Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Tuesday 8 April 2014

Hargai Ibu Bapa ketika mereka masih ada.

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah..masih di bulan April. Minggu lepas balik kampung, saja balik nak menjenguk orang tua. Masa balik kampung abang hantar dan nak balik semula ke Tanjung Malim saya tumpang kakak yang juga balik. Kebiasaannya bila tumpang kakak, pasti singgah dulu ke rumah mak mertua beliau. Waktu sampai di rumah mak mertua kakak, ada orang datang iaitu saudara mara mereka.Bersalam-salaman sesama mereka (ynag perempuan je la..hahahhaa). Di jamu dengan bubur cha cha, pisang goreng dan keropok ikan serta air teh o.Alhamdulillah tapi saya tak makan banyak sebab dah bedal karipap di rumah mak..Lebih kurang 20 minit baru gerak balik.

Walaupun saya kerap balik, tapi kerinduan itu masih ada kerana selalu terfikir yang saya atau orang tua saya mungkin tidak punya banyak masa. Mungkin saja saya yang pergi dulu ke kan? Kadang2 sedih bila ada anak2 yang tidak ingat pada ibu bapa. Contohnya, masa on the way balik ke sini, saya terkejut apabila abang ipar saya mengatakan yang mak saudara(yang bongsu) dia balik selepas bermimpi yang opahnya(mak kepada mak abang ipar) meninggal. Dan malam sebelum mak saudara tu datang, opah berjurai air mata kerana terlalu rindu akan anak2. Mungkin juga berkat doa seorang ibu, maka Allah bagi petunjuk supaya segera bertemu orang tua. 

Nasihat saya pada anda semua, berjumpalah sekerap mungkin dengan orang tua anda atau sekurang-kurangnya telefonlah mereka. Mereka tidak mengharapkan wang ringgit anda tetapi PERHATIAN dan KASIH SAYANG. ISh..tiba-tiba rasa sedih dan sebak pula kan..Tapi kalau boleh jangan la kita buat orang tua kita menangis kerana rindukan kita. Wang ringgit boleh di cari tetapi masa yang berharga diluangkan bersama mereka tidak ternilai.

Sebenarnya cerita tentang MENGHARGAI ORANG TUA ni bukannya apa, sangat sedih jika ada anak yang abaikan ibu bapa tambahan lagi jika orang tua yang mempunyai harta benda dan anak2 hanya ambil tahu disebabkan harta sahaja. Allahuakbar..saya minta dijauhkan daripada berperasaan begitu. 




Inilah mak dan bapak tersayang saya dan 4 beradik yang lain. In Shaa Allah, kasih hingga hujung nyawa. Antara adik beradik perempuan, saya adalah yang paling besar, saya anak no 2, jadi bila keluar berjalan dengan kakak ke, mesti orang akan cakap saya ni kakak. Memang dah biasa sangat orang kata begitu. Satu lagi ayat orang selalu cakap "Eh, adik beradik ke? Kenapa muka tak sama"? Ahahhaa..Makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik kalau muka kami sama, KEMBAR la namanya..huhuhuhu.


Ini pula adik beradik serta pasangan masing-masing kecuali adik bongsu saya yang belum kahwin dan mak bapak masa family day di Port Dickson 2012. Adik beradik saya 5, 4 perempuan dan seorang lelaki.Ha, sama ke? tak kan? Alhamdulillah, walaupun masa kecil kami sering bergaduh, bila dah besar ikatan ukhwah begitu kukuh. Kalau terasa hati pun tidaklah sampai bermusuh. 

Post hari ini mengenai adik beradik saya je.Hahhahaha..Mereka semua pun dah consume supplemen demi kesihatan masing-masing.Anda kalau perlukan supplemen tetapi tak tahu yang mana, pm je saya, saya akan consult mengikut kesihatan dan bajet anda.Ok.bye

Sekian,terima kasih.

P/s : Hargai orang tua mu ketika mereka masih ada.

Puan Has
Shaklee SID: 883548
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@mail.com
Fb: Hasnirah Iris
Pages: Iris Vitamin Shoppe

No comments:

Post a Comment