Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Friday 29 March 2013

LECITHIN

Assalam frens. Sharing hari ni nak cerita LECITHIN. Ramai orang yang nak buang lemak dan kurang budget akan ambil LECITHIN sebagai supplemen untuk diet secara sihat. Sebab apa? Sebab sebotol LECITHIN mengandungi 180 biji dan untuk kegunaan selama 3 bulan!!!. Wow. sangat berbaloi kn. Saya sendiri amalkan LECITHIN untuk mengurangkan inci. Minggu pertama ambil saiz pinggang dah kurang 1 inci. Tapi perlu la jaga juga makan kan..Kalau dah telan segala macam makanan berlemak, berminyak, tinggi karbohidrat, macamana nak dapat hasil yang diinginkan. Moh kita tengok apa yang ada dalam LECITHIN yang membantu mencairkan lemak.

Keistimewaan LECITHIN

* Ianya diekstrak dari kacang soya organik (non GMO)
* Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya, termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.
* Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Manfaat Utama LECITHIN 

* MENYERAP VITAMIN YANG LARUT-LEMAK
- Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E, dan K yang larut-lemak.

* MELINDUNGI HATI
- Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak.
- Membantu memulihkan kesihatan hati.

* PEMECAHAN LEMAK DAN KOLESTROL
- LECITHIN bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengelmusi dan metobalisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.

* PELANGSINGAN
- Menghalang obesiti.
- Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan  yang seimbang.

* MENCANTIKKAN OTOT DAN KULIT
- Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik.
- Mengaktifkan metabolisma sel.
- Melambatkan penuaan.

*MEMPERBAIKI ALERGIC
- Mneghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah.Seterusnya mempertingkatkan alergic seperti penyakit kulit-dermatitis, demam alergi.

* MENGHALANG KEJADIAN BATU KARANG.
- 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengelmusi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

* MEMPERTINGKATKAN DAYA INGATAN DAN MERINGANKAN STRESS
- Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.
- WANITA HAMIL harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

*MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI
- Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis
- Menggalakkan peredaan darah.

* MEMPERBAIKI PROSTAT LELAKI
- Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin yang banyak.

* MERINGANKAN SEMBELIT
- LECITHIN adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Siapa yang perlukan LECITHIN?

* Wanita
* Lelaki
* Orang Tua
* Pesakit darah tinggi
* Pelajar
* Individu yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi
* Individu yang nak diet
* Individu yang mengalami masalah sembelit
* Individu yang ingin kehidupan lebih sihat

Pendek kata, semua orang boleh ambil LECITHIN ni.Pengalaman saya kan. Ada satu hari tu, breast saya sakit sangat2, anak nak nenen pun saya tak bagi. Saya tanya pendapat kawan-kawan. Mereka suggest makan 2 biji LECITHIN, dan sambil saya pam. Pergi jumpa doktor dan doktor suruh kerap pam sebab mungkin tersumbat. Kalau bengkak tak surut, harus pergi hospital. Oh noooo... balik dari klinik, terus pam dan pam. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat telan lecithin, nanah pecah dan keluar. Yang tak best tu, susu yang sudah dipam, kena dibuang sebab takut susu perahan terkena kuman atau bakteria. Ada la dalam 15-20 oz gitu..Tapi tak pe, mungkin Allah nak bagi rezeki lain pula ke kan.

Jadi, selain dari fungsi yang dinyatakan di atas, fungsi LECITHIN yang lain adalah untuk mengelakkan Clog Duct (bengkak susu).

So kawan-kawan semua, pada yang nak diet, nak pecahkan lemak, yang nak kawal tahap kolestrol. Boleh cuba LECITHIN. Sangat berbaloi dan berkesan. Saya dah cuba dan amalkan.

Sekian.

Pn Has
Shaklee ID : 883548
Sms : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Page : Vitamin Ibu Hamil

Wednesday 20 March 2013

CarotoMax

Assalam dan good morning frenz. Semalam dapat panggilan dari customer yang ambil ESP tapi dia tak cerita pasal ESP, dia tanya pasal mata. Sejak melahirkan mata dia jadi macam tak selesa. Jadi untuk customer yang tersayang, saya nak share pasal produk yang khusus untuk mata iaitu CAROTOMAX.
Keistimewaan

* Mengandungi 6 varieti karotena.
* Diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan.
* Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah.

Sumber

* Rumpai laut
* Tomato (Non GMO)
* Biji Anggur
* Pot Marigold
* Epal
* Strawberi
* Minyak sawit
* Fava D'anta
* Brokoli
* Ubi Kentang
* Cantaloupe
* Karot

Manfaat Utama

* Lebih selamat dari Vitamin A
- Penemuan awal pada 1912 iaitu Vitamin A yang jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan toksisiti. Pada 1932 ahli saintis menemui beta karotena yang lebih selamat untuk pengambilan.
* Mempertingkatkan penglihatan
- Menghasilkan "ungu visual"  yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.
* Meredakan penyakit kulit
- Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne.
- Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne dan ulser kulit.
* Melindungi Epithelial
- Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral,usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
* Melawan kanser dan Oksidasi
- Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser.
- Menghalang pembentukan sel-sel kanser.
- Mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara.
- Mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
* Menghalang infeksi
- Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru( batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema)
* Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
- Merangsang perkembangan kana-kanak/remaja.
- Menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi.
- Juga penghasilan sperma yang sihat.

Mengapa memilih CAROTOMAX?

Kerana mengandungi fitokimia semulajadi yang PENTING untuk MATA SIHAT, KULIT dan MEMBRAN MUKOSA. Ini fungsi-fungsinya.

* Alpha & Beta Karoten 
- untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.
- Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
- Mempertingkatkan sistem imun.
- Mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

* Lycopene
- Bersifat anti-oksidan,menghalang penuaan organ.
- Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun.
- Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

* Astaxanthin
- Pigmen di dalam alga & fitoplakton yang memberikan warna pink pada ikan salmon.
- Tetapi Shaklee menuai kaotenoid astaxanthin dai mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen.
- Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

* Lutein
- Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/penyakit makular berkaitan umur), glaukoma

* Zeaxanthin
- Melindungi mata.
- Menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.
- Menguangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.

Tahukah anda?

Satu hidangan Shaklee CarotoMAx bersamaan dengan 89 hidangan raspberries alpha carotene, 102 hidangancarotene pisang, 714 hidangan lycopene apricots, 113g astaxantin salmon dan 285 hidangan gapefruits lutein & zeaxanthin.

Mengapa warna kulit kuning?
Warna kulit sebahagian kecil pengguna akan menjadi kuning selepas mengambil beta karotena, tapi ini bukan penyakit jaundis. Caotomax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi vitamin A, ia merangsang sekresi hempedu (bewarna kuning), serta detoksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi dan anti-oksidasi biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan mengilang secara perlahan menghasilkan kulit baru dan cantik.

Sekian.

Pn Has.
Shaklee ID : 883548
Sms : 03-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris

Tuesday 19 March 2013

B Complex

Assalam. Sementara anak tidur, ringankan tulang nak update blog..ihihi..selalu baring2 dulu, last2 hanyut..hahaha..kali ini nak share tentang B COMPLEX SHAKLEE. Banyak khasiat supplemen yang satu ni. Jom kita baca dan teliti..

Keistimewaan

* Saintis Shaklee telah mencipta asid folik semulajadi yang pertama di dunia.
* Kadar keboleh serapan(bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.
* Hampir 99% asid folik yang berada  dalam pasaran bersifat sintetik.
* Mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, termasuk 100% biotin dan asid folik.
* Kesemua 8 komponen ini perlu ada untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan sempurna.
* Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan tetapi disingkirkan melalui sistem pencernaan.
* Sangat penting untuk mengambil vitamin B Complex setiap hari.

Apa 8 komponen tu? 

1. B2 (Riboflavin)
2. B1 (Thiamin)
3. B6
4. B3
5. Biotin
6. B5
7. Asid Folik
8. B12

Manfaat

* Menukar makanan kepada tenaga
- Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangka n masalah keletihan/kelesuan.
* Melawan tekanan
- Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan, dan imsomnia.
* Membantu tumbesaran
- Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.
- Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
* Rambut beruban dan gugur
- Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
* Baik untuk mata
- Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian(fokus).
* Mencegah anemia
- Membantu pembentukan sel darah  merah yang sihat dan antibodi.
- Merangsang peredaran darah dalam tubuh.
- Merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular.
- Merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut.
* Meredakan senggugut
- Baik untuk masalah senggugut (PMS).
- Meredakan kerisauan, keresahan.
- Masalah penghadaman.(Terutama mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit).
* Mencegah perlcche
- Juga dikenali sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis).
- Mencegah jangkitan lidah(glossitis).
- Masalah nafas berbau.
* Detoksifikasi
- Meredakan alahan.

Siapa yang perlukan Vitamin B Complex?

* Ibu Hamil
* Pekerja
* Pelajar
* Lelaki
* Wanita
* Warga Emas
* Individu yang ingin kekal sihat

Bagaimana memilih B Complex yang baik?

* Mengandungi semua 8 vitamin
* Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
* Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
* Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release).

JIMAT dengan Vitamin B Complex.

Sebotol Shaklee B Complex mengandungi 120 biji/ 120 hidangan 8 vitamin lengkap bersamaan cuma RM0.36 setiap hidangan. Murah dan menjimatkan berbanding jenama lain yang menunjukkan setiap hidangan adalah RM0.81!!!!

Pilihan supplemen haruslah memberi kesan yang baik terhadap tubuh badan tau. Pastikan anda memilih yang terbaik.

Ops.satu lagi..Ramai  yang tertanya, kenapa urin jadi kekuningan selepas makan Vitamin B Complex ni? Kalau anda nak tahu, ini adalah situasi normal kerana vitamin B Complex merupakan vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan.Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa. 

Vitamin B Complex merangsang metabolisme dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba.Oleh itu pengambilan AIR MASAK yang banyak amat digalakkan.

Ingat tu kawan2, even kita tak makan supplemen pun kena ambil air masak 8 gelas sehari, inikan pula dah ambil. Air masak sangat2 penting untuk memastikan badan kita tidak dehidrasi.

Sekian.

Pn Has
Shaklee ID : 883548
SMs : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris

Thursday 14 March 2013

VITALEA - MULTIVITAMIN PERTAMA DICIPTA

Assalam. Sharing for today VITALEA!!!!!!!!!!.. Multi vitamin pertama dicipta dan terbaik di dunia. Wow, Shaklee always give the best. Ini yang suka dengan Shaklee. SEMULAJADI. SELAMAT. MESRA ALAM. Kalau ada kesan pun sebab vitamin tu nak memulihkan atau dalam Shaklee lebih dikenali dengan Healing Crisis. Saya ceritakan kemudian. 

Inilah rupa VITALEA. Sebotol mengandungi 120 biji tablet. Cukup untuk keperluan harian selama 4 bulan jika diambil sebiji sehari. Sebiji VITALEA bersamaan 40 hidangan lauk. Mak aih..mampu ke nak makan banyak tu sehari?

Pertama kali diperkenalkan dengan multivitamin ni, saya main makan je sebab saya nak badan saya segar, sihat dan bertenaga. Bila dah jadi ahli, kena la kaji, sebab apa vitalea bagi kita bertenaga, untuk siapa, apa kesan ambil. So kena study sikit2. Moh kita baca.

Keistimewaan VITALEA

* Vitalea adalah multi vitamin dan mineral PERTAMA DCIPTA DI DUNIA. Mula dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min". Perkataan vitamin yang disebut kini asal dari Shaklee.

* 90 tahun dulu, Vitalea berbentuk cecair. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya kepada tablet.

* Centre for Science di Amerika Syarikat telah memilih VITALEA sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

* Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disaran oleh RDA. Diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

* Disaluti dengan serbuk spirulina. Juga dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab".

* Tablet paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan PROTIN untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.

* Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan VITALEA SELAMA SETAHUN boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Manfaat Utama VITALEA

1. PENAMBAH TENAGA SEGERA
- pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
2. PELENGKAP NUTRISI
- Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet tidak seimbang.
3. KEUPAYAAN SISTEM PRODUKTIF
- Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
4. METABOLISME
- Sangat membantu dalam stimulasi metabolise dan melambatkan proses penuaan.
5. ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
- Menyediakan asas nutrisi
- Memastikan sel hidup
- Pertumbuhan sel baru
- Membantu proses pembesaran
- Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
- Menjaga kesihatan tiriod
6. MELINDUNGI ORGAN
- Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Ianya juga membantu :-

- memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektif
- mencantikkan dan menegangkan kulit
- kuku yang licin,
- menguatkan akar rambut
- mencegah penyakit tiroid@ beguk(sebab kurang iodin..dan dlm vitalea ada iodin)
- penting utk diet (if kurang makan, vitalea bantu beri bertenaga, tidak lesu)
- preggy dan bf perlu ambil vitalea kerana mineral dan vitamin serta iron penting.
- untuk tumbesaran anak. jika iron kurang, mereka akan mudah pening atau mudah pitam
- membantu mereka yang ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yang alah
kepada makanan laut.



Siapa perlukan VITALEA?

* Kanak-kanak - Tingkatkan kadar IQ
* Ibu Hamil - Tumbesaran janin
* Individu yang mempunyai penyakit Anemia, Tiriod, Insomnia
* Wanita - Simptom PMS
* Lelaki - Tenaga, Mencegah masalah prostat
* Individu yang mementingkan kesihatan.

Saudara saya mengalami tiriod, bila saya buka buku dan baca, VITALEA dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah tiriod. Saya cadangkan pada dia untuk mencuba. Alhamdulillah, jika sebelum ini bila dia nak makan akan terasa sakit sedikit bila makanan melalui tekak tapi lepas makan vitalea (3 hari), rasa tidak selesa pada leher bila makan dah berkurang. Dia juga TERPAKSA makan ubat yang dibekalkan doktor demi nak pastikan tiriod berada dalam kawalan..cewah..kalau tak makan ubat tu, pasti rasa berdebar2 katanya. Dengan VITALEA, kalau "terskip" makan pun ok lagi. So far, dia dah makin sihat. Nanti saya followup lagi..hihihi.. 

Selain tu, jom kita baca pengalaman 2 orang sahabat jutawan ini mengenai VITALEA
**************************************
 Salam malam.. Dalam petang before solat maghrib nie saya kongsikan kehebatan vitalea.
Saya tidak pernah sedar keebatan sehinggalah saya mencubanya setahun yang lalu.
Saya pemalas makan macam2 tapi vitalea saya tak pernah miss..
Apa yang saya rase? Kenyang sepanjang hari bila saya makan? Selepas breakfast dan saya ambil esp kul 11 pagi. Then saya tak berapa nak kudap2..
Then i found out it has pottasium inside. And lack of pottasium menyebbkan kita asyik nak makan benda merapu.

Why i love vitalea sebab dia lengkap. Dan bila amik dengan esp everythin is complete dan sesape keletihan dan tak tahu nak strt ape? Strt with vitalea.. Sebab mmg lelaki terutamanya akan fall in love sebab mereka rase enerygy immediately!! Nie customer saya terus order berbotol2 haha untuk bini katenya..
Then kandungan iodin.. Hah nie begitu penting untuk mensurutkan gout.. Huhu tahukah anda bahawa antara sebab berlakunya gout ialah kurangnya iodine? Hehe:)
So nie sekarang my mum punya loveable product sebotol dia tak bagi share okeh.. Hehe asalkan dia happy im happy..

So ape penyakit sekalipun mulakan set optimum health dan Esp.. Dan shaklee mulakan wellness set mesti bersebab kerana ia asas repair ur body.. Kalo tak mampu vit-
C dan b-comp mulakan vitalea+ ESP and effect dia?? Bak kate boboi boy TERBAIK!!

************************************************
Sharing..Dlm family saya..arwah mak dulu yg mkn vitalea..kerja tingkat atas naik tangga smpai 4 tingkat relax je.saya yg waktu tu baru form 2 or 3 kot..da semput..lenguh wei..lift ada tp takut lif rosak.haha..then waktu sy start mkn set b,yg plg berkesan ngn sy is vitalea..walaupun besar gabak..paling keras lak tu..cane sy tau keras? Sbb saya gigit..hehe..sgt tak suka mkn vitalea..tp sebab kesannya yg buat badan saya tak letih..ketara sgt kesannya..mmg sy sanggup mkn hari2..n tu antara sbb saya repeat order ngn mommy saya.hehe..dulu sy tak suka n xpercaya ngn vitamin sbb pk nutrien biasa jek..even arwah mak mmg suh mkn tp sy degil..haha..now..mmg vitalea antara produk yg customer beli fullpack..yg plg best da xperlu risau hb turun or rendah sbb mmg terbukti naik n maintain jek sbb ada iron..dulu sy ada problem darah rendah n doc ckp anemia..takut dgr anemia cam leukimia..takleh bgn..sgt pening n bgn je muntah..pas konsisten ngn vitalea..alhamdulillah da ok..
***********************************************
Syukran Alhamdulillah. Ini baru 2 yang saya bagi..Ada ramai lagi yang mengakui kehebatan VITALEA ni. Even saya sendiri pun makan untuk misi penyusuan baby manja ku. Sebelum makan VITALEA ni, rasa SANGAT2 PENAT, STRESS ok..Bukan nak kata VITALEA ubat mujarab ke apa kan.. Cuma bila kita sendiri dah makan, dah rasa kesan pengambilan. Tiada apa nak dinafikan. Hanya cerita tentang kebenaran dan keberkesanan supplemen.

Masalah2 sebelum ni, seperti rambut gugur,sakit2 badan, PMS sudah berkurangan. Alhamdulillah

Ops..sebelum terlupa, jiran sekampung pun ada ambil VITALEA. Simptom awal kehamilan buat dia lemah, loya, pening. Tambahan beliau bekerja. Syukur, sekarang simptom dah tak ada sebab kandungan dah makin besar. Badan rasa sihat, selera makan bertambah. Ye la, dah hamil, kena la makan makanan berkhasiat kan. Tapi kalau dah loya, nak makan macamana kan..

Segala yang baik datang daripada Allah. Saya sangat gembira bila mana saya dapat membantu orang lain menambah nilai diri serta berkongsi kehebatan supplemen yang saya pun dah makan dan rasa kesan baik. Jadi apa salahnya saya beritahu semua orang tentang benda yang baik juga.

Sekian.

Pn Has.
Shaklee ID : 883548
Sms : 013- 2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Page : Dunia Ibu Hamil

Monday 11 March 2013

Testimoni - Hamil/Pantang

Assalam.. Pin..pin..testimoni pelanggan yang ambil supplemen Shaklee. Alhamdulillah. Kita hanya berusaha memberikan diri kita nutrisi yang terbaik. Jom baca cerita mereka.

Testimoni hamil
***********************
Alhamdulillah......Alhamdulillah...Alhamdulillah....
Selama ni sy hanyalah pembaca setia SGL, namun hr ni sy nk berkongsi cerita dgn semua kngkawan d'sini...
Sy mengandung 4mgggu, walaupun sy disahkan PCOS. Period sy regular, namun berat bdn yg b'tmbah m'gngu thp k'suburan sy. Sy t'pksa m'ngambil clomid + metmorfin ats nsht Pakar O&G. Sy xhbis lgk consume GLA +Alfalfa+Omega...dan utk pngetahuan semua pembaca jg, sy br menjalani operation pd November 2012 yg lalu krn "ectopic pregnancy". Alhamdulillah, t'gerak hati nk cuba Shaklee ni ats nasihat Norliza Ibrahim, sy mula consume Shaklee 1 Jan 2013, smlm sy check UPT +ve. last period sy 25 Disember 2012...Ya Allah syukur.. sgt2. Kpd yg m'ngidap PCOS spt sy, In Sha Allah ada jln nya, Usaha+Doa+Ikhtiar...:) 
 ***************************************************************
Testimoni Berpantang

Saya baru 4 hari mlahirkan anak kedua...baru td makcik tukang urut dtg.masa pakaikn baju baby, makcik urut tanye sya amalkan mkn ape masa mengandung? Anak sya putih gebu...

Ape yg sya amalkan smasa mengandung? Tentu la set shaklee utk ibu mengandung...ESP la yg paling best...ape yg sya amalkn smasa bpantang ni? Tentu la 
set bpantang shaklee :)
 ****************************************************************
Testimoni Berpantang 2
testi!!!testi!!!....
ni la my 1st ank buah bby Hannah Insyirah a.k.a bby SHAKLEE..foto ni selepas beberapa jam Hannah dilahirkan dan mase umaur 32days...sekarang umur dia sudah 37days..kami2 semua pggil dia bby SHAKLEE sebb mase dlam kandungan lg Hannah telah mendapat khasiat supplement dr SHAKLEE..mase preggy umi Hannah telah mengambil OSTEMATRIX dan ESP..sebab tu kuar jer kulit Hannah memang gebusss..pastu mase umur dio 10 ari lbh kurang dia ade ruam2 lampin/ekzema..so sy mandikan dia dgn BASIC H dan sapukan HERBAL BLEND setiap kali selepas dia mandi..Alhamdullillah selepas 2 3 kali di sapu merah2 kt badan dia semakin kering...dan sehingga kini Hannah sentiasa mendapat khasiat dr SHAKLEE kerana uminya mengamalkan supplement utk berpantang spt VITALEA, B - Complex, Vita - C , & Zink dan Hannah diberi susu badan sepenuhnya..selain itu umi juga add on ESP sebagai minuman mase bfast n minum ptg...In Shaa Allah dengan persediaan yg dibuat oleh uminya Hannah akan dpt diberi susu badan sehinnga 2 years.


****************************************************************
Testimoni Berpantang 3
sy sedang berpantang day 30: tapi saya cuma berpantang makan je dan teruskan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE yg best tu. yg lain2 sy dh buat mcm org habis pantang dh, cthnya drive kereta pegi post office, pegi bank, pegi beli brg, bawa anak2 pegi klinik.. hehehe kenapa sy berani? sebab rasanya kereta zaman skrg ni dh canggih2, tak perlukan byk tenaga nak drive, setakat control stereng je pastu kasi dia jalan sendiri, kekeke... :)) tp rahsia sy cepat sihat tu tak lain tak bukan adalah Shaklee la...kuikui ;) 

luka jahitan sy byk sgt aritu, plus doc cakap kulit sy jenis kulit 'tauhu', anda tahu apa dia kulit tauhu ni? kulit tauhu ni katanya mcm kulit org cina, bila cucuk je berdarah, dia mcm hancur, salah satu punca dia sebab tak biasakan makan makanan pedas.. keadaan kulit sy yg mcm tu, menyebabkan tempoh menjahit tu lebih lama drp tempoh nak beranak kat dlm labor room tu.. semasa pregnant juga sy kena buasir, dan buasir makin teruk lepas bersalin.. dh sgt3 risau sbb sy selalu dgr cerita buasir ni susah nak baik dan perlu dibuang... huaaa... tp ajaibnya, sy ambil set berpantang shaklee; VITALEA + BCOMPLEX + VITAMIN C + ZINC COMPLEX dan juga OMEGA GUARD, dlm masa kurang drp 2 minggu, luka jahitan dan buasir sy tu dh baik! wahhh sgt gembiraaa!! :))

****************************************************************
Testimoni Berpantang 4
Salam,

saya nak share experience saya menjadi pengguna Shaklee semasa berpantang anak ke-2 saya.
Semasa berpantang kita dengan baby hanya terpisah waktu baby tido sahaja kan..bila baby celik jer mata, mesti nak melekap kat maknye..nak menyusu aje..mmg bagus bile kerap menyusukan bby, pengeluaran susu pun akan banyak..sbb penyusuan susu ibu mmg based on demand and supply kan...especially kalau malam, memang baby akan melekap jer...di sini lah peranan Shaklee yang saya ambil..saya cuma consume ESP + Alfalfa sahaja untuk penyusuan..+ Lechithin untuk kuruskan badan..
Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang yang setiap masa menyusukan baby tuh..memang langsung tak ade masalah sakit belakang, sakit badan (sebab waktu malam menyusu sambil baring), tak lesu, kulit pun x pucat...ni mmg best sbb selama ni org selalu ingat saya sakit disebabkan kulit tak berseri...
Sebab tu saya jatuh cinta dengan Shaklee...seriously Shaklee banyak membantu dalam kesihatan dalaman dan luaran saya...kalau dalaman cantik, automatiknye luaran pun akan cunnnn...:) 


*****************************************************************
Alhamdulillah..syukran dan tahniah ye puan2 semua. Bukan nak kata Shaklee ni bagus tapi kebagusan Shaklee dah terbukti. X de nye nak over claim. Semua ni feedback daripada pelanggan sendiri. hiihihi..

Pada yang belum cuba, meh la cuba..banyak benefit ambil supplemen. Kata la nak ambil untuk baby dalam kandungan, dalam masa yang sama, ibu dapat kebaikan juga. Rambut cantik, kulit cerah, senang membuang, badan sihat bertenaga..aii..macam2 lagi la..CUba dulu baru tahu.

Saya tak tahu kelebihan produk hamil/ berpantang jenama lain, yang saya tahu kelebihan produk Shaklee. Sebab saya dah cuba..Anda?? Pilihlah yang terbaik, SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN tentunya..hahahha

Sekian.

Pn Has
Shaklee ID : 883548
Sms : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris

Sunday 10 March 2013

Testimoni Alfalfa

Assalam. Hujan petang gini wat mata daku mengantuk je..Udah berapa kali menguap..hihihi..rajin bebeno aku ni nk update blog ye..hahaha..x pe..nak share testimoni pelanggan-pelanggan Shaklee. Best baca, seronok bila orang lain happy.

Testimoni 
********************










*********************
Tu diaaaaaaaaaaaa...hahhahah..Penangan Alfalfa....tapi Alfalfa ni bukan untuk pompuan je. Untuk lelaki pun boleh. Alfalfa bertindak ikut hormon la..x kan yang laki pun "rapat" kan...awwww...ihihi..moh kita ketahui khasiat Alfalfa ni pada yang belum tau.

Alfalfa tumbuhan 1001 fungsi, bukan untuk ibu yang menyusukan anak je..! Antara fungsi alfalfa..

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitam dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19.. Membuang angin dalam badan
20. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…


Banyak tu kan..yang paling best untuk saya, Alfalfa ni membantu memproses susu dengan cepat. Lagi kosong cik B,lagi cepat susu terhasil. Baby cepat kenyang, ibu hati senang. hihihi...

Alfalfa ni didatangkan dalam dua size iaitu size kecil (330 biji) dan besar (700 biji). Gila banyak dan menjimatkan..kegunaan untuk 3-4 bulan..Melaburlah sikit untuk kesihatan anda daripada dah sakit sok, lagi banyak duit nak guna..:)

Sekian

Pn Has
Shaklee ID :883548
Sms : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Blog : zarariana@blogspot.com

Testimoni - Collagen Powder

Assalam. Walaupun saya lebih suka cerita pasal kehamilan, tapi tadi buka group secret dan nampak testimoni collagen ni. Saya yang tengok pun teruja. Masyallah.Sangat gebus kulit wajah sahabat kita. Jom kita baca pengalaman beliau dengan Shaklee Collagen Powder yang power. eheheh..over suda..
****************************
***************************
Gebus kan..kan..kan..hohoho...ternyata produk Shaklee sentiasa memberikan yang terbaik buat pelanggan. Yok sepintas lalu kesan2 pengambilan kalogen..

ANTI-PENUAAN - Mengurangkan liang pori, kedutan dan garis-garis halus dan kedutan yang kelihatan.
MENGHIDRATKAN -  Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan menggelupas pada muka.
MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
MELICINKAN - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
MENYUBURKAN - Menguatkan kuku, menyuburkan rambut yang tebal dan bersinar.
MENCERAH - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
MENEGANG - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

Ha..kesan makan  kalogen sangat menterujakan sesiapa yang belum cuba calogen ni kan..Tahniah. Tahniah..Tahniah..

Anda? Pilih la yang terbaik.. 

Sekian.

Pn Has.
Shaklee ID : 883548
Sms:013-2236819 [Email:zarariana@gmail.com]
Fb : Hasnirah Iris

Saturday 9 March 2013

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET

Assalam. Morning dear. Pagi ni nak share info tentang Advance Joint Health Tablet Shaklee (AJHT).Apa yang best dengan AJHT.Adakah anda ingin kekal sihat dan bebas bergerak?

Kesihatan sendi
*Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia(bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Sakit Sendi dan ketidakselesaan.
* Semakin umur meningkat, tulang rawan meyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yng menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.

Bagi jutaan orang yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar. Ianya juga boleh mengakibatkan hidup anda terjejas dan menghalang anda dari melakukan aktiviti yang anda gemari.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa akan datang. Sama ada anda menghidap sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia. 

Sumber : Buku AJHT Shaklee.

Jadi ada berita baik untuk anda!!!!!!!!!! untuk mengekalkan sendi-sendi yang KUAT,FLEKSIBEL dan MUDAH BERGERAK dengan Advance Joint Health Tablet.

Keistimewaan

SENTIASA SELAMAT
- 100% berasaskan syur-sayuran.

SENTIASA BERKESAN
- Meningkatkan keselesaan sendi dalam masa 5 hari.
- 100% bebas Chondroitin.

SENTIASA MESRA ALAM
- Menggunakan botol yang dikitar semula.
- Pembungkusan yang bebas bisphenol-A(BPA)
** Ujian klinikal menunjukkan AJHT lebih cepat dan berkesan dalam 5 hari, juga lebih berkesan berbanding jenama lain.

Sumber

AJHT menyokong kesihatan sendi dalam 3 cara

1. Ekstrak Boswellia 
- Dalam perubatan Ayurvedic(>5000 tahun), Boswellia digunakan untuk merawat osteoarthritis & rheumatoid arthritis.
- Asid Boswellia adalah komponen utama aktif ekstrak Boswellia.
- Agen Anti radang semulajadi.
- Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
- Meningkatkan keselesaan sendi.

2. Ekstrak Jagung 
- Meningkatkan kesan kusyen antara sendi-sendi.
- Membantu mengekalkan tulang rawan.
- Komponen penting dalam pembinaan blok utama tulang rawan & bendalir sinovial.
- Membekalkan pelincir.

3. Vitamin C, zink, tembaga dan mangan 
- Nutrien penting dalam kesihatan sendi.
- Memelihara kesihatan tisu penyambung.
- Ko-faktor bagi enzim yang membina kalogen & glikosaminoglikan(komponen tisu penyambung)

100% bebas Chondroitin
- Tidak mengandungi Chondrotin sulfate yang boleh mengurangkan keberkesanan penyerapan glucosamine.
- Kebanyakkan supplemen lain, chondroitin sulfate diekstrak daripada sumber  haiwan (lembu) & mungkin tercemar semasa pemprosesan.
- Kesan sampingan yang mungkin berlaku (ketidakselesaan perut, muntah, rasa loya, gastric, pedih ulu hati, cirit birit, dahaga, penyahhidratan, sakit perut, angin dan sakit tekak).
- Berinteraksi dengan warfarin(ubat penipis darah), akan meningkatan kesan, menyebabkan lebam & pendarahan dalaman yang teruk.
**************************
Memang best Shaklee ni kan. Sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap produknya. Anda yang mengalami sakit sendi/sakit lutut, apa tunggu lagi? moh dapatkan untuk diri sendiri, ibu bapa, dan kongsikan kebaikan yang terdapat dalam AJHT.

Sekian.

Pn Has
Shaklee ID : 883548[zarariana2gmail.com]
SMS : 013-2236819
Fb: Hasnirah Iris

Wednesday 6 March 2013

Sistem Lupus a.k.a SLE

Assalam. Anda pernah dengar SLE tak? Nama penuh bagi SLE adalah Sisitem Lupus Erythematyosus. Saya tahu SLE, pernah dengar tapi tak tahu ape itu sebenarnya penyakit ni. So saya nak kongsi tentang SLE. Moh le kita baca sama-sama. Moga bermanfaat untuk semua.

Apa itu Lupus..??

Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)..??
Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan.Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Ini membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian.Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. Walaubagaimanapun, mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Gejala-gejala Lupus.
Diskoid Lupus
Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal.Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut.Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan orgon-organ lain.

Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ) 
- Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.
- Ulser di dalam mulut
- Keguguran rambut
- Demam berpanjangan.
- Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.
- Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
- Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.

Rawatan 
Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita. Memandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :-

1. Risiko keguguran kandungan. - Terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.

2. Komplikasi lain semasa mengandung. - Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa mengandung.- Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung. Pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di hospital.

Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengelak penyakit ini menjadi aktif.
-Mengenal gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk.
-Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai sunscreen
- Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat doktor yang merawat.Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang mengubati pesakit-pesakit SLE.

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious.Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Rujukan "Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang.
Cedit to Mommy Zura Millionare Group
*********************************************