Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Wednesday, 20 February 2013

Inspirasi Dari Master

Asssalam. Sementara menunggu nak masak..saya nk kongsikan rahsia kejayaan Master saya a.k.a Mak a.k.a Upline saya di dalam Shaklee. Teruja sangat baca. Memang tiada yang mustahil jika kita mahu. Akan ku turuti jejak langkahmu mommy. Ikuti kisahnya...baca jangan tak baca..Sangat2 berinspirasi...

**********
Dari Distributor Menjadi Master ~ Dari Biasa Menjadi Luar Biasa


Terdetik hati ingin berkongsi sedikit kisah perjalanan saya bersama SHAKLEE selama hampir 13bulan. Jalan cerita yang mungkin agak panjang.. :) Ermm pada mulanya saya memang anti dengan SHAKLEE memang x suka laa. Sebab bagi saya semua MLM sama. Suami saya joint SHAKLEE dari tahun 2002. Tapi sebiji pun supplement SHAKLEE tak pernah masuk dalam mulut saya. Sehinggalah lahir putera ketiga kami. Entah bagaimana saya tergerak untuk mencari “sesuatu” untuk badan dan kesihatan saya. Memula serch jumpa Shaklee serch lagi jumpa shakle.. Stress jugak. Tapi entah camne digerakan hati untuk mencuba. Blog pertama yang saya jumpa Blog Master Nur Laila Saya message kat fon dia. Saya Tanya supplement apa yang perlu saya ambil. Tapi masa tu saya bagi tahu dia saya nak beli guna ID suami saya sebab suami saya member. Mungkin jodoh kami. Dia tak reject saya, dia advice n saya pun mula laa consume. Bila mula consume saya rasakan perubahan yang lebih positif. So saya pun mula share dengan kawan2 terdekat. Bila orang tanya saya, saya tanya kak laila. Dia terus menjawab setiap persoalan saya. Ade kalanya saya bagi customer kat dia, memula saya tanya berapa komisyen akak nak bagi kalau saya carikan akak customer. Hahahaa.. x terniat pun sebenarnya saje kacau dia. Then dia ajak saya join group dia. Mulanya saya berbelah bahagi sebab hubby pun dah ade ID sendiri. Tapi tu kisah lain. Tak perlulah saya ceritakan di sini. Oleh kerana cuba untuk berlaku adil dengan Kak Laila. Saya pun setuju untuk join member. Tapi saya bagi tahu dia, kak saya join tapi saya belum nak beli guna id saya k. Dia tak kisah. Saya memilih tarikh 26hb October 2011 sempena tarikh lahir anak kedua saya Aisy yang membawa maksud (kaya raya/ kesenangan hidup)tapi masa tu kak laila registerkan 27 hb, ok je.. xde maslah apa pun.. Walaupun dah ade id saya tetap n masih membeli dengan id suami.. oh ye bawah suami saya dah berlapis2 dah level.. tapi sebab dia tak aktifkan. Saya kata kat Kak Laila nanti dulu ye kak.. ehehehe..

Entah bagaimana bulan 12 saya bagi tahu Kak Laila.. ok kak saya sedia nak sharing.. saya nak bantu semua ibu-ibu menyusu, saya nak semua ibu yang ada susu kan anak mereka. So saya start dengan buat Blog. Saya start share semua info yang berkaitan dengan penyusuan.Apa ada kat blog kak laila yang berkaitan saya copy kat blog saya. Iklan Pertama saya kat baby stuff hasil susu perahan yang saya perah selepas amalkan bco vit c vitalea n alfafa. Memang diluar jangkaan, saya post iklan tu hari sabtu dalam masa satu hari lebih 60 komen yang terpaksa saya reply. Haa amik kau.. masa tu saya cakap kat Kak Laila.. kak nak muntah dah reply komen orang ni. Last nya kak laila tolong reply kan separuh. Ehehehe.. Sambutan hangat hampir seminggu n iklan tu masih kekal sampai ke hari ni. Ade 3 versi.. tapi yang dua kene kacau dengan “seseorang” 

Saya keep on sharing. Sebab niat saya nak bantu semua ibu menyusu n saya yakin produk ni boleh bantu saya nak capai niat saya tu. Then tiba hari nak closing, bila nak closing Kak laila bagi tau uv saya banyak ni. Wahh banyaknya, terkejut gak, n terus naik supervisor. So masuk bulan kedua ade sorang kawan kata nak join member tapi dia nak makan sendiri Cuma nak ade id je. Dia join free membership. Punya laa saya tak kisah sangat kan pasal benda nie, saya suh dia g Shaklee daftar sendiri. Hahahaha. So dia pun daftarlah member bawah saya.

Tak lama lepas tu kak laila Tanya saya, zura ramai2 customer awak ni tak de ke yang nak join member. Saya kata sabar kak.. masanya akan tiba nanti. Ecehh.. Sekali tak lama lepas tu Allah kirimkan seseorang untuk saya. Bulan ketiga saya terus naik Sr Supervisor effective sendiri tanpa mak tolong lagi dah lepas tu. Start dikurniakan anak, saya mula bukak manual book Shaklee. Saya terfikir sendiri, apa best sangat yang Shaklee tawarkan. Saya study page by page. Saya baca semuanya sampai saya betul2 faham saya serch info n I get it. Bulan ke empat KakCery MamaFaiz turun JB. Masa tu terasa alamak boleh ke nak join kelas dorang ni. Malunya sebab sebelum ni saya jarang sangat berkomunikasi dgn Kak Cery. Hidup saya dengan mak saya je. Apa Mak suruh saya buat, apa mak cakap saya ikut. Tak pernah sekali pun rasanya saya pm mana-mana distributor lain camne nak jual, camne nak buat iklan camne nak promo. Saya buat ikut apa yang saya nak n apa yang mak ajar. Setiap hari saya Pm mak saya, dah macam orang bercinta, sehari tak pm rasa tak lengkap hidup. Tapi x pernah dengar suara tak pernah bertemu. Tak pernah bertemu sehingga saya bergelar MASTER. Jarak bukan alasan untuk kita berjaya. Ingat tu. Saya di Selatan dia di Barat. Saya FOKUS kat jalan saya sahaja. Masa tu Kak Cery pun x kenal saya, sebab nama kat fb lain kat statement dia dapat lain.. hahahaha. 

Tapi saya gagahkan juga, bagi tahu mak macam nak join, so dengan malu malu kucing saya pun pergi. Masa tu la pertama kali jumpa beeha, liyana, n fai. Sebelum ni pernah dengar nama tapi xpernah pun inbox ke apa. Alhamdulillah pertemuan tersebut sangat memberi kesan hingga ke hari ini. Ukhwah yang terbina sangat dalam rasanya. Masa tu saya mula ada target. Sebelum ni saya main redah je, janji saya effective, Tak de pun tulis nak jual esp bape tin nak jual bco berapa, yang saya tahu mesti effective. Saya memang jenis last minit. Mak saya pun semput dengan saya awal tu. 4 hari nak closing uv baru 500-600. Tapi saya kata kat dia akak relax insyaAllah effective. Yup saya effective n Allah kirimkan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Tapi saya laa semput, setiap kali closing ku mcm hilang akal dok mengejar uv. Saya tak pernah simpan stok. Orang bank in saya baru beli. 

Oh ya, tak lama lepas tu saya pergi majlis NC. Masa tu saya dapat satu award je. Yang buat saya teruja bila saya tengok Kak Cery naik Stage Sebagai MASTER COORDINATOR. Saya bagi tahu kat beeha n liana. Tahun depan I naik Stage as MASTER ok. Hahahhaa. Tapi saya memang tanam dengan apa yang saya katakan.

Kemudian ALLAH kirimkan seorang demi seorang untuk saya. Ladang saya semakin besar. Saya terus melangkah tapak demi tapak. Saya pastikan setiap liku yang saya lalui dengan enjoy dan setiap langkah saya itu dapat memberi sedikit manfaat pada orang lain. Now Passion saya lebih pada nak bantu lebih ramai kehidupan di luar sana. Saya dengar pelbagai cerita sedih dari anak2 yang datang pada saya. Ya mungkin saya tak rasakan “Sakit Perit “ macam mereka rasakan. InsyaAllah dengan gaji yang saya terima cukup sangat untuk saya dan keluarga. Tapi saya terdetik, selfish nya aku jika aku sorang senang. Sedangkan banyak lagi kehidupan kat luar sana yang susah. Mungkin sekarang aku seronok makan berjalan bersama keluarga. Sedangkan ada orang lain yang merintih mencari sesuap nasi, hutang keliling pinggang. So saya rasakan saya perlu bantu lebih ramai orang.

Sangat seronok rasanya bila ade anak bisnes yang bagi tahu, thanks kak. Beban saya semakin lama makin berkurang. Terima kasih sebab beri saya peluang. So dari situ saya mula rasakan ini jalannya untuk saya cuba bantu lebih ramai orang. Ye duit usah perlu dikejar dia akan datang sendiri. Jika u kejar u akan letih, sampai satu masa u give up. So teruskan tambah nilai dalam hidup orang lain dan duit tu yang akan kejar u. Trust me. Bulan ke tujuh saya naik setapak lagi ke Coordinator. Ujian untuk saya di sini sangat kuat. Tapi saya jadikan itu sebagai cabaran untuk saya buktikan tuduhan n pandangan mereka-mereka itu tak benar.

Bulan ke lapan saya terima income 5 angka yang pertama. Huh memang masa tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Terasa kerdil sangat diri saya di sisiNya. Dalam masa yang sama Allah terus kirimkan anak bisnes untuk saya. Semua bersungguh-sungguh. Semua hebat2. Bulan ke sepuluh saya naik setapak lagi sebagai Sr Coordinator. Masa tu promo ESP. memang terkejut saya boleh jual sebanyak tu. Tapi macam saya cakap sebelum ni, jika u betul yakin focus n berkehendakkanya seiring dengan usaha. Pasti u dapat. Masa ni Kak Cery cabar saya, Cabaran 90 hari menjadi MASTER. Tertelan air liur kejap. Hahaha.. tapi sesi tu Cuma gurauan je dalam group whatsapp kami. Bulan ke sebelas naik setapak lagi ke Key Coordinator, bulan ke dua belas naik setapak lagi ke Sr key coordi. Ikutkan saya belum betul bersedia untuk sampai ke tahap ni. Tapi berkat doa saya dikurniakan dengan anak2 yang cukup hebat. Jauh lebih hebat dari saya. Dua orang anak saya melompat dr Supervisor ke Coordinator. So saya dengan terpaksanya juga melompatkan diri saya. Hahahaha. 

Pertengahan bulan ke tiga belas (January) saya print GE terkejut tgok guv n ov. Tapi masih relax. Sebab kalau ikutkan apa yang saya bagi tahu mak saya paling awal saya target Febuary n paling lewat April. Tapi jika dah tersurat itu rezeki, ianya tak akan kemana. Hari closing bila print GE tgok ov lebih 90k. Tak ada apa yang boleh saya ucapkan selain rasa syukur yang amat sangat. Yup saya semakin percaya dan yakin. Duit usah perlu dikejar. Tapi tanamklan dalam hati untuk bantu lebih ramai orang. Pasti Duit itu akan kejar u. Dan ini yang selalu saya tekankan pada anak2 saya. 

Usah sibuk dengan orang lain. Stop mencari alasan. Jangan jadikan masa sebagai halangan. Tak de orang lain yang boleh ubah kehidupan dan diri kita. Hanya kita yang mampu corak n ubah semua itu. Jika alasan yang u pilih maka percaya cakap saya u tak akan ke mana. Jadi diri sendiri dalam hidup ni, kerana kita akan menghadapi ujian hidup yang berbeza dengan orang lain. Tembok dihadapan kita tak sama tinggi dan rendahnya dengan orang lain. Mereka di laluan mereka dan kita di laluan kita. Mungkin halangan di hadapan mudah bagi mereka tapi mungkin sukar bagi kita ATAU mungkin sukar buat mereka tapi mungkin mudah bagi kita.

Credit to http://naluriibu.blogspot.com/ (Zura Betty)
*************

Ha, panjang lebar kan cerita Master ni. tapi itulah hakikat yang dilalui beliau untuk mencapai rank MASTER. Insyallah, satu hari nanti, cerita kejayaan saya pula akan dilakarkan, dicoretkan, diabadikan. Yang paling penting, keazaman, keberanian untuk berubah itu ada disamping berusaha tanpa menyerah kalah. Berjuang sehingga berjaya. Selagi belum, jangan mengalah.

Saya BOLEH, anda juga pasti BOLEH!!!!! Caiyok!!!!! :)

Sekian.

Pn Has.
Shaklee ID : 883548
Sms : 013-2236819[Email: zarariana@gmail.com]
Fb : Hasnirah Iris

No comments:

Post a Comment