Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Monday 21 October 2013

Aura Positif Master & Diri ku

Assalam semua. Sabtu yang lepas (19 Oct 2013) saya, suami dan anak-anak pergi Magic Session di Hotel Impiana Ipoh bersama 12 Master. Sebelum nak sampai hati berdebar-debar. Bila masuk kawasan hotel dan dewan lagi la berkali-kali berdebar. Alhamdulillah..ramai juga yang beri nama hadir. Meriah. Awal-awal dah nampak ramai master yang saya kenal melalui Facebook. 'Mak' saya tidak dapat hadir iaitu Master Zura Betty. Sedih..Nampak Yani dan pergi pada dia dan minta izin nak bergambar.



Inilah Master Yani aka Master 8 bulan.

Ingat nak ambil gambar dengan Mashitah Mamat tapi kalut dengan anak-anak. Muhahaha. Kurus je orangnya. Saya debok kan berbanding Yani dengan Mashitah. Apa pun yang penting sihat. Waktu program ini berlangsung, saya sakit perut, tak tahu kenapa tapi tahan juga sebab nak take note apa yang masters sampaikan. Dari jam 9.00 sampai 12 lebih tak keluar nak ke toilet pun..Hahaha..punyalah nak tuntut ilmu.

Sangat-sangat best, jelas semua yang di sampaikan. Dimulai dengan doa. Bermula dengan Master Iffah Anuar yang rock. Beliau berpesan, hadirin yang hadir pada hari ini seperti gelas kosong atau span yang akan mengisi gelas kosong/span itu dengan segala ilmu yang didapati di Magic Session. In Shaa Allah.Diikuti Master Suzie, Master Ani, Master Lyana, Master Herny, Master Azlin, Master Sue. Dan seterusnya rehat, solat. Sesi bergambar dengan semua yang hadir.

Saya dan suami (ada tanda anak panah kuning)


 
PM Cery

Lepas rehat dan solat nampak masters berkumpul di pintu masuk. Salam dengan PM Cery dan minta izin ambil gambar. Memang saya besar rupanya.hahahha.. Master yng lain busy dengan hp. Yang kiri tu Master Sue yang sempoi. Kanan Master Lyana.

Sambil menunggu waktu nak masuk dewan, sempat la snap picture 2 3 keping 


Ha, nampak tak kereta merah di belakang saya? Itulah kereta PM Cery BMW X6 ok. Saya balik terus tukar gambar kereta model ini pula di Vision Board. Hahahha..



Jam 2.00 bersambung pula dengan Master Izzati, Master Yani, Master Farihah dan last Presidential Master Cery.Dan seterusnya acara potong kek. 

Muka saya tak nampak sebab saya yang ambil gambar. Suami pula di bawah, dukung anak tidur. Sempat juga sambar yang warna merah tu.


Inilah barisan kita..Eh..Inilah barisan Masters yang hadir memberi ilmu, tips dan panduan untuk membangkitkan semangat, memberi motivasi sangat berguna. Dari kiri :-

Master Ani - Tanpa keberanian impian takkan jadi kenyataan.
Master Lyana - Kejayaan datang bersama 1001 pengorbanan.
Master Suzie - Masa itu emas.
Master Sue - The power of faith.
Master Azlin - My Shaklee Magic Land of "and" Story.
Master Yani - Rahsia Kuasa Minda.
Master Farihah - Kestabilan Shaklee, Kehebatan Peribadi, keunggulan Tersendiri.
Master Izzati- Kuasa duplikasi dalam kejayaan MLM.
Master Ruziah 
Master Iffah Anuar - Orang yang berjaya akan sentiasa cari peluang.
PM Cery - Visualization, Action and Faith.
Master Herny - The secret of succes. Love yourself. You are beautiful.

Last part bila PM Cery suruh semua master bangun dan bertanyakan pada kami semua 'Apa yang anda nampak bila anda lihat semua master dihadapan?' Yes, anda bayangkan yang anda adalah master'. Suatu hari nanti success story anda pula anda akan ceritakan pada yang lain.'

Terima kasih pada semua masters yang sudi meluangkan masa, tenaga dan ilmu pada kami semua yang serba kekurangan. In Shaa Allah akan dimanfaatkan. Pada yang belum pernah pergi, jika ianya diadakan berhampiran kawasan anda, sila grab peluang ok. Saya dengan tempat Magic Session sabtu lalu, ambil masa 1 jam 20 minit. Tapi demi ilmu, jauh bukan halangan.

26 haribulan ini Master Celebration Master Zura. Moga saya diberi peluang pergi dan berjumpa mommy saya.

**Merancang hala tuju yang lebih baik. Amin**

Sekian.

Has-Bakal Master Shaklee dan Jutawan Muslimah
Shaklee Distributor (883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com


No comments:

Post a Comment