Apakah asma/lelah?
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Asma dikalangan kanak-kanak
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
1. Faktor keturunan.
Pada asma ekstrinsik, faktor keturunan adalah cukup ketara. Biasanya salah seorang ataupun, kedua-dua ibubapa mempunyai penyakit seperti ekzema, asma dan resdung.
2. Bahan alahan.
Bahan-bahan alahan di dalam rumah atau di tempat kerja, memainkan peranan utama dalam pencetus asma. Sumber bahan alahan adalah seperti kain bulu, serat kapas, permaidani, debu, kutuhama, debunga, bulu haiwan dan lain-lain lagi.
3. Serangga rumah.
Serangga rumah yang sering dikaitkan dengan alahan asma ialah lipas. Lipas yang mati menjadi kering dan kemudian hancur menjadi serbuk yang tersangat ringan untuk diapungkan oleh udara yang bergerak.
4. Pencemaran udara.
Pencemaran udara daripada asap rokok, asap kenderaan dan asap kilang juga menjadi faktor penyakit asma.
5. Senaman.
Senaman yang bertenaga seperti lumba lari, bola sepak dan seumpama dengannya merupakan pencetus penyakit asma.
6. Cuaca.
Udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga merupakan perangsang pada sesetengah pesakit.
Punca sebenar terjadinya asma atau siap yang akan menghidap penyakit ini tidak dapat dipastikan. Namun begitu, apa yang jelas ialah, serangan asma berlaku apabila terdapat perubahan di dalam saluran pernafasan. Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau bengkak yang seterusnya mengakibatkan saluran pernafasan menguncup dan peka terhadap rangsangan luar.
Perubahan Yang Berlaku Dalam Penyakit Asma
Inflamasi Tiub dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, menjadi bengkak dan kelihatan, merah. Seterusnya lendir yang pekat akan dihasilkan dan menyumbatkan saluran pernafasan. Pesakit akan mula batuk apabila dia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat ini. Sekiranya inflamasi kerap berlaku dan keadaannya teruk, tisu saluran pernafasan akan menebal secara kekal. Ini menyebabkan pesakit lebih sukar bernafas.
Kuncup: Otot yang mengelilingi saluran pernafasan mungkin menguncup dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Keadaan ini dinamakan bronkospasme atau bronkokonstriksi. Pesakit akan berasa dadanya ketat.
Peka: Saluran pernafasan amat peka terhadap pendedahan kepada benda- benda luaran seperti habuk, asap rokok, atau udara sejuk.
Apa yang Shaklee boleh bantu?
Omega Guard berfungsi untuk
- Mengurangkan keradangan di salur nafas
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Membantu menyihatkan paru-paru
- Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
*Omega guard ..antara suplemen yang sangat digalakkan untuk kita consume setiap hari kerana badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak omega 3 yang perlu untuk badan kita untuk proses metabolisma... untuk brain, untuk alahan, untuk asma, untuk sendi, untuk kesihatan jantung, untuk kawal berat, untuk kulit yg cantik.
KELEBIHAN OMEGA GUARD
*Melindungi Jantung Anda - Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal. Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung - Satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
*Minyak Ikan Terbaik Di Dunia - Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.
*Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal - Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molukel yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan jenis ikan.
Jadi apa pilihan anda untuk mengurangkan lelah yang tersayang. Kesian kan kalau asyik sedut inhealer je. Kalau teruk terpaksa NEB di hospital. Sayang masa yang terbuang. Berbelanja sedikit demi kesihatan mereka. Ingin memilikinya? Jangan segan2 hubungi saya untuk promosi sepanjang November ini.
*Promosi Omega Guard- Beli 6 PERCUMA 1 atau dapatkan diskaun 5% bila anda membeli 2 botol omega sekurang-kurangnya.
Puan Has(883548)
Sms/Whatsapp 0132236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe
No comments:
Post a Comment