Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Wednesday, 4 February 2015

Kesan Kekurangan Kalsium pada ibu hamil

Asalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Story malam ni tentang kesan kekurangan kalsium khususnya pada ibu hamil. Saya sendiri sebelum kenal Shaklee sangat kurang pengetahuan tentang kalsium. Malah masa hamil anak pertama dan kedua, simpul biawak sering berlaku. Sangat sakit ok.

Ini antara kesan kekurangan

- Sakit sendi
– Kuku senang patah
– Ekzema
– Kenaikan paras kolesterol dalam darah
– Tekanan darah tinggi
– Insomnia
– Kekejangan otot
– Kebas tangan dan kaki
– Gemuruh
– Rheumatoid arthritis
– Gigi mudah patah atau mereput
– Depresi
– Hyperaktif


Berapa mg kalsium ibu hamil perlukan sehari?

Ibu hamil perlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari. Sumber kalsium boleh diperolehi dari produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya. Kalsium masih perlu diambil walaupun ibu telah pun melahirkan anak atau telah tamat tempoh penyusuan. Badan kita perlukan kalsium untuk menguatkan dan memelihara tulang daripada mereput (Osteoporosis) di kemudian hari.

Bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium untuk membantu tumbesaran. Jika kalsium diserap daripada ibu dan ibu tidak mengambil hidangan kalsium sudah tentu mudah ibu diserang kesakitan. Apabila bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? 

Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. 

Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

*ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa
Pilihan saya apabila hamil anak ketiga tentulah Ostematrix Shaklee, Alhamdulillah, sangat berbeza dengan pengambilan Shaklee. Dari segi kelesuan, pembuangan,kekejangan semua itu tiada. Cuma awal2 kehamilan je la agak 'mabuk'..hihihi..meh baca sikit kelebihan Ostematrix ni

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya 99%. Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, dan vitamin D, Zink, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. Inilah dia OSTEMATRIX SHAKLEE. Ianya membekalkan :- 1,000 mg (100% DV) unsur calcium daripada bahan semulajadi dan mudah diserap. 400 mg (100% DV) magnesium untuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. 400 IU (100% DV) of vitamin D untuk menggalakkan penyerapan calcium.

Alhamdulillah, saya dah pilih supplemen yang sesuai dengan diri dan keluarga saya, anda? Dapatkan promosi berganda Ostematrix bulan ini dengan Pembelian 6 botol PERCUMA satu botol bernilai RM61 atau beli 2 botol dengan DISKAUN 5%.

Sekian, terima kasih

Puan Has
Shaklee SID(883548)
Whatsapp/Telegram 013-2236819
COD: Tanjung Malim
Pos : Pos Laju, Gdex dan City Link

No comments:

Post a Comment