Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Sunday, 27 April 2014

Tonsil dan cara merawat

Assalamualaikum w.b.t.. Bersua kembali. Pernah dengar tak TONSIL? Saya pernah juga dengar, pada saya mungkin sebab tekak bengkak. Untuk maklumat lanjut, jom ketahuinya.

Apa itu tonsil ?

Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis? 

Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.
Simptom-simptom penyakit :
*Demam
*Susah untuk menelan kerana sakit tekak
*Nafas berbau busuk.
*Bunyi suara yang ganjil
*Kebengkakan pada kelenjar tekak 
*Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya.

Rawatan 

- Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
- Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
- Banyakkan minum
- Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
- Rehat
- Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteriaBila kelenjar tonsil patut dibuang ?

Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):

Apabila jangkitan berulang – ulang. Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan? 

Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?

Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
********************************************

TONSIL

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.
Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.

Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.

***********************************
APAKAH ITU TONSIL?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.
Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Rawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.

Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

Sumber TONSIL

Bagi anda yang nak cuba alternatif supplemen, saya boleh cadangkan supplemen GARLIC daripada Shaklee. Ianya dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas serta kombinasi 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan spearmint. Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau. Perisa herbanya terhasil dari kombinasi ekstrak herba( Rosemary & Spearmint) serta mengandungi pelbagai Vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.


Selain daripada itu, ianya juga 

* Mengandungi Spearmint
- Mempertingkatkan sistem penghadaman & fungsi jantung.

* Antibiotik yang selamat & semulajadi
- Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

* Menghalang Allergic
- Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif,sinus, allergic, asthma, selsema, hepatitis.

* Mempertingkatkan Sistem PEnghadaman
- Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan dengan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman.
- Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

* Menurunkan tekanan darah tinggi
- Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

* Detoksifikasi
- Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah.
- Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

* Menurunkan kolestrol
- LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL
- Melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

* Mencegah kanser
- Membantu mengelakkan dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser- Nitrosamine.

* Menstabilkan glukos
- Membantu menstabilkan glukos didalam tubuh.

Sebotol ada 60 biji. Makan bila perlu..

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Fb: Hasnirah Iris
Pages: Iris Vitamin Shoppe

Friday, 25 April 2014

Cinch Energy Tea Mix Shaklee

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dipertemukan lagi. Dalam sibuk-sibuk saya makan vitamin, lupa pula nak kenalkan dengan minuman bertenaga dari Shaklee iaitu Cinch Energy Tea. Ha, baca nama pun dah tahu ianya adalah minuman untuk meningkatkan tenaga. Mari kita baca lagi tentang Cinch Energy Tea ni.

Teh ini dihasilkan daripada 4 jenis teh, iaitu Matcha Green Tea Powder, Red Tea Extract, White Tea Extract dan Rooibos Red Tea Extract.





Matcha Green Tea Powder
- Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat di dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.

Red Tea Extract
- Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenaol-pejuang kanser yang kuat. polifenal membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegah kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.

White Tea Extract
- Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

Rooibos Red Tea Extract.
- Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.

Perbezaan Shaklee

- Selamat, penggalak tenaga semulajadi.
- Ditambah dengan taurina-meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
- Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
- Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis

Siapa yang sesuai minum?

- Lelaki,wanita,remaja, warga emas
- Ibu hamil, ibu berpantang, ibu menyusu.
- Penghidap asthma- teh hijau meningkatkan inflamasi salur udara
- Edema/Retensi air - fungsi teh ini meningkatkan tenaga
- Keletihan/lesu - meningkatkan tenaga



Buat anda yang selalu keletihan di siang hari, ibu hamil yang asyik loya dan tak dapat nak makan . Ayuh mulakan hari mu dengan Cinch Energy Tea. Setidaknya masih ada sisa tenaga untuk lakukan yang terbaik buat diri dan yang tersayang.

Rasanya boleh dipelbagaikan sama ada anda mahu minum panas atau sejuk. Jika tidak mahu rasa seperti teh sahaja, apa kata anda tambah dengan hirisan lemon atau kulit kayu manis sebagai penambah rasa.

Sekotak ada 28 sticks. Harga pasaran RM131. Anda boleh dapatkan daripada saya, Has-pengedar sah Shaklee anda.

Sekian. Terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
FB: Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe
Email : zarariana@gmail.com


Tuesday, 8 April 2014

Hargai Ibu Bapa ketika mereka masih ada.

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah..masih di bulan April. Minggu lepas balik kampung, saja balik nak menjenguk orang tua. Masa balik kampung abang hantar dan nak balik semula ke Tanjung Malim saya tumpang kakak yang juga balik. Kebiasaannya bila tumpang kakak, pasti singgah dulu ke rumah mak mertua beliau. Waktu sampai di rumah mak mertua kakak, ada orang datang iaitu saudara mara mereka.Bersalam-salaman sesama mereka (ynag perempuan je la..hahahhaa). Di jamu dengan bubur cha cha, pisang goreng dan keropok ikan serta air teh o.Alhamdulillah tapi saya tak makan banyak sebab dah bedal karipap di rumah mak..Lebih kurang 20 minit baru gerak balik.

Walaupun saya kerap balik, tapi kerinduan itu masih ada kerana selalu terfikir yang saya atau orang tua saya mungkin tidak punya banyak masa. Mungkin saja saya yang pergi dulu ke kan? Kadang2 sedih bila ada anak2 yang tidak ingat pada ibu bapa. Contohnya, masa on the way balik ke sini, saya terkejut apabila abang ipar saya mengatakan yang mak saudara(yang bongsu) dia balik selepas bermimpi yang opahnya(mak kepada mak abang ipar) meninggal. Dan malam sebelum mak saudara tu datang, opah berjurai air mata kerana terlalu rindu akan anak2. Mungkin juga berkat doa seorang ibu, maka Allah bagi petunjuk supaya segera bertemu orang tua. 

Nasihat saya pada anda semua, berjumpalah sekerap mungkin dengan orang tua anda atau sekurang-kurangnya telefonlah mereka. Mereka tidak mengharapkan wang ringgit anda tetapi PERHATIAN dan KASIH SAYANG. ISh..tiba-tiba rasa sedih dan sebak pula kan..Tapi kalau boleh jangan la kita buat orang tua kita menangis kerana rindukan kita. Wang ringgit boleh di cari tetapi masa yang berharga diluangkan bersama mereka tidak ternilai.

Sebenarnya cerita tentang MENGHARGAI ORANG TUA ni bukannya apa, sangat sedih jika ada anak yang abaikan ibu bapa tambahan lagi jika orang tua yang mempunyai harta benda dan anak2 hanya ambil tahu disebabkan harta sahaja. Allahuakbar..saya minta dijauhkan daripada berperasaan begitu. 




Inilah mak dan bapak tersayang saya dan 4 beradik yang lain. In Shaa Allah, kasih hingga hujung nyawa. Antara adik beradik perempuan, saya adalah yang paling besar, saya anak no 2, jadi bila keluar berjalan dengan kakak ke, mesti orang akan cakap saya ni kakak. Memang dah biasa sangat orang kata begitu. Satu lagi ayat orang selalu cakap "Eh, adik beradik ke? Kenapa muka tak sama"? Ahahhaa..Makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik kalau muka kami sama, KEMBAR la namanya..huhuhuhu.


Ini pula adik beradik serta pasangan masing-masing kecuali adik bongsu saya yang belum kahwin dan mak bapak masa family day di Port Dickson 2012. Adik beradik saya 5, 4 perempuan dan seorang lelaki.Ha, sama ke? tak kan? Alhamdulillah, walaupun masa kecil kami sering bergaduh, bila dah besar ikatan ukhwah begitu kukuh. Kalau terasa hati pun tidaklah sampai bermusuh. 

Post hari ini mengenai adik beradik saya je.Hahhahaha..Mereka semua pun dah consume supplemen demi kesihatan masing-masing.Anda kalau perlukan supplemen tetapi tak tahu yang mana, pm je saya, saya akan consult mengikut kesihatan dan bajet anda.Ok.bye

Sekian,terima kasih.

P/s : Hargai orang tua mu ketika mereka masih ada.

Puan Has
Shaklee SID: 883548
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@mail.com
Fb: Hasnirah Iris
Pages: Iris Vitamin Shoppe

Wednesday, 2 April 2014

KUATKAN DAN SIHATKAN TULANG ANDA DENGAN OSTEMATRIX

Assalam.. April menjelmakan dirinya. Alhamdulillah.Masih diberi kesempatan menikmati nikmat Allah. Amin. Sehari dua ini kesihatan saya agak menurun. Kepala sakit dari pagi sampai ke petang.Dugaan ibu hamil. Walaupun saya makan supplemen tapi itu tidak menjanjikan yang saya tidak akan sakit. Tapi saya akui, kesihatan lebih baik daripada sebelum mengambil supplemen.

Ok, cerita tentang supplemen dan kehamilan, suka sangat saya nak beritahu anda yang bulan APRIL 2014 ini adalah bulan KALSIUM. Kenapa saya kata bulan kalsium? Kerana bulan ini promosi BUY 6 FREE 1 jatuh kepada KALSIUM SHAKLEE iaitu OSTEMATRIX!!!!!!!!!!!!!!!!



Alhamdulillah, susu selalunya amat disarankan kepada ibu-ibu hamil dan kebanyakkan ibu-ibu hamil culas dalam pengambilan tenusu terutamanya SUSU. MUngkin rasanya yang membuat anda loya, kembang tekak dan sebagainya tambahan lagi apabila diambil pada waktu pagi. 

Pada saya, saya suka je susu dan saya tetap ambil Ostematrix sebelum tidur dan jika menempuhi perjalanan yang jauh. Saya ambil sebelum tidur. Antara fungsinya adalah MELEGAKAN KELETIHAN, MENGELAKKAN KEKEJANGAN, MEMUDAHKAN/MELAWASKAN PEMBUANGAN, MENGELAKKAN SAKIT GIGI, KUKU PECAH dan banyak lagi manfaatnya..

Syukur sangat sebab kandungan kali ketiga ini, saya sudah bertemu dengan pilihan terbaik dan terhebat dalam kelasnya yang tersendiri iaitu SHAKLEE. Alhamdulillah.Walaupun saya makan pil kalsium saya tetap tidak lupa nak minum susu untuk ibu mengandung. Nak KALSIUM LEBIH..hahahha


Yang bestkan, bila ditambah dengan ESP, rasanya lagi la SEDAPPPPPPP..Gabungan ESP+ Oste juga membantu merangsang PENGHASILAN SUSU IBU. Bonus, KULIT IBU CANTIK, RAMBUT CANTIK, KUKU CANTIK, PEMBUANGAN LANCAR, dan macam-macam lagi khasiat ibu dapat tau.

Di samping itu, jisim tulang juga makin padat dan dapat menguatkan tulang. Dengan kalsium yang cukup, bayi tidak akan ambil kalsium sedia ada di dalam tubuh ibu.Hasilnya, tak la anda bongkok sebelum masanya akan. GAGAH gitu..hahahha

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang tidak minum susu, mengandung atau sedang breastfeed, atau selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum mahupun mereka yang sedang menjalani fisioterapi....cubalah Osteomatrix Shaklee .Insyallah..

Nak cantik macam saya? hihi..pm je aye ok

Sekian, terima kasih

Puan Hasnirah
Shaklee SID: 883548
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris



Sunday, 30 March 2014

Harga ahli untuk keahlian sahaja

Assalamualaikum.w.b.t.. Diam tak diam, March 2014 bakal meninggalkan kita, sungguh pantas masa berlalu. Alhamdulillah, bulan ini saya banyak 'memberi', moga mereka sentiasa gembira. Amin. Seminggu(24 March 2014) di kampung terasa singkat waktunya. Lagipun ada majlis pertunangan adik ipar yang dibuat Khamis lalu(27 March 2014). Simple je majlis ni, pihak lelaki memberi 5 dulang dan di balas 7 dulang oleh pihak kami..Cewahhh..Saya membantu mana yang boleh. Sakit belakang tapi OSTEMATRIX jadi peneman setia..ihiks.




Jadi bila MARCH 2014 berakhir maka dengan rasminya PROMOSI ESP BUY 6 FREE1 juga akan berakhir. Huhuhu. sedih kan, rugi pada anda yang masih belum grab ESP ni. Banyak sangat kelebihan kalau amalkan. Baca SINI



Buat anda yang belum daftar sebagai ahli, promosi ESP membolehkan anda mendaftar keahlian secara PERCUMA!!! Dapat Bonus on mid April!! Dapat satu tong ESP PERCUMA!!! Ha, banyak sangat dah kelebihan jadi ahli selain daripada khasiat ESP itu sendiri. Jadi, apa anda tunggu lagi? Lagi 2 hari je lagi ni. Cepat rebut peluang ni ok..

Di Shaklee, bukan sahaja ada supplemen untuk tingkatkan kesihatan dalaman tetapi ada SKINCARE(NutriWhite, ENfulselle), Hair Care(Prosante) dan juga PENAPIS AIR..

Saya dah cuba pencuci muka NUTRIWHITE, best sangat bila pakai. In sha Allah, lepas ni nak cuba Hair Care(Prosante). Apa salahnya kita meneroka setiap kebaikan yang ada di dalam setiap produk Shaklee kan? Banyak sangat benefit atau kelebihan jika anda join Shaklee.

Disebabkan Shaklee sudah menguatkuasakan P&R yang memang dah ada sebelum ni, kami sebagai SID kena atau WAJIB jual dengan harga retails.. Nak harga ahli? Anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu.

So bagaimana ingin mendapatkan harga ahli..?? PM saya untuk maklumat lanjut.. Jom sertai family kami untuk manfaat yang bermacam2 sebagai ahli shaklee..!!

Pendaftaran keahlian : RM 65 + RM 10(WM)/RM 20(EM) Postage Memberkit


Atau, pembelian bernilai RM 680 (=200 UV) akan mendapat keahlian PERCUMA.

^^ Yuran Keahlian adalah seumur hidup.Majalah Rasmi "Shaklee Today" akan diterima setiap 2 Bulan.(Supervisor ke atas)

^^ Nikmati potongan harga 15-20% bagi setiap product Shaklee yang ditawarkan.

^^ Tidak perlu berkejar atau keluar mencari pelanggan. Tidak perlu "head-hunting" untuk mencari downline.

^^ Tidak perlu menyimpan stok di rumah.

^^ Kelas bimbingan diberikan secara online/offline, kami sediakan group tertutup di FB untuk berkongsi tips/sharing on marketing, bisnes, consultation, produt knowledge, motivation dan lain-lain.

^^ SISTEM yang kami gunakan telah terbukti membawa kejayaan kepada ramai ahli-ahli Shaklee di bawah Shaklee 2 U. Menjana INCOME 3-4-5 ANGKA, menikmati BONUS KERETA, PERCUTIAN bertaraf 6 STARS, Umrah & Ziarah, semuanya tidak mustahil bila anda bersama Shaklee!


Menarik kan? Tiada jalan singkat atau mudah untuk berjaya, kena harungi 7 gunung untuk mengecapi semua ini. Saya dah pilih? Anda?

Jom sertai kami untuk mengecapi semua ini. Anda bersama dengan produk unggul melebihi 50 tahun

* Doakan untuk semua penumpang dan kru MH370.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee SID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris

Tuesday, 25 March 2014

Ostematrix-Bekalan untuk perjalanan jauh

Assalam. Bersiaran dari Pahang, setelah lama tidak pulang kan. Cuaca pun ok sangat. Anak-anak tak meragam.Alhamdulillah, sampai juga akhirnya di bumi Keratong 2 ni.Memulakan perjalanan seawal 11.30 a.m, singgah di Shah Alam hantar surat untuk purchase new car( Proton EDAR VPC) tapi bukan saya punya la, adik suami yang punya.Hehehe..

Seterusnya singgah sekejap rumah kakak di Jalan Kebun, Shah Alam sebab nak hantar telekung lycra(Warna biru muda dan hijau pucuk pisang) dan solat sekali.

Dengan muka tak malu, makan sekali..hahahhaha..kebetulan masa saya sampai, kakak baru nak makan. Dan menjadi rezeki saya sebab kakak bekalkan donut yang dia buat. Kakak saya terer masak tau, cuma masa dia kurang untuk masak, busy dengan bisnes dan anak-anak sekolah.



Telekung Lycra ni ada banyak warna dan ini antara warna yang saya ambil nak bagi mak dan mak mertua Peach atas tu saya bagi mak, purple saya bagi mak mertua dan biru tu saya punya..hihihi..Kain lembut, berat tak tebal dan tak nipis. Saya bagi mak pada Sabtu lepas masa mak, bapak, embah dan adik beradik berkumpul di rumah saya di Tanjung Malim, Alhamdulillah, mak suka.

Hari ini(ISnin) usai solat maghrib saya bagi pula pada mak mertua, Alhamdulillah, mak mertua pun suka. Mak mertua tanya, "Berapa RM?", saya cakap, saya bagi mak. Lagi la mak mertua suka kan..

Nak ceritanya saya sampai di Keratong 2 ni jam 7.15. Bayangkan lebih kurang 5 jam dalam kereta.Tak campur lagi, berhenti di hentian rehat, jem di Seremban. Ya Allah, penat sangat-sangat. Tukar drive dari Tol Senawang sampai la sini. Anak-anak tidur, jadi saya bawa kereta dengan senang hati.Hahaha. Suami pula sakit kepala. Sebenarnya first time drive balik sini, sebelum ni suami je bawa..Tapi saya tidak risau sebab saya bawa bekal KALSIUM TERHEBAT saya..

Bila makan kalsium Shaklee ni, badan yang penat akan recharge bila bangun esok pagi. Tapi kena la makan sebelum tido kan, bagi otot berehat dengan tenang. Ada yang tak kenal lagi KALSIUM SHAKLEE?


Ini dia!!!. OSTEMATRIX .Bentuk pil dan warna putih. 1 biji bersamaan dengan segelas susu. Saya makan 4 biji sebelum tidur. Elok sangat untuk saya yang sedang hamil. Mengurangkan risiko sakit gigi, sakit badan dan juga SUMPAH MENGKARUNG/SIMPUL BIAWAK atau KEKEJANGAN..Sakit wooo kalau kena..

Jadi walaupun anda tak hamil, pengambilan kalsium yang secukupnya penting untuk memastikan ketumpatan tulang di tahap maksima. Makin meningkat umur, makin cepat rapuh jusim tulang. Kecuali la jika anda sering mengambil makanan dan minuman yang dapat membekalkan 100% kalsium buat tulang anda.

Sekilas Fakta

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya 99%. Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, dan vitamin D, Zink, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersam-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Sebotol ada 120 biji. Harga memng superb..Just pm me ok

Sekian. Terima kasih. Coretan untuk malam ini.. :)

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
FB: Hasnirah Iris
Page : Iris Vitamin Shoppe.

Friday, 21 March 2014

Skin Care Nutriwhite Shaklee

Assalam.Alhamdulillah, bumi sudah sejuk kembali. Pelbagai isu melanda Malaysia kala ini, antaranya adalah isu MH370. Saya hanya mampu berdoa moga Allah membantu mereka dalam misi pencarian MH370. Amin.

Posting hari ini, saya nak cerita tentang rangkaian penjagaan kulit wajah iaitu NUTRIWHITE Skin Care System. Disebabkan saya dah cuba salah satu produk ini iaitu Gentle Deep Foaming Cleanser, maka saya nak cerita cara-cara sisitem skin care ni bertindak serta bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan NUTRIWHITE.

Sebenarnya lama dah idam nak guna sebab 'cemburu' tengok ada kawan-kawan yang dah guna bagitau KULIT JADI LEMBUT, BERSIH, HALUS dan SEGAR. Jadi apa salahnya cuba kan, tambahan saya tidak mempunyai masalah kulit wajah. Kira kategori kulit normal.Hihihi..

Pertama kali saya cuci muka dengan pencuci mukanya, Allahuakbar..best sangat kawan-kawan.Rasa BERSIH, GEBU dan seperti kulit muka ni 'SEDANG BERNAFAS'. Like..Like..Like. Picit sikit je, buihnya banyak, lembut pada kulit. Berat satu tiub ni 150g. Besar/tinggi macam botol susu size 8oz. Banyak kan, ada antara kawan saya kata, JIMAT sangat sebab satu tiub tahan sehingga SETAHUN!!!. Wow..kira tak la rugi kalau memiliki pencuci muka ni kan.



Jadi mari kita lihat bahan-bahan dan fungsi setiap bahan yang digunakan. Yang pastinya SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.Sistem ini bekerja dalam 5 cara iaitu

1. MENGHALANG
- Kesan-kesan memudaratkan daripada matahari dan alam persekitaran dengan melindungi kulit anda secara aktif daripada sinar UV dan cahaya matahari yang boleh menggelapkan serta merosakan kulit.

2. BERKURANGAN
- Penghasilan pigmen hitam pada kulit daripada menjadi gelap.

3. MENYEKAT
- PEmindahan pigmen gelap daripada dasar sel kulit kepada lapisan atas untuk mencegah kemunculan bintik hitam, membantutkan kemunculan bintik-bintik hitam.

4. MENCERAH
- Warna melanin yang sedia ada serta menyerlahkan warna kulit secara keseluruhan.

5. MEMPERBAHARUI
- Dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melanin berlebihan agar kulit cantik berseri

Slogan untuk Nutriwhite Skin Care Sistem adalah CERAH.SIHAT,MUDA,PUTIH DAN BERSERI DAN WARNA KULIT YANG SEKATA.

Rangkaian Skin Care Nutriwhite mengandungi-



1. Gentle Deep Foaming Clenser
- Pencuci yang lembut dan segar yang diformulasi khas untuk menyucikan kulit anda.

2.Gentle Action Makeup Remover
- Penanggal alat solek yang licin dan tidak berminyak

3. Soothing Radiance Whitening Softener
- Dirumus khas untuk menenangkan kulit anda dan mengembalikan ia kepada PH asal serta kulit berasa lebih lembut dan cerah berseri.

4. Daily Defense Whitening Essence
- Diperkaya dengan bahan-bahan herba yang mencerahkan kulit sambil menghidratkan dan melembutkan kulit.

5. Spot Whitening Treatment
- Mencerahkan tompok-tompok jeragat akibat panahan matahari, untuk kulit wajah yang cerah sekata, bersinar dan berseri-seri.

6. Ultimate Protection Whitening Lotion
- Daytime Whitening Lotion dengan SPF 15 sangat ringan tetapi merupakan pelembab yang amat berkesan dan hebat. Gunakan pada waktu pagi selepas Spot Whitening Treatment.

7. Overnight Renewal Whitening Cream
- Membelai kulit anda dengan nutrien yang diperkaya sumber semulajadi di saat anda tidur. Kulit yang kering akan kelihatan lembut, cerah berseri pada keesokan paginya.


PERBEZAAN NUTRIWHITE

- Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat.
- 3 tahun pembangunan produk
- Pemilihan bahan aktif dan mentah diperolehi daripada 16 negara.
- Ujian yang menyeluruh.
- Unik, pengwujudan eksklusif pelbagai dimensi pendekatan untuk pemutihan.
- Ramuan gabungan yang optimum.
- Selamat dan berkesan.
- Vitamin C derivatif (ascorbyl/glucoside) ramuan selamat dan terbukti yang digunakan dalam formula kami untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sekunder.
- Patent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat, yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya.

16 bahan-bahan yang dirumus di dalam NUTRIWHITE

1. Beaberry
- Meringankan,m melegakan & mengurangkan keradangan

2. Soybean
- Mencerahkan, melembutkan,melembab & mengurangkan tompok.

3. Skullcap
- Meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid.

4. Beech Tree
- Meringankan, meningkatkan proses semulajadi & melegakan kulit.

5. Strawberry Begonia
- Mencerahkan & mengelakkan pigmentasi.

6. Mulberry
- Mencegah kerosakan matahari dan melembabkan.

7. Peony
- Mencerahkan, melembabkan & mengurangkan keradangan.

8. Rosemary
- Mengetatkan, merangsangkan & mengurangkan keradangan.

9. Aloevera
- Melegakan, melembabkan & mengurangkan keradangan.

10. Mountain Arnica
- Mengurangkan keradangan dengan flavones

11. Cat's Claw
- Menegangkan & menyegarkan dengan cotechin

12. Kudzu Leaf & Roots
- Menegangkan & mengurangkan keradangan dengan isoflavon

13. Linden
- Menyuburkan & menghidratkan diperingkat dalam.

14. Marshmallow
- Melembabkan dengan tanin

15. Seaweed
- Mengeluarkan, memelihara dan menegangkan.

16. Green Alge
- Menyahtoksin dan melembabkan.

Masyaallah, sungguh banyak ciptaan Dia yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Allah memberi ilham kepada Dr Forrest C. Shaklee untuk membangunkan formula supaya dapat digunapakai oleh manusia di dunia. Hari ini, kita hanya perlu keluarkan sedikit wang untuk mendapatkan produk terbaik dan tidak perlu bersusah payah untuk membuat kajian.

* Set ini sesuai untuk kulit normal hingga berminyak.

Untuk sebarang pertanyaan atau order, boleh pm saya.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris