Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.- Sumber Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Buasir
Tahap 1-Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2:-Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).
Tahap 3:-Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
Tahap 4:-Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.
Apakah faktor yang menyebabkan buasir?
- Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
- Cirit birit yang kronik.
- Kurangnya pengambilan serat dalam diet harian.
- Mengandung atau bersalin.
Simptom-simptom Penyakit Buasir
- Rasa sakit yang berdenyut-denyut
- Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar.
- Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
- Dalam tempoh ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
- Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
Pasti sakit kan? Bagaimana merawatnya?
* Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
* Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
* Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
* Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.
* Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
* Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
* Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.
* Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.
Bagi mereka yang ingin mencari alternatif lain, saya cadangkan anda amalkan pengambilan supplemen yang mengandungi fiber.
Ini salah satu cadangan, boleh juga ambil Alfalfa kerana Alfalfa mengandungi fiber yang sangat baik untuk usus.Fungsi Omega(menbantu untuk mengecutkan otot yang bengkak), Ostematrix (membantu untuk mengurangkansembelit dan melancarkan pembuangan air besar), Zinc (Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa perit. Membantu menyembuhkan luka di dalam bahagian dalam dubur dengan lebih cepat).
Pilihan di tangan anda, jangan biar sakit melarat.
Sekian.
Salam mesra.
Pn Has
Shaklee ID 883548
013-2236819[zarariana@gmail.com]
No comments:
Post a Comment