Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Friday, 7 March 2014

PCOS, CYST & FIBROID

Assalam..Bersua kembali..Rasa macam lama sangat tak update. Ok..nak update pasal PCOS, CYST dan FIBROID yang sering dialami wanita. Saya share daripada blog2 yang pernah membuat post tentang PCOS, CYST dan Fibroid Apa puncanya,bagaimana mengatasinya? Bolehkah wanita yang alaminya boleh mengandung?

PCOS 

´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.


TANDA-TANDA PENYAKIT PCO

1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.

PUNCA PENYAKIT PCO

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO.

TUJUAN RAWATAN

Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

ANTARA RAWATAN PCO

1. Mengawal Kegemukan (Obesity)
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:

a. Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

c. Ubat Metformine
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.

3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.


Credit to :3R

OVARIAN CYST

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/airyang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.

Perbezaan ovari normal dengan ovari yang mempunyai cyst




Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

*Muntah dan Loya
*Sakit Perut
*Sakit semasa hubungan seks
*Sukar atau kerap kencing
*Rasa perut penuh dan tidak selesa
*Rasa berat pada ari-ari

Adakah Cyst Penyebab Masalah Ketidak-Suburan ?
Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst ?

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.Bacaan lanjut DI SINI


FIBROID- KETIDAKSEIMBANGAN HORMON PADA WANITA IAITU ESTROGEN DAN PROGESTERON- Artikel daripada blog DR ZUBAIDI

Ramai ibu-ibu yang hamil tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid. Fibroid adalah ketumbuhan yang bukan kanser, yang berada di dalam rahem.

Fibroid biasanya dijumpai secara ‘tidak sengaja’ semasa pemeriksaan ultrasound ketika doktor sedang memeriksa fizikal bayi dalam rahem. Soalan yang sering ditanya adalah, adakah fibroid itu merbahaya pada pada ibu dan bayi dalam rahem?
Kedudukan dan saiz fibroid

Fibroid boleh membesar dari beberapa sentimeter sehingga 15 cm diameter. Kedudukan fibroid boleh berada di dalam dinding rahem (intramural), berada di luar dinding rahem (subserosal) atau berada dalam rongga rahem (submucosal) di sebelah kedudukan bayi/janin.

Ada baiknya jika pesakit bertanya kepada doktor tentang kedudukan, saiz dan bilangan fibroid semasa menjalani pemeriksaan ultrasound kerana ini akan membuatkan seseorang wanita hamil itu lebih berhati-hati.Walaupun fibroids selalunya akan membesar saiznya ketika hamil, namun fibroid jarang memberikan masalah kepada kehamilan.
Masalah kehamilan akibat fibroid

Sebahagian wanita hamil mengalami masalah kecil seperti sakit di bahagian belakang pinggang dan terdapat pendarahan yang sedikit dari faraj.

Tetapi jika kesakitannya keterlaluan, mungkin fibroids itu telah berpintal (torsion). Jangan tunggu lagi. Pergilah ke Jabatan Kecemasan di hospital berdekatan dengan segera. Pemeriksaan segera harus dilakukan bagi memastikan bayi dalam rahem tidak menghadapai masalah.

Sebahagian kecil wanita hamil menghadapi ujian yang lebih berat. Jika fibroid mereka berada di dalam rongga rahem (jenis subserosal), ada kemungkinan mereka mengalami keguguran di awal kehamilan. Bagi kehamilan yang telah memasuki trimester ketiga, ada juga yang mengalami proses kelahiran pramatang (premature labor).

Bertanyalah kepada doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound samada ada uri terletak betul-betul di atas kedudukan fibroid, atau tidak. Jika begitu keadaannya, wanita hamil harus berhati-hati dan banyakkan berehat. Keadaan ini boleh menyebabkan placental abruption, iaitu pendarahan teruk dari rahem ketika hamil, yang boleh mengancam nyawa bayi.

Fibroid yang berada di bahagian ‘pintu kelahiran’ serviks ada kalanya menghalang kepala bayi untuk keluar dari rahem ketika proses kelahiran. Ini mengakibatkan bayi mungkin lahir secara songsang. Malah ia boleh menghalang kelahiran secara normal dan perlu menjalani pembedahan cesarean section.

Setelah melahirkan bayi, fibroid juga boleh menyebab postpartum haemorrhage iaitu pendarahan selepas proses kelahiran kerana rahem tidak boleh mengecut secara normal dan menyebabkan pendarahan teruk. Lebih menyedihkan lagi jika rahem terpaksa dibuang (hysterectomy) kerana pendarahan tidak berhenti dan mengancam nyawa si ibu. Bacaan lanjut dan sumber DI SINI

** Artikel ini hanya bertujuan perkongsian maklumat.

Di SHaklee, ada beberapa supplemen yang di galakkan ambil bagi penyakit di atas. Tetapi bukanlah kita bergantung harap dengan supplemen dengan bertujuan supplemen ini dapat merawat. Semuanya adalah ikhtiar dari kita, Allah sebaik2 penyembuh.Jom baca testimoni ni


Antara yang dicadangkan adalah ESP, GLA COMPLEX,VITALEA, VITAMIN C, B COMPLEX DAN OMEGA GUARD. Kenapa saya cadangkan vitamin2 ni? Nanti saya terangkan pada entry yang lain atau saya update disini. Jangan risau, selepas membeli dari saya, saya akan guide anda. Cara pengambilan juga mengikut peringkat. Untuk consultation, boleh hubungi saya.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Shaklee Independent Distributor(883548)


14 comments:

  1. Kena buat sesuatu bila mendapati kita mempunyai simptom cyst. Terima kasih atas info.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Tingkatkan peluang hamil

    ReplyDelete
  3. Salam ... saya berumur 42 thn ... mempunyai 3 org anak berusia 16 hingga 10 thn. 2 ank yg terakhir dilahirkan secara pembedahan. Yg sulung secara normal. Saya bertubuh kecil dgn berat 47 kg.. masalah saya ... perut saya buncit... seakan2 pregnant 4 hingga 5 bln... keras... saya selalu mengalami perut senak...dan mengah utk bernafas...saya blm berjumpa dr...ingin kepastian..secara teori... adakah saya ade potensi mengidap cyst atau fibroid...

    ReplyDelete
  4. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun daun herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  5. menakutkan betul la fibroid, cyst & pcos ini.. kalau kita memang beranggan nak ada anak baik jaga pemakanan dan gaya hidup dari sekarang

    ReplyDelete
  6. Kalau melihat gambar fibroid yang dibuang menerusi pembedahan memang menyeramkan. Dari segi fizikal, keadaan perutnya seolah-olah kita sedang mengandung. Seram..

    ReplyDelete
  7. Harap-harap dijauhkan dengan penyakit ni.seram pula

    ReplyDelete
  8. ia berlaku swktu hamil atau sblm nikah ?

    ReplyDelete
  9. Betulkan pemahaman saya, PCOS menyebabkan sukar hamil manakala cyst dan fibroid akan mengganggu kehamilan?

    Mohon pencerahan, terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  11. Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete