Selepas penat menahan kesakitan, akhirnya saya tertidur jua. Bila sedar jam 6.30 a.m, alhamdulillah, sakit perut dah tiada tapi perut terasa sedikit kejang sebab baby ikut sama mengeras. Syukur juga sebab baby tiada masalah. Selesai solat subuh, saya buat bancuhan ESP+Mealshakes+3 biji kurma bagi melegakan rasa pedih perut.
Sejam lepas tu, saya telan Vitalea, Vitamin C dan Nutriferon, Syukur kerana keserasian dengan supplemen Shaklee. Tidak lama lepas itu keadaan saya beransur pulih. Baby pun bergerak dengan baik.
Khamis lepas(14 Ogos 2014) saya pergi check up di klinik. Alhamdulillah, semuanya ok. Cuma kaki dah mula bengkak. Ini first time saya alami bengkak kaki sebab anak yang dua sebelum ni,ok je. Saya ambil petikan di Utusan Online
"Apabila bayi anda semakin membesar, rahim memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang-kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut. Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam.
Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan kembali kepada keadaan asalnya. Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.
Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. Bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu simptom praeklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.
Anda boleh mencuba cara lain untuk mengawal kebengkakan iaitu dengan menaikkan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan. Anda juga perlu mengelakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.
Selain itu, jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings). Stoking tekanan boleh didapati di farmasi.
Anda juga dinasihatkan minum banyak air, bersenam selalu terutamanya berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman.
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki. Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering. Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan anak.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131222/kn_01/Kaki-bengkak-ketika-hamil#ixzz3ASZIsHhH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tips Hindari Sembab (water retention @ swollen feet, ankle, face) semasa Hamil
- Minum air masak sebanyak 2-3 L sehari. Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam ‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab kaki, tangan dsb. Cuba cek, adakah kita sekadar minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yg cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh.
- Lakukan senaman ringan. Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal.
- Jangan berdiri terlalu lama. Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab. Banyakkan berjalan atau bergerak.
- Tinggikan sedikit kedudukan kaki sewaktu berehat atau tidur. Alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung.
- Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi heels!
- Amalan pemakanan:
- Hindari @ kurangkan:
- Minuman berkafein dan alkohol
- Makanan yang tinggi sodium. Antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makan yang diproses (processed food), makanan segera (instant or fast food) – fries, burger, dll.
- Karbohidrat
- Lebihkan dalam menu harian:
- Makanan yang tinggi potassium – contohnya pisang, lobak meah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
- Makanan berserat tinggi seperti roti high fiber.
- Sayur-sayuran mentah seperti ulaman.
- Protein, menggantikan karbohidrat.
- Makanan tinggi magnesium dan vitamin B – sayuran berdaun gelap, oatmeal, asparagus dan kacang soya.
- Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air - SUMBER
Saya boleh mengesyorkan supplemen yang bersesuaian dengan masalah ini. Kalsium magnesium iaitu OSTEMATRIX. Ianya berbentuk pil yang sangat mudah ditelan. Sebotol mengandungi 120 biji dengan HARGA BERPATUTAN.
Boleh hubungi saya untuk order.
Sekian. Terima kasih
Puan Has
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zararian@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Pages: Iris Vitamin Shoppe
COD: Tanjung Malim
Courier: Pos Laju, GDEX dan City Link
No comments:
Post a Comment