Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Monday, 17 March 2014

Sembelit ketika HAmil?

Assalam..thanks pada yang sudi view blog ni...maaf lama tidak update info sebab keadaan tidak mengizinkan. Nak duduk lama tak boleh..huhu..SAbtu Ahad lepas saya mengikut suami pergi Shah Alam, suami pergi atas urusan kerja. Saya pula tinggal di rumah kakak. Saja nak share antara supplemen yang saya makan iaitu OSTEMATRIX. 



*Bagi en suami makan 4 biji Ostematrix sebab seharian dia kerja di Shah Alam dan drive balik Tanjung Malim. LEnguh2 badan. Dan Alhamdulillah, bangun pagi senang sangat, panggil je dah bangun, kalau tak nak kena goyang badan, barulah sedar.hahahhaha...Saya pula bangun pagi lepas solat tu terus nak memerut. BERSIH sangat rasa perut ni ok.

Ok, berbalik pada supplemen tadi, Ibu-ibu yang pernah hamil pernah alami masalah SEMBELIT tak sebelum ambil supplemen? SEKSA kan? Ini yang saya nak kongsikan dengan anda semua. Pengalaman mengandungkan anak pertama dan kedua banyak pahit manis. Antara yang pahit adalah SEMBELIT!!!! Seksa ooo...kalau boleh masa ngandung ni sembelit kena la elak kan sebab boleh menyebabkan BUASIR....Masa tu alternatif saya adalah minum air masak dan makan buah&sayur lebih. Tapi tetap sama..Kadang sampai seminggu tak membuang, bila sampai masa udah naik risau sebab mesti berejam duduk dalam bilik air sambil nangis2 tahan sakit dan KEBAS KAKI..huhuhu.

Bila jadi macam ni mula stress, sakit kepala..Sampaikan masa lepas bersalin dah standby UBAT SEMBELIT beli di farmasi. Punya la takut kalau sembelit. Makan ubat memang ok, tapi melarat ke cirit birit..hih..Ini antara pengalaman saya la kan.

SYUKUR sebab kehamilan ketiga dari awal lagi saya dah ambil supplemen untuk diri saya dan bayi. Salah satu supplemen yang saya ambil adalah OSTEMATRIX(Kalsium). 1 tablet bersamaan 1 gelas susu tinggi kalsium juga bersamaan dengan 80 biji badam! Mampu ke nak makan 80 biji badam?Kalau kena minum 4 gelas susu, sama dengan 320 biji badam!! PEngsan...hahahha

Baru2 ni saya pergi checkup klinik ibu mengandung, nurse tanya saya ada minum susu tak? Saya cuma cakap saya ambil pil kalsium. Nurse kata tak cukup dengan pil je. Kena minum susu!!! Hahaha..saya senyum je. Alahai misi, minum susu just 2 gelas sehari je. Tablet Ostematrix ni 4 biji sama dengan 4 gelas susu.Ini cakap orang yang malas nak minum susu. Saya la tu..wink wink..

Ostematrix diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari LAUT MATI, mengandungi kalsium, magnesium,fosforus dan vitamin D,zinc,Kuprum, Manganes, dan boron. Fungsi2 adalah menguatkan tulang, memperbaiki kekejangan dan kebas, meringankan stress, memperbaiki masalah haid dan banyak lagi khasiatnya.

Untuk memilih Kalsium yang terbaik, pilih kalsium yang ada Vitamin D dan magnesium. Bacaan lanjut boleh klik sini

Yang best kan..Hb saya meningkat kepada 13.3 daripada 13.1. Selain dari Ostematrix, saya juga ambil VITALEA, Vitamin C, B COmplex dan ESP.


Apa pun saya bersyukur sebab saya 'kuat' berbanding ibu2 di luar sana yang mungkin alami alahan, loya, muntah dan tidak mampu untuk makan menyebabkan Hb turun mendadak.. Saya ni walaupun alami alahan(x la teruk mana pun) tapi saya paksa makan dan ajaibnya saya takkan muntah walaupun ada rasa loya..hahahaha...tambahan lagi dengan supplemen yang saya ambil, menguatkan tubuh saya..

Anda yang belum mencuba, marilah sama2 kita sihatkan diri. Bukan je untuk wanita hamil, IBU berpantang, ibu menyusu, lelaki yang aktif, wanita yang menjaga kecantikan, remaja yang juga pelajar, kanak-kanak dan bermacam lagi mengikut keperluan dan bajet anda..jangan malu2 pm saya ye

Sekian. Terima kasih.

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe
COD : Tanjung Malim, Perak.

Moh kita sihat bersama... :)



Friday, 7 March 2014

PCOS, CYST & FIBROID

Assalam..Bersua kembali..Rasa macam lama sangat tak update. Ok..nak update pasal PCOS, CYST dan FIBROID yang sering dialami wanita. Saya share daripada blog2 yang pernah membuat post tentang PCOS, CYST dan Fibroid Apa puncanya,bagaimana mengatasinya? Bolehkah wanita yang alaminya boleh mengandung?

PCOS 

´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.


TANDA-TANDA PENYAKIT PCO

1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.

PUNCA PENYAKIT PCO

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO.

TUJUAN RAWATAN

Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

ANTARA RAWATAN PCO

1. Mengawal Kegemukan (Obesity)
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:

a. Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

c. Ubat Metformine
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.

3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.


Credit to :3R

OVARIAN CYST

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/airyang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.

Perbezaan ovari normal dengan ovari yang mempunyai cyst




Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

*Muntah dan Loya
*Sakit Perut
*Sakit semasa hubungan seks
*Sukar atau kerap kencing
*Rasa perut penuh dan tidak selesa
*Rasa berat pada ari-ari

Adakah Cyst Penyebab Masalah Ketidak-Suburan ?
Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst ?

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.Bacaan lanjut DI SINI


FIBROID- KETIDAKSEIMBANGAN HORMON PADA WANITA IAITU ESTROGEN DAN PROGESTERON- Artikel daripada blog DR ZUBAIDI

Ramai ibu-ibu yang hamil tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid. Fibroid adalah ketumbuhan yang bukan kanser, yang berada di dalam rahem.

Fibroid biasanya dijumpai secara ‘tidak sengaja’ semasa pemeriksaan ultrasound ketika doktor sedang memeriksa fizikal bayi dalam rahem. Soalan yang sering ditanya adalah, adakah fibroid itu merbahaya pada pada ibu dan bayi dalam rahem?
Kedudukan dan saiz fibroid

Fibroid boleh membesar dari beberapa sentimeter sehingga 15 cm diameter. Kedudukan fibroid boleh berada di dalam dinding rahem (intramural), berada di luar dinding rahem (subserosal) atau berada dalam rongga rahem (submucosal) di sebelah kedudukan bayi/janin.

Ada baiknya jika pesakit bertanya kepada doktor tentang kedudukan, saiz dan bilangan fibroid semasa menjalani pemeriksaan ultrasound kerana ini akan membuatkan seseorang wanita hamil itu lebih berhati-hati.Walaupun fibroids selalunya akan membesar saiznya ketika hamil, namun fibroid jarang memberikan masalah kepada kehamilan.
Masalah kehamilan akibat fibroid

Sebahagian wanita hamil mengalami masalah kecil seperti sakit di bahagian belakang pinggang dan terdapat pendarahan yang sedikit dari faraj.

Tetapi jika kesakitannya keterlaluan, mungkin fibroids itu telah berpintal (torsion). Jangan tunggu lagi. Pergilah ke Jabatan Kecemasan di hospital berdekatan dengan segera. Pemeriksaan segera harus dilakukan bagi memastikan bayi dalam rahem tidak menghadapai masalah.

Sebahagian kecil wanita hamil menghadapi ujian yang lebih berat. Jika fibroid mereka berada di dalam rongga rahem (jenis subserosal), ada kemungkinan mereka mengalami keguguran di awal kehamilan. Bagi kehamilan yang telah memasuki trimester ketiga, ada juga yang mengalami proses kelahiran pramatang (premature labor).

Bertanyalah kepada doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound samada ada uri terletak betul-betul di atas kedudukan fibroid, atau tidak. Jika begitu keadaannya, wanita hamil harus berhati-hati dan banyakkan berehat. Keadaan ini boleh menyebabkan placental abruption, iaitu pendarahan teruk dari rahem ketika hamil, yang boleh mengancam nyawa bayi.

Fibroid yang berada di bahagian ‘pintu kelahiran’ serviks ada kalanya menghalang kepala bayi untuk keluar dari rahem ketika proses kelahiran. Ini mengakibatkan bayi mungkin lahir secara songsang. Malah ia boleh menghalang kelahiran secara normal dan perlu menjalani pembedahan cesarean section.

Setelah melahirkan bayi, fibroid juga boleh menyebab postpartum haemorrhage iaitu pendarahan selepas proses kelahiran kerana rahem tidak boleh mengecut secara normal dan menyebabkan pendarahan teruk. Lebih menyedihkan lagi jika rahem terpaksa dibuang (hysterectomy) kerana pendarahan tidak berhenti dan mengancam nyawa si ibu. Bacaan lanjut dan sumber DI SINI

** Artikel ini hanya bertujuan perkongsian maklumat.

Di SHaklee, ada beberapa supplemen yang di galakkan ambil bagi penyakit di atas. Tetapi bukanlah kita bergantung harap dengan supplemen dengan bertujuan supplemen ini dapat merawat. Semuanya adalah ikhtiar dari kita, Allah sebaik2 penyembuh.Jom baca testimoni ni


Antara yang dicadangkan adalah ESP, GLA COMPLEX,VITALEA, VITAMIN C, B COMPLEX DAN OMEGA GUARD. Kenapa saya cadangkan vitamin2 ni? Nanti saya terangkan pada entry yang lain atau saya update disini. Jangan risau, selepas membeli dari saya, saya akan guide anda. Cara pengambilan juga mengikut peringkat. Untuk consultation, boleh hubungi saya.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Shaklee Independent Distributor(883548)


Saturday, 1 March 2014

Percaya diri, berikan yang terbaik dan terus berdoa

Assalam. Bertemu lagi kita. Apa khabar dengan hari anda? Kesihatan anda? Keluarga anda? Moga sentiasa berada di dalam lindungan Allah. In Shaa Allah. February bakal meninggalkan kita. 28 hari masa yang cukup singkat. Moga kita isikan dengan kebaikan untuk mencapai akhirat. Amin

Pagi tadi usai solat Dhuha, mengaji dan Berdoa. Beberapa jam kemudian dapat whatsapp daripada pembaca blog yang tanya cara makan supplemen. Terkejut juga saya sebab semalam baru je saya cerita tentang HAK EXCLUSIVE PELANGGAN. Saya sangat kesian jika pelanggan tercari-cari orang yang mampu memberikan penerangan mengenai jadual makan atau cara makan supplemen, sedangkan mereka punya hak dengan pengedar untuk mendapatkan penerangan terperinci.

Keadaan ini memang banyak berlaku. Yang jadi mangsa adalah pengedar berwibawa macam saya ni.hehehhe..Manakan tidak, saat nak berclosing bagai(konon) Allah menduga saya di Jumaat yang mulia. Walaupun beliau membeli dengan orang lain dan tanya cara makan dengan saya,saya tanpa ragu2 terus memberi penerangan cara makan,healing crisis. Saya tawarkan bantuan jika ada apa2 masalah. Syukur,beliau sangat2 gembira dgn layanan saya. Tak kedekut. Moga beliau serasi dengan Shaklee.

Saya memang tidak pernah menyalahkan pelanggan tapi sangat kesal dengan sikap segelintir pengedar lain. Yang penting orang sentiasa gembira deal dengan saya. Ada yang tanya saja(mungkin survey harga), ada yang diam lama baru bagi respon, ada yang pm dan terus beli. Ragam-ragam ini membantu proses pembelajaran menangani pelanggan. Saya lain baek punyaaa..beli atau tidak bukan urusan saya. Saya hanya mampu berdoa dan meminta pada DIA sahaja.

Apa yang saya nak tekankan di sini adalah ETIKA BERNIAGA, bagaimana melayan pelanggan serta bergantung harap pada Allah S.W.T. Kita inginkan kejayaan tetapi kita lupa siapa yang memberi kejayaan itu. Lupa pada sebaik-baik pemberi rezeki. Pelanggan juga harus diutamakan,tanpa sokongan kuat mereka siapalah kita sebagai pengedar kan.huhuhu

Malam ini nak membebel je la..kiki..anak-anak ku masih belum tidur gara-gara tidur petang dan bangun jam 8 p.m. Entah jam berapa nak tidur semula. Mata saya dah mengantuk. Moga March 2014 dan seterusnya memberi sinar kejayaan di dalam laluan bisnes saya.

Untuk pemilihan supplemen yang sesuai dengan anda. Jangan segan-segan tanya saya ok

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe


Thursday, 27 February 2014

Hak Exclusive Pelanggan

Assalam. Selamat petang. Pagi tadi teringin makan bihun goreng, bersiap pergi kedai dengan anak-anak nak beli perencah bihun goreng Adabi.hihihi..Cari taugeh tiada pula. Belasah je masak ikut bahan yang ada. Tapi tak sempat ambil gambar  sebab dah lapar. Bangun Subuh pun sakit kepala, berdenyut-denyut. Gagahkan diri cari lauk pauk. Menjelang akhir bulan ini yang paling glamour adalah CLOSING. Hehehe...Moga Allah bagi saya 'menang'.

Sebenarnya awal-awal hamil ini mulut ini sentiasa nak mengunyah, tapi tak tahu nak makan apa. Semalam sibuk mencari kerepek ubi pedas/masin tapi nampaknya tiada rezeki. Tengahari sempat masak tomyam udang walau keadaan kepala masih sakit. Suami balik jam satu minta dia tolong gorengkan telur dadar. Alhamdulillah..masih dapat makan.

Urusan banyak tertangguh, petang ini pun tak keluar bawa anak meronda. Anak-anak layan Upin-Ipin je. Si kecik dah tidur jam 4, si kakak je bangun pagi sampai sekarang belum nak tidur..hihi..jap lagi hanyut la tu.

Ok, kali ini saya nak cerita serba sedikit hak pelanggan dari sudut pandangan saya sendiri. Apakah maksud hak pelanggan? Semalam saya dapat pertanyaan daripada kawan baik, dia tanya jika beli supplemen, cara makan harus rujuk kepada pengedar ke? Haaa....ini bukan harus dah tapi WAJIB!!! Semua pelanggan kena tahu, pengedar yang menjual kepada anda lebih tahu atau lebih faham keadaan kesihatan anda sebab sebelum beli mesti telah 'ditemuduga' oleh pengedar kan?kan? Pengedar mesti tanya, awak makan supplemen untuk apa? Ada masalah kesihatan lain ke? Dan bla..bla..

Jadi anda mesti tahu anda makan supplemen untuk apa? Untuk kesihatan? Untuk cantik? Untuk kurus? Untuk kurangkan kolestrol? Untuk jantung? dan sebagainya, jadi pengedar akan mengesyorkan anda ambil supplemen sekian, sekian dan juga mengikut bajet anda. Nampak tak di situ betapa prihatinnya pengedar anda?

Sebagai pembeli, anda juga inginkan layanan tip top dari penjual bukan? Saya sama sekali tidak menyalahkan pembeli, mungkin juga pembeli tidak tahu yang HAK ini memang ada untuk mereka. Dan wajib claim dari penjual ok.?

Sebagai penjual pula, jangan la terlalu mengejar sales sampai pelanggan tidak dipeduli, jika anda sebagai pembeli pun, anda mesti mahu 'AFTER SALES SERVICES' kan? Kesian pada kami, HAK EXCLUSIVE yang khusus untuk mereka yang membeli di bawah jaringan kami, 'terpaksa' korban masa untuk menerangkan dari A-Z. Walaupun mereka hanya bertanya cara makan tetapi sebagai pengedar yang berdedikasi, kami kena juga bertanya tentang masalah kesihatan mereka yang pastinya mereka sudah terangkan kepada anda.

Maka, hak exclusive pelanggan untuk after sales services adalah setelah anda membeli kepada pengedar yang sama, iaitu yang telah menjual supplemen kepada anda. Rasanya tidak adil kepada pelanggan kami kan bilamana mereka merasakan tidak lagi EXCLUSIVE menjadi pelanggan kami.

Kami tetap akan membantu, cuma kesian kepada anda sebagai pelanggan yang tidak mendapat hak sepenuhnya.. Ini anda patut tahu :-

1. Setelah membeli, anda berhak bertanya mengenai cara makan/jadual makan, kesan sampingan/healing crisis, kandungan supplemen serta apa sahaja mengenai supplemen yang ingin anda tahu.

2. Jika ada permasalahan, terus rujuk kepada pengedar anda iaitu orang yang telah menjual supplemen kepada anda.

Ops. Maaf, bukan membebel tetapi sama-sama mengingati. So, anda jangan risau ok. Jika ada apa-apa pertanyaan boleh rujuk saya. Semua di atas hanya pandangan peribadi saya. Saya ingin di layan baik-baik jadi saya juga harus melayan orang/pelanggan dengan baik. Win-win situation. Hihihi..

Di gobok saya macam-macam supplemen ada. Kesihatan Optimum, Kesihatan Wanita, Kesihatan Lelaki, PELANGSINGAN serta banyak lagi tau. Saya lebih kepada membantu IBU-IBU HAMIL, BERPANTANG dan MENYUSU tetapi jika anda perlukan untuk KECANTIKAN KULIT WAJAH/BADAN, MASALAH PENGHADAMAN, MASALAH KESIHATAN seperti kolestrol, kencing manis, darah tinggi, gout, allergic, Eczema dan tidak lupa juga untuk kanak-kanak yang selalu DEMAM, BATUK, SELSEMA, NAK ANAK YANG IQ TINGGI dan banyakk lagii..just pm saya ye.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe

Sedia Membantu Anda :)


Wednesday, 26 February 2014

Healing Crisis/Krisis Penyembuhan

Assalam.Entry hari ini nak bercerita tentang HEALING CRISIS atau KRISIS PENYEMBUHAN. Ramai yang bila mula makan supplemen dan dapat sakit menghentikan pengambilan supplemen dan membuat spekulasi sendiri bahawa supplemen tidak sesuai dengan mereka. Emm..di mana silapnya? jom kita lihat

HEALING CRISIS/KRISIS PENYEMBUHAN

Sesetengah orang akan melalui suatu jangka masa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom2 ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah TINDAK BALAS oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen maka krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit2 yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh TOKSIN YANG TELAH BERTIMBUN di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama(sisa2,makanan berkimia,lemak, stress ditambah lagi dengan diet tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan). SUPPLEMEN MEMBANTU MEMPERTINGKATKAN SISTEM IMUN KITA, KEBOLEHAN DETOKSIFIKASI serta PENGAWALAN ORGAN2 kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan PENING, KELESUAN, SAKIT KEPALA, KETIDAKHADAMAN(perut kembung,lapar), CIRIT BIRIT, KAHAK BERLEBIHAN, KENCING YANG KERUH, BERASA HANGAT, BERPELUH dan lain2. Simptom2 ini BERBEZA ANTARA INDIVIDU dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu atau lebih.

Jadi, di waktu pemulihan, minumlah lebih banyak air putih/air masak sekurang2nya 3 liter sehari, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.


Jadi anda yang pernah ambil supplemen merasainya atau tidak? Apakah tanda-tanda yang anda rasai? Beritahu saya terutamanya yang pernah jadi pelanggan saya... :)

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe

Tuesday, 25 February 2014

Cerita buku merah

Assalam. Lama sungguh tak update. Last entry 3 Februari 2014. Selepas itu, saya balik semula ke kampung gara-gara 'mabuk'. Sampai menangis dibuatnya. Ujian yang membuatkan saya makin kuat. Mujur suami memahami. 5 haribulan Februari sehingga 23 Februari saya berada di kampung. Sebab utama nak balik adalah kerana ada juga mak, embah nak tengokkan anak-anak. Anak-anak pun nampaknya macam sebab mereka lebih bebas dan bebas meneroka. 

Di kampung masalah 'mabuk' saya masih sama. Pernah sekali saya hampir nak pitam masa nak solat. Terduduk lama saya bagi menghilangkan rasa pitam. Alhamdulillah, Allah masih bagi kekuatan beribadah. Mulut tidak berhenti istigfar. Dugaan menguatkan lagi iman.

Cerita buku merah. Awalnya saya fikir saya takkan lama di kampung, tapi disebabkan kandungan saya menghampiri 10 minggu dan mabuk yang belum nampak kesudahannya, maka nak tak nak saya terpaksa buka buku merah/pink di klinik desa berhampiran kawasan rumah. Masa terangkan pada nurse, serba salah saya dibuatnya, mana kan tidak, buka buku di kampung tapi nak sambung check up di Klinik Tanjung Malim. Hehehe.. Debar makin terasa sebab nurse minta buku merah anak kedua.

Alamak. Bagaimana? Saya terangkan yang saya memang tak bawa buku tersebut disebabkan tak terfikir langsung nak buat di sini( di kampung). Mujur nurse memahami, cuma dia nak tahu berat anak waktu lahir, bersalin normal atau operate, anak kena tahan wad atau tak disebabkan jaundice,bersalin hospital mana. Hihihi. alhamdulillah, semua tu saya ingat. Hampir sejam juga la nak selesai urusan.

Menulis, timbang berat, tinggi, cek perut. Masa ini belum ambil darah, tapi diberi tarikh lain untuk ke Klinik Kesihatan Langkap. 


Taraaaa.. Inilah bukunya. Alhamdulillah, semuanya ok sebab tu dapat sticker putih. HB pun ok 12.8. 5 hari kemudian saya kena pergi ke klinik kesihatan besar untuk ambil darah. Anak-anak saya tinggal dengan embah sebab saya keluar awal 7.30 dan mereka pun masih tidur waktu itu. Dengan menaiki van karaoke bapak ku, ku drive ke Pekan Langkap yang mengambil masa 10 minit.
Sebelum pergi appointment, nurse sudah pesan, bila samapi register dulu di kaunter Pesakit Luar ambil no. Memang tunggu pun tidak lama. Saya orang first. Selepas ambil no baru menuju ke bahagian Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.

Tiada orang waktu saya masuk, tapi bila dah letak buku di kaunter, berduyun ibu hamil, orang nak cek darah, baby dalam pantang masuk. Hihihi.. Masa waktu menunggu turn, saya pandang keliling, tengok gambar-gambar yang di tampal pada dinding. Tiba-tiba hati sayu, berdebar. Oh my. Aku diberi peluang lagi untuk mengandung dan melahirkan seorang khalifah Allah. 

Timbang berat,ambil darah, cek air kencing. Selepas test darah, syukur sebab semua tip top. Hb 13.1....hihihi..Dalam loya-loya saya masih mampu menjamah makanan. Suka makan mangga dan minum jus buah..

Waktu jumpa doktor dan scan baby. Lagi la rasa sayu, sebak dan terharu.Inilah hasilnya, sangat kecil tapi dapat lihat degupan jantungnya yang laju. Allahuakbar.



Saya sebenarnya akan lebih gembira jika kawan-kawan yang masih belum mempunyai cahaya mata agar dapat bersama-sama dengan saya merasai pengalaman menjadi seorang ibu. Ye, saya amat faham banyak faktor yang memungkinkan segala impian bakal-bakal ibu belum tercapai. Jadi sedikit sebanyak saya ingin kongsikan momen indah.

Saya sangat-sangat bersyukur sebab saya tidak punya masalah kesihatan atau kewanitaan. Jadi saya amalkan makan vitamin sejak 2012 untuk MENINGKATKAN KESIHATAN DAN MENAMPUNG KEPERLUAN NUTRISI harian. Vitamin atau supplemen merupakan makanan tambahan, jadi ianya hanya sebagai tambahan bukan sebagai UTAMA. Maknanya tidak bergantung harap kepada pemakanan supplemen semata-mata dan mengabaikan yang utama.

Antara supplemen yang saya ambil adalah ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix. Ini saya ambil sekarang demi kehamilan. Jika sebelum ini saya ambil GLA Complex. Tujuannya untuk keguguran rambut dan kecantikan kulit. Tapi jangan tak tahu banyak lagi fungsi lain GLA COMPLEX ni. Antaranya adalah GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

Ini merupakan salah satu ikhtiar daripada anda yang alami masalah period tidak teratur, yang ada cyst/fibroid, yang alami masalah berat badan berlebihan, ada kencing manis. Harganya tidaklah mahal berbanding momen indah anda saat hamil, melahirkan dan mendengar tangisan bayi comel anda.

Sebotol ada 60 biji. Cara makan akan saya terangkan mengikut masalah anda. CONSULTATION FREE dan BERTERUSAN SELAGI ANDA CUSTOMER SAYA. Hehehe...

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Distributor(883548)
COD : Tanjung Malim area dan kawsan terdekat.
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
FB : Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe


Tuesday, 4 February 2014

VITALEA FOR EVERY ONE

Assalam. ALhamdulillah sudah memasuki bulan FEBRUARI, seminggu duduk di kampung gara-gara 'mabuk'..Hahahaha..Dah duduk kampung seminggu saya tidak lupakan vitamin terpenting untuk ibu hamil, VITALEA, VITAMIN C, B COMPLEX dan OSTEMATRIX. Walaupun keadaan kadang ok kadang 'KO' saya tetap makan vitamin-vitamin ni..

Mungkin masih ada yang tidak tahu bulan Februari merupakan bulan 'HARGA RUNTUH' untuk VITALEA. Kenapa? Sebab setiap pembelian 6 botol, dapat PERCUMA lagi sebotol. Ha siapa tak nak kan. Vitalea merupakan vitamin asas dan sangat penting. Ibarat kata nak makan apa jua jenis vitamin, VITALEA WAJIB diambil bersama. 

Apakah VITALEA?

Vitalea adalah multi vitamin dan mineral PERTAMA DCIPTA DI DUNIA. Mula dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min". Perkataan vitamin yang disebut kini asal dari Shaklee.

Kenapa pilih VITALEA sebagai vitamin harian?

Kerana Vitalea merupakan vitamin asas yang perlu di ambil setiap hari oleh tubuh. Merupakan MULTI VITAMIN yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak daripa sayuran dan buah. Semua vitamin terkandung di dalamnya. Walaupun jumlah setiap vitamin sikit-sikit tapi lengkap.Sebiji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Mampu ke nak makan 40 jenis lauk satu hari? Membantu memperbaiki dan menyihatkan sel. Bila sel sihat, vitamin lain senang diserap.

Apakah yang terkandung di dalam VITALEA?

Vitalea adalah multivitamin+multimineral+iron. Mengandungi 12 jenis vits dan 7 jenis galian utama bg membantu memastikan keperluan mikronutrien tubuh dipenuhi. Kedua-dua macro dan micro nutrien sangat penting, tanpa micro, macro tidak berfungsi, sebab itu dalam supplementations, jika semata-mata vitamin tidak boleh kerana mineral juga sangat penting untuk mlengkapkan prose o-chem.

Penting ke?

Pendek kata untuk kesihatan menyeluruh.Ia penting utk pembentukan sel dan darah. mempunyai 'sistem penyerapan bioactivated berpatent utk pastikan penyerapan vits dan mineral lain berlaku secara optimim. analoginya..pengambilan 2 bj vitalea ni dikatakan bersamaan dgn 40 jenis lauk.

Untuk apa?

Pendarahan- Sesuai untuk mereka yang alami pendarahan kerana vitalea mengandungi iron element.Vitalea perlu ditutup rapat tanpa udara kerana ianya mudah teroksida.

Sel Sihat -teknologi salutan mikro pada vitalea membantu bembebasan segera elemen vitamin b dan folic asid yang perlu dalam pemeliharaan dan pembentukan sel baru... bila sel sihat... organ akan sihat.. bila organ sihat, badan pun sihat...

Bertenaga - Vitalea mengandungi vitamin B lengkap,termasuk biotin dan asid folik yang mahal.Membekalkan nutrisi kepada sel dan memastikan sel sentiasa sihat.Bagus untuk metabolisme lemak, membantu lemak untuk ditukarkan kepada tenaga.

Iron membantu oksigen melekat di dalam sel darah, bila oksigen cukup, kita akan kurang rasa mengantuk. Sel dan otak alert.

* Mengandungi sedikit alfalfa(tinggi serat, bagus untuk detox), serbuk spirulina(untuk penyerapan pantas dan cepat larut di dalam air dan tubuh)
* Iodine- Membantu mensurutkan gout(Gout terjadi disebabkan kekurangan iodine)
* Chromium- Bagus untuk mengaktifkan insulin di dalam badan kita

Untuk siapa?

Individu yang nak sihat/cantik 
-memastikan penyerapan vits dan mineral lain dgn lebih efektif
- mencantikkan dan menegangkan kulit
- kuku yang licin, 
- menguatkan akar rambut

Individu yang diet - penting utk diet (if kurang makan, vitalea bantu beri bertenaga, tidak lesu)


Penghidap tiriod - mencegah penyakit tiroid@ beguk(sebab kurang iodin..dan dlm vitalea ada iodin)

Penghidap anemia  

Penghidap Diabetes kronik - Sebelum ambil vitalea, bila puasa badan lemah dan mengigil atau dalam kata lain langsung tak boleh puasa. Selepas ambil alhamdulillah, boleh berpuasa dengan baik.(Testimoni)

Ibu Hamil/Menyusu- preggy dan bf perlu ambil vitalea kerana mineral dan vits serta iron penting utk tumbesaran anak. jika iron kurang, mereka akan mudah pening atau mudah pitam

Allergic -membantu mereka yg ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yg alah kpd mknan laut.

Boleh dikatakan VITALEA adalah untuk semua. Sihat ke, sakit ke sebab ianya MULTI VITAMIN yang mengandungi vitamin dan mineral di perlukan tubuh..

Sempena promosi FEBRUARI 2014, BUY 6 FREE 1, boleh la kumpul dengan kawan2, sedara mara. JIMAT BANYAKKKKKKKKKK

Sekian, terima kasih

Puan Has
Shaklee ID 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Pages : Iris Vitamin Shoppe
WeChat : Hasni_zara