Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Thursday, 3 January 2013

Ostematrix

Salam..walaupun badan penat melalui hari yang amat tertekan tapi gagah juga nak kongsikan info. Selepas kita ketahui fakta kalsium, disini saya ingin memperkenalkan OSTEMATRIX. Info ringkas mengenai OSTEMATRIX

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya 99%. Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, dan vitamin D, Zink, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersam-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian membuktikan upplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Inilah dia OSTEMATRIX SHAKLEE. Ianya membekalkan :-
  • 1,000 mg (100% DV) unsur calcium daripada bahan semulajadi dan mudah diserap.
  • 400 mg (100% DV) magnesiuuntuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.
  • 400 IU (100% DV) of vitamin D untuk menggalakkan penyerapan calcium.
Manfaat Utama Ostematrix

1. Menguatkan tulang
- Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia(rickets dewasa, kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaikikebas-kebas,kekejangan, sakit sendi dan artritis.
3.Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah,memelihara de nyutan jantung,impuls saraf,penenang saraf,menggalakkan tidur selesa,memperbaiki jantung berdebar,gementar,mimpi buruk dan stress.Juga memperbaiki depresi,mood swing, sakit kepala dan pitam.
4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dngan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh.Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien an merangsang detoksifikasi.
6. Memperbaiki hiperiktiviti perut dan sakit gastrik.
7. Vitamin D - Dinamakankan sebagai vitamin D pada tahun 1916 bila didapatai ia mampu merawat penyakit rickets.Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang,menguatkan kerangka,memperbaiki penyakit periodontal.Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas,individu melebihi 55 tahun,wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
8. Magnesium - Ini adalah ion positif no 2 penting di dalam tubuh kita.Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.Membantu sistem saraf,mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung,memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus,menghalang endapan kalsium,melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
9. Zinc boron,manganes,kuprum - Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot,menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Siapa yang perlukan kalsium ni?

1. Ibu hamil
2. Ibu menyusu
3. Lelaki
4. Wanita
5. Individu yang ingin mengekalkan kesihatan.

Antara sumber makanan yang mengandungi kalsium.

1. Susu/ Produk tenusu (yogurt, keju)
2. Bijirin
3. Ikan Sardin
4. Ikan bilis
5. Ikan Salmon
6. Lobak
7. Brokoli
8. Kacang Almond

Bagaimana memilih kalsium premium?

*Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium
*Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
*Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang tidak minum susu, mengandung atau sedang breastfeed, atau selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum mahupun mereka yang sedang menjalani fisioterapi....cubalah Osteomatrix Shaklee .Insyallah..

Saya sendiri mengambil Ostematrix setelah membaca dan mengetahui khasiat dan nutrisi yang terkandung didalamnya. Alhamdulillah, bangun pagi badan tiada sakit-sakit.Sekiranya penat macamana sekalipun, dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur, hari anda tetap ceria.

Sekian.

Salam Mesra,

Pn Has,
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp :013-2236819 
[zarariana@gmail.com]


Wednesday, 2 January 2013

Kalsium - Fakta yang perlu diketahui

Salam sayang pengikut ku. :) ..pagi yang hening ini, daku ingin cerita tentang KALSIUM. Apa itu KALSIUM ? Kita sedia maklum yang kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Sebenarnya keperluan Kalsium adalah lebih daripada itu. Jom ikuti fakta ini...

  • Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat.
  • Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.
  • Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.
  • Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.
  • Untuk orang yang mempunyai intolerans atau alah kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya biasanya mengandungi kalsium yang dicampur dalamnya.
  • Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang.
  • Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.
  • Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
  • Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
  • Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonate.
**************************

Salam mesra.

Pn Has
Shaklee ID : 883548
013-236819 [ zarariana@gmail.com]

Tuesday, 1 January 2013

Manfaat GLA Complex

Salam..haiii la...2-3 hari ni asyik nak update blog je..hahahah..Semalam saya kongsi info GLA. Hari ini nak kongsikan pula manfaat lain juga ulang dari mana datang nya sumber GLA Complex ini.Jom baca.........

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Manfaat utama:-

*Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

*Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

Antara manfaat lain :
- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- Membantu meningkatkan kesuburan
- Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
- Membantu dalam menangani menopus
- Menguatkan kuku dan rambut
- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
- Membantu menangai ekzema
- Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
- Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
- Menguatkan imuniti tubuh
- Memperlahankan proses penuaan
- Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
- Mengawal kencing manis dan darah tinggi
- Mengawal kolesterol
- Untuk fungsi saraf
- Membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.


EPO vs Shaklee GLA Complex
EPO atau English Primrose Oil dihasikan dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.

English Primrose Flower
Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.

Borage Flower
Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil?
Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.
Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

Jadi, pada mereka yang mengalami PMS yang teruk, yang nak kulit jadi cantik, apa kata anda cuba GLA ini.

Saya ambil GLA ni untuk atasai masalah ambut gugur selepas bersalin dan BONUS saya dapat, kulit muka dan badan menjadi semakin cantik. Saya akan kongsikan di entry lain nanti.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut, juga dapatkan konsultansi percuma dan jemputan ke Exclusive Group kami

Sekian,

Salam Sayang

Pn Has
Shaklee ID :883548
Sms : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris

OMEGA GUARD SHAKLEE

Salam semua..masih dalam mood tahun baru 2013..hihi.. apapun, yang sudah berlalu, biarlah menjadi sejarah. Tahun 2013 ini, berusahalah kita untuk memperbaiki kelemahan diri, ikhlas membantu mereka yang memerlukan, memperbanyakkan zikir, rajin sedekah.. Untuk itu saya nak kongsikan info mengenai keistimewaan Omega Guard Shaklee. Jom baca



  • Melindungi Jantung Anda - Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
  •  Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung - Satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Minyak Ikan Terbaik Di Dunia - Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.
  • Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal - Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molukel yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan jenis ikan.
Dari mana Omega Guard di hasilkan?

Omega diekstrak dari ikan laut air dalam( sardin, mackerel,herring,anchovies) di perairan Jepun. Ia BUKAN DARI HATI MINYAK IKAN. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.. 

Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Perbezaan 

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ULTRATULEN BERGRED FARMASEUTIKAL teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ianya dihasilkan melalui suatu proses penyulingan PROPRIETARI TIGA MOLEKUL untuk mengekstrak asid lemak oemga 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri,arsenik,kadmium,dioksin dan PCB(Polychlorinated Biphenyl-merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik)

Fakta Nutrisi ( setiap kapsul)
~ Asid Lemak Omega-3 - 330mg
~ EPA - 180mg
~ DHA - 120mg

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
________________________________
Salam sayang

Pn Hasnirah
Shaklee Independent Distributor ( 883548)
Sms/Whatsapp :013-2236819
Email :zarariana@gmail.com

Monday, 31 December 2012

GLA COMPLEX

Salam..hari ini saya nak memperkenalkan GLA COMPLEX serta fungsinya. Ramai yang tidak tahu kebaikkan GLA atau nama penuhnya GAMMA -LINOLENIC ACID berfungsi untuk menstabilkan hormon.GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO.Jom baca entry yang saya ambil dari blog Master Cery :-
_________________________________
Asid lemak untuk wanita

Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?Jawapan:Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).



Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.



Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.



Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.



GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kelebihan GLA Complex
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel
Siapa perlukan GLA Complex :
~ Diabetes
~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit
_________________________________________________________

Salam sayang

Pn Hasnirah (013-2236819)
Shaklee ID : 883548
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 15 October 2012

Penangan Alfalfa- Susu badan mencurah-curah

Salam dan selamat pagi semua, pagi ni nak kongsi satu rahsia..haish..dah macam iklan OREO pulak. Teruja tak baca tajuk? Saja kasi gempak..ihihi..

Kisahnya macam begini,sebelum tidur malam tadi, saya telan Alfalfa, Horlicks + ESP suam. Seperti biasalah rutin harian sebelum tidur. ALFALFA dan Then tengah malam bila baby nak menyusu, bagi sebelah dan yang sebelah lagi keluar mencurah-curah macam air paip. Adus, rugi ni, baby sedap menyusu. Sambil tangan tutup dan tekan Cik B. Lepas tu tarik Cik N, saya bagi pula cik B yang tengah mencurah-curah. Sebelah lagi tetap keluar juga tapi tak banyak sebab baby dah menyusu. Dalam hati dok tersenyum sebab bersyukur sangat rezeki baby meriah.
ESP bagus untuk yang selalu letih, yang nak diet, yang nak kulit cerah dan macam-macam lagi. Alfalfa ini bukan berfungsi sebagai MILK BOOSTER semata-mata.Ianya membantu menghasil atau memproses susu badan dengan cepat, asalkan anda ikut konsep Supply and Demand tu ok. Bila payudara sentiasa kosong, proses penghasilan susu lebih cepat.Ye lah kan,ESP memberi tenaga, jadi bila badan sihat, bertenaga, menjadikan salah satu faktor kita happy, bila happy, susu pun dengan senang hati keluar. 

Sumber Alfalfa

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago Sativa memilii gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil  masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompress menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan d bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Jom baca kelebihan Alfalfa yang lain.


1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19.. Membuang angin dalam badan


So ingat ye kawan-kawan. Alfalfa bukan hanya untuk wanita tetapi lelaki juga boleh mengamalkannya.

Ha..best kan Alfalfa ni..banyak lagi nak cerite tentangnya..next post ye.. So boleh contact saya untuk sebarang pertanyaan atau order.


Sekian.

Salam Sayang


Pn. Has 
Shaklee ID :883548
Sms/Whatsapp/Viber :013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris

Thursday, 11 October 2012

ESP & PENYUSUAN

Salam.udah lame bebeno teman idak meng'update blog ni, bukan ape, dengan line tenet yang slow ya amat plus idea nak mengarang ayat tu tak brape nak ade..muhahahhaha...ok, arini saya nak story mory tentang ESP yang berkaitan dengan alam penyusuan diri saya.

Malam minggu yang lalu balik kampung sebab ada kenduri kesyukuran, sebelum tidur, saya telan B- Complex dan Alfalfa. Tengah malam niat nak bangun untuk buat POWER PUMPING. Sudahnya ke laut..huhuhuhu..so antara tengah malam tu, baby menyusu la jugak kan. Bangun tidur untuk solat Subuh dan sibuk menolong di dapur. Antara subuh hingga jam 10 pagi, anak tak menyusu sebab anak tido lagi. Tengah sibuk2 tu. tetiba rasa sakit bebeno cik B.

Cepat ambil pam, masuk bilik dan start mengepam. Mak aih, laju susu keluar. tersenyum sambil mengepam..hahahhha..hubby masuk bilik, bila tengok botol hampir penuh, dia pun cakap " banyak nye yang".. lagi la berbunga2 hati nak mengepam. Tu sebelah je pam, sebelah lagi belum, elok habis pam, baby bangun dan terus sumbat yang sebelah lagi.

Nak dijadikan cerita, si kakak yang dah siap mandi menangis nak susu, kebetulan susu fm kakak dah habis,saya pun bagi la susu yang dah di pam. Mula2 saja nak menyakat sebab sebelum ni pernah bagi tapi di tak nak (sebelum minum ESP), tapi yang ni terus dia hisap penuh asyik, mungkin rasa macam soya kot (ESP kan soya)..hihihi..

Alhamdulillah, kakak minum sampai tidur.Saya pun cakap dengan suami, "kan bagus kalau kakak nak susu badan ni, jimat kos"..suami balas, " kalau kakak nak, apa salahnya bagi. Saya senyum je la..Sepanjang pagi Ahad hingga malam, kakak minum susu ibu..Esok nya terpaksa bagi fm sebab pam susu tinggal di kampung. Sekarang tengah study tentang Teknik Marmet.


Ini la baby saya, bambam tak? hihihi..Gambar susu tu, susu yang saya pam sebelah Cik B dalam tempoh tak sampai 10 minit. Antara produk Shaklee yang saya ambil adalah Vitalea, Vitamin C, B -Complex, Alfalfa dan ESP tentunya. ESP bukan secara khusus tambah susu tau, yang penting kena rajin mengepam (ikut jadual), minum air masak banyak, makan makanan berkhasiat dan yang paling penting adalah POWER PUMPING. Selamat mencuba semua.

Salam sayang

Pn.Hasnirah
Shaklee ID :883548
Sms/Whatsapp/Viber: 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris