Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Wednesday, 5 November 2014

OMEGA GUARD Makanan Untuk Otak

Assalam. Alhamdulillah. Syukur masih bernafas untuk menikmati anugerah Allah. Bulan ini Shaklee bagi supplemen untuk otak. Nak tahu apa dia? OMEGA GUARD lah jawapannya. Ianya  merupakan makanan untuk otak. Antara fungsi Omega ni adalah MENINGKATKAN PERKEMBANGAN MEMORI janin dan kanak-kanak.

Apakah Omega 3?

Omega-3 merupakan asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh yang membuatkan tubuh kita berfungsi dengan normal. Oleh kerana asid lemak penting ini iaitu ALA,DHA dan EPA tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, kita memerlukan ia daripada sumber makanan harian.

Asid lemak memberi tenaga kepada otot, jantung dan organ lain dengan bertindak sebagai bahan asas untuk membran sel dan simpanan tenaga kepada tubuh.


DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.

60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber Omega 3

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA
-SUMBER

Khasiat Omega-3

*Memberi sokongan kepada mata, otak dan sendi
*Menghalang penghasilan darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok
*Mengurangkan risiko keradangan dalam tubuh
*Mengurangkan tekanan darah tinggi yang bolej menjadi faktor sakit jantung
*Mengurangkan risiko 'arrythhmis' - kadar degupan jantung abnormal yang membawa maut
*Mengurangkan lemak jahat 'triglycerides' dalam darah - triglycerides yang tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung
*Merendahkan tahap kolestrol
*Mengawal masalah obesiti
*Membantu memerangi kanser
*Meningkatkan perkembangan memori
*Memperbaiki masalah kulit


Bagaimana OMEGA 3 bertindak MEMBANTU MENGUATKAN DAYA INGATAN?

Seperti kita sedia maklum ikan adalah sumber omega 3 yang baik. Omega 3 merupakan makanan untuk sel otak. Kadar protein ikan segar atau olahan cukup tinggi, Ikan juga kaya akan kalsium, fosfor, besi, Vitamin A dan B1. Salah satu lagi komponen gizi yang terkandung dalam ikan yang berperanan dalam meningkatkan kecerdasan ialah Docosa-hexaenoic-acid (DHA), yang merupakan asid lemak rantai panjang Omega-3. Ia terdiri dari 22 atom karbon, 32 atom hidrogen dan 2 atom oksigen (rumus molekul: C22H32O2).

Daripada kajian yang dibuat, orang Jepun yang tingkat konsumsi ikannya lebih tinggi memiliki rata-rata kecerdasan yang lebih tinggi sebab Ikan merupakan bahan yang kaya dengan DHA.

Menurut pakar dari Amerika Syarikat, sekiranya diet anda mengandungi kurang asid lemak Omega-3, otak anda akan menjadi 2 tahun lebih tua dari umur yang sepatutnya. Kajian juga mendapati individu dengan tahap darah asid lemak Omega-3 di bawah 25%, memberikan markah yang lebih rendah dalam ujian yang melibatkan penyelesaian masalah dan abstrak

(Majalah I-Sihat; September 2012)-KREDIT


Tertarik dengan cerita my mommy tentang anak-anak beliau.Boleh baca di sini

MAKANAN UNTUK OTAK

Kenapa beliau memilih OMEGA GUARD SHAKLEE?
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
Alhamdulillah, saya juga memilih produk ini untuk kegunaan saya sekeluarga. Dulu hanya tahu kepentingan DHA ni untuk budak-budak je, rupaya mak budak lagi la kena makan minyak ikan selalu. Maklum la,kebanyakan mak-mak ni mudah lupa.

Anda ingin produk ini? Jangan segan-segan hubungi saya. Dijamin terbaik.

Sekian. Terima kasih sudi membaca.

Puan Has
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email:zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Pages: Iris Vitamin Shoppe

1 comment: