Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Sunday, 26 January 2014

Kelebihan ALFALFA yang lain

Assalam. Bersua kembali, petang semalam bawa anak ronda-ronda kampung dan singgah satu gerai kuih. Saya beli air soya 2 cups.Ok lah satu RM1. Sekali saya jeling kuih muih, ada yang 2 biji RM1, ada yang 4 biji RM1, ada yang 3 biji RM1. Asalnya nampak buah melaka(4 biji RM1)  dan nak beli la tapi bila tengok size. Aduhai, terus tahan perasaan nak beli. Anak-anak ambil nuget, sebatang RM1. Lepas tu, pergi taman permainan bawa anak-anak main. Masa tengok anak main, hati mengomel sendiri, kuih kecil sangat le, beli nanti tak puas makan. Terus bercita-cita nak buat buah melaka hari ini le kononnya.

Disebabkan malas nak pergi kedai pagi ini, jadi saya tangguhkan la untuk buat lusa.hahahha...nampak tak kemalasan di situ? Lagi satu faktor petang Sabtu ni ada pasar malam di Pekan Tanjung Malim, jadi menguatkan lagi kemalasan saya..kikiki.. selalunya di pasar malam, saya beli nasi kerabu je. atau kalau ada duit lebih beli satay, kuih akok. Tapi kalau ikut selera hantu raya saya, macam-macam saya nak beli jagung la, laksa la, buah la,yong tau fu la dan macam-macam lagi la..Ada yang jual kek, char ketiau,nasi lemak dan tak terkata ramainya orang berniaga.

Sebenarnya kalau ikutkan saya ni tak la rajin sangat nak membuat kuih, kek dan sebagainya. Cuma bila keluar dan saya rasa makanan di luar tidak berbaloi dengan harga buat semangat saya melonjak-lonjak untuk masak atau buat sendiri. Seingat saya, saya pernah buat kuih karipap, burger malaysia, apam. Hehehe..antara yang teringin sangat nak buat tapi tak terbuat adalah seri muka, lompang, kuih lapis iaitu antara kuih kegemaran saya.

Apa kaitan pula kan kuih dalam post saya kali ini? Hahhahha...kuih-kuih yang saya suka ini kebanyakkannya manis, lemak. Haaaa..jadi kalau dah makan makanan manis dan berlemak, kena la pula pecahkan lemak atau jangan bagi lemak melekat di badan kan.

Tu la, sempena bulan promosi ALFALFA ni memang elok sangat di ambil untuk menyahtoksik serta menyerap lemak dan kolestrol dan sekaligus disingkirkan melalui pembuangan. Dan nak superb lagi, sila ambil LECITHIN iaitu agen pembakar lemak. Jadi pembakaran dan pembuangan lemak berjalan dengan lebih lancar.

Sebelum saya hamil, saya ambil ALFALFA untuk boost susu badan tapi kena ingat ye, pemakanan kena jaga, jadual pam semua kena ikut , air masak kena banyak minum tau. Dan setiap vitamin bertindak mengikut hormon badan seseorang.

Siapa yang sesuai ambil Alfalfa?

* Ibu Hamil yang alami keputihan
* Ibu berpantang
* Ibu Menyusu
* Orang yang nak KURUS/Diet
* Individu yang nak KURANGKAN KOLESTROL
* Individu yang nak BUANG TOKSIK
* Individu yang ada masalah JERAWAT, JERAGAT, SEMBELIT dan macam-macam lagi.

Gabungan supplemen

1. Alfalfa + Lecithin = Buang lemak/Kurus
2. Alfalfa + Vitamin E = Kulit Wajah
3. Alfalfa + GLA = Kecantikan kulit /Senggugut
4. Alfalfa + Ostematrik = Gout/Susah tidur

Dan ada banyak lagi gabungan tapi basic asasnya ALFALFA, biar badan bersih dari segala toksik.Bila toksik banyak dalam badan, itu yang menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan. Kalau badan bersih, nutrisi lain yang masuk senang diserap tubuh. Takkan nak biar toksik bermaharajalela kan..Ala harga ALFALFA dah murah sangat promosi ni. Ada 2 size 330 biji dan 700 biji.Harga memang murah sangat ok. Konsultasi PERCUMA dan berterusan dengan setiap pembelian dari Iris Vitamin Shoppe.

* Alfalfa tidak sesuai untuk mereka yang ada G6PD dan SLE.

Sekian. Terima kasih

Pm/Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Pages : Iris Vitamin Shoppe
Fb : Hasnirah Iris
Shakle ID :883548

Has-RAKAN SUPPLEMEN ANDA :)

Friday, 24 January 2014

Kehamilan yang tak ku sangka.

Assalam, salam Jumaat dan selamat pagi semua..Moga hari kalian dipenuhi barakah. Marilah bersama berselawat atas nabi junjungan MUHAMMAD S.A.W. Juga tak lupa membaca surah Al Kahfi. Sebenarnya nak update malam tadi lagi. Tapi bila on je laptop, si kecik ku mula la sibuk nak 'buat kerja' dia. Tengok Upin Ipin. Bila dia dah puas tengok, mula la nak menyusu, bila nak menyusu, sambil baring, faham-faham je la, sudahnya aye pun ikut tidur. Hahahhahaha..

Berbalik pada topik, Alhamdulillah syukur, tahun baru ini dikurniakan rezeki yang tidak di sangka. Iaitu KEHAMILAN untuk kali ketiga. Saya buat test sendiri di rumah setelah beberapa hari period tidak hadir. 



Ha..inilah hasilnya setelah buat test. Saya memang tak sangka.Clean and clear pula line kedua. Di saat orang lain mencuba pelbagai cara untuk perolehi zuriat, Allah permudahkan jalan saya untuk memiliki zuriat lagi. Saya tetap mendoakan sesiapa jua wanita yang ingin menimang cahayamata, agar Allah juga permudahkan jalan kalian. Dan bersabar dalam menempuhi ujian.

Setiap kehamilan pasti ada dugaan, cabaran. Kali ini saya 'mabuk'..hahahhaha..pada saya mungkin agak teruk sebab saya pening, sakit kepala,letih, nak tidur je. Satu lagi yang paling teruk, saya MALAS NAK MASAK. Allahuakbar. Tapi kalau orang lain masak, saya lalu je makan. Dan lebih kurang seminggu lebih dok beli je makanan luar, kalau masak pun suami je makan, saya tak makan. Tetap nak makan makanan kedai. Alahai, mengada sungguh. Konon nak bermanja la dengan suami, alih-alih kita juga yang kena masak.hahahha..Mungkin kalau betul2 tak boleh nak bangun, baru suami perasaan yang kita ni hamil, lemah, mual, loya bagai.

Alhamdulillah..walau apa pun dugaan, sabar dan tenang lah menghadapi walaupun kadang kala menguji kesabaran. Pagi ini si kakak dah bangun gara-gara tidur awal malam tadi(8 malam). Puas tidur agaknya. Sambil melayan dia sarapan, sambil update blog dan tengok slot Dr Azizan Osman dengan tajuk HIDUP UNTUK MEMBERI-KOLAM JIWA. Ini saya share esok la ye, sebab hari ini saya nak sharing tentang kehamilan.

Saya mulakan hari saya dengan minum ESP, maklum la, tekak loya, nak makan yang lain2 tu macam tak best je kan..Jadi nak bagi kenyang perut, saya minum ESP dengan plain water lepas subuh. Setengah jam lepas itu, saya minum air masak. ESP sumber antara protein terbaik untuk tubuh, membantu membina sel. Kalau hamil lagi la digalakkan minum kan

2 jam kemudian, saya telan Vitalea dan Vitamin C Plus, ini saya ambil untuk meningkatkan tenaga, kecantikan kulit, rambut, kuku,mengelakkan gusi berdarah, menentang radikal bebas dan macam2 lagi. Petang lepas lunch pula saya ambil B Complex untuk bekalan asid folik bagi bayi saya, selain itu ianya bagus untuk mata, kulit,rambut, tona kulit sekata dan juga membantu menukarkan makanan yang saya makan tadi kepada tenaga. Tak la saya lemau je kan. Malam sebelum tidur sama ada saya minum ESP + Ostematrix atau Ostematrix saja.


Apa yang bestnya Ostematrix ni kan, bila makan sebelum tidur, tidur kita amat selesa. Macam saya even bangun atau terjaga sebab anak nak menysu ke apa kan, bangun pagi dalam 5.30 atau 6.00 a.m, badan rasa cergas je, mata mengantuk tapi badan segar je. Malam tadi bagi suami makan 4 biji, lena betul dia tidur, bangun pagi lepas subuh saya tengok dia bergegas ke toilet. Aik, cepat betul membuang, biasanya time nak pergi kerja time tu la perut buat hal..hahahha..Tapi apa yang saya perhatikan, muka suami tak sembab. Ye lah, siang penat kerja, balik kerja melayan anak-anak, kadang tidur lewat. Memang pagi ni nampak segar je muka dia. Alhamdulillah

Gabungan supplemen terbaik Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix dan ESP. Dan in shaa Allah jika ada rezeki lebih masuk trimester 2, saya akan ambil Omega Guard pula. Ianya bagus untuk perkembangan mata dan otak bayi, selain daripada itu dikatakan dapat melahirkan anak yang genius..

Ok, nanti saya ceritakan lagi tentang kehamilan ini. Apa pun saya mengharapkan yang terbaik, dan mohon doa kalian agar saya melahirkan zuriat yang sihat, sempuran, Jantina tak kisah sangat. Girl atau boy ok saja. Cuma kalau boy, nak kena beli baju warna biru banyak2..hahahaha..maklum la kakak-kakaknya banyak pinky..

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Page : Iris Vitamin Shoppe



Wednesday, 15 January 2014

Vitamin C Plus Sustained Release

Assalam sahabat-sahabat aye. ALhamdulillah ketemu lagi, malam ini agak dingin. Hujan renyai-renyai.hehehhe..Anak dara aye yang bongsu pakai baju kurung dari siang tadi sampai la sekarang(10.50 p.m) agaknya nak di bawa tidur sekali la tu. Janji selesa ye dak. Kain baju cotton, sejuk. Ini kerja dia, rajin sangat buat 'hasil seni' kat dinding. 


Si kakak tengah tengok siaran kartun sambil menyusu. Biasa la dia, bawa hal sendiri.hihi. okies cukup cerita anak, mari kita bercerita tentang VITAMIN C PLUS atau dulunya dikenali dengan vitamin C 500mg.

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan propreitari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitaminc sedikit demi sedikit dalam masa lima jam. Ianya mengandungi 553 Asid ascorbic dan tambahan Citrus Bioflavonoids Complex iaitu Lemon, Orange, Grapefruit dan Hesperidin(Fungsi hesperiden bersama citrus bioflavonoid membantu keadaan seperti hemorrhoids,varicose veins, and poor circulation (venous stasis). Membantu blood vessels dan reduce inflammation). Penambahan bioflavonoids iaitu pigmen yg larut air dgn antioksidan, antiallergenik dan sangat diperlukan untuk penyerapan vitamin c. Bacaan lanjut mengenai BIOFLAVONOIDS



Jika anda masih belum tahu, anda perlu tahu bahawa sebiji vitamin c mengandungi 7 setengah biji oren. Wow, banyak kan. Apa bezanya Shaklee dengan vitamin c yang lain? Pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut kedalam tubub kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee(di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selam 24 jam! Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoids(25% dari bioflavonoids diekstrak dari kulit buah) juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan MENINGKATKAN KEBERKESANAN vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat Utama

* Membentuk kalogen
- Merangsang pembentukan kalogen, Kalogen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

*Memperbaiki Simptom Pendarahan
- Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

* Peningkatan sistem imun
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan allergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

* Memerangi kanser
- Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

* Mencantikkan kulit
- Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

* Memperbaiki Insomnia
- Ia memperbaiki insomnia, stress, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

* Mengekalkan Kolestrol Sihat
- Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindar arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Kesan kekurangan Vitamin C

-Gusi yang sentiasa berdarah (kurang pembentukan kolagen)
-Tanda2 lebam pada badan(salur darah lemah)
-Luka lambat sembuh
-Sering letih, lemah
-Anemia
-Salur darah mengecil dan mudah runtuh
-Rambut gugur
-Sakit sendi
-Darah dalam mata
-Kulit kering dan gatal
-Depression
-Edema
-Kurang selera makan
-Masalah pencernaan
-Weight lost

Sumber makanan yang mengandungi vitamin c

-Buah-buahan dan sayur seperti:
-Buahan sitrus (oren, anggur, kiwi, strawberry, laici, blackcurrent)
-Sayur (brokoli,tomato,potato)
-Capsicum


Bagaimana memilih vitamin c?

-Pilih vitamin C dengan dos yang betul- cadangan dos 500mg sehari
-Berasaskan tumbuhan, dan time-release product (mcm sustained release)
-Mengandungi Bioflavinoids dan jumlahnya harus seimbang dengan vitamin C (500mg vitamin C: 120 mf bioflavonoids)
-Telah diuji secara klinikal dan berkesan terhadap tubuh manusia
-Melalui pembacaan label – huruf “I” bagi tiruan dan “d” bagi semulajadi.
-Melalui perkataan “ko-faktor” seperti “bioflavinoids” atau “biogradable"

Apakah dos pengambilan vitamin c yang diperlukan tubuh?

Dos berbeza mengikut umur dan keperluan. US RDA untuk dewasa ialah 60mg,tetapi disebabkan faktor pemakanan, persekitaran, jumlah yang lebih tinggi diperlukan iaitu 250-500mg. Vitamin sangat mudah musnah oleh haba, persekitaran, stress, penyediaan makanan. Bagi yang mengalami masalah kesihatan, disyorkan untuk mengambil 500mg sehari.

Kenapa pilih SHAKLEE?

-Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
-Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
-Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
-Membekalkan ‘Bioflavinoids’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg (elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
-Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah( Untuk kanak2)
-Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Setiap hidangan adalah hanya Rm0.50!! murah kan?? itu harga pasaran, kalau harga saya lagi la murahhhhh....sebotol ada 180 biji. Sehari makan sebiji, bayangkan la. Tahan 6 bulan kot.

Anda masih ragu-ragu? Sila teruskan keraguan anda sementara yang lain memilih untuk kekal sihat. Pelbagai pencemaran kita hidu setiap hari akan memusnahkan vitamin c yang terdapat di dalam badan, sebab itu kita di galakkan mengambilnya setiap hari. Dan kena ingat VITAMIN C SANGAT-SANGAT SENANG TERHAPUS.

Hubungi saya untuk stok vitamin C anda

Sekian terima kasih

Puan Has
Shaklee ID :883548
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email :zarariana@gmail.com
WeCHat : hasni_zara
FB : Hasnirah Iris


Monday, 13 January 2014

Nutrisi Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

Assalam sahabat sekalian, alhamdulillah dipertemukan kembali. Macamana hujung minggu anda? Saya berehat je di rumah, badan rasa letih, padahal duduk di rumah je pun. Hahahhaha..Ok, berapa ramai yang sedang menghitung hari nak bersalin? Mungkin ada yang sedang dalam fasa awal kehamilan? Atau ada yang merancang kehamilan? Meh nak share sikit tentang supplemen untuk kehamilan. Tapi jangan risau, jika anda di peringkat akhir kehamilan sebab supplemen ini boleh sambung makan even dah bersalin kecuali supplemen tertentu la ye..ok x pe, nanti cerita

Kenapa kita perlukan set ini?

Pertama sekali kita kena faham dan tahu, apa yang tubuh perlukan untuk menampung keperluan nutrisi ibu dan bayi selain daripada penting untuk tumbesaran. Ini antara nutrisi yang penting iaitu zat besi, asid folik, kalsium, protin dan minyak ikan.

ZAT BESI

Lebih daripada 200 billion sel darah merah di hasilkan setiap hari·
Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah. Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel. Kesan kekurangan zat besi:-

- Pucat, tercunggap-cunggap· Keletihan & kelesuan luar biasa
- Pergerakan yang perlahan
- Anemia ( Penyakit Kurang Darah)
- masalah sembelit
- tidak bermaya
- kuku pecah (retak)
- berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu

ASID FOLIK

Juga dikenali dengan vitamin B9. Ianya sangat diperlukan tubuh untuk membina sel-sel baru. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang rosak  di dalam sel. Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

KALSIUM

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.
PROTIN

diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

MINYAK IKAN

juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Lihatlah betapa pentingnya semua ini dalam memastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi lengkap di dalam pemakanan. Terkadang pemakanan yang di ambil tidak cukup lengkap maka memaksa ibu2 mengambil supplemen. Bukan setakat ibu hamil je yang perlu ambil supplemen tetapi ibu menyusu juga sangat digalakkan.

Wajib ke ambil supplemen? haaa...meh baca pengalaman puan Maria


Antara cerita beliau beza anak pertama dan kedua jika tidak ambil supplemen, badan mudah letih dan stress, jaundice naik mendadak.

Antara yang terkandung di dalam set hamil Shaklee adalah Vitalea, Vitamin C PLus, B Complex, Ostematrix,ESp, Omega Guard. Bila bersalin dan menyusukan tambah Alfalfa, Zink dan GLA. Set ini boleh diguna sehingga 2-4 bulan.
Bagi ibu2 yang punya semangat juang tinggi untuk memberi bayi anda yang terbaik sejak dari dalam kandungan lagi dan seterusnya menyusukan anak sehingga umur 2 tahun tanpa mereputkan tulang, mengeringkan kulit, rambut gugur, kuku kuning, gigi reput,badan sakit, mata cepat rosak, cepat jadi pelupa. Maka dengan pantas anda perlu memberi tubuh nutrisi yang selengkapnya. Jika pemakanan harian tidak mampu anda ambil, nah supplemen. Jangan berkira dengan kesihatan anda.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut serta konsultasi percuma.

Sekian terima kasih

Puan Has
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp : 013-2236819
WeChat : hasni_zara
Email: zarariana@gmail.com

Saturday, 11 January 2014

Mak dan supplemen kegemaran.

Assalam semua. Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah, promosi ALFALFA buy 6 FREE 1 masih berlangsung. Saja nak share cerita tentang mak saya yang amalkan supplemen. Umur mak 51 tahun ni, mak consume supplemen sejak saya mula daftar lagi(setahun lebih). Antara yang mak saya ambil, Vitamin C, Alfalfa, GLA dan yang terbaru Ostematrik. Kulit muka mak sebelum makan vitamin, jeragat,kusam dan bintil-bintil. Sekarang Alhamdulillah, bila kawan-kawan mak tengok muka mesti terkejut sebab muka mak dah TIADA jeragat, bintil-bintil menyusut dan pastinya cerah berseri ok..

Minggu lepas balik kampung, mak dan bapak pergi satu pasaraya, saya tak ikut.. Masa tu tengah ada ujian kesihatan tulang. Kepadatan tulang bapak sangat baik, manakala mak sudah ke tahap negatif.Jadi orang tersebut mengesyorkan susu kalsium dengan harga Rm18-RM19.Bila balik mak cerita la. Mujur mak makan OSTEMATRIK, kalau tak lagi teruk agaknya tulang mak..hahahha..susu dengan harga demikian seminggu je boleh habis, setiap kali buat dalam 4 sudu besar, minum pagi dan malam.

Tetapi dengan OSTEMATRIX Shaklee sebotol ada 120 biji, sehari makan 4 biji untuk memenuhi keperluan kalsium harian. Maknanya tahan 3 bulan dengan harga RM61. Sebiji lebih kurang RM0.50 atau RM2 sehari, itu dengan harga pasaran, kalau harga saya lagi la murah kannnnnn...ihiks..pung pang cerita, bapak pun nak juga Ostematrix tu. Mak nak tambah lagi GLA sebab stok yang ada dah habis.. :)

Ok, berbalik kisah mak yang ambil 4 jenis supplemen tadi. Mak saya sangat menyokong supplemen, tapi kena la sabar makannya kan. baru lah dapat hasil yang cantik.

Meh kita tengok apa fungsi semua supplemen ni. ALFALFA diketahui mampu menyahtoksik badan kita, melegakan sakit sendi dan belakang, menghilangkan kelesuan dan tekanan,mencuci usus sekaligus bila usus bersih penyakit susah nak dekat. 




Vitamin C pula diperlukan tubuh untuk menghasilkan colagen, antioksidan dan jangan tak tahu sebiji vitamin c ini mengandungi 7 setengah biji oren. Mampu ke setiap hari nak makan 7 biji setengan buah oren?




GLA yang best, kira sahabat baik wanita. Untuk penjagaan kulit bagi wanita normal(tidak hamil), sangat bagus ambil GLA COMPLEX ni. Antara fungsinya adalah mengekalkan kelembapan kulit , kemulusan, kulit bermasalah dan kekeringan.




Ostematrix antara supplemen kegemaran. Kalsium yang baik dan seimbang adalah kalsium yang dapat diserap sebanyak 99%. Antara fungsinya adalah menguatkan tulang dan meringankan stress. Yelah, bila tulang kuat, stress tiada hidup mesti ceria kan..bila ceria, terpancarlah segala keceriaan di wajah sekaligus mengawetmudakan kita..hahahaahhha




Oh..Satu lagi mak bagitau, bila makan Ostematrix ni, bila bangun pagi badan rasa ringan je..Senang bangun pagi la..hihi

Fungsi semua supplemen ada banyak lagi, cuma bagi sebahagian je untuk kecantikan kulit. Tapi kalau korang nak lagi cun, supplemen wajib untuk kome ambil adalah ESP!!!!!!!!!!!!!! PROTIN terbain dan NON GMO.

Ha..kalau siapa yang ada bajet lebih dan tak suka makan pil banyak2. Terus je consume VIVIX. Sehari sesudu kecil sebelum tido atau sebelum sarapan.ihiks

Pm saya untuk maklumat lanjut

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee ID :883548
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
FB: Hasnirah Iris

Thursday, 2 January 2014

Alfalfa dan antara 1001 kebaikannya

Assalam semua sahabat blogger. Selamat Tahun Baru diucapkan..Moga tahun baru beri sinar baru. Azam baru tahun ini banyak sekali yang ingin digapai. In Shaa Allah, moga Allah permudahkan segala urusan hamba. Topik terhangat awal tahun sudah tentu la tentang sekolah, tambah seronok lagi jika baru pertama kali menghantar anak ke sekolah kan. Tahun ini merupakan tahun pertama anak kakak saya bersekolah. Alhamdulillah, besar sudah.hihihi.Belajar rajin-rajin ye kakak. Amin.

Tak lupa juga pada promosi Januari 2014 ini iaitu jatuh kepada ALFALFA!!!!!Alhamdulillah. banyak sekali khasiat ALFALFA ini yang kita tak tahu. Tapi sebelum tu, mari kita lihat apa itu Alfalfa.



Alfalfa merupakan pusat pengumpulan zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalaui proses fotosintes semulajadi.

Alfalfa sangat kaya dengan pelbagai nutrisi serta zat galian dan telah digunakan oleh manusia sejak dari 2500 tahun. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, zat galian, 10 vitamin,8 enzim dan fitokimia.10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Manfaat Utama

1. Mencuci darah, hati dan usus
- Alfalfa bersifat alkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid.
- Membantu menyingkirkan toksik dari badan.
- Membersihkan hati, kolon dan darah.
- Mencantikkan kulit dan otot.

2. Melawan Alahan
- Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air.

3. Baik untuk perubahan patalogy di dalam usus dan perut.
- Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol.
- Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, stroke dan darah tinggi.
*Hanya ALFALFA sahaja mengandungi SAPONIN, seperti SPAN yang bertindak sebagai SERAT yang menyerap kolestrol.

5. Melawan Tumor
- Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu ianya dapat memperbaiki sel-sel kanser dan tumor.

6. Melegakan keletihan

7. Mencegah/Membantu merawat Atritis
- Melegakan sakit atritis dan kesakitan.

Antara kebaikan ALFALFA yang lain.

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19.. Membuang angin dalam badan

Banyak sangat kan kebaikan ALFALFA ni. Didapati di dalam 2 size iaitu S(330 biji) dan L(700).Tu dia..bukan main banyak isinya, padan la dengan manfaat yang ada didalam alfalfa kan.? Harga normal RM52.75 dan RM97.50. Alhamdulillah bulan Januari 2014 ada promosi. Harga walaweh..sangat menjunammmmm..

*Pastikan anda minum 2-3 liter air sehari ok.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Sms/Whatsapp 013-2236819
WeChat : Hasni_zara
Email : zarariana@gmail.com
Shaklee Independent Distributor(883548)