Semalam aye kemas-kemas peti sejuk sebab rasa dah lama tak "service" kan. Aye dok belek botol-botol ubat. Emm..kebanyakan ubat-ubat ini milik NUR IRIS ARIANA. Anak aye yang sulung. Iris sempat menyusu badan sampai umur dia 4 bulan je. Then sambung dengan FM. Sedih sangat ok sebab dah nekad dan niat dalam hati nak menyusu sampai umur dia 2 tahun. Lepas je Iris stop BF, "lekat" adik (Nur Izzara Amanda). Huhuhu..gembira campur sedih..GEmbira sebab dapat anak lagi dan sedih sebab Iris kecil lagi.. : (
Tapi tak pe, setiap anak dah ditetapkan rezeki. Redha. Ok, apa yang aye nak sampaikan adalah beza anak yang BF (Breatfeeding) dengan FM(Formula Milk). Iris sangat mudah demam, orang cakap sebab "tukar bulan", ada kaitan ke?Dalam usia dia setahun yang pertama, setiap bulan dia akan demam. Dan aye adalah orang yang paling "panik", badan anak panas je, aye cepat-cepat bawa pergi klinik. Dapat ubat terus suap anak. Sampai sekarang aye sangat "menyesal"
Ini antara ubat-ubat IRIS, ada sebahagian dah dibuang.
Bila umur Iris menginjak 2 tahun, aye cakap dengan suami, aye nak makan supplemen dan bagi anak sekali. Tambahan nak cari supplemen sebab aye kerja dan BF Amanda, jadi badan aye sangat penat, baca info tentang penyusuan, STRESS juga boleh menyebabkan susu badan merudum. So, nak cari "UBAT TAMBAH SUSU BADAN"..hahahha.. Suami suruh beli, aye riki-riki dalam internet pasal supplemen. Lama juga aye cari dan surf tentang kebaikan supplemen. Jumpa lah SHAKLEE, sekaligus jumpa ZURA BETTY.
Alhamdulillah. Sejak bagi Iris supplemen, 2 tahun kebelakangan ni, Iris memang payah nak demam. SERIUS ok!!! Kalau betul-betul cuaca teruk, barulah sakit datang. Vit C dan MEALSHAKES adalah "peneman setia" untuk Iris sekarang ni.
Amanda sangat susah nak demam, "tukar bulan" tak jadi apa pada dia. Rilek je. Kulit baby yang BF ni LEMBUT dan HALUS tau. Ini bapak aye yang bagitau sebab kulit badan Amanda lain dari yang lain..hihihi..meh baca sikit pengalaman penyusuan aye ni ok.
Pada ibu-ibu muda yang first time mengandung, tanamkan azam dalam diri untuk menyusukan bayi anda sehingga umur 2 tahun. "susu tak ada", "susah", "kerja", "masa tak ada"..please jangan jadikan alasan. Kesian bayi yang sangat memerlukan nutrisi yang sepatutnya bayi dapat daripada anda. Saya hanya mampu berdoa dan menasihati anda sebab saya tak mahu anda menyesal seperti saya.
Sila lengkapkan diri anda dengan ILMU PENYUSUAN. Dunia penyusuan sangat indah wahai ibu-ibu. Lagi satu, beri badan anda vitamin yang lengkap supaya anda tidak mudah letih, stress dan sebagainya. Satu masa nanti bila bayi dah tak menyusu, anda pasti merindui saat-saat itu. Dengan mulut dan muka comel mereka. Will miss the moment.
Lagipun jika buat pengiraan membeli susu formula berbanding membeli pam susu untuk buat stok EBM, kos membeli susu formula SANGAT MAHAL. Pam susu kalau beli yang mahal sekalipun, berbaloi sebab kita boleh pakai lama. Kan..kan..hihi..
Sekian
Pn Has
Shaklee Distributor (883548)
Pm/Whatsapp: 013-2236819
Fb : Hasnirah Iris
Email : zarariana@gmail.com
No comments:
Post a Comment