Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Saturday 10 May 2014

Oat Vs Penurunan Kolestrol Tidak Baik

Assalamualaikum w.b.t.. Selamat pagi. Kata-kata semangat buat diri dan anda semua. 

Saya hebat! Saya kaya dan berjaya!!

Alhamdulillah. Bangun tidur lahirkan rasa terima kasih pada Dia kerana memberi aku keluarga,suami,anak2,ibu bapa,mertua serta kawan2 yang penuh kasih sayang.

Penuh aura POSITIF. Ayuh Has!! Bangkit!! Masa tidak menunggu!!

* I am the Winner!! My passion BIGGER than my fear!! I'm the best!

Syukur nikmat yang Allah beri. Pagi ini nak share tentang OAT. Rasanya ramai yang tahu oat bagus untuk menurunkan kadar kolestrol dan sarapan pagi yang berkhasiat.


Oat adalah makanan ideal untuk semua peringkat umur. Ia mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga untuk orang tua.

Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Salah satu kompenen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.

Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan berfikir seperti belajar, ambillah oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.

Makanan terbaik untuk sarapan pagi yang berkhasiat

Tiada yang lebih mengujakan anda setiap pagi melainkan dengan sarapan yang berkhasiat dan menyedapkan. Tambahkan buah-buahan atau susu krim ke dalam semangguk oat yang memberikan manfaat untu keperluan nutrisi seharian anda.

Oat adalah di antara makanan yang paling berkhasiat untuk sarapan pagi anda. Ia mampu mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Saintis mengesyorkan mengambil makanan bijirin seperti oat untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung.

Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian.

Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.

“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James lagi.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa dengan mengambil oat, ia boleh:

- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes jenis 2 dan mengurangkan berat badan.
- Mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan.
- Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.

Makanan yang mengenyangkan sehingga tengahari.

Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Ini bermakna apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Sarapan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh membuat anda berasa kenyang untuk tempoh yang singkat. Sarapan yang terdiri daripada oat yang dengan dicampur buah-buahan boleh mengenyangkan sehingga tengah hari.

Jika anda sedang mencari sarapan yang berkhasiat, oat adalah pilihan terbaik anda. Dengan gabungan 6 makanan terbaik dunia di dalam satu hidangan oat, anda akan mendapat semua kebaikan oat untuk tubuh badan anda.

http://www.anugerahquran.com/blog/khasiat-khasiat-oat-yang-anda-perlu-tahu/

Selain daripada oat, anda juga boleh mengambil alternatif menurunkan kadar kolestrol dengan pengambilan supplemen. Antara supplemen yang disyorkan adalah

* Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.
* Lecithin- Choline dan Inositol untuk metabolisma lemak
* Omega Guard- Membantu menurunkan trigliserid 65%, menurunkan LDL dan keseluruhan kolestrol
* Garlic - Membantu menurunkan paras kolestrol
* Vitamin E- Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas
* Alfalfa Complex - untuk sintesis lemak
* Vitamin C Plus - Menurunkan kolestrol LDL dan meninggikan HDL
* GLA Complex - Mengurangkan kolestrol LDL

Bukan lah kena ambil semua sekaligus, ikut kemampuan bajet anda. Apa yang paling penting, jalani gaya hidup sihat ye kawan2. Jom cari dan sarapan oat.

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/hasnirah.iris
Pages : https://www.facebook.com/VitaminIbuHamil



No comments:

Post a Comment