tak tahu lauk dan sayur macamana. hihihi..

Sampai je, alahai, rambang mata sebab selalunya beli lauk pauk di kedai runcit berhampiran. Nak tahu apa saya beli? Ikan kerisi. Ikan gerut.isi ikan merah.perut.nenas.rebung.santan cili padi.limau nipis.bunga kantan.daun kesum.tempoyak.tauhu.bayam.kacang panjang.kunyit.keledek..lagi apa ye..hahaha. Dan menu yang menjadi rancangan saya adalah

Menu arini-rebung masak lemak campur perut.sambal belacan.kacang panjang rebus.
Menu esok-isi ikan merah masak gulai asam tempoyak.bayam tumis
Menu lusa- ikan kerisi goreng.kacang panjang tumis+tauhu
Menu tulat- nenas masak lemak+perut.

Sila percaya pada menu hari ini sebab yg esok lusa tulat tu takut aye lemau...hahaha


Cerita Hari ini

Ya. Mak yong di landa masalah kesihatan.Tapi still lagi masak. Hahhaha..Cakap pasal masalah kesihatan ni kan, apa puncanya ye? Sistem badan kurang berkesan? Persekitaran? Cuaca? Bagaimana kita ambil langkah penyelesaian?

Ketika mengandung, bakal ibu cenderung untuk berasa was-was dengan pengambilan ubat-ubatan walaupun ia dipreskripsikan oleh doktor yang bertauliah. Justeru pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan hal pengambilan ubat ketika mengandung bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini kepada bayi dalam kandungan selain berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu.
Ubat antibiotik antara jenis ubat yang perlu diberi perhatian apabila anda sedang berbadan dua. Satu kajian yang dilakukan mendapati ibu hamil yang mengambil ubat antibiotik ketika sedang mengandung mungkin boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh badan bayi.
Kajian yang dilakukan oleh Children’s Hospital of Philadelphia di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pengambilan ubat antibiotik oleh ibu hamil dapat mengurangkan kemampuan anak melawan penyakit yang berkaitan dengan kuman dan bakteria, terutama dalam sistem pencernaan.
Dikatakan ibu hamil yang makan antibiotik dapat meningkatkan risiko anak yang lahir mudah terjangkit dengan masalah pencernaan akibat kuman dan bakteria, salah satunya adalah jangkitan E.coli yang boleh membawa maut terutama dalam kalangan bayi yang lahir pramatang. Oleh sebab itu, bayi memerlukan kekebalan badan yang maksimum terutama bakteria baik di dalam ususnya.
Oleh itu pengambilan antibiotik dalam kalangan ibu hamil mesti diawasi oleh doktor kerana ia mempunyai kesan sampingan yang besar kepada bayi dalam kandungan. Sebaiknya elakkan daripada mengambil antibiotik jika ibu sekadar diserang demam selesema biasa sahaja.
Sumber- Pa&Ma

Pilihan saya adalah NUTRIFERON daripada Shaklee. Kerana fungsinya yang mendorong pengeluaran interferon semulajadi tubuh.- Satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan memperingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan badan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T Cells, B Cells dan makrofag.

Alhamdulillah..ditemukan dengan yang terbaik.SELAMAT.SEMULAJADI.BERKESAN dan HALAL.

Anda juga perlukan NUTRIFERON? Jangan segan-segan hubungi saya di sini

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/hasnirah.iris
Pages : https://www.facebook.com/VitaminIbuHamil



Monday 12 May 2014

NUTRIFERON- Membantu menghilangkan rasa sakit tekak dan lemau

Assalamualaikum w.b.t. alhamdulillah. Bertemu lagi kita. Kesan daripada pergi kenduri semalam dengan cuaca terik, tanpa baring. Hari ini mak yong lemau. Hahahha. Bangun pagi dengan tekak sakit,batuk. Tahankan je dulu. Bila dah tengahari, saya telan sepeket NUTRIFERON. Tidur sekejap lepas Zohor dan bila bangun,alhamdulillah, sakit-sakit makin kurang.



Meh tengok sikit apa kelebihan NUTRIFERON ni

MENGUKUHKAN SISTEM IMUN DALAM MASA 3 HARI.
- Satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian  telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan memperingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan badan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T Cells, B Cells dan makrofag.
MELAWAN KANSER DAN TUMOR
- Interferon semulajdi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkkan immnunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.
MELINDUNGI DARI INLUENZA
- Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
MERINGANKAN STRESS DAN KELESUAN
- Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
MELAMBATKAN PENUAAN
- Formula unik NUTRIFERON merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Jesteru sel-sel akan menjadi lebih sihat.
MENGURANGKAN INFEKSI OLEH PESAKIT-PESAKIT HEPATITIS B & C
- Keberkesanan NUTRIFERON dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepasa pesakit-pesakit Hepatitis B & C.
MEMPERTINGKATKAN MENOPOUS
- Hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopous akan menjadi lebih baik.
MEMPERTINGKATKAN PMS
- Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

Kalau nak tahu, formula untuk menghasilkan NUTRIFERON ni sangat-sangat istimewa sebab kajian sahaja memakan masa 40 tahun. Wow..sangat la lama kan. Sebab itu ianya adalah antara produk mahal yang setanding dengan kesan dan kandungan bahan-bahan untuk hasilkan NUTRIFERON.

Rasanya manis-manis labu macam tu sebab salah satu kandungan NUTRIFERON adalah biji labu. 

Antara testimoni yang ingin saya kongsi tentang NUTRIFERON

1. "Nutriferon the best...sy mkn 2 minggu ketuat gugur sendiri tanpa rasa sakit pun".- Rumaizah Zalkornain

http://seindahsenyuman.blogspot.com/2012/12/hilangkan-ketuat-dengan.html?m=0

2. "hari ke-6 lps dmm waktu kemuncak denggi..husbnd sy baru lps kena.sy bg nutriferon dan PD.a week after darah dah back to normal.alhmdulillah..- Roslina Sabiyah

3. Salam..nak tanye,kalau utk resdung apa yg kita boleh sugestkan?

 " for me & hubby... nutriferon 1 sachet morning, diikuti dgn vitamin c & vitalea..- Jusliana Jaafar

Siapa yang perlukan Nutriferon?

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan

2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara

3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum

4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti

5. Individu yang diet mereka tidak optimum

6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan

7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

Ha. anda yang nak tingkatkan sistem imun badan, perlukan antibiotik semulajadi dan nak menentang virus,bakteria. So pilihlah yang semulajadi ye.
Dalam pada sakit-sakit ni nak juga merancang minum petang tadi buat mee bandung, belasah bahan-bahan yang ada. Hahahaha. Maka inilah hasilnya 


Tak sedap pun tapi disebabkan rasa lapar tu menebal ku telan juga..ihiks..

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/hasnirah.iris
Pages : https://www.facebook.com/VitaminIbuHamil

Sunday 11 May 2014

Ostematrix pilihan saya ketika hamil

Assalamualaikum w.b.t. Pagi semalam sebenarnya tidak dapat pergi ke pasaraya disebabkan cuaca hujan, maklum la Has naik motor je dengan anak-anak. Pasaraya dekat sangat pun. Jadi, oleh kerana hujan, Has goreng jemput tepung perisa udang Adabi.


Petangnya mak, bapak dan embah datang daripada kampung. Bermalam rumah adik sebab hari ini mereka dan termasuk saya sekali nak pergi hadiri jemputan majlis kahwin orang kampung(dulu duduk sekampung) yang dah pindah ke Bukit Beruntung. Juga atas jemputan bapak jadi DJ.

Selepas Maghrib, saya ajak suami pergi pasar malam minggu di pekan Tanjung Malik sebab nak beli Otak-otak. Memang biasa beli di gerai pasar, anak-anak suka. Rasa sedap dan isi tebal. Satu RM0.60. Beli yang siap masak 20 batang dan mentah 50. Boleh masak sendiri di rumah. Lepas siap membeli, saya pergi cari sandal di kedai BATA.

Selesai membeli, terus bergerak ke rumah adik.Saja sembang, sambil sembang-sembang terkeluar la cerita perihal mengandung. Sembang-sembang dengan mak. Katanya sepupu ku yg hamil alami SEMBELIT BERDARAH!! Adus..cian.sampai kena jumpa doktor untuk suntikan.Saya tidak nafikan,masa saya hamil anak pertama dan kedua,sembelit adalah MASALAH UTAMA yg mengganggu hidup seharian. Berjam2 duduk dalam toilet.huhuhu

Tapi sejak kenal Shaklee. Saya amalkan supplemen dan banyak minum air masak. Alhamdulillah. Kandungan ketiga tiada masalah sembelit.TIADA KEKEJANGAN.TIADA SAKIT PINGGANG.KURANG LENGUH2. Apa salahnya kita cuba demi kebaikan dan kesihatan kan? Tak rugi pun.

Pagi tadi gerak ke Bukit Beruntung jam 8 a.m dan sampai lebih kurang jam 9.00 a.m. Lepak dalam rumah tuan kenduri lepas itu keluar lepak dengan DJ..hehehe.. Anak-anak saya tak mandi, so menumpang Home Stay yang tuan rumah sewa untuk saudara mara. Jam 11.am keluar dari homestay dan makan kenduri. Aduhai, mak yong tak larat sungguh dengan keadaan cuaca semakin panas. Nak menunggu DJ setel kerja jam 3. Nak tak nak terpaksa tunggu sebab menumpang..hahahha..

Tahan punya tahan, alhamdulillah settle semua urusan dan bergerak balik. Sampai rumah 4.30p.m. Bersiap-siap nak solat Asar, buat minum petang sikit sebelum mak,bapak dan embah balik. Lepas Maghrib, dah tak larat sangat, tertidur juga sampai Isyak. Allahuakbar, lenguh habis badan ni. 

Malam ni makan pulut dengan sambal ikan bilis je. Nanti sebelum tidur, nak telan Ostematrix 4 biji, bagi hilang semua letih, lenguh dan juga nak elakkan kekejangan berlaku. Maklum la, dah 5 bulan ni, kalau kurang kalsium, confirm "tarik"..huhuhu

Kalau kawan-kawan yang alami masalah macam saya, tak kira la sama ada anda hamil atau tidak sebab Ostematrix untuk semua. Lelaki,wanita, tua,muda.

Sekali lagi saya ingatkan, supplemen adalah untuk meningkatkan kesihatan ye. Ini juga salah satu alternatif kita untuk kekal sihat. So, jangan segan-segan hubungi saya.

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/hasnirah.iris
Pages : https://www.facebook.com/VitaminIbuHamil



Saturday 10 May 2014

Oat Vs Penurunan Kolestrol Tidak Baik

Assalamualaikum w.b.t.. Selamat pagi. Kata-kata semangat buat diri dan anda semua. 

Saya hebat! Saya kaya dan berjaya!!

Alhamdulillah. Bangun tidur lahirkan rasa terima kasih pada Dia kerana memberi aku keluarga,suami,anak2,ibu bapa,mertua serta kawan2 yang penuh kasih sayang.

Penuh aura POSITIF. Ayuh Has!! Bangkit!! Masa tidak menunggu!!

* I am the Winner!! My passion BIGGER than my fear!! I'm the best!

Syukur nikmat yang Allah beri. Pagi ini nak share tentang OAT. Rasanya ramai yang tahu oat bagus untuk menurunkan kadar kolestrol dan sarapan pagi yang berkhasiat.


Oat adalah makanan ideal untuk semua peringkat umur. Ia mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga untuk orang tua.

Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Salah satu kompenen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.

Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan berfikir seperti belajar, ambillah oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.

Makanan terbaik untuk sarapan pagi yang berkhasiat

Tiada yang lebih mengujakan anda setiap pagi melainkan dengan sarapan yang berkhasiat dan menyedapkan. Tambahkan buah-buahan atau susu krim ke dalam semangguk oat yang memberikan manfaat untu keperluan nutrisi seharian anda.

Oat adalah di antara makanan yang paling berkhasiat untuk sarapan pagi anda. Ia mampu mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Saintis mengesyorkan mengambil makanan bijirin seperti oat untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung.

Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian.

Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.

“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James lagi.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa dengan mengambil oat, ia boleh:

- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes jenis 2 dan mengurangkan berat badan.
- Mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan.
- Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.

Makanan yang mengenyangkan sehingga tengahari.

Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Ini bermakna apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Sarapan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh membuat anda berasa kenyang untuk tempoh yang singkat. Sarapan yang terdiri daripada oat yang dengan dicampur buah-buahan boleh mengenyangkan sehingga tengah hari.

Jika anda sedang mencari sarapan yang berkhasiat, oat adalah pilihan terbaik anda. Dengan gabungan 6 makanan terbaik dunia di dalam satu hidangan oat, anda akan mendapat semua kebaikan oat untuk tubuh badan anda.

http://www.anugerahquran.com/blog/khasiat-khasiat-oat-yang-anda-perlu-tahu/

Selain daripada oat, anda juga boleh mengambil alternatif menurunkan kadar kolestrol dengan pengambilan supplemen. Antara supplemen yang disyorkan adalah

* Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.
* Lecithin- Choline dan Inositol untuk metabolisma lemak
* Omega Guard- Membantu menurunkan trigliserid 65%, menurunkan LDL dan keseluruhan kolestrol
* Garlic - Membantu menurunkan paras kolestrol
* Vitamin E- Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas
* Alfalfa Complex - untuk sintesis lemak
* Vitamin C Plus - Menurunkan kolestrol LDL dan meninggikan HDL
* GLA Complex - Mengurangkan kolestrol LDL

Bukan lah kena ambil semua sekaligus, ikut kemampuan bajet anda. Apa yang paling penting, jalani gaya hidup sihat ye kawan2. Jom cari dan sarapan oat.

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/hasnirah.iris
Pages : https://www.facebook.com/VitaminIbuHamil



Friday 9 May 2014

Supplemen Shaklee untuk Keluarga Ku

Assalamualaikum w.b.t. Malam semalam dek kerana kakak upload gambar satay, maka saya ajak en suami mencari satay di Tanjung Malim ni. Alhamdulillah, tanya pada adik yang duduk Tanjung Malim. Kedai satay berada bersebelahan OldTown White Coffee. Lepas Isyak, bersiap-siap dan menuju ke sana. Memang senang sangat la nak jumpa kan sebab terletak di tepi jalan besar. Sampai je satay sedang dibakar. Masyallah.memang besar sataynya. Harga tak tahu la berapa, saya makan 10 satay ayam,5 satay daging, 2 teh ais dan 1 carrot susu. Total RM20.



Ini dia..hihi..besar kan..so, pada kawan-kawan yang tercari-cari satay..sila la berkunjung di sini ye.nama kedai saya tak tahu..hahahha..

Ok.Selesai pasal satay, moh kita cerita pasal supplemen yang diamalkan oleh keluarga saya.

Untuk anak2- MEALSHAKES,OMEGA GUARD, VITAMIN C CHEW
Untuk Ibu- ESP, Mealshakes.Supplemen asas kehamilan.Omega Guard
Untuk Ayah - Esp.Mealshakes.Cinch.Omega Guard.Multivitamin


Mealshakes ni nak bagi SISTEM IMUN diorang KUAT. Kadang seminggu 2 3 kali bagi OMEGA GUARD, nak bagi sel-sel otak berhubung..ihiks...Vitamin C Chew jangan lupa ye. Anti oksidan untuk anak2..Sebab itu anak-anak ku sangat aktif. Kadang bangun awal, siang tak nak tidur.


Budak tecik ni kn, kalau ibu lepas minum ESP ke,makan makanan cheese,mesti nak ngempeng. Lama pulak tu. Udah 2 tahun setengah dik oiiii...marah baby dalam ni..kiki

Pernah baca testimoni orang yang minum Esp ni susu jadi pekat. Tapi saya sendiri minum pun rasa macam tu. Anak melekat lagi lama. Lagi satu, minum Esp ni buatkan kulit anak jadi lembut dan sedap dipegang.

Bila tanya budak tecik ni. Ada susu lagi tak. Dia angguk je. Mulut x lepas.hahaha.

Untung mak jual Shaklee ye dik. Khasiat supplemen dapat juga ke anak.



Untuk ibu macam biasa, makan supplemen untuk bayi dalam kandungan, untuk diri ibu juga.Untuk kulit,rambut, mata, tulang, otak.

Ayah pula disebabkan ayah sibuk nak naikkan otot, maka ibu bagi supplemen khas untuk ayah.hihi.Nantikan hasilnya. Ayah siap beli dumbell untuk otot lengan.

Inilah rutin harian ibu,sediakan protein untuk ayah. 2 scoop Cinch.1 scoop ESP dan sedikit Mealshakes. Alhamdulillah, akhirnya ayah terbuka hati nak makan supplemen, kalau tidak dia akan cakap "makan pil macam orang sakit". Hahahha..

In sha Allah, petang ini jika tiada yang menghalang, nak pergi cari buku 'The Secret Of Millionare Mind' di kedai buku di pekan. 

Jom masak..

Sekian, terima kasih.

*  May offer- MEALSHAKES BUY 6 FREE 1

Has jual Shaklee. Siapa nak cari Extra income boleh contact Has

Sms/whatsapp 013 2236819
Pages : https://www.facebook.com/VitaminIbuHamil?ref=hl
Blog : http://zarariana.blogspot.com/

Has
Shaklee Distributor Anda
883548

Thursday 8 May 2014

DTX Complex Shaklee

Assalamualaikum w.b.t.Hari ini kita bercerita tentang HATI.Masalah hati dan supplemen kesihatan untuk hati.

Hati merupakan prgan terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri.

FUNGSI HATI

1. Rembesan Hempedu
- Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu perlu untuk pencernaan lemak, ianya memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil(small globule). Hempedu juga membantu dalam penyebaran larut lemak:A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A.

2. Bertindak Sebagai Detoksifikasi
- Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang diditoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protin. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik,sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

3. Mengawal Paras Gula Dalam Darah
- Dengan menukarkan hormon tiroksina-hormon tiroid, kedalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF(Faktor toleransi Glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

4. Penting Dalam Metabolisma Lemak
- Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Formulasi yang dipaten



Kandungan utama di dalam DTX Complex adalah ekstrak biji benih pokok susu tisel yang meyokong keupayaan badan untuk menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok sus tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik. Ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi(herba yang kaya dengan anti oksida) dan ekstrak daripada Dandelion, Kunyit, Articoke(herba yang membantu aliran hempedu).

Bahan-bahan utama




1. Ekstrak Biji BEnih Pokok Susu Tisel(Milk Thistle Seed)

- Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin-kaya dengan bahan antioksida
- Melindungi hati daripada toksik, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
- Membantu merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
- Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol.
- Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
- Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.

2. Articok(Artichoke)

- Membina semula sel-sel hati.
- Merangsang pengaliran hempedu.

3. Dandelion

- Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati(hepatitis) dan jaundis
- Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu:membantu mencegah batu karang.
- Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
- Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi-melawan anemia.
- Melawan tumor dan kanser.
- Merendahkan paras gula dalam darah, baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air.

4. Kunyit(Turmeric)

- Mengandungi curcumin;bahan anti oksida.
- Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
- Mempunyai kesan anti-viral terhadapa HIV.

5. Reishi Mushroom(Ling Zhi)

- Membina imun-membantu dalam mencegah atau merawat kanser.
- Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis.
- Merawat sindrom keletihan yang kronik.
- Membantu mencegah penyakit jantung.

6. Schizandra

- Ekstrak biji benih daripada Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida.
- Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin.

Kenapa pilih DTX Complex Shaklee?



Anda boleh lihat perbezaannya bukan? Masih ragu2? Meh pm saya, jangan segan2 ye.

Siapa yg perlukan & sesuai DTX COMPLEX?
*Mereka yg bekerja dlm persekitaran tercemar
*Mereka yg bekerja dgn bahan tercemar
*Mereka yg tinggal berhampiran dgn kilang
*Mereka yg ingin menyingkirkan toksin dlm badan
*Mereka yg sering makan makanan segera,MSG,pewarna dan perasa tiruan
*Mereka terdedah dgn sumber2 toksin.- Kredit to Theshakleesha

Sebotol DTX mengandungi 90 tablet. Peliharalah kesihatan hati anda di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Fb: Hasnirah Iris
Pages: Iris Vitamin Shoppe
Email: zarariana@gmail.com