Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Tuesday 25 February 2014

Cerita buku merah

Assalam. Lama sungguh tak update. Last entry 3 Februari 2014. Selepas itu, saya balik semula ke kampung gara-gara 'mabuk'. Sampai menangis dibuatnya. Ujian yang membuatkan saya makin kuat. Mujur suami memahami. 5 haribulan Februari sehingga 23 Februari saya berada di kampung. Sebab utama nak balik adalah kerana ada juga mak, embah nak tengokkan anak-anak. Anak-anak pun nampaknya macam sebab mereka lebih bebas dan bebas meneroka. 

Di kampung masalah 'mabuk' saya masih sama. Pernah sekali saya hampir nak pitam masa nak solat. Terduduk lama saya bagi menghilangkan rasa pitam. Alhamdulillah, Allah masih bagi kekuatan beribadah. Mulut tidak berhenti istigfar. Dugaan menguatkan lagi iman.

Cerita buku merah. Awalnya saya fikir saya takkan lama di kampung, tapi disebabkan kandungan saya menghampiri 10 minggu dan mabuk yang belum nampak kesudahannya, maka nak tak nak saya terpaksa buka buku merah/pink di klinik desa berhampiran kawasan rumah. Masa terangkan pada nurse, serba salah saya dibuatnya, mana kan tidak, buka buku di kampung tapi nak sambung check up di Klinik Tanjung Malim. Hehehe.. Debar makin terasa sebab nurse minta buku merah anak kedua.

Alamak. Bagaimana? Saya terangkan yang saya memang tak bawa buku tersebut disebabkan tak terfikir langsung nak buat di sini( di kampung). Mujur nurse memahami, cuma dia nak tahu berat anak waktu lahir, bersalin normal atau operate, anak kena tahan wad atau tak disebabkan jaundice,bersalin hospital mana. Hihihi. alhamdulillah, semua tu saya ingat. Hampir sejam juga la nak selesai urusan.

Menulis, timbang berat, tinggi, cek perut. Masa ini belum ambil darah, tapi diberi tarikh lain untuk ke Klinik Kesihatan Langkap. 


Taraaaa.. Inilah bukunya. Alhamdulillah, semuanya ok sebab tu dapat sticker putih. HB pun ok 12.8. 5 hari kemudian saya kena pergi ke klinik kesihatan besar untuk ambil darah. Anak-anak saya tinggal dengan embah sebab saya keluar awal 7.30 dan mereka pun masih tidur waktu itu. Dengan menaiki van karaoke bapak ku, ku drive ke Pekan Langkap yang mengambil masa 10 minit.
Sebelum pergi appointment, nurse sudah pesan, bila samapi register dulu di kaunter Pesakit Luar ambil no. Memang tunggu pun tidak lama. Saya orang first. Selepas ambil no baru menuju ke bahagian Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.

Tiada orang waktu saya masuk, tapi bila dah letak buku di kaunter, berduyun ibu hamil, orang nak cek darah, baby dalam pantang masuk. Hihihi.. Masa waktu menunggu turn, saya pandang keliling, tengok gambar-gambar yang di tampal pada dinding. Tiba-tiba hati sayu, berdebar. Oh my. Aku diberi peluang lagi untuk mengandung dan melahirkan seorang khalifah Allah. 

Timbang berat,ambil darah, cek air kencing. Selepas test darah, syukur sebab semua tip top. Hb 13.1....hihihi..Dalam loya-loya saya masih mampu menjamah makanan. Suka makan mangga dan minum jus buah..

Waktu jumpa doktor dan scan baby. Lagi la rasa sayu, sebak dan terharu.Inilah hasilnya, sangat kecil tapi dapat lihat degupan jantungnya yang laju. Allahuakbar.



Saya sebenarnya akan lebih gembira jika kawan-kawan yang masih belum mempunyai cahaya mata agar dapat bersama-sama dengan saya merasai pengalaman menjadi seorang ibu. Ye, saya amat faham banyak faktor yang memungkinkan segala impian bakal-bakal ibu belum tercapai. Jadi sedikit sebanyak saya ingin kongsikan momen indah.

Saya sangat-sangat bersyukur sebab saya tidak punya masalah kesihatan atau kewanitaan. Jadi saya amalkan makan vitamin sejak 2012 untuk MENINGKATKAN KESIHATAN DAN MENAMPUNG KEPERLUAN NUTRISI harian. Vitamin atau supplemen merupakan makanan tambahan, jadi ianya hanya sebagai tambahan bukan sebagai UTAMA. Maknanya tidak bergantung harap kepada pemakanan supplemen semata-mata dan mengabaikan yang utama.

Antara supplemen yang saya ambil adalah ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix. Ini saya ambil sekarang demi kehamilan. Jika sebelum ini saya ambil GLA Complex. Tujuannya untuk keguguran rambut dan kecantikan kulit. Tapi jangan tak tahu banyak lagi fungsi lain GLA COMPLEX ni. Antaranya adalah GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

Ini merupakan salah satu ikhtiar daripada anda yang alami masalah period tidak teratur, yang ada cyst/fibroid, yang alami masalah berat badan berlebihan, ada kencing manis. Harganya tidaklah mahal berbanding momen indah anda saat hamil, melahirkan dan mendengar tangisan bayi comel anda.

Sebotol ada 60 biji. Cara makan akan saya terangkan mengikut masalah anda. CONSULTATION FREE dan BERTERUSAN SELAGI ANDA CUSTOMER SAYA. Hehehe...

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Distributor(883548)
COD : Tanjung Malim area dan kawsan terdekat.
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
FB : Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe


1 comment:

  1. Wife pun baru buat buku merah semalam kat klinik desa. Walaupun luar kawasan klinik desa tetap terima. Atas dasar tumpang check up. Jururawat sana still advice Wife buat buku merah kat KKM yg sepatutnya di lingkungan tempat tinggal. Sebabnya jururawat klinik desa takkan datang melawat apabila bersalin. ‪‪

    ReplyDelete