Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Tuesday, 30 July 2013

Berbakti pada famili..sgtttttt..

Assalam semua kawan-kawan aye..sedar tak sedar ramadhan hampir ke penghujungnya. Tiba-tiba aye rasa nak membuat kuih iaitu SERI MUKA..hihi..asalnya aye memang suka kuih ni..sejak ada anak-anak yang semakin membesar ni, diorang sangat memilih makanan. Apa yang aye perasan la, anak-anak suka makan pulut (macam ibu juga la..hihi)..kuih muih ni ibu jarang sangat buat, kecuali jemput ikan bilis, karipap dan jenis yang bergoreng. Maklum la, kalau nak buat yang kukus, belum pandai adjust api..kot terkering air ke kan..x pasal meletup pengukus (alasan..hahahha).

Semalam pergi bazar ramadhan Behrang Stesen, saja jalan jauh sikit..kecil je bazarnya. Tapi harga memang murah-murah, kuih besar-besar (5 biji RM2) cuma ada seorang akak ni, dia jual kuih muih(aneka tepung talam), ada la kole kacang, seri muka, puding jagung dan macam-macam lagi, aye pun tak ingat. Kuih yang aye beli sudah tentu seri muka dan kole kacang. Size kecil. Tak kisah la, ku beli 3 biji kole kacang dan 2 biji seri muka. Masuk-masuk dalam kereta, anak-anak dah bedal seri muka. Aye terpaksa turun semula sebab nak beli kuih seri muka punya pasal.

Jadi bermula la episod sembang-sembang nak buat kuih ni. En somi cakap, "kalau dah anak-anak suka makan, ibu belajar la buat kuih ni"..ihihi..beli dapat 5 biji je, kalau buat? sebekas loyang, puas hati la makan kan. In Shaa Allah, aye akan usahakan. Cik abang beli je la bahan-bahannya..hahahha..

Aye cadang nak buat hujung minggu ini, doakan usaha berbakti pada famili ni berjaya ok? Tadi pun aye dah search "papa google" untuk pinjam resepi kawan-kawan alam maya yang dah pernah buat seri muka. So, nantikan la usaha aye ni ye..hik hik hik..

Ok, sekian untuk malam ini.( Teruja sebenarnya).

Salam sayang.
Pn Has.. :)

No comments:

Post a Comment