Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Saturday, 21 September 2013

Talasemia dan Kehamilan

Assalam semua sahabat blogger saya. Moga sentiasa di dalam lindungan Allah. In shaa Allah perkongsian malam ini dapat dimanfaatkan pada mereka yang ingin tahu. Pasti ramai pernah mendengar tentang TALASEMIA kan? Bahkan ada diiklankan mengenainya. 

Apa maksud Talasemia? Sumber Info

Talasemia adalah penyakit kecacatan darah.Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


Jenis-jenis Talasemia.

* Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa


* Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Talasemia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)


PEsakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal



(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)


Rawatan Penyakit Talasemia

* Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
* Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
* Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
* Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Selepas saya baca info ini dan baca di blog-blog saya juga jumpa antara supplemen yang boleh diambil untuk pesakit Talasemia.

Vitamin B Complex - mengandungi rangkaian vitamin B mampu mengurangkan tekanan dan stres. Ianya juga membantu tubuh melawan daya penyakit.

Vitamin E -diperlukan sebagai anti-oksidan yang tinggi serta bagi mencairkan darah. Tetapi, jika penghidap mengambil ubat seperti Warfarin atau Coumadin anda dinasihatkan memberitahu doktor pakar anda supaya dos yang diambil itu dikurangkan.

Ostematrix - bersama Magenesium dan Vitamin D membantu dalam pengawalan denyutan jantung supaya seimbang.

ESP - disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.

Zink - baik untuk penghidap Thalasemia Minor kerana ianya membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh penghidap serta mengurangkan risiko high-density lipoproteins menurut Dr. M Aroon Kamath dalam artikelnya di Doctors Lounge.

Thank you to Momma & Kak Jah, saya  minta izin share info.

* Perlu diingatkan, pesakit Talasemia tidak digalakkan mengambil sumber yang mengandungi iron atau zat besi yang tinggi. Kenapa? Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Alhamdulillah, kini IBU YANG INGIN HAMIL, IBU HAMIL tak perlu lagi risau, sedih jika kita pembawa atau penghidap penyakit ini. Masih boleh dikawal. Semuanya atas izin Allah.

Jangan segan-segan nak pm aye untuk info lanjut.
Sekian.

Puan Hasnirah
Shaklee Distributor(883548)
Pm/Whatsapp/WeChat : 013-2236819
Fb : Hasnirah Iris
Email : zarariana@gmail.com

No comments:

Post a Comment