Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Friday, 24 January 2014

Kehamilan yang tak ku sangka.

Assalam, salam Jumaat dan selamat pagi semua..Moga hari kalian dipenuhi barakah. Marilah bersama berselawat atas nabi junjungan MUHAMMAD S.A.W. Juga tak lupa membaca surah Al Kahfi. Sebenarnya nak update malam tadi lagi. Tapi bila on je laptop, si kecik ku mula la sibuk nak 'buat kerja' dia. Tengok Upin Ipin. Bila dia dah puas tengok, mula la nak menyusu, bila nak menyusu, sambil baring, faham-faham je la, sudahnya aye pun ikut tidur. Hahahhahaha..

Berbalik pada topik, Alhamdulillah syukur, tahun baru ini dikurniakan rezeki yang tidak di sangka. Iaitu KEHAMILAN untuk kali ketiga. Saya buat test sendiri di rumah setelah beberapa hari period tidak hadir. 



Ha..inilah hasilnya setelah buat test. Saya memang tak sangka.Clean and clear pula line kedua. Di saat orang lain mencuba pelbagai cara untuk perolehi zuriat, Allah permudahkan jalan saya untuk memiliki zuriat lagi. Saya tetap mendoakan sesiapa jua wanita yang ingin menimang cahayamata, agar Allah juga permudahkan jalan kalian. Dan bersabar dalam menempuhi ujian.

Setiap kehamilan pasti ada dugaan, cabaran. Kali ini saya 'mabuk'..hahahhaha..pada saya mungkin agak teruk sebab saya pening, sakit kepala,letih, nak tidur je. Satu lagi yang paling teruk, saya MALAS NAK MASAK. Allahuakbar. Tapi kalau orang lain masak, saya lalu je makan. Dan lebih kurang seminggu lebih dok beli je makanan luar, kalau masak pun suami je makan, saya tak makan. Tetap nak makan makanan kedai. Alahai, mengada sungguh. Konon nak bermanja la dengan suami, alih-alih kita juga yang kena masak.hahahha..Mungkin kalau betul2 tak boleh nak bangun, baru suami perasaan yang kita ni hamil, lemah, mual, loya bagai.

Alhamdulillah..walau apa pun dugaan, sabar dan tenang lah menghadapi walaupun kadang kala menguji kesabaran. Pagi ini si kakak dah bangun gara-gara tidur awal malam tadi(8 malam). Puas tidur agaknya. Sambil melayan dia sarapan, sambil update blog dan tengok slot Dr Azizan Osman dengan tajuk HIDUP UNTUK MEMBERI-KOLAM JIWA. Ini saya share esok la ye, sebab hari ini saya nak sharing tentang kehamilan.

Saya mulakan hari saya dengan minum ESP, maklum la, tekak loya, nak makan yang lain2 tu macam tak best je kan..Jadi nak bagi kenyang perut, saya minum ESP dengan plain water lepas subuh. Setengah jam lepas itu, saya minum air masak. ESP sumber antara protein terbaik untuk tubuh, membantu membina sel. Kalau hamil lagi la digalakkan minum kan

2 jam kemudian, saya telan Vitalea dan Vitamin C Plus, ini saya ambil untuk meningkatkan tenaga, kecantikan kulit, rambut, kuku,mengelakkan gusi berdarah, menentang radikal bebas dan macam2 lagi. Petang lepas lunch pula saya ambil B Complex untuk bekalan asid folik bagi bayi saya, selain itu ianya bagus untuk mata, kulit,rambut, tona kulit sekata dan juga membantu menukarkan makanan yang saya makan tadi kepada tenaga. Tak la saya lemau je kan. Malam sebelum tidur sama ada saya minum ESP + Ostematrix atau Ostematrix saja.


Apa yang bestnya Ostematrix ni kan, bila makan sebelum tidur, tidur kita amat selesa. Macam saya even bangun atau terjaga sebab anak nak menysu ke apa kan, bangun pagi dalam 5.30 atau 6.00 a.m, badan rasa cergas je, mata mengantuk tapi badan segar je. Malam tadi bagi suami makan 4 biji, lena betul dia tidur, bangun pagi lepas subuh saya tengok dia bergegas ke toilet. Aik, cepat betul membuang, biasanya time nak pergi kerja time tu la perut buat hal..hahahha..Tapi apa yang saya perhatikan, muka suami tak sembab. Ye lah, siang penat kerja, balik kerja melayan anak-anak, kadang tidur lewat. Memang pagi ni nampak segar je muka dia. Alhamdulillah

Gabungan supplemen terbaik Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix dan ESP. Dan in shaa Allah jika ada rezeki lebih masuk trimester 2, saya akan ambil Omega Guard pula. Ianya bagus untuk perkembangan mata dan otak bayi, selain daripada itu dikatakan dapat melahirkan anak yang genius..

Ok, nanti saya ceritakan lagi tentang kehamilan ini. Apa pun saya mengharapkan yang terbaik, dan mohon doa kalian agar saya melahirkan zuriat yang sihat, sempuran, Jantina tak kisah sangat. Girl atau boy ok saja. Cuma kalau boy, nak kena beli baju warna biru banyak2..hahahaha..maklum la kakak-kakaknya banyak pinky..

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Page : Iris Vitamin Shoppe



No comments:

Post a Comment