Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Thursday 26 June 2014

Uban dan cara mengatasinya


Masalah UBAN

Siapa di sini pernah alami masalah uban ketika remaja? Saya merupakan salah seorang daripadanya Kejadian itu berlaku ketika umur saya 14 tahun. Bermula dengan sehelai bulu mata putih, saya cabut kemudian merebak di kepala. Saya tidak risau sangat sebab saya pakai tudung. Sehingga umur meningkat ke 17 tahun, masalah tersebut belum hilang. Nak tahu apa saya buat? Saya minta tolong kakak saya untuk cabut rambut putih sehingga menipiskan rambut. Sedih Nampak rambut putih je banyak tapi kan rambut tu putih separuh je. Antara cara yang saya gunakan adalah dengan menginaikan rambut.

Punca Uban/rambut

Menurut Pakar Runding Dermatologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Guru Ratnavelu, uban yang muncul pada usia muda biasanya disebabkan oleh faktor nutrisi tidak seimbang.

"Nutrisi tidak seimbang seperti pengambilan makanan segera secara kerap boleh menyebabkan pengeluaran pigmen pewarna rambut yang dinamakan melamin terbantut.

"Pigmen berkenaan dihasilkan oleh sel tubuh yang dikenali sebagai melanosit dan rambut menjadi putih kerana melanosit tidak lagi menghasilkan melanin," katanya.

Biasanya pengeluaran pigmen yang terhenti hanya bersifat sementara bagi mereka yang kekurangan nutrisi.

Jika mendapat nutrisi yang seimbang, secara automatik, pengeluaran pigmen akan kembali normal dan rambut putih akan hilang dengan sendirinya dan kembali menjadi hitam.

"Ini jika uban berlaku kerana kekurangan nutrisi," katanya.

Dr. Guru berkata, nutrisi yang tidak seimbang bukan hanya menyebabkan uban tetapi juga mengganggu kesihatan rambut secara umum.

Itu sebabnya kanak-kanak yang mengalami gangguan gizi yang teruk, rambutnya kelihatan kemerahan dan tidak sihat.

Dr. Guru berkata, ini biasanya dapat dilihat di negara-negara dunia ketiga yang mengalami masalah kebuluran.

"Pengambilan gizi yang cukup saja tidak menjadi jika terdapat gangguan fisiologi yang menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan baik sehingga makanan bergizi terbuang begitu saja," katanya.

Bagaimanapun keadaan agak berbeza jika uban disebabkan oleh keturunan.

Selain makanan seimbang, faktor keturunan juga adalah penyebab yang paling biasa munculnya uban pada usia muda.

Informasi mengenai rambut putih yang tumbuh lebih awal tersimpan di dalam gen.

Ini bererti bila ibu bapa dan saudara terdekat mula beruban pada usia muda, kemungkinan untuk cepat beruban akan lebih besar.

Adakah penggunaan sesetengah syampu membawa kepada uban? Dr. Guru berkata, syampu tidak ada kena mengena dengan uban.

"Pengambilan ubat-ubatan misalnya ubat anti malaria seperti Chloroquine boleh membawa kepada kemunculan uban," katanya.

Malah beliau berkata, terdapat juga pesakit yang tiba-tiba saja mempunyai rambut beruban disebabkan gangguan fisiologi.

Dr. Guru berkata, punca mengenai fenomena berkenaan masih belum dapat dijelaskan sehingga kini.

Gaya hidup yang sihat juga turut menyumbang dalam melambatkan tumbuhnya uban.

"Bagi melambatkan proses rambut beruban seeloknya amalkan gaya hidup sihat dengan makanan seimbang dan lakukan senaman.

Menyentuh mengenai mereka yang mewarnakan rambut bagi menutup uban, Dr. Guru berkata, mewarna rambut tidak mendatangkan kesan negatif.

"Malah ini akan memberikan keuntungan kepada ekonomi negara," katanya.

Mengenai kaedah tradisional menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun pada kulit kepala, Dr. Guru berkata, ini satu cara untuk mengurangkan rambut kering.

"Ini baik bagi negara tropika yang panas , penggunaan minyak pada rambut akan melembapkan kulit kepala dan membuatkan rambut lebih sihat," katanya.

Bagaimanapun tidak terdapat bukti dimana kaedah tradisional dapat menghentikan pengeluaran uban.

Dr. Guru berkata, sebenarnya tiada ubat bagi uban kecuali mereka harus mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan lakukan senaman dari awal
.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0304&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz35kOg02Ge
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bagaimana terjadinya uban?

Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein dibahagian kulit rambut kepala. Dibawah kulit (skin eprdermis) ada satu sel yang dinama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin, melanin adalah satu protein/bahan yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Dalam manusia, mereka yang mempunyai rambut dan kulit hitam dikatakan mempunyai pigment melanin yang tinggi.

Ada 3 faktor yang boleh menyebabkan terjadinya uban, pertama adalah:

1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik, ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ada uban pada awal usia remaja.

2- Gaya hidup ataupun life style sesetengah individu dimana faktor ini meransang terjadi uban dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Kurangnya pengambilan gizi makanan yang seimbang juga menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini. Vitamin A dan juga serat amat penting untuk memastikan sel-sel kulit terutamanya melanin untuk terus menjalankan fungsinya. Tabiat merokok, minum alkohol dan juga stress antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada tumbuh uban.

3- Umur adalah faktor yang normal, mereka yang berumur dalam lingkungan 45-50 tahun akan mengalami masalah uban, pada usia sebegini uban tumbuh merupakan perkara biasa. Ini kerana diusia ini sel-sel melanin mula merosot dan dan juga kulit mengalami proses penuan.

Langkah cadangan untuk mengatasi masalah uban:

1- Pengambilan nutrisi pemakanan perlu seimbang. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisen. Buah-buahan dan sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastian tubuh kita sihat.

2- Bersukan secara berkala ataupun berjadual boleh melambatkan uban. perpeluhan ini menunjukan tubuh dan sel-sel dibawah kulit i.e kelenjer sebum/lemak tidak tersumbat.

3- Dan yang paling penting ialah hidup mesti sentiasa ceria dan jauhi stress. Stress menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu dan ini menyebabkan hidup tidak teratur dan muka yang masam. Langsung membantutkan sistem normal badan kita.

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/02/punca-dan-cara-mengatasi-rambut-beruban.html#ixzz35kQD4w3y
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

6 cara atasi masalah rambut beruban di usia muda

1. Mencegah stres

Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2. Menjaga kebersihan kulit kepala

Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.

3. Corak pemakanan yang sihat

Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.

4. Keperluan zat besi

Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan.

5. Rawatan yang teratur

Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.

6. Rahsia penggunaan daun kari pada rambut
Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. Selamat mencuba!

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2013/05/atasi-masalah-rambut-beruban-di-usia.html#ixzz35kS95nim

Apa yang Shaklee ada untuk membantu masalah uban?

Zink - Membentuk kolagen - zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.

ESP- ESP mengandungi 9 ASID AMINO PENTING. Asid amino penting untuk membina otot, rambut, kuku, darah, organ, kulit dan lain-lain. Selain itu, ESP juga membantu meremajakan kulit iaitu dengan merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan sembuhan luka dam mengurangkan kesan parut. Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda. Jadi Esp adalah pilihan terbaik untuk mereka yang NAK AWET MUDA.

Vitalea - ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
- Menyediakan asas nutrisi
- Memastikan sel hidup
- Pertumbuhan sel baru
- Membantu proses pembesaran
- Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
- Menjaga kesihatan tiriod

B Complex - Rambut beruban dan gugur
- Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.


Ini adalah antara 4 supplemen yang saya cadangkan tetapi anda boleh tambah mengikut bajet anda. 

Untuk sebarang order atau pertanyaan, sila hubungi saya.
Petua Mencegah Rambut Beruban Dan Gugur Secara Tradisional | Blog Hairul

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe

4 comments:

  1. Hi there, just became aware of your blog through Google, and found that it's really informative.
    I'm gonna watch out for brussels. I will appreciate if you continue this in future.
    Many people will be benefited from your writing.
    Cheers!

    Feel free to surf to my web site ... Time Warner Cable
    promotion - ,

    ReplyDelete
  2. Saya nk tnye, knp bulu kening sya tumbuh separuh hitam dan putih..?? Bulu-bulu roma di tengah dahi juga putih.. Tolonglah saya... Tp, bulu2 tu halus.. Saya dah x tahu nk buat ape dh..

    ReplyDelete
  3. Sy pula, sehelai bulu mata sy panjang dan hujung pnjg setengah Kaler hitam,. Tp setengah hujung akar pula Kaler putih.. dan bulu mata sy ni pnjg serta jadi kerinting.. sampai sekarang sy xtahu punca dia.. before2 ni,, dia selalu tumbuh pada mata belah kanan, tp kalini belah kiri๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ then sy cabut.. gatal la asyik masuk mata aje hehehe..

    ReplyDelete
  4. So rambut awak dah hitam semula ka?

    ReplyDelete