Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Wednesday, 6 November 2013

Pilih Vitamin B COmplex Terbaik

Assalam. Alhamdulillah.. Masih bernafas di bumi Allah ini. Cuaca mendung sahaja hari ini. Redup dan sejuk. Lately ramai pula yang bertanya tentang Vitamin B Complex. Ada yang makan untuk kehamilan, kecantikan, untuk tenaga, untuk ringankan stress . Baru-baru saya membaca info tentang B Complex yang dikongsikan oleh seorang sahabat. Jadi saya kongsikan di sini.

Asid Folik atau folate begitu sinonim dengan ibu hamil. Ianya penting buat ibu kerana mengurangkan risiko kecacatan pada bayi yang di panggil Spina Bifida atau kecacatan salur darah (NTDs). NTDs adalah kecacatan sejak lahir yang serius pada otak atau saraf tunjang. Selaput otak mula terbentuk pada 3-4 minggu kehamilan dimana kecacatan otak bayi boleh berlaku sebelum anda mengetahui anda mengandung.. Asid folik juga menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak serta membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Sudah tentu jika ibu membuat buku merah di klinik akan dibekalkan denagn asid folik. Tapi sila pastikan Asid folic yang dibekalkan adalah semulajadi dan bukan sintetik. Sebab vitamin sintetik memberi kesan jangka panjang yang tidak baik kerana penghasilannya daripada manipulasi kimia. Jadi berhati-hati ok.

Apa istimewanya B Complex Shaklee?

Asid Folic semulajadi pertama dunia. Kadar kebolehserapan yang tinggi, mengandungi 8 komponen penting termasuk 100% biotin dan asid folik. 8 komponen tersebut adalah B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folic dan Biotin. Antara fungsi-fungsi vitamin B ini adalah untuk kesihatan jantung, kesihatan kulit, kesihatan nerveous system, bagus untuk penumpuan/fokus, membantu mengawal selia hormon, untuk kesihatan rambut, dan juga kesihatan sistem imun badan.

B1(Thiamin), Thiamin memastikan otak kita sentiasa berjaga untuk menukar karbo kepada tenaga. Bagi ibu hamil, Thiamin memastikan perkembangan fetus dengan baik. Penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin. Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.

B2(Riboflavin) berfungsi menukar protin, lemak dan gula kepada bentuk yang boleh digunakan badan. Untuk penghidap migrain, B2 adalah komponen utama untuk rawatan. Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman. Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6. Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2.

B3(Niacin) bagus untuk mereka yang ketagih alkohol. Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat. Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman. Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia dan ia juga sebagai menambah ingatan. Sumber info B3

B5 (Pantothetic Acid) Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress" , pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan. Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan penting yang terlibat dalam kebanyakkan fungsi metabolisma. Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety). Sumber info B5

B6 (Pyridoxine) adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga. Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi. Sumber info B6

B12 (Cobalamin) Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin enolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat. Sumber info B12

Biotin - Biotin membantu dalam pertumbuhan sel; dalam pengeluaran asid lemak; dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin ; dan dalam penggunaan vitamin B-complex yang lain. Kuantiti yang mencukupi adalah diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat. Biotin juga memelihara agar kilang peluh, tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan otot. Ia juga boleh melindungi toksik dari telur putih yang mentah. Sumber info Biotin

Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".
Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.
Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C. Sumber info Asid folik


Alhamdulillah, begitu banyak fungsi vitamin B Complex untuk tubuh badan kita, tetapi bagaimana memilih vitamin b yang baik?

* Mengandungi semua 8 vitamin
* Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
* Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
* Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release).

Jadi VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE memenuhi keperluan vitamin B yang baik. Sebotol ada 120 biji. Sehari perlu ambil sebiji je, so sebotol tahan 4 bulan!!!!!!!!! Wow..Harga berbaloi sangat...So kalau you all nak, boleh contact saya ok.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Inbox Fb : Hasnirah Iris
Email : zarariana@gmail.com


No comments:

Post a Comment