Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Monday, 21 January 2013

Info Vitamin E

Assalam kawan-kawan. Untuk memenuhi keperluan vitamin E di dalam badan iaitu 400IU, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas.(1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam). Mampukah badan kita menerima semua ini dalam satu-satu masa?Jadi hari ini nak sharing info tentang Vitamin E dan kebaikannya.

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Sumber Vitamin E Shaklee :-
  • Diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E
  • Diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopheryl yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E alpha,beta,gama,delta).
  • Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
  • Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
Fungsi Utama


*Melindungi Jantung
- Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat.
- Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid.
- Meningkatkan koleterol HDL.
- Mengurangkan tekanan darah.
- Menghalang platelet darah darah melekat ke dinding arteri.
- Menghalang anemia hemolitik dan penyakit jantung.
Mengembangkan pembuluh darah dan mencegah pengerasan arteri, keadaan begini biasanya dikaitkan dengan umur tua dan kerosakan jantung.
- Menghalang pembentukan darah beku.

*Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
- Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif.
- Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sprema mereka.

*Anti-Penuaan
- 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan.
- Mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan.
- Vitamin E mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
Kesan antioksidan dan Vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen, memberi anda lebih ketahanan.

*Anti-Oksidan yang kuat
- Pengambilan lebih 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser.
- Mengukuhkan sistem imun.
- Menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor.
- Mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.
- Juga memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.

*Kelestarian Tenaga
- Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

*Memperbaiki Arthritis
- Meningkatkan keanjalan salur darah.
- Memperbaiki kitaran darah.
- Merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

*Menghalang Keguguran
- Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra haid dan sindrom menopaus seperti hot flush.
- Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.

Memperbaiki Parut
- Memperbaiki bengkak dan ulser kulit
- Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
Dengan membaiki pembekalan oksigen dan asid Nukleik, Vitamin E menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit.
* Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene,vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas.

*Vitamin E diperlukan dalam pembentukan nukleus, dinding sel, RNA dan DNA pada setiap sel di dalam tubuh. Ia bertindak dengan Vitamin C untuk kesihatan sel-sel tubuh.

Sumber Makanan Vitamin E

Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum

Kekurangan Vitamin E boleh menyebabkan :-

Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia


Basically antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah:

1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3.Pilih Vit E yg berserta selenium

Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan

Vitamin E Shaklee memenuhi garis panduan di atas :-
Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli
Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate
Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]*

Kredit to http://www.mamafaiz.com/2011/11/supplemen-vitamin-e-boleh-sebabkan.html untuk panduan pemilihan Vitamin E.

Sekian. Salam mesra

Pn Has
Shaklee ID :883548
013-2236819[zarariana@gmail.com]

No comments:

Post a Comment