Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Wednesday, 18 December 2013

Period lebih teratur dengan GLA COMPLEX dan ALfalfa

Assalam. Alhamdulillah. Bersyukur dan rasa sangat gembira bila mana kita dapat bantu mereka yang mengalami masalah dalaman. Ceritanya begini, saya selalu sharing tentang supplemen untuk kehamilan. Nak dijadikan cerita, ada seorang kawan sekolah menengah saya pm bertanya kan tentang ALFALFA dan GLA COMPLEX. Mungkin dia dah baca info tentang 2 jenis supplemen ni.

Masalah dia adalah PERIOD TIDAK TERATUR dan dia MERANCANG UNTUK HAMIL LAGI setelah kelahiran puteri sulung 10 TAHUN yang lalu. Lama dia tunggu. Mungkin disebabkan masalah period, jadi agak sukar untuk hamil semula.Walaupun saya tidak cadangkan supplemen tetapi dia sendiri bertanya. GLA untuk apa, Alfalfa untuk apa. Maknanya dia dah research serba sedikit dan tahu apa yang dia nak. Cuma kurang kepastian..hihi..saya terangkan lagi sekali. GLA Complex makan setiap hari sehingga period kembali normal. Alfalfa pula makan setiap hari untuk DETOX,cuci usus, bagi badan wangi, bagi rasa kenyang dan Alfalfa tumbuhan 1001 fungsi, bukan untuk ibu yang menyusukan anak je..! Sebab Alfalfa ni adalah penggalak susu untuk ibu menyusu. Antara fungsi alfalfa yang wajib anda tahu dan ingat:

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19.. Membuang angin dalam badan


Ha..banyak kan kepentingannya, jadi lelaki dan perempuan leh makan. Cuma ibu hamil tak boleh makan ye..Gla COmplex pun sama, ibu hamil tidak boleh makan. Ingat tuuu.. :)

Ok berbalik pada teman saya tu, selepas dia consume dalam 2 minggu(27 November 2013-8 Dec 2013) macam tu, dia ada maklum pada saya yang perut dan pinggang dia terasa berdenyut. Saya kata Alhamdulillah, supplemen sedang bekerja.Ada apa-apa lagi perubahan cakap la dengan saya, kebetulan saya baru balik dari kampung abang di Pahang(8-12 December 2013). Malamnya buka facebook dan teman saya pm dan beritahu DIA DAH PERIOD!!! Allahuakbar...saya hanya mampu mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dapat bantu dia. Serius saya bergenang air mata. Alhamdulillah.



Gla Complex membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Beginilah cara GLA Complex bertindak untuk membantu kesuburan dan seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.Harapan saya selepas teman saya period ini dia akan hamil. Amin.Untuk kesuburan cara makan GLA ni lain tau..ihiks..pm untuk info lanjut

Sekian, TErima kasih

Puan Has
Sms/Whatsapp : 013-2236819
WeChat : hasni_zara
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe


Monday, 16 December 2013

Cerita balik kampung VS GLA COMPLEX

Assalam semua. Lama rasa tak update sini. Minggu lepas balik umah mak mertua di Keratong 2 Pahang. Ahad sampai Khamis. Gerak dari Tanjung Malim dalam jam 7 lebih, singgah Hentian Rehat Seremban dan makan dalam kereta je sebab kami bawak bekal (Ketiau goreng + Air masak) hehehhe...Alhamdulillah, sampai dengan selamat tepat jam 12.00 pm. Sedang elok la kan, sampai tengahari mak dah siap masak tapi mak pergi kenduri jiran dengan abah.

Hilang rasa rindu dihati setelah hampir 4 bulan tak balik(Abg memang biasa balik 2 bulan sekali) sepatutnya raya haji baru ni kami balik tapi disebabkan anak baru sangat kena Chicken Pox, jadi kami ambil keputusan supaya tak balik sebab anak2 kami ni kalau tak sihat, ya ampun, enggak bisa diam elok di dalam kereta. Huhuhu..Abg sangat faham keadaan ni.

Lepas siap makan, berborak sekejap. Petang cuaca pun mendung, dok tolong mak angkat jemuran.Jemuran asam keping mak. Hahahahha..pernah tengok ke buah asam keping kome? Selama ni saya tahu beli je.



Ha. inilah buahnya. Lepas tu hiris-hiris dan jemur, bila dah kering kehitaman angkat dan simpan. Guna bila nak masak. Mak mertua tak pernah beli asam keping. Saya nak balik sini pun dibekalkan lagi dengan asam keping kering. Ada la dalam sekilo kot. Banyak kan..Bertahun nak habiskan. Tapi takpe majlis kahwin sepupu 28 December 2013 saya bawa balik untuk memasak juadah kenduri.

Rabunya mak dan abah ajak pergi rumah adik mak di Kuantan, nak melawat sebab mereka antara yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini. Dalam rumah air naik sampai paras betis dan di luar rumah air paras pinggang. Syukur tak banyak kerosakan. Anak-anak pak sedara bersalaman, saya terkejut lihat kulit wajah anak-anak perempuan beliau. Muka mereka berjerawat teruk di bahagian pipi. Saya hanya diamkan sebab kalau bertanya takut mereka terasa hati. Dari bual bicara mereka dengan mak, mereka dah lama alaminya. Pelbagai cara dah dicuba.

Balik dari Kuantan singgah di kedai COWBOY.hihi..Saya terpinga-pinga, kedai cowboy? Terbayang suasana pekan cowboy. Lupa nak ambil gambar. Rupanya kedainya seperti kedai atau pasaraya borong lain. Nama kedai COWBOY. Barang dijua dengan harga murah, Abah nak cari kipas dinding. Kalau harga luar mungkin RM150. Tapi kedai ni abah dapat harga RM129. Murah la kan?

Sampai rumah dalam jam 6 petang macam tu..Bersiap-siap solat Maghrib. Selesai solat semua dok layan Playboy Itu Suami Aku. Mak mertua pun layan..hahhaha..Lepas Isyak berborak pasal anak sedara mak yang alami masalah kulit jerawat. Mak kata kalau dia pakai krim, tak nampak sangat la jerawat. Tapi pada saya teruk juga kulitnya. Saya pun cerita la serba sedikit pasal supplemen untuk hilangkan jerawat, yang saya suggest adalah GLA COMPLEX. Kenapa?

Kita sentiasa tahu bahawa Vitamin E sangat elok untuk kulit kan? Jadi di dalam GLA COMPLEX ada mengandungi vitamin E. Fungsi vitamin E ni menjadikan kulit cantik dan berseri. . Ada yang makan Vitamin E, jerawat makin banyak keluar. Sebenarnya ini satu tindak balas yang positif iaitu vitamin mengeluarkan segala kotoron dan menghasilkan sel kulit baru. Tapi healing crisis untuk GLA COmplex tak kuat seperti kita makan vitamin E. Jadi jangan risau ye. 



Alhamdulillah bagi mereka yang percaya dengan supplemen. Akak ni ambil ESP dan GLA COMPLEX. Jerawat dah segan nak naik di muka..hahhaha..Badan bertenaga dan yang pasti GLOWING nokkkk...kiki

Anda alami masalah kulit berjerawat? Berjeragat? Kulit berminyak? Ada banyak pilihan berdasarkan bajet anda. Untuk dalaman boleh ambil ESP, GLA/VITAMIN E, Vitamin B Complex, Vitamin C, Collagen Powder atau Vivix(Highly recommended). Dan untuk luaran boleh ambil sama ada Set Nutriwhite atau Enfuselle


Pilihan anda?

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
WeChat : hasni_zara
Fb : Hasnirah Iris



Monday, 2 December 2013

Kebaikan OMEGA GUARD

Assalam. Alhamdulillah, vitamin feveret sudah kembali.OMEGA GUARD BUY 6 FREE 1. Umum mengetahui yang omega guard mengandungi Omega 3 serta EPA dan DHA yang sangat penting didalam perkembangan otak. 


Omega Guard Shaklee merupakan yang minyak ikan terbaik dunia kerana mengandungi 1 rangkaian penuh 7 asid lemak (EPA, DHA, ALA dan lain2) berbanding jenama lain. Ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat semulajadi memberi manfaat asid lemak, pada masa yang sama mengeluarkan sebatian merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan.

Kebaikan EPA, ianya membantu mencegah

* Kanser
* PEmbekuan darah
* Pembekuan lemak dalam darah
* Kadar kolestrol berlebihan
* Penyakit jantung
* Tekanan Perasaan
* TEkanan Darah Tinggi

Kebaikan DHA 

* Mencegah radang sendi
* MEncegah Asma
* Meningkatkan daya seks
* Mengelakkan kanser payudara, usus, pankreas dan prostat.
* Mencegah penyakit kulit.
* Mengelakkan migrain, rasa kebas di anggota badan serta kesejukan pada kaki dan tangan.

Siapa yang perlukan OMEGA GUARD?

Kanak-kanak - Sumber DHA dan EPA baik untuk memori dan perkembangan otak kanak-kanak.
Ibu Hamil(Trimester 2 & 3) - Diambil pada trimester 2 & 3. Serta dinasihatkan berhenti makan Omega Guard 4 minggu sebelum melahirkan sebab sifat OMega 3 berfungsi mencairkan darah bagi mengelakkan masalah darah lambat berhenti ketika bersalin atau pembedahan. Membantu perkembangan otak dan mata janin. 
Ibu Menyusu - DHA yang terkandung di dalam Omega akan menyingkirkan lemak berlebihan sekaligus membuat ibu kekal langsing. Bayi juga mendapat manfaat dari ibu kerana omega dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak dalam otak. Kanak-kanak yang diberi susu ibu biasanya tidak mempunyai masalah fungsi otak seperti hyperaktif, autisme & masalah penumpuan(ADHD).
LElaki/Wanita - Menyingkir kolestrol berlebihan, meningkatkan daya seks.
Warga Emas yang mengalami masalah radang sendi, darah tinggi atau jantung.
Individu yang ingin kekal sihat dan langsing.

KENAPA OMEGA GUARD SHAKLEE?
 Lihat carta di atas. Omega Guard Shaklee mengandungi lebih EPA dan DHA. Jadi, apa pilihan anda?

Syukur ditemukan dengan Shaklee. TERBAIK, SEMULAJADI, BERKESAN DAN SELAMAT.

Anda yang ingin dapatkan dengan harga promosi boleh pm/sms/whatsapp saya ok.

Sekian. Terima kasih.

Puan HAs
Shaklee Independent Distributor (883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
WeChat : Hasni_zara
Email : zarariana@gmail.com

Friday, 22 November 2013

MOHONLAH KEPADA ALLAH ATAS APA JUA YANG KAU HAJATI.

Assalam. Salam Jumaat penuh barakah. Moga sentiasa di dalam lindungan Allah. Jika kita berhajatkan sesuatu maka MOHON LAH PADA ALLAH YANG MAHA ESA. Beristigfar, berzikir kepada NYA dan berselawat kepada Nabi Junjungan Muhammad S.A.W. Alhamdulillah apabila sesuatu perkara yang kita hajati kita mohon pada Allah, rasa sangat ringan segala bebanan. Janganlah kita mengharap redha manusia yang pastinya tidak membawa kita kemana. 

Dulu amalan rohani sangat kurang. Kurang beristigfar, berzikir, berselawat. Hanya tahu mengeluh, tidak bersyukur. Ya Allah, betapa jahil dan kerdil hamba Mu ini. Dosa. Ye, mungkin dosa masa lalu belum saya meminta keampunan Allah. Selalu melewatkan solat,kadang kala tertinggal, aurat tidak terjaga.Dan bila sekali saya solat taubat. ALLAHUAKBAR. Menangis semahunya. Betapa bongkak saya melangkah di bumi ciptaan Allah tanpa bertaubat serta memanjatkan rasa syukur pada pencipta saya.

Memang sebelum ini saya tercari-cari apa yang kurang di dalam hidup walaupun saya punya suami dan anak-anak. Hati tetap tidak tenang.Jika sebelum ini amalan saya hanya 'biasa-biasa', alhamdulillah dengan izin Allah masa saya lebih terisi dengan zikir, istigfar, solat-solat sunat dan mengaji.

Sejak join group bisnes Shaklee di bawah jaringan Master Zura Betty, saya semakin tenang. Amalan rohani banyak yang dibuat, sangat berbeza dari sebelum ini. .Kini apa yang mentor saya suruh buat mengenai AMALAN ROHANI alhamdulillah hampir 90% saya lakukan. Untuk peringatan, saya melakukan amalan rohani bukanlah kerana mentor saya yang suruh tetapi mentor hanya memberi guideline supaya anak-anak buah tidak hanyut. Tambahan lagi saya juga mencari ilmu.

Alhamdulillah, bila kita MEMINTA dengan BERSUNGGUH SUNGGUH, In shaa Allah dimakbulkan. Tetapi harus ingat, Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Hanya Allah mengetahui yang terbaik buat hambaNYA. Kini saya dalam fasa MENDIDIK HATI, menegur dan boleh ditegur.

Allah, ku mohon kepada MU, ampunilah dan permudahkanlah urusan ku, suami ku, kedua ibu bapa ku, ibu bapa mertua ku dan teman-teman ku. Amin

* Antara amalan rohani yang sangat jarang saya lakukan walaupun mudah
- Beristigfar
- Berzikir
- Berselawat
- Mengaji
- Solat Dhuha
- Solat Tahajjud
- Solat Hajat
- Solat Taubat

Semua ini saya lakukan bukan dalam masa sehari tetapi berbulan-bulan lamanya. Saya sangat bersyukur ditemukan dengan insan-insan hebat yang sentiasa mengingatkan tentang Allah. Ukhwah terjalin sangat utuh. 

Pendapat peribadi saya, janganlah terlalu risaukan apa yang belum berlaku. Hanya BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH. Rancang apa yang ingin kita lakukan dan apa yang kita impikan. In Shaa Allah, masa 24 jam yang Allah beri pada setiap orang akan mencukupi.

Awal-awal join bisnes ini rasa asyik tak cukup masa sebab saya gagal mengurus masa dengan baik, walhal saya adalah seorang surirumahtangga yang pasti boleh merencana masa dengan baik lagi. Sekarang dengan jadual tersusun, apa yang saya dahulukan, saya buat dulu, apa yang patut dibuat kemudian, saya kemudiankan. Tak la nanti semua nak dibuat dalam satu masa. SEMPUT.

Mempelajari dan mendalami ilmu tentang produk juga sangat penting ye kawan-kawan, nanti pelanggan tanya kita tak terkial-kial nak jawab. Mulakan dengan produk yang pernah kita makan(fungsi, kenapa penting, siapa perlukan, bagaimana produk bertindak, kesan). Jadi, sharing apa sahaja info yang dapat tentang produk yang sedang kita makan. Apa kebaikan yang kita dah dapat hasil daripada makan supplemen. In Shaa Allah, dengan sharing daripada lubuk hati, kesannya akan sampai kepada bakal customer. Keterujaan bakal customer dengan cerita kita sekaligus membuat mereka nak membeli dengan kita.(Bukan paksa customer ok).

Semua ini penting untuk memastikan kita berkeyakinan dan yakin bila berhadapan dengan orang. Sudah pasti semua dengan izin Allah. Moralnya, belajar apa jua yang kita tidak tahu dengan orang yang tahu. Sentiasa berlapang dada. In Shaa Allah, Allah bantu dengan syarat BERSERAH SEGALANYA pada yang ESA. Amin.

Sekian.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris

Sunday, 17 November 2013

ASID AMINO DAN KEPENTINGANNYA

Assalam, semua sedia maklum yang asid amino sangat penting di dalam badan kita tetapi ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan jadi kita perlu mengambilnya dari sumber luar. Mari kita berkenalan dengan asid amino.

Apakah Asid Amino?

Asid amino adalah molekul yang mengandungi kumpulan amino, asid karboksilik dan rantaian sampingan yang berbeza mengikut setiap jenis asid amino. Elemen penting dalam asid amino adalah karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.

Dalam bahasa mudah, protein adalah nama besar yang mana merupakan salah satu makronutrien. Protein terdiri daripada rangkaian-rangkaian asid amino. Protein whey juga terdiri daripada rangkaian asid amino. Whey membawa maksud protein itu daripada sumber whey. Pendek kata, asid amino adalah protein, protein adalah asid amino. Asid amino bertindak sebagai blok binaan protein.

Ada banyak jenis asid amino. 20 telah dimasukkan dalam nutrisi standard manusia. Ada sesetengah rujukan mengatakan 22 dengan mencampurkan selenocysteine dan pyrrolysine disebabkan mekanisme sintetiknya yang unik. Mereka bersama membentuk rantai polimer pendek yang dipanggil peptida atau lebih panjang dipanggil polipeptida.


Asid amino perlu (essential) membawa maksud, badan tidak dapat sintesiskannya daripada sumber lain dan memerlukannya daripada sumber luar, manakala tidak perlu (nonessential) bukan benar-benar bermaksud tidak perlu tetapi ianya boleh disintesiskan daripada sumber lain. Cysteine, taurine, tyrosine dan arginine adalah semiessential pada kanak-kanak disebabkan laluan untuk sintesis asid amino ini tidak terbentuk sepenuhnya lagi.

Jika lihat pada produk makanan tambahan, ada pelbagai jenis. BCAA (Branched-chain amino acid) adalah 3 jenis asid amino perlu iaitu valine, leucine dan isoleucine. Ketiga-tiga ini sangat penting pada otot dan merupakan elemen kedua perlu selepas latihan. Pertama, glukosa. Ideologi produk makanan tambahan ini adalah, struktur molekul yang berbeza dalam asid amino menyebabkan penyerapan BCAA menjadi perlahan. Jadi produk BCAA membantu mengasingkannya. Manakala produk berlabel ‘amino’ adalah campuran pelbagai jenis asid amino dan dilebihkan asid amino yang berfungsi untuk pemulihan seperti glutamine. Manakala arginine digunakan sebagai pencetus dalam produk nitric oxide. Produk-produk lain seperti protein whey, terdapat pelbagai campuran asid amino.


Credit to Zaki Khan

Di Shaklee ada 2 produk yang dikategorikan sebagai protein dan mengandungi asid amino iaitu ENERGIZING SOY PROTEIN dan Mealshakes

Asid amino di dalam ESP dan Mealshakes

Di dalam Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee terdapat 22 jenis asid amino dan ESP juga adalah produk tunggal di pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting. 9 asid amino penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri dan ianya sangat sesuai diambil oleh semua golongan tua dan muda

Manfaat dan kepentingan

Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim, prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat
.

Asid Amino di dalam MEALSHAKES

MealShakes Shaklee merupakan sumber protein tenusu (lembu)dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Meal shake mengandungi gula pada paras dibenarkan dan selamat kerana di ekstrak dari jagung, bukan pemanis tiruan seperti dalam kebanyakan makanan tambahan kanak-kanak.


Manfaat dan kepentingan 

>> Anak lebih cergas dan cerdas
>> Anak menjadi lebih fokus dan bertenaga
>> Masalah selera makan dapat diatasi
>> Penyakit asma atau lelah yang dihidapi anak juga semakin pulih
>> Sembelit yang biasa berlaku juga dapat diselesaikan
>> Anak tidak mudah terkena penyakit
>> Menurunkan berat badan anak obesiti
>> Memudarkan kesan parut terkena api dan sebagainya
>> Berat badan bertambah bagi anak yang terlampau kurus


Credit to http://isyadkisya.blogspot.com/2013/05/manfaat-mealshake-shaklee.html

❤ Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

❤ Membekal nutrisi pada sel tubuh - kaya dengan protein (tidak nengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

❤ Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

❤ Anti-oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

❤ Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

❤ Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

❤ Kelazatan rasanya - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.


Masyallah, banyak sekali faedah yang terdapat di dalam supplemen yang telah dimudahkan untuk pengambilan. Ye la kan, kehidupan kita seharian sentiasa dicemari dengan keadaan yang tidak bersih yang menyebabkan kita sakit, kulit sentiasa terdedah dengan pencemaran yang akan mempercepatkan proses penuaan serta sistem imun yang lemah. Jadi saranan saya, ambil la sarapan berkhasiat setiap pagi. Jika kita tidak sempat sarapan, cukup dengan segelas ESP dan sesudu kecil Mealshakes dibancuh bersama. Akan memberi kita tenaga dan kesegaran sehingga waktu makan yang seterusnya.

Alhamdulillah. Harga tidak mahal berbanding dengan kesihatan anda. Penggunaan setiap tin adalah dalam lingkungan sebulan ke dua bulan. BERBALOI kan? Nak cuba? Pm Has ok.

Sekian. Terima kasih. :)

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
SMS/Whatsapp : 013-2236819
WeChat : hasni_zara
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris


Monday, 11 November 2013

Mealshakes untuk kecantikan dan kehamilan

Assalam. Hai semua. Siapa yang ambil MEALSHAKES? Dapat rasa atau tidak manfaatnya? Alhamdulillah. Bagi saya sejak amal Mealshakes, kulit badan terutama kulit di bahagian tapak kaki semakin halus. Sebelum ini kasar sangat, tumit macam nak merekah je. Mealshakes asalnya saya bagi anak-anak minum sebab nak bagi SISTEM IMUN BADAN mereka KUAT serta mengelakkan penyakit biasa bagi kanak-kanak seperti demam, batuk selsema. Selain itu bagi MENINGKATKAN SELERA MAKAN dan MENGATASI SEMBELIT.

MealShakes Shaklee merupakan sumber protein tenusu (lembu)dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Meal shake mengandungi gula pada paras dibenarkan dan selamat kerana di ekstrak dari jagung, bukan pemanis tiruan seperti dalam kebanyakan makanan tambahan kanak-kanak.

Bagaimana MEALSHAKES berfungsi untuk KECANTIKAN?

1. Kerana Meal Shakes mengandungi nutrisi lengkap
2. Kaya dengan protin
3. Agen anti-oksida.
4. Mengembalikan seri wajah.
5. Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan & sisa buangan dari perut dan usus.
6. Sudah pasti KELAZATAN RASANYA.

Untuk kecantikan- Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

Untuk Detox-Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

ANtioksida-Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

Bagaimana MEALSHAKES berfungsi untuk KEHAMILAN dan PERKEMBANGAN KANAK_KANAK?

MEalshakes mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan penting untuk tubuh.Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar dan kehamilan. 

Makanan segera yg rendah lemak dan rendah-glycemic. Lengkap dengan protin, multivitamin dan serat.Kaya dengan sumber kalsium dan protin yg sesuai dengan keperluan tumbesaran kanak-kanak. Perisa Vanilla semulajadi.

Nah. Begitu banyak sumber nutrisi di dalam setin MEALSHAKES. Harga pun berbaloi dengan penggunaan. SAtu keluarga boleh minum. Kanak-kanak setahun keatas, wanita hamil, orang dewasa, orang tua, lelaki dan perempuan. Nak MEALSHAKES? Boleh sms atau whatsapp ok

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
WeChat : Hasni_zara
Fb : Hasnirah Iris
Email : zarariana@gmail.com


Thursday, 7 November 2013

13 Manfaat Lecithin

Assalam dan selamat hari Khamis. Macamana hari anda hari ini? Saya buka sahaja laptop dapat berita menggembirakan. LECITHIN IS NOW AVAILABLE ONLINE AND ALL BRANCHES. Alhamdulillah. LEcithin merupakan antara HOT PRODUK Shaklee. Bila lihat keratan akhbar yang menagatakan 85 peratus rakyat Malaysia Obesiti agak mengejutkan. Tapi tak la terkejut sangat sebab Malaysia memang kaya dengan makanan dan rakyatnya yang sangat 'rajin' bersenam. ihihi..

Nak makan makanan sedap yang selalu dikaitkan dengan minyak, lemak, manis tak salah tapi kita juga perlu memikirkan bagaimana lemak yang masuk di dalam badan dapat disingkirkan secara sihat selain dari bersenam.

So, jom kita bicara tentang Lecithin. Lecithin sendiri merupakan lemak atau pengelmusi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Dalam bahasa ringkas ia menyebabkan lemak terapung di dalam darah. Dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi sangat penting untuk tubuh.


Kekalkan salur darah yang sihat demi mengelakkan masalah kesihatan yang lain. Mari kita lihat 13 manfaat Lecithin

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini

2. Kenapa orang yang nak kurus suka lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,


4.Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.…
Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin

5. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida

6. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . 

7. Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13.Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan untuk membuat BILE.. Bile ni fungsinya pula mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan

* Sebiji lecithin mengandungi 530mg lecithin.

Banyak fakta menarik yang dikongsikan. Jadi cepat grab peluang sebelum LECITHIN OUT OF STOCK lagi..

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris