Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Wednesday, 6 March 2013

Sistem Lupus a.k.a SLE

Assalam. Anda pernah dengar SLE tak? Nama penuh bagi SLE adalah Sisitem Lupus Erythematyosus. Saya tahu SLE, pernah dengar tapi tak tahu ape itu sebenarnya penyakit ni. So saya nak kongsi tentang SLE. Moh le kita baca sama-sama. Moga bermanfaat untuk semua.

Apa itu Lupus..??

Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)..??
Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan.Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Ini membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian.Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. Walaubagaimanapun, mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Gejala-gejala Lupus.
Diskoid Lupus
Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal.Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut.Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan orgon-organ lain.

Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ) 
- Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.
- Ulser di dalam mulut
- Keguguran rambut
- Demam berpanjangan.
- Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.
- Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
- Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.

Rawatan 
Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita. Memandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :-

1. Risiko keguguran kandungan. - Terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.

2. Komplikasi lain semasa mengandung. - Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa mengandung.- Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung. Pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di hospital.

Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengelak penyakit ini menjadi aktif.
-Mengenal gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk.
-Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai sunscreen
- Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat doktor yang merawat.Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang mengubati pesakit-pesakit SLE.

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious.Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Rujukan "Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang.
Cedit to Mommy Zura Millionare Group
*********************************************

No comments:

Post a Comment