Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Tuesday, 5 August 2014

Hargai Diri mu dan Insan tersayang

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selamat hari raya Aidilfitri buat semua umat islam di seluruh dunia. Sejak akhir-akhir ini berlaku macam-macam dugaan buat Malaysia, Gaza. Moga segala urusan dipermudahkan, moga kemenangan milik Gaza. Kita berdoa dari Malaysia.

Ogos menjelma bermakna promosi juga baru. GLA COMPLEX yang menjadi pilihan ramai, beli 6 PERCUMA 1. Best kan, siapa nak bagi FREE? Sebotol ada 60 biji. Tapi khasiat dalam sebiji GLA tu yang penting. 

GLA Complex dihasilkan daripada English Primerose flower dan Borage flower yang berfungsi mengekalkan kelembapan dan kemulusan kulit bermasalah dan kering.GLA adalah lebih baik daripada EPO kerana EPO hanya mengandungi 25% GLA. Juga mengandungi asid amino. Kelebihan GLA Complex ialah kerana ia mengandungi Vitamin E yang asli dan biji bunga matahari yang kaya dengan ASID LEMAK OMEGA 6 ( LA, GLA dan AA).



Asid lemak untuk wanita

Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?

Jawapan:Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).

Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.


1) Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
2) Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

# Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

APA FUNGSI GLA COMPLEX SHAKLEE ?

1) Bagi wanita yang punya kitaran haid yang tak teratur

>> GLA membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

2) Bagi yang dah lama ingin mendapatkan zuriat

>> GLA membantu meningkatkan kesuburan

3) Bagi yang sering mengalami PMS (pre-menstrual sindrom)

>> GLA membantu melegakan simptom2 pra haid seperti sakit perut, sakit pada buah dada & lain2 ketidakselesaan

4) Bagi wanita yang hampir/sedang putus haid

>> GLA melegakan tanda-tanda putus haid

5) Bagi yang ingin cantik

>> GLA menjadikan kulit lebih berseri-seri, glowing

>> GLA juga menguatkan kuku dan rambut

6) Bagi yang ada masalah jerawat

>> GLA menseimbangkan hormon, hormon yang tidak stabil sering menyebabkan jerawat tumbuh tanpa sebab pada muka walaupun empunya diri

7) Untuk kesihatan menyeluruh

>> Menguatkan sistem imun tubuh

>> Mengawal kencing manis dan darah tinggi

>> Mengawal kolesterol

>> Baik untuk fungsi saraf

Tapi saya suka menggelarkan GLA COMPLEX ni vitamin cantik. Hihihi..siapa yang sesuai consume GLA COMPLEX?

# Individu yang diet
# Individu yang ada kencing manis
# Individu yang alami masalah jerawat dan jeragat
# Individu yang alami masalah Eczema, pyrosis
# Individu/wanita yang ingin meningkatkan kesuburan
# Ibu-ibu yang dalam pantang
# Individu yang nak menopause
# Wanita yang alami masalah PMS/Senggugut yang teruk
# Wanita yang alami haid tidak teratur

Jadi apa anda tunggu lagi? Hadiahkan pada yang tersayang agar mereka tidak dirundung masalah kesihatan atau kecelaruan hormon. Pasti kita rasa bahagia apabila insan yang kita sayang sihat dan ceria. 

*GRAB PROMOSI OGOS-GLA COMPLEX(BUY 6 FREE 1)

Sekian, terima kasih

Puan Has
Pengedar Sah Shaklee
883548
Sms/whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe

Konsultasi PERCUMA untuk setiap pelanggan yang membeli daripada saya. Harga TERBAIK. SERVIS TIP TOP

No comments:

Post a Comment