Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Wednesday, 15 January 2014

Vitamin C Plus Sustained Release

Assalam sahabat-sahabat aye. ALhamdulillah ketemu lagi, malam ini agak dingin. Hujan renyai-renyai.hehehhe..Anak dara aye yang bongsu pakai baju kurung dari siang tadi sampai la sekarang(10.50 p.m) agaknya nak di bawa tidur sekali la tu. Janji selesa ye dak. Kain baju cotton, sejuk. Ini kerja dia, rajin sangat buat 'hasil seni' kat dinding. 


Si kakak tengah tengok siaran kartun sambil menyusu. Biasa la dia, bawa hal sendiri.hihi. okies cukup cerita anak, mari kita bercerita tentang VITAMIN C PLUS atau dulunya dikenali dengan vitamin C 500mg.

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan propreitari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitaminc sedikit demi sedikit dalam masa lima jam. Ianya mengandungi 553 Asid ascorbic dan tambahan Citrus Bioflavonoids Complex iaitu Lemon, Orange, Grapefruit dan Hesperidin(Fungsi hesperiden bersama citrus bioflavonoid membantu keadaan seperti hemorrhoids,varicose veins, and poor circulation (venous stasis). Membantu blood vessels dan reduce inflammation). Penambahan bioflavonoids iaitu pigmen yg larut air dgn antioksidan, antiallergenik dan sangat diperlukan untuk penyerapan vitamin c. Bacaan lanjut mengenai BIOFLAVONOIDS



Jika anda masih belum tahu, anda perlu tahu bahawa sebiji vitamin c mengandungi 7 setengah biji oren. Wow, banyak kan. Apa bezanya Shaklee dengan vitamin c yang lain? Pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut kedalam tubub kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee(di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selam 24 jam! Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoids(25% dari bioflavonoids diekstrak dari kulit buah) juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan MENINGKATKAN KEBERKESANAN vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat Utama

* Membentuk kalogen
- Merangsang pembentukan kalogen, Kalogen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

*Memperbaiki Simptom Pendarahan
- Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

* Peningkatan sistem imun
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan allergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

* Memerangi kanser
- Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

* Mencantikkan kulit
- Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

* Memperbaiki Insomnia
- Ia memperbaiki insomnia, stress, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

* Mengekalkan Kolestrol Sihat
- Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindar arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Kesan kekurangan Vitamin C

-Gusi yang sentiasa berdarah (kurang pembentukan kolagen)
-Tanda2 lebam pada badan(salur darah lemah)
-Luka lambat sembuh
-Sering letih, lemah
-Anemia
-Salur darah mengecil dan mudah runtuh
-Rambut gugur
-Sakit sendi
-Darah dalam mata
-Kulit kering dan gatal
-Depression
-Edema
-Kurang selera makan
-Masalah pencernaan
-Weight lost

Sumber makanan yang mengandungi vitamin c

-Buah-buahan dan sayur seperti:
-Buahan sitrus (oren, anggur, kiwi, strawberry, laici, blackcurrent)
-Sayur (brokoli,tomato,potato)
-Capsicum


Bagaimana memilih vitamin c?

-Pilih vitamin C dengan dos yang betul- cadangan dos 500mg sehari
-Berasaskan tumbuhan, dan time-release product (mcm sustained release)
-Mengandungi Bioflavinoids dan jumlahnya harus seimbang dengan vitamin C (500mg vitamin C: 120 mf bioflavonoids)
-Telah diuji secara klinikal dan berkesan terhadap tubuh manusia
-Melalui pembacaan label – huruf “I” bagi tiruan dan “d” bagi semulajadi.
-Melalui perkataan “ko-faktor” seperti “bioflavinoids” atau “biogradable"

Apakah dos pengambilan vitamin c yang diperlukan tubuh?

Dos berbeza mengikut umur dan keperluan. US RDA untuk dewasa ialah 60mg,tetapi disebabkan faktor pemakanan, persekitaran, jumlah yang lebih tinggi diperlukan iaitu 250-500mg. Vitamin sangat mudah musnah oleh haba, persekitaran, stress, penyediaan makanan. Bagi yang mengalami masalah kesihatan, disyorkan untuk mengambil 500mg sehari.

Kenapa pilih SHAKLEE?

-Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
-Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
-Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
-Membekalkan ‘Bioflavinoids’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg (elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
-Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah( Untuk kanak2)
-Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Setiap hidangan adalah hanya Rm0.50!! murah kan?? itu harga pasaran, kalau harga saya lagi la murahhhhh....sebotol ada 180 biji. Sehari makan sebiji, bayangkan la. Tahan 6 bulan kot.

Anda masih ragu-ragu? Sila teruskan keraguan anda sementara yang lain memilih untuk kekal sihat. Pelbagai pencemaran kita hidu setiap hari akan memusnahkan vitamin c yang terdapat di dalam badan, sebab itu kita di galakkan mengambilnya setiap hari. Dan kena ingat VITAMIN C SANGAT-SANGAT SENANG TERHAPUS.

Hubungi saya untuk stok vitamin C anda

Sekian terima kasih

Puan Has
Shaklee ID :883548
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email :zarariana@gmail.com
WeCHat : hasni_zara
FB : Hasnirah Iris


Monday, 13 January 2014

Nutrisi Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

Assalam sahabat sekalian, alhamdulillah dipertemukan kembali. Macamana hujung minggu anda? Saya berehat je di rumah, badan rasa letih, padahal duduk di rumah je pun. Hahahhaha..Ok, berapa ramai yang sedang menghitung hari nak bersalin? Mungkin ada yang sedang dalam fasa awal kehamilan? Atau ada yang merancang kehamilan? Meh nak share sikit tentang supplemen untuk kehamilan. Tapi jangan risau, jika anda di peringkat akhir kehamilan sebab supplemen ini boleh sambung makan even dah bersalin kecuali supplemen tertentu la ye..ok x pe, nanti cerita

Kenapa kita perlukan set ini?

Pertama sekali kita kena faham dan tahu, apa yang tubuh perlukan untuk menampung keperluan nutrisi ibu dan bayi selain daripada penting untuk tumbesaran. Ini antara nutrisi yang penting iaitu zat besi, asid folik, kalsium, protin dan minyak ikan.

ZAT BESI

Lebih daripada 200 billion sel darah merah di hasilkan setiap hari·
Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah. Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel. Kesan kekurangan zat besi:-

- Pucat, tercunggap-cunggap· Keletihan & kelesuan luar biasa
- Pergerakan yang perlahan
- Anemia ( Penyakit Kurang Darah)
- masalah sembelit
- tidak bermaya
- kuku pecah (retak)
- berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu

ASID FOLIK

Juga dikenali dengan vitamin B9. Ianya sangat diperlukan tubuh untuk membina sel-sel baru. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang rosak  di dalam sel. Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

KALSIUM

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.
PROTIN

diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

MINYAK IKAN

juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Lihatlah betapa pentingnya semua ini dalam memastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi lengkap di dalam pemakanan. Terkadang pemakanan yang di ambil tidak cukup lengkap maka memaksa ibu2 mengambil supplemen. Bukan setakat ibu hamil je yang perlu ambil supplemen tetapi ibu menyusu juga sangat digalakkan.

Wajib ke ambil supplemen? haaa...meh baca pengalaman puan Maria


Antara cerita beliau beza anak pertama dan kedua jika tidak ambil supplemen, badan mudah letih dan stress, jaundice naik mendadak.

Antara yang terkandung di dalam set hamil Shaklee adalah Vitalea, Vitamin C PLus, B Complex, Ostematrix,ESp, Omega Guard. Bila bersalin dan menyusukan tambah Alfalfa, Zink dan GLA. Set ini boleh diguna sehingga 2-4 bulan.
Bagi ibu2 yang punya semangat juang tinggi untuk memberi bayi anda yang terbaik sejak dari dalam kandungan lagi dan seterusnya menyusukan anak sehingga umur 2 tahun tanpa mereputkan tulang, mengeringkan kulit, rambut gugur, kuku kuning, gigi reput,badan sakit, mata cepat rosak, cepat jadi pelupa. Maka dengan pantas anda perlu memberi tubuh nutrisi yang selengkapnya. Jika pemakanan harian tidak mampu anda ambil, nah supplemen. Jangan berkira dengan kesihatan anda.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut serta konsultasi percuma.

Sekian terima kasih

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
WeChat : hasni_zara
Email: zarariana@gmail.com

Saturday, 11 January 2014

Mak dan supplemen kegemaran.

Assalam semua. Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah, promosi ALFALFA buy 6 FREE 1 masih berlangsung. Saja nak share cerita tentang mak saya yang amalkan supplemen. Umur mak 51 tahun ni, mak consume supplemen sejak saya mula daftar lagi(setahun lebih). Antara yang mak saya ambil, Vitamin C, Alfalfa, GLA dan yang terbaru Ostematrik. Kulit muka mak sebelum makan vitamin, jeragat,kusam dan bintil-bintil. Sekarang Alhamdulillah, bila kawan-kawan mak tengok muka mesti terkejut sebab muka mak dah TIADA jeragat, bintil-bintil menyusut dan pastinya cerah berseri ok..

Minggu lepas balik kampung, mak dan bapak pergi satu pasaraya, saya tak ikut.. Masa tu tengah ada ujian kesihatan tulang. Kepadatan tulang bapak sangat baik, manakala mak sudah ke tahap negatif.Jadi orang tersebut mengesyorkan susu kalsium dengan harga Rm18-RM19.Bila balik mak cerita la. Mujur mak makan OSTEMATRIK, kalau tak lagi teruk agaknya tulang mak..hahahha..susu dengan harga demikian seminggu je boleh habis, setiap kali buat dalam 4 sudu besar, minum pagi dan malam.

Tetapi dengan OSTEMATRIX Shaklee sebotol ada 120 biji, sehari makan 4 biji untuk memenuhi keperluan kalsium harian. Maknanya tahan 3 bulan dengan harga RM61. Sebiji lebih kurang RM0.50 atau RM2 sehari, itu dengan harga pasaran, kalau harga saya lagi la murah kannnnnn...ihiks..pung pang cerita, bapak pun nak juga Ostematrix tu. Mak nak tambah lagi GLA sebab stok yang ada dah habis.. :)

Ok, berbalik kisah mak yang ambil 4 jenis supplemen tadi. Mak saya sangat menyokong supplemen, tapi kena la sabar makannya kan. baru lah dapat hasil yang cantik.

Meh kita tengok apa fungsi semua supplemen ni. ALFALFA diketahui mampu menyahtoksik badan kita, melegakan sakit sendi dan belakang, menghilangkan kelesuan dan tekanan,mencuci usus sekaligus bila usus bersih penyakit susah nak dekat. 




Vitamin C pula diperlukan tubuh untuk menghasilkan colagen, antioksidan dan jangan tak tahu sebiji vitamin c ini mengandungi 7 setengah biji oren. Mampu ke setiap hari nak makan 7 biji setengan buah oren?




GLA yang best, kira sahabat baik wanita. Untuk penjagaan kulit bagi wanita normal(tidak hamil), sangat bagus ambil GLA COMPLEX ni. Antara fungsinya adalah mengekalkan kelembapan kulit , kemulusan, kulit bermasalah dan kekeringan.




Ostematrix antara supplemen kegemaran. Kalsium yang baik dan seimbang adalah kalsium yang dapat diserap sebanyak 99%. Antara fungsinya adalah menguatkan tulang dan meringankan stress. Yelah, bila tulang kuat, stress tiada hidup mesti ceria kan..bila ceria, terpancarlah segala keceriaan di wajah sekaligus mengawetmudakan kita..hahahaahhha




Oh..Satu lagi mak bagitau, bila makan Ostematrix ni, bila bangun pagi badan rasa ringan je..Senang bangun pagi la..hihi

Fungsi semua supplemen ada banyak lagi, cuma bagi sebahagian je untuk kecantikan kulit. Tapi kalau korang nak lagi cun, supplemen wajib untuk kome ambil adalah ESP!!!!!!!!!!!!!! PROTIN terbain dan NON GMO.

Ha..kalau siapa yang ada bajet lebih dan tak suka makan pil banyak2. Terus je consume VIVIX. Sehari sesudu kecil sebelum tido atau sebelum sarapan.ihiks

Pm saya untuk maklumat lanjut

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee ID :883548
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
FB: Hasnirah Iris

Thursday, 2 January 2014

Alfalfa dan antara 1001 kebaikannya

Assalam semua sahabat blogger. Selamat Tahun Baru diucapkan..Moga tahun baru beri sinar baru. Azam baru tahun ini banyak sekali yang ingin digapai. In Shaa Allah, moga Allah permudahkan segala urusan hamba. Topik terhangat awal tahun sudah tentu la tentang sekolah, tambah seronok lagi jika baru pertama kali menghantar anak ke sekolah kan. Tahun ini merupakan tahun pertama anak kakak saya bersekolah. Alhamdulillah, besar sudah.hihihi.Belajar rajin-rajin ye kakak. Amin.

Tak lupa juga pada promosi Januari 2014 ini iaitu jatuh kepada ALFALFA!!!!!Alhamdulillah. banyak sekali khasiat ALFALFA ini yang kita tak tahu. Tapi sebelum tu, mari kita lihat apa itu Alfalfa.



Alfalfa merupakan pusat pengumpulan zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalaui proses fotosintes semulajadi.

Alfalfa sangat kaya dengan pelbagai nutrisi serta zat galian dan telah digunakan oleh manusia sejak dari 2500 tahun. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, zat galian, 10 vitamin,8 enzim dan fitokimia.10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Manfaat Utama

1. Mencuci darah, hati dan usus
- Alfalfa bersifat alkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid.
- Membantu menyingkirkan toksik dari badan.
- Membersihkan hati, kolon dan darah.
- Mencantikkan kulit dan otot.

2. Melawan Alahan
- Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air.

3. Baik untuk perubahan patalogy di dalam usus dan perut.
- Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol.
- Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, stroke dan darah tinggi.
*Hanya ALFALFA sahaja mengandungi SAPONIN, seperti SPAN yang bertindak sebagai SERAT yang menyerap kolestrol.

5. Melawan Tumor
- Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu ianya dapat memperbaiki sel-sel kanser dan tumor.

6. Melegakan keletihan

7. Mencegah/Membantu merawat Atritis
- Melegakan sakit atritis dan kesakitan.

Antara kebaikan ALFALFA yang lain.

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19.. Membuang angin dalam badan

Banyak sangat kan kebaikan ALFALFA ni. Didapati di dalam 2 size iaitu S(330 biji) dan L(700).Tu dia..bukan main banyak isinya, padan la dengan manfaat yang ada didalam alfalfa kan.? Harga normal RM52.75 dan RM97.50. Alhamdulillah bulan Januari 2014 ada promosi. Harga walaweh..sangat menjunammmmm..

*Pastikan anda minum 2-3 liter air sehari ok.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Sms/Whatsapp 013-2236819
WeChat : Hasni_zara
Email : zarariana@gmail.com
Shaklee Independent Distributor(883548)


Wednesday, 18 December 2013

Period lebih teratur dengan GLA COMPLEX dan ALfalfa

Assalam. Alhamdulillah. Bersyukur dan rasa sangat gembira bila mana kita dapat bantu mereka yang mengalami masalah dalaman. Ceritanya begini, saya selalu sharing tentang supplemen untuk kehamilan. Nak dijadikan cerita, ada seorang kawan sekolah menengah saya pm bertanya kan tentang ALFALFA dan GLA COMPLEX. Mungkin dia dah baca info tentang 2 jenis supplemen ni.

Masalah dia adalah PERIOD TIDAK TERATUR dan dia MERANCANG UNTUK HAMIL LAGI setelah kelahiran puteri sulung 10 TAHUN yang lalu. Lama dia tunggu. Mungkin disebabkan masalah period, jadi agak sukar untuk hamil semula.Walaupun saya tidak cadangkan supplemen tetapi dia sendiri bertanya. GLA untuk apa, Alfalfa untuk apa. Maknanya dia dah research serba sedikit dan tahu apa yang dia nak. Cuma kurang kepastian..hihi..saya terangkan lagi sekali. GLA Complex makan setiap hari sehingga period kembali normal. Alfalfa pula makan setiap hari untuk DETOX,cuci usus, bagi badan wangi, bagi rasa kenyang dan Alfalfa tumbuhan 1001 fungsi, bukan untuk ibu yang menyusukan anak je..! Sebab Alfalfa ni adalah penggalak susu untuk ibu menyusu. Antara fungsi alfalfa yang wajib anda tahu dan ingat:

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19.. Membuang angin dalam badan


Ha..banyak kan kepentingannya, jadi lelaki dan perempuan leh makan. Cuma ibu hamil tak boleh makan ye..Gla COmplex pun sama, ibu hamil tidak boleh makan. Ingat tuuu.. :)

Ok berbalik pada teman saya tu, selepas dia consume dalam 2 minggu(27 November 2013-8 Dec 2013) macam tu, dia ada maklum pada saya yang perut dan pinggang dia terasa berdenyut. Saya kata Alhamdulillah, supplemen sedang bekerja.Ada apa-apa lagi perubahan cakap la dengan saya, kebetulan saya baru balik dari kampung abang di Pahang(8-12 December 2013). Malamnya buka facebook dan teman saya pm dan beritahu DIA DAH PERIOD!!! Allahuakbar...saya hanya mampu mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dapat bantu dia. Serius saya bergenang air mata. Alhamdulillah.



Gla Complex membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Beginilah cara GLA Complex bertindak untuk membantu kesuburan dan seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.Harapan saya selepas teman saya period ini dia akan hamil. Amin.Untuk kesuburan cara makan GLA ni lain tau..ihiks..pm untuk info lanjut

Sekian, TErima kasih

Puan Has
Sms/Whatsapp : 013-2236819
WeChat : hasni_zara
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Pages : Iris Vitamin Shoppe


Monday, 16 December 2013

Cerita balik kampung VS GLA COMPLEX

Assalam semua. Lama rasa tak update sini. Minggu lepas balik umah mak mertua di Keratong 2 Pahang. Ahad sampai Khamis. Gerak dari Tanjung Malim dalam jam 7 lebih, singgah Hentian Rehat Seremban dan makan dalam kereta je sebab kami bawak bekal (Ketiau goreng + Air masak) hehehhe...Alhamdulillah, sampai dengan selamat tepat jam 12.00 pm. Sedang elok la kan, sampai tengahari mak dah siap masak tapi mak pergi kenduri jiran dengan abah.

Hilang rasa rindu dihati setelah hampir 4 bulan tak balik(Abg memang biasa balik 2 bulan sekali) sepatutnya raya haji baru ni kami balik tapi disebabkan anak baru sangat kena Chicken Pox, jadi kami ambil keputusan supaya tak balik sebab anak2 kami ni kalau tak sihat, ya ampun, enggak bisa diam elok di dalam kereta. Huhuhu..Abg sangat faham keadaan ni.

Lepas siap makan, berborak sekejap. Petang cuaca pun mendung, dok tolong mak angkat jemuran.Jemuran asam keping mak. Hahahahha..pernah tengok ke buah asam keping kome? Selama ni saya tahu beli je.



Ha. inilah buahnya. Lepas tu hiris-hiris dan jemur, bila dah kering kehitaman angkat dan simpan. Guna bila nak masak. Mak mertua tak pernah beli asam keping. Saya nak balik sini pun dibekalkan lagi dengan asam keping kering. Ada la dalam sekilo kot. Banyak kan..Bertahun nak habiskan. Tapi takpe majlis kahwin sepupu 28 December 2013 saya bawa balik untuk memasak juadah kenduri.

Rabunya mak dan abah ajak pergi rumah adik mak di Kuantan, nak melawat sebab mereka antara yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini. Dalam rumah air naik sampai paras betis dan di luar rumah air paras pinggang. Syukur tak banyak kerosakan. Anak-anak pak sedara bersalaman, saya terkejut lihat kulit wajah anak-anak perempuan beliau. Muka mereka berjerawat teruk di bahagian pipi. Saya hanya diamkan sebab kalau bertanya takut mereka terasa hati. Dari bual bicara mereka dengan mak, mereka dah lama alaminya. Pelbagai cara dah dicuba.

Balik dari Kuantan singgah di kedai COWBOY.hihi..Saya terpinga-pinga, kedai cowboy? Terbayang suasana pekan cowboy. Lupa nak ambil gambar. Rupanya kedainya seperti kedai atau pasaraya borong lain. Nama kedai COWBOY. Barang dijua dengan harga murah, Abah nak cari kipas dinding. Kalau harga luar mungkin RM150. Tapi kedai ni abah dapat harga RM129. Murah la kan?

Sampai rumah dalam jam 6 petang macam tu..Bersiap-siap solat Maghrib. Selesai solat semua dok layan Playboy Itu Suami Aku. Mak mertua pun layan..hahhaha..Lepas Isyak berborak pasal anak sedara mak yang alami masalah kulit jerawat. Mak kata kalau dia pakai krim, tak nampak sangat la jerawat. Tapi pada saya teruk juga kulitnya. Saya pun cerita la serba sedikit pasal supplemen untuk hilangkan jerawat, yang saya suggest adalah GLA COMPLEX. Kenapa?

Kita sentiasa tahu bahawa Vitamin E sangat elok untuk kulit kan? Jadi di dalam GLA COMPLEX ada mengandungi vitamin E. Fungsi vitamin E ni menjadikan kulit cantik dan berseri. . Ada yang makan Vitamin E, jerawat makin banyak keluar. Sebenarnya ini satu tindak balas yang positif iaitu vitamin mengeluarkan segala kotoron dan menghasilkan sel kulit baru. Tapi healing crisis untuk GLA COmplex tak kuat seperti kita makan vitamin E. Jadi jangan risau ye. 



Alhamdulillah bagi mereka yang percaya dengan supplemen. Akak ni ambil ESP dan GLA COMPLEX. Jerawat dah segan nak naik di muka..hahhaha..Badan bertenaga dan yang pasti GLOWING nokkkk...kiki

Anda alami masalah kulit berjerawat? Berjeragat? Kulit berminyak? Ada banyak pilihan berdasarkan bajet anda. Untuk dalaman boleh ambil ESP, GLA/VITAMIN E, Vitamin B Complex, Vitamin C, Collagen Powder atau Vivix(Highly recommended). Dan untuk luaran boleh ambil sama ada Set Nutriwhite atau Enfuselle


Pilihan anda?

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
WeChat : hasni_zara
Fb : Hasnirah Iris



Monday, 2 December 2013

Kebaikan OMEGA GUARD

Assalam. Alhamdulillah, vitamin feveret sudah kembali.OMEGA GUARD BUY 6 FREE 1. Umum mengetahui yang omega guard mengandungi Omega 3 serta EPA dan DHA yang sangat penting didalam perkembangan otak. 


Omega Guard Shaklee merupakan yang minyak ikan terbaik dunia kerana mengandungi 1 rangkaian penuh 7 asid lemak (EPA, DHA, ALA dan lain2) berbanding jenama lain. Ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat semulajadi memberi manfaat asid lemak, pada masa yang sama mengeluarkan sebatian merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan.

Kebaikan EPA, ianya membantu mencegah

* Kanser
* PEmbekuan darah
* Pembekuan lemak dalam darah
* Kadar kolestrol berlebihan
* Penyakit jantung
* Tekanan Perasaan
* TEkanan Darah Tinggi

Kebaikan DHA 

* Mencegah radang sendi
* MEncegah Asma
* Meningkatkan daya seks
* Mengelakkan kanser payudara, usus, pankreas dan prostat.
* Mencegah penyakit kulit.
* Mengelakkan migrain, rasa kebas di anggota badan serta kesejukan pada kaki dan tangan.

Siapa yang perlukan OMEGA GUARD?

Kanak-kanak - Sumber DHA dan EPA baik untuk memori dan perkembangan otak kanak-kanak.
Ibu Hamil(Trimester 2 & 3) - Diambil pada trimester 2 & 3. Serta dinasihatkan berhenti makan Omega Guard 4 minggu sebelum melahirkan sebab sifat OMega 3 berfungsi mencairkan darah bagi mengelakkan masalah darah lambat berhenti ketika bersalin atau pembedahan. Membantu perkembangan otak dan mata janin. 
Ibu Menyusu - DHA yang terkandung di dalam Omega akan menyingkirkan lemak berlebihan sekaligus membuat ibu kekal langsing. Bayi juga mendapat manfaat dari ibu kerana omega dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak dalam otak. Kanak-kanak yang diberi susu ibu biasanya tidak mempunyai masalah fungsi otak seperti hyperaktif, autisme & masalah penumpuan(ADHD).
LElaki/Wanita - Menyingkir kolestrol berlebihan, meningkatkan daya seks.
Warga Emas yang mengalami masalah radang sendi, darah tinggi atau jantung.
Individu yang ingin kekal sihat dan langsing.

KENAPA OMEGA GUARD SHAKLEE?
 Lihat carta di atas. Omega Guard Shaklee mengandungi lebih EPA dan DHA. Jadi, apa pilihan anda?

Syukur ditemukan dengan Shaklee. TERBAIK, SEMULAJADI, BERKESAN DAN SELAMAT.

Anda yang ingin dapatkan dengan harga promosi boleh pm/sms/whatsapp saya ok.

Sekian. Terima kasih.

Puan HAs
Shaklee Independent Distributor (883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
WeChat : Hasni_zara
Email : zarariana@gmail.com