Setelah hampir setahun lebih join biz ni, Alhamdulillah, amalan rohani kian terisi. Tahajjud, Dhuha, mengaji, selawat, berzikir, sedekah, bercakap dengan diri sendiri benda yang baik (RCA), pengurusan masa semua bertambah baik. Ingat Allah dan Allah akan ingat kita. Jangan hanya ingat Dia bila kita susah.
Rentetan daripada amalan rohani yang istiqamah membuatkan hati ini membuak-buak untuk berhijrah kepada berhijab dengan cara yang dituntut agama. Dari dulu lagi saya memang berniat begitu cuma belum ada kekuatan nak laksanakan angkara terlalu bimbang apa yang orang fikirkan. Sedangkan sepatutnya saya lebih bimbang akan apa yang Allah pandang kepada saya.
Kini bila lihat anak-nak muda bertudung litup sangat sejuk rasa hati memandang.
Sempena Awal Muharram yang akan datang lagi beberapa hari impian saya untuk berhijab akan jadi kenyataan. AMin. Perubahan yang dinanti-nantikan. Doakan saya ye kawan-kawan.
Marilah sama-sama kita sentiasa berzikir, berselawat dan sentiasa mengingati Allah dan Rasul-Nya. Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillah, Allahuakbar. Allahummasolliala saiyidina Muhammad.
Sekian. Terima kasih.
Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
FB : Hasnirah Iris
No comments:
Post a Comment