Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Sunday 27 October 2013

Berhijab - Pilihan ku

Assalam kawan-kawan yang saya kasihi. Hati meronta ingin berkongsi cerita..Cewah..Hahahaha..saya sebenarnya dah lama punyai niat untuk berhijab. Cuma masa dan keadaan tidak menyebelahi. Hehehe...sejak duduk di rumah, saya rajin berFB dan lihat ramai rakan-rakan FB berhijab. Cantik sangat. Memang selama ini saya bertudung tapi macam bukan yang disyariatkan agama.Pakai seperti hanya menutup kepala gayanya. Itu saya la..orang lain tak tahu.. :)



Setakat ini penampilan saya seperti 2 orang di tengah. Dan saya ingin memakai seperti gadis yang pertama dari kiri. Sesetengah orang mengatakan bila berpakaian seperti berjubah dan berlitup kelihatan seperti orang tua. Apapun pandangan manusia, adalah lebih penting kita ambil kira pandangan Allah pada kita dan juga menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Selalunya saya ini terikut dengan fesyen semasa..hahahha..contoh, tudung chiffon, tudung express lycra, tudung bawal. Semua yang express la dan yang penting murah..kiki..sampai satu masa, saya sendiri berniaga tudung..tapi sekejap je.. 

Dan baru sekejap tadi saya lihat tudung labuh dengan harga yang cukup murah pada saya. Sejuk je mata memandang orang bertudung labuh dan serta merta saya juga membayangkan diri saya begitu. Manis..wekkkk..hahahha..


Inilah antara penampilan yang ingin saya laksanakan. Pada saya cukup mudah, selesa dan rasa selamat. Suami saya juga merestui niat saya. Suami mana yang tak suka bila isteri nak berubah ke arah kebaikan dan lebih baik. Mungkin akan ada cabaran sebab kalangan keluarga saya amat sedikit yang bertudung labuh. Harap perubahan saya nanti akan membuka mata lebih ramai saudara mara saya untuk bersama-sama menunaikan syariat Allah. Mana yang baik kita ikut.

Jangan pula ada yang menuduh saya ini suka menunjuk baik. Sebab update status begitu begini. Niat saya hanya untuk mengajak seramai mungkin kaum wanita berhijab dengan baik. :)

In shaa Allah, lepas ini saya akan berniqab, bersarung tangan dan bersarung kaki..hihihi...senyummmmmm..

Jadi pada kaum wanita di luar sana, ayuh sama-sama kita tanamkan niat agar satu hari nanti kita diberi kekuatan untuk berniqab atau berburqa.

Sesungguhnya yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Allahuakbar.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Inbox FB: Hasnirah Iris
Email : zarariana@gmail.com




No comments:

Post a Comment