Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Sunday 30 March 2014

Harga ahli untuk keahlian sahaja

Assalamualaikum.w.b.t.. Diam tak diam, March 2014 bakal meninggalkan kita, sungguh pantas masa berlalu. Alhamdulillah, bulan ini saya banyak 'memberi', moga mereka sentiasa gembira. Amin. Seminggu(24 March 2014) di kampung terasa singkat waktunya. Lagipun ada majlis pertunangan adik ipar yang dibuat Khamis lalu(27 March 2014). Simple je majlis ni, pihak lelaki memberi 5 dulang dan di balas 7 dulang oleh pihak kami..Cewahhh..Saya membantu mana yang boleh. Sakit belakang tapi OSTEMATRIX jadi peneman setia..ihiks.




Jadi bila MARCH 2014 berakhir maka dengan rasminya PROMOSI ESP BUY 6 FREE1 juga akan berakhir. Huhuhu. sedih kan, rugi pada anda yang masih belum grab ESP ni. Banyak sangat kelebihan kalau amalkan. Baca SINI



Buat anda yang belum daftar sebagai ahli, promosi ESP membolehkan anda mendaftar keahlian secara PERCUMA!!! Dapat Bonus on mid April!! Dapat satu tong ESP PERCUMA!!! Ha, banyak sangat dah kelebihan jadi ahli selain daripada khasiat ESP itu sendiri. Jadi, apa anda tunggu lagi? Lagi 2 hari je lagi ni. Cepat rebut peluang ni ok..

Di Shaklee, bukan sahaja ada supplemen untuk tingkatkan kesihatan dalaman tetapi ada SKINCARE(NutriWhite, ENfulselle), Hair Care(Prosante) dan juga PENAPIS AIR..

Saya dah cuba pencuci muka NUTRIWHITE, best sangat bila pakai. In sha Allah, lepas ni nak cuba Hair Care(Prosante). Apa salahnya kita meneroka setiap kebaikan yang ada di dalam setiap produk Shaklee kan? Banyak sangat benefit atau kelebihan jika anda join Shaklee.

Disebabkan Shaklee sudah menguatkuasakan P&R yang memang dah ada sebelum ni, kami sebagai SID kena atau WAJIB jual dengan harga retails.. Nak harga ahli? Anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu.

So bagaimana ingin mendapatkan harga ahli..?? PM saya untuk maklumat lanjut.. Jom sertai family kami untuk manfaat yang bermacam2 sebagai ahli shaklee..!!

Pendaftaran keahlian : RM 65 + RM 10(WM)/RM 20(EM) Postage Memberkit


Atau, pembelian bernilai RM 680 (=200 UV) akan mendapat keahlian PERCUMA.

^^ Yuran Keahlian adalah seumur hidup.Majalah Rasmi "Shaklee Today" akan diterima setiap 2 Bulan.(Supervisor ke atas)

^^ Nikmati potongan harga 15-20% bagi setiap product Shaklee yang ditawarkan.

^^ Tidak perlu berkejar atau keluar mencari pelanggan. Tidak perlu "head-hunting" untuk mencari downline.

^^ Tidak perlu menyimpan stok di rumah.

^^ Kelas bimbingan diberikan secara online/offline, kami sediakan group tertutup di FB untuk berkongsi tips/sharing on marketing, bisnes, consultation, produt knowledge, motivation dan lain-lain.

^^ SISTEM yang kami gunakan telah terbukti membawa kejayaan kepada ramai ahli-ahli Shaklee di bawah Shaklee 2 U. Menjana INCOME 3-4-5 ANGKA, menikmati BONUS KERETA, PERCUTIAN bertaraf 6 STARS, Umrah & Ziarah, semuanya tidak mustahil bila anda bersama Shaklee!


Menarik kan? Tiada jalan singkat atau mudah untuk berjaya, kena harungi 7 gunung untuk mengecapi semua ini. Saya dah pilih? Anda?

Jom sertai kami untuk mengecapi semua ini. Anda bersama dengan produk unggul melebihi 50 tahun

* Doakan untuk semua penumpang dan kru MH370.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee SID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris

Tuesday 25 March 2014

Ostematrix-Bekalan untuk perjalanan jauh

Assalam. Bersiaran dari Pahang, setelah lama tidak pulang kan. Cuaca pun ok sangat. Anak-anak tak meragam.Alhamdulillah, sampai juga akhirnya di bumi Keratong 2 ni.Memulakan perjalanan seawal 11.30 a.m, singgah di Shah Alam hantar surat untuk purchase new car( Proton EDAR VPC) tapi bukan saya punya la, adik suami yang punya.Hehehe..

Seterusnya singgah sekejap rumah kakak di Jalan Kebun, Shah Alam sebab nak hantar telekung lycra(Warna biru muda dan hijau pucuk pisang) dan solat sekali.

Dengan muka tak malu, makan sekali..hahahhaha..kebetulan masa saya sampai, kakak baru nak makan. Dan menjadi rezeki saya sebab kakak bekalkan donut yang dia buat. Kakak saya terer masak tau, cuma masa dia kurang untuk masak, busy dengan bisnes dan anak-anak sekolah.



Telekung Lycra ni ada banyak warna dan ini antara warna yang saya ambil nak bagi mak dan mak mertua Peach atas tu saya bagi mak, purple saya bagi mak mertua dan biru tu saya punya..hihihi..Kain lembut, berat tak tebal dan tak nipis. Saya bagi mak pada Sabtu lepas masa mak, bapak, embah dan adik beradik berkumpul di rumah saya di Tanjung Malim, Alhamdulillah, mak suka.

Hari ini(ISnin) usai solat maghrib saya bagi pula pada mak mertua, Alhamdulillah, mak mertua pun suka. Mak mertua tanya, "Berapa RM?", saya cakap, saya bagi mak. Lagi la mak mertua suka kan..

Nak ceritanya saya sampai di Keratong 2 ni jam 7.15. Bayangkan lebih kurang 5 jam dalam kereta.Tak campur lagi, berhenti di hentian rehat, jem di Seremban. Ya Allah, penat sangat-sangat. Tukar drive dari Tol Senawang sampai la sini. Anak-anak tidur, jadi saya bawa kereta dengan senang hati.Hahaha. Suami pula sakit kepala. Sebenarnya first time drive balik sini, sebelum ni suami je bawa..Tapi saya tidak risau sebab saya bawa bekal KALSIUM TERHEBAT saya..

Bila makan kalsium Shaklee ni, badan yang penat akan recharge bila bangun esok pagi. Tapi kena la makan sebelum tido kan, bagi otot berehat dengan tenang. Ada yang tak kenal lagi KALSIUM SHAKLEE?


Ini dia!!!. OSTEMATRIX .Bentuk pil dan warna putih. 1 biji bersamaan dengan segelas susu. Saya makan 4 biji sebelum tidur. Elok sangat untuk saya yang sedang hamil. Mengurangkan risiko sakit gigi, sakit badan dan juga SUMPAH MENGKARUNG/SIMPUL BIAWAK atau KEKEJANGAN..Sakit wooo kalau kena..

Jadi walaupun anda tak hamil, pengambilan kalsium yang secukupnya penting untuk memastikan ketumpatan tulang di tahap maksima. Makin meningkat umur, makin cepat rapuh jusim tulang. Kecuali la jika anda sering mengambil makanan dan minuman yang dapat membekalkan 100% kalsium buat tulang anda.

Sekilas Fakta

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya 99%. Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, dan vitamin D, Zink, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersam-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Sebotol ada 120 biji. Harga memng superb..Just pm me ok

Sekian. Terima kasih. Coretan untuk malam ini.. :)

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
FB: Hasnirah Iris
Page : Iris Vitamin Shoppe.

Friday 21 March 2014

Skin Care Nutriwhite Shaklee

Assalam.Alhamdulillah, bumi sudah sejuk kembali. Pelbagai isu melanda Malaysia kala ini, antaranya adalah isu MH370. Saya hanya mampu berdoa moga Allah membantu mereka dalam misi pencarian MH370. Amin.

Posting hari ini, saya nak cerita tentang rangkaian penjagaan kulit wajah iaitu NUTRIWHITE Skin Care System. Disebabkan saya dah cuba salah satu produk ini iaitu Gentle Deep Foaming Cleanser, maka saya nak cerita cara-cara sisitem skin care ni bertindak serta bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan NUTRIWHITE.

Sebenarnya lama dah idam nak guna sebab 'cemburu' tengok ada kawan-kawan yang dah guna bagitau KULIT JADI LEMBUT, BERSIH, HALUS dan SEGAR. Jadi apa salahnya cuba kan, tambahan saya tidak mempunyai masalah kulit wajah. Kira kategori kulit normal.Hihihi..

Pertama kali saya cuci muka dengan pencuci mukanya, Allahuakbar..best sangat kawan-kawan.Rasa BERSIH, GEBU dan seperti kulit muka ni 'SEDANG BERNAFAS'. Like..Like..Like. Picit sikit je, buihnya banyak, lembut pada kulit. Berat satu tiub ni 150g. Besar/tinggi macam botol susu size 8oz. Banyak kan, ada antara kawan saya kata, JIMAT sangat sebab satu tiub tahan sehingga SETAHUN!!!. Wow..kira tak la rugi kalau memiliki pencuci muka ni kan.



Jadi mari kita lihat bahan-bahan dan fungsi setiap bahan yang digunakan. Yang pastinya SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.Sistem ini bekerja dalam 5 cara iaitu

1. MENGHALANG
- Kesan-kesan memudaratkan daripada matahari dan alam persekitaran dengan melindungi kulit anda secara aktif daripada sinar UV dan cahaya matahari yang boleh menggelapkan serta merosakan kulit.

2. BERKURANGAN
- Penghasilan pigmen hitam pada kulit daripada menjadi gelap.

3. MENYEKAT
- PEmindahan pigmen gelap daripada dasar sel kulit kepada lapisan atas untuk mencegah kemunculan bintik hitam, membantutkan kemunculan bintik-bintik hitam.

4. MENCERAH
- Warna melanin yang sedia ada serta menyerlahkan warna kulit secara keseluruhan.

5. MEMPERBAHARUI
- Dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melanin berlebihan agar kulit cantik berseri

Slogan untuk Nutriwhite Skin Care Sistem adalah CERAH.SIHAT,MUDA,PUTIH DAN BERSERI DAN WARNA KULIT YANG SEKATA.

Rangkaian Skin Care Nutriwhite mengandungi-



1. Gentle Deep Foaming Clenser
- Pencuci yang lembut dan segar yang diformulasi khas untuk menyucikan kulit anda.

2.Gentle Action Makeup Remover
- Penanggal alat solek yang licin dan tidak berminyak

3. Soothing Radiance Whitening Softener
- Dirumus khas untuk menenangkan kulit anda dan mengembalikan ia kepada PH asal serta kulit berasa lebih lembut dan cerah berseri.

4. Daily Defense Whitening Essence
- Diperkaya dengan bahan-bahan herba yang mencerahkan kulit sambil menghidratkan dan melembutkan kulit.

5. Spot Whitening Treatment
- Mencerahkan tompok-tompok jeragat akibat panahan matahari, untuk kulit wajah yang cerah sekata, bersinar dan berseri-seri.

6. Ultimate Protection Whitening Lotion
- Daytime Whitening Lotion dengan SPF 15 sangat ringan tetapi merupakan pelembab yang amat berkesan dan hebat. Gunakan pada waktu pagi selepas Spot Whitening Treatment.

7. Overnight Renewal Whitening Cream
- Membelai kulit anda dengan nutrien yang diperkaya sumber semulajadi di saat anda tidur. Kulit yang kering akan kelihatan lembut, cerah berseri pada keesokan paginya.


PERBEZAAN NUTRIWHITE

- Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat.
- 3 tahun pembangunan produk
- Pemilihan bahan aktif dan mentah diperolehi daripada 16 negara.
- Ujian yang menyeluruh.
- Unik, pengwujudan eksklusif pelbagai dimensi pendekatan untuk pemutihan.
- Ramuan gabungan yang optimum.
- Selamat dan berkesan.
- Vitamin C derivatif (ascorbyl/glucoside) ramuan selamat dan terbukti yang digunakan dalam formula kami untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sekunder.
- Patent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat, yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya.

16 bahan-bahan yang dirumus di dalam NUTRIWHITE

1. Beaberry
- Meringankan,m melegakan & mengurangkan keradangan

2. Soybean
- Mencerahkan, melembutkan,melembab & mengurangkan tompok.

3. Skullcap
- Meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid.

4. Beech Tree
- Meringankan, meningkatkan proses semulajadi & melegakan kulit.

5. Strawberry Begonia
- Mencerahkan & mengelakkan pigmentasi.

6. Mulberry
- Mencegah kerosakan matahari dan melembabkan.

7. Peony
- Mencerahkan, melembabkan & mengurangkan keradangan.

8. Rosemary
- Mengetatkan, merangsangkan & mengurangkan keradangan.

9. Aloevera
- Melegakan, melembabkan & mengurangkan keradangan.

10. Mountain Arnica
- Mengurangkan keradangan dengan flavones

11. Cat's Claw
- Menegangkan & menyegarkan dengan cotechin

12. Kudzu Leaf & Roots
- Menegangkan & mengurangkan keradangan dengan isoflavon

13. Linden
- Menyuburkan & menghidratkan diperingkat dalam.

14. Marshmallow
- Melembabkan dengan tanin

15. Seaweed
- Mengeluarkan, memelihara dan menegangkan.

16. Green Alge
- Menyahtoksin dan melembabkan.

Masyaallah, sungguh banyak ciptaan Dia yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Allah memberi ilham kepada Dr Forrest C. Shaklee untuk membangunkan formula supaya dapat digunapakai oleh manusia di dunia. Hari ini, kita hanya perlu keluarkan sedikit wang untuk mendapatkan produk terbaik dan tidak perlu bersusah payah untuk membuat kajian.

* Set ini sesuai untuk kulit normal hingga berminyak.

Untuk sebarang pertanyaan atau order, boleh pm saya.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris

Monday 17 March 2014

Sembelit ketika HAmil?

Assalam..thanks pada yang sudi view blog ni...maaf lama tidak update info sebab keadaan tidak mengizinkan. Nak duduk lama tak boleh..huhu..SAbtu Ahad lepas saya mengikut suami pergi Shah Alam, suami pergi atas urusan kerja. Saya pula tinggal di rumah kakak. Saja nak share antara supplemen yang saya makan iaitu OSTEMATRIX. 



*Bagi en suami makan 4 biji Ostematrix sebab seharian dia kerja di Shah Alam dan drive balik Tanjung Malim. LEnguh2 badan. Dan Alhamdulillah, bangun pagi senang sangat, panggil je dah bangun, kalau tak nak kena goyang badan, barulah sedar.hahahhaha...Saya pula bangun pagi lepas solat tu terus nak memerut. BERSIH sangat rasa perut ni ok.

Ok, berbalik pada supplemen tadi, Ibu-ibu yang pernah hamil pernah alami masalah SEMBELIT tak sebelum ambil supplemen? SEKSA kan? Ini yang saya nak kongsikan dengan anda semua. Pengalaman mengandungkan anak pertama dan kedua banyak pahit manis. Antara yang pahit adalah SEMBELIT!!!! Seksa ooo...kalau boleh masa ngandung ni sembelit kena la elak kan sebab boleh menyebabkan BUASIR....Masa tu alternatif saya adalah minum air masak dan makan buah&sayur lebih. Tapi tetap sama..Kadang sampai seminggu tak membuang, bila sampai masa udah naik risau sebab mesti berejam duduk dalam bilik air sambil nangis2 tahan sakit dan KEBAS KAKI..huhuhu.

Bila jadi macam ni mula stress, sakit kepala..Sampaikan masa lepas bersalin dah standby UBAT SEMBELIT beli di farmasi. Punya la takut kalau sembelit. Makan ubat memang ok, tapi melarat ke cirit birit..hih..Ini antara pengalaman saya la kan.

SYUKUR sebab kehamilan ketiga dari awal lagi saya dah ambil supplemen untuk diri saya dan bayi. Salah satu supplemen yang saya ambil adalah OSTEMATRIX(Kalsium). 1 tablet bersamaan 1 gelas susu tinggi kalsium juga bersamaan dengan 80 biji badam! Mampu ke nak makan 80 biji badam?Kalau kena minum 4 gelas susu, sama dengan 320 biji badam!! PEngsan...hahahha

Baru2 ni saya pergi checkup klinik ibu mengandung, nurse tanya saya ada minum susu tak? Saya cuma cakap saya ambil pil kalsium. Nurse kata tak cukup dengan pil je. Kena minum susu!!! Hahaha..saya senyum je. Alahai misi, minum susu just 2 gelas sehari je. Tablet Ostematrix ni 4 biji sama dengan 4 gelas susu.Ini cakap orang yang malas nak minum susu. Saya la tu..wink wink..

Ostematrix diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari LAUT MATI, mengandungi kalsium, magnesium,fosforus dan vitamin D,zinc,Kuprum, Manganes, dan boron. Fungsi2 adalah menguatkan tulang, memperbaiki kekejangan dan kebas, meringankan stress, memperbaiki masalah haid dan banyak lagi khasiatnya.

Untuk memilih Kalsium yang terbaik, pilih kalsium yang ada Vitamin D dan magnesium. Bacaan lanjut boleh klik sini

Yang best kan..Hb saya meningkat kepada 13.3 daripada 13.1. Selain dari Ostematrix, saya juga ambil VITALEA, Vitamin C, B COmplex dan ESP.


Apa pun saya bersyukur sebab saya 'kuat' berbanding ibu2 di luar sana yang mungkin alami alahan, loya, muntah dan tidak mampu untuk makan menyebabkan Hb turun mendadak.. Saya ni walaupun alami alahan(x la teruk mana pun) tapi saya paksa makan dan ajaibnya saya takkan muntah walaupun ada rasa loya..hahahaha...tambahan lagi dengan supplemen yang saya ambil, menguatkan tubuh saya..

Anda yang belum mencuba, marilah sama2 kita sihatkan diri. Bukan je untuk wanita hamil, IBU berpantang, ibu menyusu, lelaki yang aktif, wanita yang menjaga kecantikan, remaja yang juga pelajar, kanak-kanak dan bermacam lagi mengikut keperluan dan bajet anda..jangan malu2 pm saya ye

Sekian. Terima kasih.

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe
COD : Tanjung Malim, Perak.

Moh kita sihat bersama... :)



Friday 7 March 2014

PCOS, CYST & FIBROID

Assalam..Bersua kembali..Rasa macam lama sangat tak update. Ok..nak update pasal PCOS, CYST dan FIBROID yang sering dialami wanita. Saya share daripada blog2 yang pernah membuat post tentang PCOS, CYST dan Fibroid Apa puncanya,bagaimana mengatasinya? Bolehkah wanita yang alaminya boleh mengandung?

PCOS 

´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.


TANDA-TANDA PENYAKIT PCO

1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.

PUNCA PENYAKIT PCO

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO.

TUJUAN RAWATAN

Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

ANTARA RAWATAN PCO

1. Mengawal Kegemukan (Obesity)
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:

a. Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

c. Ubat Metformine
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.

3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.


Credit to :3R

OVARIAN CYST

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/airyang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.

Perbezaan ovari normal dengan ovari yang mempunyai cyst




Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

*Muntah dan Loya
*Sakit Perut
*Sakit semasa hubungan seks
*Sukar atau kerap kencing
*Rasa perut penuh dan tidak selesa
*Rasa berat pada ari-ari

Adakah Cyst Penyebab Masalah Ketidak-Suburan ?
Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst ?

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.Bacaan lanjut DI SINI


FIBROID- KETIDAKSEIMBANGAN HORMON PADA WANITA IAITU ESTROGEN DAN PROGESTERON- Artikel daripada blog DR ZUBAIDI

Ramai ibu-ibu yang hamil tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid. Fibroid adalah ketumbuhan yang bukan kanser, yang berada di dalam rahem.

Fibroid biasanya dijumpai secara ‘tidak sengaja’ semasa pemeriksaan ultrasound ketika doktor sedang memeriksa fizikal bayi dalam rahem. Soalan yang sering ditanya adalah, adakah fibroid itu merbahaya pada pada ibu dan bayi dalam rahem?
Kedudukan dan saiz fibroid

Fibroid boleh membesar dari beberapa sentimeter sehingga 15 cm diameter. Kedudukan fibroid boleh berada di dalam dinding rahem (intramural), berada di luar dinding rahem (subserosal) atau berada dalam rongga rahem (submucosal) di sebelah kedudukan bayi/janin.

Ada baiknya jika pesakit bertanya kepada doktor tentang kedudukan, saiz dan bilangan fibroid semasa menjalani pemeriksaan ultrasound kerana ini akan membuatkan seseorang wanita hamil itu lebih berhati-hati.Walaupun fibroids selalunya akan membesar saiznya ketika hamil, namun fibroid jarang memberikan masalah kepada kehamilan.
Masalah kehamilan akibat fibroid

Sebahagian wanita hamil mengalami masalah kecil seperti sakit di bahagian belakang pinggang dan terdapat pendarahan yang sedikit dari faraj.

Tetapi jika kesakitannya keterlaluan, mungkin fibroids itu telah berpintal (torsion). Jangan tunggu lagi. Pergilah ke Jabatan Kecemasan di hospital berdekatan dengan segera. Pemeriksaan segera harus dilakukan bagi memastikan bayi dalam rahem tidak menghadapai masalah.

Sebahagian kecil wanita hamil menghadapi ujian yang lebih berat. Jika fibroid mereka berada di dalam rongga rahem (jenis subserosal), ada kemungkinan mereka mengalami keguguran di awal kehamilan. Bagi kehamilan yang telah memasuki trimester ketiga, ada juga yang mengalami proses kelahiran pramatang (premature labor).

Bertanyalah kepada doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound samada ada uri terletak betul-betul di atas kedudukan fibroid, atau tidak. Jika begitu keadaannya, wanita hamil harus berhati-hati dan banyakkan berehat. Keadaan ini boleh menyebabkan placental abruption, iaitu pendarahan teruk dari rahem ketika hamil, yang boleh mengancam nyawa bayi.

Fibroid yang berada di bahagian ‘pintu kelahiran’ serviks ada kalanya menghalang kepala bayi untuk keluar dari rahem ketika proses kelahiran. Ini mengakibatkan bayi mungkin lahir secara songsang. Malah ia boleh menghalang kelahiran secara normal dan perlu menjalani pembedahan cesarean section.

Setelah melahirkan bayi, fibroid juga boleh menyebab postpartum haemorrhage iaitu pendarahan selepas proses kelahiran kerana rahem tidak boleh mengecut secara normal dan menyebabkan pendarahan teruk. Lebih menyedihkan lagi jika rahem terpaksa dibuang (hysterectomy) kerana pendarahan tidak berhenti dan mengancam nyawa si ibu. Bacaan lanjut dan sumber DI SINI

** Artikel ini hanya bertujuan perkongsian maklumat.

Di SHaklee, ada beberapa supplemen yang di galakkan ambil bagi penyakit di atas. Tetapi bukanlah kita bergantung harap dengan supplemen dengan bertujuan supplemen ini dapat merawat. Semuanya adalah ikhtiar dari kita, Allah sebaik2 penyembuh.Jom baca testimoni ni


Antara yang dicadangkan adalah ESP, GLA COMPLEX,VITALEA, VITAMIN C, B COMPLEX DAN OMEGA GUARD. Kenapa saya cadangkan vitamin2 ni? Nanti saya terangkan pada entry yang lain atau saya update disini. Jangan risau, selepas membeli dari saya, saya akan guide anda. Cara pengambilan juga mengikut peringkat. Untuk consultation, boleh hubungi saya.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Shaklee Independent Distributor(883548)


Saturday 1 March 2014

Percaya diri, berikan yang terbaik dan terus berdoa

Assalam. Bertemu lagi kita. Apa khabar dengan hari anda? Kesihatan anda? Keluarga anda? Moga sentiasa berada di dalam lindungan Allah. In Shaa Allah. February bakal meninggalkan kita. 28 hari masa yang cukup singkat. Moga kita isikan dengan kebaikan untuk mencapai akhirat. Amin

Pagi tadi usai solat Dhuha, mengaji dan Berdoa. Beberapa jam kemudian dapat whatsapp daripada pembaca blog yang tanya cara makan supplemen. Terkejut juga saya sebab semalam baru je saya cerita tentang HAK EXCLUSIVE PELANGGAN. Saya sangat kesian jika pelanggan tercari-cari orang yang mampu memberikan penerangan mengenai jadual makan atau cara makan supplemen, sedangkan mereka punya hak dengan pengedar untuk mendapatkan penerangan terperinci.

Keadaan ini memang banyak berlaku. Yang jadi mangsa adalah pengedar berwibawa macam saya ni.hehehhe..Manakan tidak, saat nak berclosing bagai(konon) Allah menduga saya di Jumaat yang mulia. Walaupun beliau membeli dengan orang lain dan tanya cara makan dengan saya,saya tanpa ragu2 terus memberi penerangan cara makan,healing crisis. Saya tawarkan bantuan jika ada apa2 masalah. Syukur,beliau sangat2 gembira dgn layanan saya. Tak kedekut. Moga beliau serasi dengan Shaklee.

Saya memang tidak pernah menyalahkan pelanggan tapi sangat kesal dengan sikap segelintir pengedar lain. Yang penting orang sentiasa gembira deal dengan saya. Ada yang tanya saja(mungkin survey harga), ada yang diam lama baru bagi respon, ada yang pm dan terus beli. Ragam-ragam ini membantu proses pembelajaran menangani pelanggan. Saya lain baek punyaaa..beli atau tidak bukan urusan saya. Saya hanya mampu berdoa dan meminta pada DIA sahaja.

Apa yang saya nak tekankan di sini adalah ETIKA BERNIAGA, bagaimana melayan pelanggan serta bergantung harap pada Allah S.W.T. Kita inginkan kejayaan tetapi kita lupa siapa yang memberi kejayaan itu. Lupa pada sebaik-baik pemberi rezeki. Pelanggan juga harus diutamakan,tanpa sokongan kuat mereka siapalah kita sebagai pengedar kan.huhuhu

Malam ini nak membebel je la..kiki..anak-anak ku masih belum tidur gara-gara tidur petang dan bangun jam 8 p.m. Entah jam berapa nak tidur semula. Mata saya dah mengantuk. Moga March 2014 dan seterusnya memberi sinar kejayaan di dalam laluan bisnes saya.

Untuk pemilihan supplemen yang sesuai dengan anda. Jangan segan-segan tanya saya ok

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe