Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Friday, 22 February 2013

Keperluan GLA Complex

Assalam semua kawan-kawan..Masyallah, cuaca petang ini sangat hangat, kering, terik dan yang sewaktu dengannya. Apapun keadaan cuaca semasa, bersyukurlah. Kalau hujan saja, kain jemuran tak kering pula. Ye ke tidak? ihihihi..Terpanggil nak sharing info sebab makcik saya bertaya apa lagi kebaikan GLA Complex ni. Moh le kita baca petang-petang gini keistimewaan dan kebaikan GLA Complex

Keistimewaan :-
  1. Diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.
  2. Borage juga dalah 3 kali lebih dari segi bioavailabliti.(dibuktikan secara klinikal mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu).
  3. 3 kali lebih berkesan dari EPO.
  4. Diekstrak dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.
  5. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA
  6. Sumber terbaik OMEGA-6.
  7. Digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E.(Meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya).
  8. Anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan.
Sumber GLA COMPLEX mengandungi:-
  1. 17%-25% ekstrak biji borage.
  2. 15%-20% eksrak blackcurrent
  3. 7%-10% EPO
*Shaklee GLA Complex adalah lebih natural, mengandungi bahan semulajadi yang lebih efektif

Manfaat GLA Complex:-

*Herba tradisi yang dipercayai
- merawat ulser
- mengeluarkan virus
- melegakan kelesuan
- membersihkan kahak
- meringankan kebas urat saraf
- meningkatkan stamina

*Mengawal selia estrogen dan testosteron
- GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita
- memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

* Melambatkan Menopaus
- Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi.
- Pengambilan jangka panjang akan melambatka penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone pada uterus untuk kulit lebih muda.

* Memperbaiki Prostatomegaly
- GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

* Menentang Kanser
- GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh.
- Menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

* Memperbaiki imflamansi kulit
- Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergic, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap.
- Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

* Menghalang komplikasi diabetes
- Merendahkan gula darah(berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua)
- Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

*Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan.
- Merendahkan kolestrol LDI
- Menghalang penambahan berat badan dengan berkesan.
- Memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik.
- Menghalang pernambahan berat badan.

* Menghalang tekanan darah tinggi
- Menghalang pembekuan darah.
- Merangsang peredaran darah.
- Pengembangan salur darah.
- Memperbaiki tekanan daarah tinggi.
- Mengelak masalah jantung.(Arteriosklerosis dan myocardial infarction).

* Memperbaiki tekstur rambut
- Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

* Hyperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)
- Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Siapa yang perlukan GLA COMPLEX?

Ramai orang salah anggap bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino TIDAK BOLEH DIHASILKAN OLEH TUBUH MANUSIA. Ianya hanya diperolehi daripada makanan.Jadi GLA juga diperlukan oleh :-

- Lelaki yang mengalami masalah prostat.
- Wanita yang ingin langsing, cantik dan wanita hamil.
- Kanak-kanak (Setahun keatas).
- Orang tua.
- Individu yang ingin memelihara kesihatan.

Credit to Buku Panduan Nutrisi Shaklee
Ini adalah testimoni aye sendiri masa ambil GLA. Gambar ni adalah bahagian bawah lengan, ada daging lebih. Biji tu memang dah lama dengan aye, since remaja. Tiada rasa sakit ke ape, so biar je la. Asalnya saya ambil sebab nak atasi masalah rambut gugur selepas bersalin.Yang belah kiri tu selepas 2 minggu makan secara konsisten( 2 biji sehari, sebiji setiap kali), daging lebih yang layu( masa ni x ambil gambar) makin hari makin kemerahan dan sakit bila berlaga dengan lengan. Saya tak terfikir langsung ini kesan dari makan GLA. Hahaha...Saya tetap continue makan sampai la saya perasan, yang daging merah tadi dah bertukar kehitaman(minggu ketiga). Dan selepas 2-3 hari, yang hitam tu tanggal dari kulit lengan. Syukur Alhamdulillah. sekarang bawah lengan dah bersih dari sebarang "bonggol".

Apabila saya cerita pada mak, mak ikut happy dan terus nak GLA juga untuk hilangkan bintil-bintil pada wajah dan kebas tangan yang melanda sekian lama. Ini nanti saya akan share kemudian sebab belum kesempatan ambil gambar mak yang terbaru secara eksklusif..hihi..

So kawan-kawan semua, kesihatan yang baik memberikan kita keceriaan. Ye la, kalau dah semedang sakit, udah payah nak bergumbira bersama family kan..hihi.Tak rugi kita melabur untuk kesihatan, tapi pastikan supplemen anda SEMULAJADI, SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN.

Sekian.

Pn Has.
Shaklee ID: 883548
Sms : 013-2236819
Email:zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris


Wednesday, 20 February 2013

Inspirasi Dari Master

Asssalam. Sementara menunggu nak masak..saya nk kongsikan rahsia kejayaan Master saya a.k.a Mak a.k.a Upline saya di dalam Shaklee. Teruja sangat baca. Memang tiada yang mustahil jika kita mahu. Akan ku turuti jejak langkahmu mommy. Ikuti kisahnya...baca jangan tak baca..Sangat2 berinspirasi...

**********
Dari Distributor Menjadi Master ~ Dari Biasa Menjadi Luar Biasa


Terdetik hati ingin berkongsi sedikit kisah perjalanan saya bersama SHAKLEE selama hampir 13bulan. Jalan cerita yang mungkin agak panjang.. :) Ermm pada mulanya saya memang anti dengan SHAKLEE memang x suka laa. Sebab bagi saya semua MLM sama. Suami saya joint SHAKLEE dari tahun 2002. Tapi sebiji pun supplement SHAKLEE tak pernah masuk dalam mulut saya. Sehinggalah lahir putera ketiga kami. Entah bagaimana saya tergerak untuk mencari “sesuatu” untuk badan dan kesihatan saya. Memula serch jumpa Shaklee serch lagi jumpa shakle.. Stress jugak. Tapi entah camne digerakan hati untuk mencuba. Blog pertama yang saya jumpa Blog Master Nur Laila Saya message kat fon dia. Saya Tanya supplement apa yang perlu saya ambil. Tapi masa tu saya bagi tahu dia saya nak beli guna ID suami saya sebab suami saya member. Mungkin jodoh kami. Dia tak reject saya, dia advice n saya pun mula laa consume. Bila mula consume saya rasakan perubahan yang lebih positif. So saya pun mula share dengan kawan2 terdekat. Bila orang tanya saya, saya tanya kak laila. Dia terus menjawab setiap persoalan saya. Ade kalanya saya bagi customer kat dia, memula saya tanya berapa komisyen akak nak bagi kalau saya carikan akak customer. Hahahaa.. x terniat pun sebenarnya saje kacau dia. Then dia ajak saya join group dia. Mulanya saya berbelah bahagi sebab hubby pun dah ade ID sendiri. Tapi tu kisah lain. Tak perlulah saya ceritakan di sini. Oleh kerana cuba untuk berlaku adil dengan Kak Laila. Saya pun setuju untuk join member. Tapi saya bagi tahu dia, kak saya join tapi saya belum nak beli guna id saya k. Dia tak kisah. Saya memilih tarikh 26hb October 2011 sempena tarikh lahir anak kedua saya Aisy yang membawa maksud (kaya raya/ kesenangan hidup)tapi masa tu kak laila registerkan 27 hb, ok je.. xde maslah apa pun.. Walaupun dah ade id saya tetap n masih membeli dengan id suami.. oh ye bawah suami saya dah berlapis2 dah level.. tapi sebab dia tak aktifkan. Saya kata kat Kak Laila nanti dulu ye kak.. ehehehe..

Entah bagaimana bulan 12 saya bagi tahu Kak Laila.. ok kak saya sedia nak sharing.. saya nak bantu semua ibu-ibu menyusu, saya nak semua ibu yang ada susu kan anak mereka. So saya start dengan buat Blog. Saya start share semua info yang berkaitan dengan penyusuan.Apa ada kat blog kak laila yang berkaitan saya copy kat blog saya. Iklan Pertama saya kat baby stuff hasil susu perahan yang saya perah selepas amalkan bco vit c vitalea n alfafa. Memang diluar jangkaan, saya post iklan tu hari sabtu dalam masa satu hari lebih 60 komen yang terpaksa saya reply. Haa amik kau.. masa tu saya cakap kat Kak Laila.. kak nak muntah dah reply komen orang ni. Last nya kak laila tolong reply kan separuh. Ehehehe.. Sambutan hangat hampir seminggu n iklan tu masih kekal sampai ke hari ni. Ade 3 versi.. tapi yang dua kene kacau dengan “seseorang” 

Saya keep on sharing. Sebab niat saya nak bantu semua ibu menyusu n saya yakin produk ni boleh bantu saya nak capai niat saya tu. Then tiba hari nak closing, bila nak closing Kak laila bagi tau uv saya banyak ni. Wahh banyaknya, terkejut gak, n terus naik supervisor. So masuk bulan kedua ade sorang kawan kata nak join member tapi dia nak makan sendiri Cuma nak ade id je. Dia join free membership. Punya laa saya tak kisah sangat kan pasal benda nie, saya suh dia g Shaklee daftar sendiri. Hahahaha. So dia pun daftarlah member bawah saya.

Tak lama lepas tu kak laila Tanya saya, zura ramai2 customer awak ni tak de ke yang nak join member. Saya kata sabar kak.. masanya akan tiba nanti. Ecehh.. Sekali tak lama lepas tu Allah kirimkan seseorang untuk saya. Bulan ketiga saya terus naik Sr Supervisor effective sendiri tanpa mak tolong lagi dah lepas tu. Start dikurniakan anak, saya mula bukak manual book Shaklee. Saya terfikir sendiri, apa best sangat yang Shaklee tawarkan. Saya study page by page. Saya baca semuanya sampai saya betul2 faham saya serch info n I get it. Bulan ke empat KakCery MamaFaiz turun JB. Masa tu terasa alamak boleh ke nak join kelas dorang ni. Malunya sebab sebelum ni saya jarang sangat berkomunikasi dgn Kak Cery. Hidup saya dengan mak saya je. Apa Mak suruh saya buat, apa mak cakap saya ikut. Tak pernah sekali pun rasanya saya pm mana-mana distributor lain camne nak jual, camne nak buat iklan camne nak promo. Saya buat ikut apa yang saya nak n apa yang mak ajar. Setiap hari saya Pm mak saya, dah macam orang bercinta, sehari tak pm rasa tak lengkap hidup. Tapi x pernah dengar suara tak pernah bertemu. Tak pernah bertemu sehingga saya bergelar MASTER. Jarak bukan alasan untuk kita berjaya. Ingat tu. Saya di Selatan dia di Barat. Saya FOKUS kat jalan saya sahaja. Masa tu Kak Cery pun x kenal saya, sebab nama kat fb lain kat statement dia dapat lain.. hahahaha. 

Tapi saya gagahkan juga, bagi tahu mak macam nak join, so dengan malu malu kucing saya pun pergi. Masa tu la pertama kali jumpa beeha, liyana, n fai. Sebelum ni pernah dengar nama tapi xpernah pun inbox ke apa. Alhamdulillah pertemuan tersebut sangat memberi kesan hingga ke hari ini. Ukhwah yang terbina sangat dalam rasanya. Masa tu saya mula ada target. Sebelum ni saya main redah je, janji saya effective, Tak de pun tulis nak jual esp bape tin nak jual bco berapa, yang saya tahu mesti effective. Saya memang jenis last minit. Mak saya pun semput dengan saya awal tu. 4 hari nak closing uv baru 500-600. Tapi saya kata kat dia akak relax insyaAllah effective. Yup saya effective n Allah kirimkan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Tapi saya laa semput, setiap kali closing ku mcm hilang akal dok mengejar uv. Saya tak pernah simpan stok. Orang bank in saya baru beli. 

Oh ya, tak lama lepas tu saya pergi majlis NC. Masa tu saya dapat satu award je. Yang buat saya teruja bila saya tengok Kak Cery naik Stage Sebagai MASTER COORDINATOR. Saya bagi tahu kat beeha n liana. Tahun depan I naik Stage as MASTER ok. Hahahhaa. Tapi saya memang tanam dengan apa yang saya katakan.

Kemudian ALLAH kirimkan seorang demi seorang untuk saya. Ladang saya semakin besar. Saya terus melangkah tapak demi tapak. Saya pastikan setiap liku yang saya lalui dengan enjoy dan setiap langkah saya itu dapat memberi sedikit manfaat pada orang lain. Now Passion saya lebih pada nak bantu lebih ramai kehidupan di luar sana. Saya dengar pelbagai cerita sedih dari anak2 yang datang pada saya. Ya mungkin saya tak rasakan “Sakit Perit “ macam mereka rasakan. InsyaAllah dengan gaji yang saya terima cukup sangat untuk saya dan keluarga. Tapi saya terdetik, selfish nya aku jika aku sorang senang. Sedangkan banyak lagi kehidupan kat luar sana yang susah. Mungkin sekarang aku seronok makan berjalan bersama keluarga. Sedangkan ada orang lain yang merintih mencari sesuap nasi, hutang keliling pinggang. So saya rasakan saya perlu bantu lebih ramai orang.

Sangat seronok rasanya bila ade anak bisnes yang bagi tahu, thanks kak. Beban saya semakin lama makin berkurang. Terima kasih sebab beri saya peluang. So dari situ saya mula rasakan ini jalannya untuk saya cuba bantu lebih ramai orang. Ye duit usah perlu dikejar dia akan datang sendiri. Jika u kejar u akan letih, sampai satu masa u give up. So teruskan tambah nilai dalam hidup orang lain dan duit tu yang akan kejar u. Trust me. Bulan ke tujuh saya naik setapak lagi ke Coordinator. Ujian untuk saya di sini sangat kuat. Tapi saya jadikan itu sebagai cabaran untuk saya buktikan tuduhan n pandangan mereka-mereka itu tak benar.

Bulan ke lapan saya terima income 5 angka yang pertama. Huh memang masa tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Terasa kerdil sangat diri saya di sisiNya. Dalam masa yang sama Allah terus kirimkan anak bisnes untuk saya. Semua bersungguh-sungguh. Semua hebat2. Bulan ke sepuluh saya naik setapak lagi sebagai Sr Coordinator. Masa tu promo ESP. memang terkejut saya boleh jual sebanyak tu. Tapi macam saya cakap sebelum ni, jika u betul yakin focus n berkehendakkanya seiring dengan usaha. Pasti u dapat. Masa ni Kak Cery cabar saya, Cabaran 90 hari menjadi MASTER. Tertelan air liur kejap. Hahaha.. tapi sesi tu Cuma gurauan je dalam group whatsapp kami. Bulan ke sebelas naik setapak lagi ke Key Coordinator, bulan ke dua belas naik setapak lagi ke Sr key coordi. Ikutkan saya belum betul bersedia untuk sampai ke tahap ni. Tapi berkat doa saya dikurniakan dengan anak2 yang cukup hebat. Jauh lebih hebat dari saya. Dua orang anak saya melompat dr Supervisor ke Coordinator. So saya dengan terpaksanya juga melompatkan diri saya. Hahahaha. 

Pertengahan bulan ke tiga belas (January) saya print GE terkejut tgok guv n ov. Tapi masih relax. Sebab kalau ikutkan apa yang saya bagi tahu mak saya paling awal saya target Febuary n paling lewat April. Tapi jika dah tersurat itu rezeki, ianya tak akan kemana. Hari closing bila print GE tgok ov lebih 90k. Tak ada apa yang boleh saya ucapkan selain rasa syukur yang amat sangat. Yup saya semakin percaya dan yakin. Duit usah perlu dikejar. Tapi tanamklan dalam hati untuk bantu lebih ramai orang. Pasti Duit itu akan kejar u. Dan ini yang selalu saya tekankan pada anak2 saya. 

Usah sibuk dengan orang lain. Stop mencari alasan. Jangan jadikan masa sebagai halangan. Tak de orang lain yang boleh ubah kehidupan dan diri kita. Hanya kita yang mampu corak n ubah semua itu. Jika alasan yang u pilih maka percaya cakap saya u tak akan ke mana. Jadi diri sendiri dalam hidup ni, kerana kita akan menghadapi ujian hidup yang berbeza dengan orang lain. Tembok dihadapan kita tak sama tinggi dan rendahnya dengan orang lain. Mereka di laluan mereka dan kita di laluan kita. Mungkin halangan di hadapan mudah bagi mereka tapi mungkin sukar bagi kita ATAU mungkin sukar buat mereka tapi mungkin mudah bagi kita.

Credit to http://naluriibu.blogspot.com/ (Zura Betty)
*************

Ha, panjang lebar kan cerita Master ni. tapi itulah hakikat yang dilalui beliau untuk mencapai rank MASTER. Insyallah, satu hari nanti, cerita kejayaan saya pula akan dilakarkan, dicoretkan, diabadikan. Yang paling penting, keazaman, keberanian untuk berubah itu ada disamping berusaha tanpa menyerah kalah. Berjuang sehingga berjaya. Selagi belum, jangan mengalah.

Saya BOLEH, anda juga pasti BOLEH!!!!! Caiyok!!!!! :)

Sekian.

Pn Has.
Shaklee ID : 883548
Sms : 013-2236819[Email: zarariana@gmail.com]
Fb : Hasnirah Iris

Monday, 18 February 2013

Set Penyusuan Terbaik

Assalam. Sejuk gila malam ni..Sambil-sambil cari idea nk menulis..ihihi...Melayan anak2 ribena, sorang nak tido, sorang nak susu. Ayahnya koje malam...Tapi x pe lah, kalau 2 org puteri ni tido, sunyi sepi umah..
Ok, balik pada tajuk, malam gini nak share tentang kebaikan Set Berpantang a.k.a Set Bersalin Shaklee a.k.a Set Penyusuan.Selalunya bila berpantang atau selepas bersalin, badan jadi letih sangat2 kan. Begitu juga saya. Masyaallah, memang penat sangat2, badan lesu, muka sembam, nak jalan sakit. Lepas pantang nak masuk kerja, lagi la bertambah penat.Masa mengandung anak pertama dan kedua, belum kenal Shaklee lagi. Rasa rugi sebab saya lambat kenal Shaklee. Sebab:-

1. Mengandung anak pertama(2010),konon berazam nak menyusukan anak sampai 6 bulan-2 tahun. Sudahnya baby dah 4 bulan dah tak nak menyusu. Akibat KEKURANGAN ILMU.Maka jadilah KEKERINGAN SUSU. Sedih sangat2 masa ni.Ilmu belum cukup tentang penyusuan a.k.a malas mencari info.TERPAKSA topup dengan susu formula.

2. STRESS.Badan sangat2 letih bila start bekerja, balik kerja pula bekejar pergi kedai nak beli lauk, pergi ambil anak, balik mandi dan bersolat, start memasak. Bila dah siap masak, terus menyandar kat sofa sementara tunggu en Somi balik. Masa duduk tu rasa nak menangis je, sebab badan exhaust. Masa masak tu baby memang menangis. Jadi terpaksa masak laju2.Masak simple2 je. Janji kenyang.

3. Masalah SEMBELIT melanda( sindrom kurang minum air masak), lama dalam toilet, anak dah start nak menangis. Adui, sembelit dan meneran, apa jadi? Gila pedih.. :(

4. Breast "jatuh". Huhuhu..ini yang paling menakutkan bagi saya la..Orang kata bila susu dah "kering", breast akan "jatuh". Ye ke tidak?Rasa macam dah tak mengancam.hehehe.Bila pakai bra, nampak ayu je..tapi bila tengok sendiri. Makkk..Tapi nak sedapkan hati punya pasal, cakap dengan diri sendiri-"alah, bukan orang lain tengok pun"..

5. KULIT MUKA DAN BADAN LESU TAK BERMAYA. KASAR, KUSAM. Masa ini, rasa menggeleber je badan. Tambahan lagi, kulit jadi kehitaman di bahagian pelipat. RAMBUT GUGUR?Ini lagi satu hal, bersepah sampah di lantai, hanya penuh denga helaian rambut saya, bila tidur penuh kat bantal, bila sikat. Lagi syahdu..huhuhu

Ok, cukup saya bagi 5 sebab. Sebab2 ni semua memang menggerunkan. Ye ke tidak? Jadi bila saya mengandung anak kedua(anak first stop meyusu masa 4 bulan, lekat pula si adik). Datang lagi stress saya, hahahha...saya berazam nak bagi yang terbaik pada adik, tapi masa mengandung kedua ni saya belum juga kenal Shaklee. Lepas lahirkan adik, saya mula mencari alternatif agar badan saya jadi bertambah sihat, kurang stress, susu banyak( ini kena follow Supply Vs Demand). 
So survey dalam internet, jumpa la satu iklan( Master Zura Betty) tentang susu ibu. Bila Master bagi blog, saya pun baca..Rupanya saya dah salah faham tentang konsep banyakkan susu. Bukan sebab kena makan itu, susu jadi banyak, telan ni, susu meriah, melimpah ruah. Jika tidak mengamalkan konsep S vs D, minum air masak, pam dengan konsisten, kau telan la dengan botol2 supplemen, memang tak jalan punya. Hahaha..
Saya bermula dengan vitamin asas (Vitalea, Vitamin C, B Complex dan Alfalfa), ini pun ambil masa lama nak beli.Padahal sendiri memang cari supplemen.
Daripada master Zura, saya kenal proses pam susu, kena minum air masak banyak. Amalkan supplemen.Syukur Alhamdulillah, susu meriah, bila balik kerja, baby tak sabar2 nak direct feeding. susu dalam botol dia tak layan..Notty tau..

Lepas tu, saya beli berperingkat. MEALSHAKES(belikan untuk anak sebab anak kurang selera makan), ESP, GLA, LECITHIN,OMEGA GUARD, OSTEMATRIX.

Panjang lebar pula dah ku membebel.Bila dah kenal Shaklee, saya ingin kongsi kebaikan, khasiat yang saya dapat, bila mana masalah yang saya sebut tadi hampir 100% tiada. yang paling saya suka bila:-

Susu badan banyak, anak direct feeding.
- Lebih tenang jiwa, selalu zikir dan istigfar.
- Senang "membuang". NO MORE SEMBELIT.
- Tempat yang gelap, makin cerah.
- Kulit badan jadi anjal
- Breast dan punggung mantap
- Rambut kurang gugur, dah x banyak macam dulu. Kalau sikat pun ade la sehelai dua.
- Kulit muka berseri2, parut "strechmark" pudar. Hope hilang sepenuhnya. 

Jika ada rezeki mengandung lagi, saya nak consume  Shaklee dari mengandung sampai pantang. Berbaloi yong oiiii....
Vitamin yang kita makan masa mengandung, boleh continue masa pantang( bukan semua ye). So, x ade yang rugi pun. 

Ini si manja ku yang pertama( 2 tahun 4 bulan).Ku beri Mealshakes dan OMEGA GUARD.

Ini pula adik (Setahun 3 bulan), Khasiat supplemen di ambil dari diri ku...
 
Apa2 pun pilihan di tangan ibu2 ye, tiada paksaan. Saya hanya mahukan dan memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.Jika anda juga mahu yang terbaik, jangan segan silu pm saya.

Sekian.

Pn Has,
Shaklee ID :883548
sms: 013-2236819[email :zarariana@gmail.com]
Fb : Hasnirah Iris

Saturday, 9 February 2013

Buasir- Jangan pandang remeh

Assalam..Buasir ketika hamil amat perit jika tidak dirawat dengan segera, lebih menakutkan jika buasir turut melibatkan pendarahan. Auchhh!!!..Apa itu buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.- Sumber Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Buasir



Pernahkah anda mengalami buasir? Buasir mempunyai 4 tahap :-

Tahap 1-Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2:-Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).

Tahap 3:-Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4:-Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran.  Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


Apakah faktor yang menyebabkan buasir?

  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
  • Cirit birit yang kronik.
  • Kurangnya pengambilan serat dalam diet harian.
  • Mengandung atau bersalin.
Simptom-simptom Penyakit Buasir
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut
  • Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar.
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  • Dalam tempoh ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
Pasti sakit kan? Bagaimana merawatnya?

* Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.

* Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.

* Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.

* Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.

* Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.

* Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.

* Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.

Bagi mereka yang ingin mencari alternatif lain, saya cadangkan anda amalkan pengambilan supplemen yang mengandungi fiber.

Ini salah satu cadangan, boleh juga ambil Alfalfa kerana Alfalfa mengandungi fiber yang sangat baik untuk usus.Fungsi Omega(menbantu  untuk mengecutkan otot yang bengkak), Ostematrix (membantu untuk mengurangkansembelit dan melancarkan pembuangan air besar), Zinc (Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa perit. Membantu menyembuhkan luka di dalam bahagian dalam dubur dengan lebih cepat).

Pilihan di tangan anda, jangan biar sakit melarat.

Sekian.

Salam mesra.

Pn Has
Shaklee ID 883548
013-2236819[zarariana@gmail.com]

Monday, 4 February 2013

Testimoni - OMEGA

Assalam. Alhamdulillah, teruja hari ini membaca testimoni customer. Ikuti kata Pn Azuraini Abdul Majid Aju tentang keterujaan beliau.
_________________________

Alhamdulillah......Alhamdulillah...Alhamdulillah....
Selama ni sy hanyalah pembaca setia SGL, namun hr ni sy nk berkongsi cerita dgn semua kngkawan d'sini...
Sy mengandung 4mgggu, walaupun sy disahkan PCOS. Period sy regular, namun berat bdn yg b'tmbah m'gngu thp k'suburan sy. Sy t'pksa m'ngambil clomid + metmorfin ats nsht Pakar O&G. Sy xhbis lgk consume GLA +Alfalfa+Omega...dan utk pngetahuan semua pembaca jg, sy br menjalani operation pd November 2012 yg lalu krn "ectopic pregnancy". Alhamdulillah, t'gerak hati nk cuba Shaklee ni ats nasihatNorliza Ibrahim, sy mula consume Shaklee 1 Jan 2013, smlm sy check UPT +ve. last period sy 25 Disember 2012...Ya Allah syukur.. sgt2. Kpd yg m'ngidap PCOS spt sy, In Sha Allah ada jln nya, Usaha+Doa+Ikhtiar...:)

_______________________________
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada beliau. Ini lagi satu cerita dari Pn Farihah
_________________________
Kelmarin, anak sulung saya (8 tahun) badannya sangat panas selepas pulang dari sekolah. 

#Petang saya berikan dia 2 sudu Performance Drink + 1 Vita-c chewwable
#Tuam kepala dengan Basic H
#Malam sebelum tidur saya berikan 2 sudu Mealshake + 2 OmegaGuard

Semalam, bangun pagi pergi sekolah macam biasa. Balik sekolah, aktif bermain macam biasa.

Alhamdulillah.. kali terakhir dia demam panas, saya pon dah x ingat bila. Untuk rakan-rakan yang konsisten dengan Shaklee supplement, perlu diingat, bila kita amalkan supplement, tidak bermaksud kita kebal dari sebarang jenis penyakit. Sakit sikit2 perlu untuk boost immune system, Cuma beza pengamal supplement :

# Jarang sakit
# Cepat recover bila sakit

Alhamdulillah :-)

____________________________________
Ha..untuk anda yang inginkan kesihatan lebih baik,mencuba untuk hamil, boleh amalkan OMEGA.Omega -3 yang terdapat di dalam minyak ikan ini juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS dan memberikan kulit licin serta kemerah-merahan.Bukan sahaja untuk wanita, lelaki, tua, muda, malah anak-anak pun digalakkan ambil.

Bulan promosi ni, memang elok la anda grab laju-laju OMEGA. Harga jauh lebih murah daripada harga runcit. Boleh juga hadiahkan pada ibu bapa. Berapa sangat la kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang mereka :)..Terbaiklahhhh...


Salam mesra

Pn Has
Shaklee ID 883548
013-2236819[zarariana@gmail.com]

Sunday, 3 February 2013

KELEBIHAN OMEGA GUARD(MINYAK IKAN)

Assalam.Februari menjelma.Sempena bulan ini, Shaklee menwarkan promosi terhebat iaitu OMEGA GUARD!!!!!!!!! Hihihi... Beli 6 Botol Percuma 1 botol. Wow.menarik kan? Omega ni sesuai untuk golongan dewasa, kanak-kanak, ibu hamil, lelaki, wanita. Ketahui keistimewaan OMEGA GUARD SHAKLEE.
Taraaaaa.....inilah OMEGA, minyak ikan terbaik di dunia. Suspen tak? hahaha..Jom baca tentang OMEGA GUARD ni. 

*Melindungi Jantung Anda - Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung - Satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

*Minyak Ikan Terbaik Di Dunia - Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.

*Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal - Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molukel yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan jenis ikan.

Fakta Nutrisi ( setiap kapsul)
~ Asid Lemak Omega-3 - 330mg
~ EPA - 180mg
~ DHA - 120mg
KENAPA MESTI OMEGA GUARD SHAKLEE? Jom lihat carta ini.
Omega guard ..antara suplemen yang sangat digalakkan utk kita consume setiap hari kerana badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak omega 3 yg perlu untuk badan kita utk proses metabolisma... untuk brain, untuk alahan, utk asma, utk sendi, utk kesihatan jantung, utk kawal berat, utk kulit yg cantik. 

Manfaat Utama:

 1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat.
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok.
5. Mengekalkan tekanan normal darah.
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher.
7. Mengurangkan sakit kepala.
8. Merendahkan kolestrol.
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan.
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
11. Mengawal masalah obesiti.
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak.
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
16. Membantu menyihatkan paru-paru.
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dan lain-lain.
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus).
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang.
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
24. Mencegah penyakit gout.

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti....

- Mencegah insomnia.
- Mengurangkan tekanan emosi.
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
- Membantu memperbaiki masalah autism.
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive.
- Mengurangkan masalah schizophrenia.
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.

Siapa yang perlukan OMEGA GUARD?

1. Warga Emas.
2. Pesakit Jantung.
3. Wanita.
4. Wanita yang telah melahirkan anak.
5. Pesakit darah tinggi.
6. Orang yang selalu lupa.
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas.
8. Pelajar.
9. Ibu menyusu.
10. Ibu hamil.
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus.

Saya yakin OMEGA GUARD Shaklee adalah yang terbaik di dunia,jadi berikan yang terbaik untuk anda dan keluarga. Apa pilihan anda? Saya pasti anda sudah memilih yang terbaik.

Salam mesra

Pn Has
Shaklee ID : 883548
Sms :013-2236819[Email:zarariana@gmail.com]
FB : Hasnirah Iris

Monday, 21 January 2013

Info Vitamin E

Assalam kawan-kawan. Untuk memenuhi keperluan vitamin E di dalam badan iaitu 400IU, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas.(1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam). Mampukah badan kita menerima semua ini dalam satu-satu masa?Jadi hari ini nak sharing info tentang Vitamin E dan kebaikannya.

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Sumber Vitamin E Shaklee :-
  • Diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E
  • Diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopheryl yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E alpha,beta,gama,delta).
  • Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
  • Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
Fungsi Utama


*Melindungi Jantung
- Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat.
- Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid.
- Meningkatkan koleterol HDL.
- Mengurangkan tekanan darah.
- Menghalang platelet darah darah melekat ke dinding arteri.
- Menghalang anemia hemolitik dan penyakit jantung.
Mengembangkan pembuluh darah dan mencegah pengerasan arteri, keadaan begini biasanya dikaitkan dengan umur tua dan kerosakan jantung.
- Menghalang pembentukan darah beku.

*Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
- Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif.
- Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sprema mereka.

*Anti-Penuaan
- 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan.
- Mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan.
- Vitamin E mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
Kesan antioksidan dan Vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen, memberi anda lebih ketahanan.

*Anti-Oksidan yang kuat
- Pengambilan lebih 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser.
- Mengukuhkan sistem imun.
- Menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor.
- Mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.
- Juga memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.

*Kelestarian Tenaga
- Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

*Memperbaiki Arthritis
- Meningkatkan keanjalan salur darah.
- Memperbaiki kitaran darah.
- Merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

*Menghalang Keguguran
- Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra haid dan sindrom menopaus seperti hot flush.
- Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.

Memperbaiki Parut
- Memperbaiki bengkak dan ulser kulit
- Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
Dengan membaiki pembekalan oksigen dan asid Nukleik, Vitamin E menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit.
* Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene,vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas.

*Vitamin E diperlukan dalam pembentukan nukleus, dinding sel, RNA dan DNA pada setiap sel di dalam tubuh. Ia bertindak dengan Vitamin C untuk kesihatan sel-sel tubuh.

Sumber Makanan Vitamin E

Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum

Kekurangan Vitamin E boleh menyebabkan :-

Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia


Basically antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah:

1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3.Pilih Vit E yg berserta selenium

Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan

Vitamin E Shaklee memenuhi garis panduan di atas :-
Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli
Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate
Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]*

Kredit to http://www.mamafaiz.com/2011/11/supplemen-vitamin-e-boleh-sebabkan.html untuk panduan pemilihan Vitamin E.

Sekian. Salam mesra

Pn Has
Shaklee ID :883548
013-2236819[zarariana@gmail.com]