Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Sunday 28 September 2014

Kembali cergas dengan Set Bersalin/Berpantang

Assalamualaikum. Post kali ini saya nak cerita tentang Set Bersalin atau Berpantang Shaklee. Kenapa saya nak cerita pasal ini? Haaa...Set ini secara asas mengandungi Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix, Zink, Alfalfa, Gla dan ESP.

Seperti anda semua tahu, bila bersalin seseorang wanita itu akan kehilangan banyak darah dan tenaga untuk melalui proses melahirkan. Untuk itu sangat-sangat perlu jika keadaan si ibu kembali seperti biasa. lepas bersalin kena lalui proses berpantang pula. Seksa kan..hahhahaha..Tapi sebenarnya ianya adalah pengalaman yang sangat BEST dan MENARIK. Jom ikuti saya dalam pengalaman berpantang dengan Set Bersalin Shaklee.

Alhamdulillah. Syukur sekali lagi, pada 4 September 2014, saya telah melahirkan seorang baby BOY pada jam 12.52 p.m dengan berat 2.86kg secara normal. Due saya sepatutnya pada 12 September tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.Sakit pada jam 5 pagi 4 September menguatkan rasa saya yang saya akan bersalin pada hari ini(4 Sept), kemudian disusuli dengan keluar darah. Saya tunggu hingga jam 8 pagi di mana rasa sakit semakin kerap.

Jam 10 pula saya masuk ke Dewan Bersalin Teluk Intan dengan bukaan 4 cm. Memang baby boy ni tidak sabar nak keluar dan 3 jam lepas itu kedengaran suara si comel yang agak kuat(ni gara-gara ibunya suka menjerit waktu hamil agaknya..hahahha). Kini saya berpantang di rumah mak.

Ok, berbalik pada set bersalin. Supplemen ini membantu saya untuk kekal cergas selepas melahirkan. Ini antara kepentingannya

ZAT BESI

Lebih daripada 200 billion sel darah merah di hasilkan setiap hari·
Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah. Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel. Kesan kekurangan zat besi:-

- Pucat, tercunggap-cunggap· Keletihan & kelesuan luar biasa
- Pergerakan yang perlahan
- Anemia ( Penyakit Kurang Darah)
- masalah sembelit
- tidak bermaya
- kuku pecah (retak)
- berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu

ASID FOLIK
Juga dikenali dengan vitamin B9. Ianya sangat diperlukan tubuh untuk membina sel-sel baru. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang rosak  di dalam sel. Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.
KALSIUM
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

PROTIN

diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Jadi semua ini ada di dalam supplemen Shaklee..BAGUS kan? Apa yang saya rasa selepas 3 minggu amalkan Shaklee adalah badan tetap cergas, susu badan MERIAH, Baby kenyang lama, KULIT BERSERI, RAMBUT CANTIK,KUKU SIHAT, PEMBUANGAN LAWAS dan yang paling BEST adalah BERAT TURUN tapi tak tahu berapa kg..kiki..Nanti saya timbang ye. 
 
Oklah semua, baby dah meragam, saya out dulu, ada masa saya update lagi sebab ada BANYAK cerita yang saya nak sampaikan.
 
*p/s: Anda yang nak turunkan berat badan dengan bajet yang sikit, LECITHIN dan ALFALFA adalah PILIHAN TERBAIK.

Anda yang perlukan khidmat nasihat tentang bajet atau supplemen yang sesuai, boleh hubungi saya bila-bila masa.

Terima kasih.

Salam Sayang

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris