Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Monday, 31 December 2012

GLA COMPLEX

Salam..hari ini saya nak memperkenalkan GLA COMPLEX serta fungsinya. Ramai yang tidak tahu kebaikkan GLA atau nama penuhnya GAMMA -LINOLENIC ACID berfungsi untuk menstabilkan hormon.GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO.Jom baca entry yang saya ambil dari blog Master Cery :-
_________________________________
Asid lemak untuk wanita

Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?Jawapan:Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).



Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.



Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.



Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.



GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kelebihan GLA Complex
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel
Siapa perlukan GLA Complex :
~ Diabetes
~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit
_________________________________________________________

Salam sayang

Pn Hasnirah (013-2236819)
Shaklee ID : 883548
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 15 October 2012

Penangan Alfalfa- Susu badan mencurah-curah

Salam dan selamat pagi semua, pagi ni nak kongsi satu rahsia..haish..dah macam iklan OREO pulak. Teruja tak baca tajuk? Saja kasi gempak..ihihi..

Kisahnya macam begini,sebelum tidur malam tadi, saya telan Alfalfa, Horlicks + ESP suam. Seperti biasalah rutin harian sebelum tidur. ALFALFA dan Then tengah malam bila baby nak menyusu, bagi sebelah dan yang sebelah lagi keluar mencurah-curah macam air paip. Adus, rugi ni, baby sedap menyusu. Sambil tangan tutup dan tekan Cik B. Lepas tu tarik Cik N, saya bagi pula cik B yang tengah mencurah-curah. Sebelah lagi tetap keluar juga tapi tak banyak sebab baby dah menyusu. Dalam hati dok tersenyum sebab bersyukur sangat rezeki baby meriah.
ESP bagus untuk yang selalu letih, yang nak diet, yang nak kulit cerah dan macam-macam lagi. Alfalfa ini bukan berfungsi sebagai MILK BOOSTER semata-mata.Ianya membantu menghasil atau memproses susu badan dengan cepat, asalkan anda ikut konsep Supply and Demand tu ok. Bila payudara sentiasa kosong, proses penghasilan susu lebih cepat.Ye lah kan,ESP memberi tenaga, jadi bila badan sihat, bertenaga, menjadikan salah satu faktor kita happy, bila happy, susu pun dengan senang hati keluar. 

Sumber Alfalfa

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago Sativa memilii gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil  masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompress menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan d bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Jom baca kelebihan Alfalfa yang lain.


1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19.. Membuang angin dalam badan


So ingat ye kawan-kawan. Alfalfa bukan hanya untuk wanita tetapi lelaki juga boleh mengamalkannya.

Ha..best kan Alfalfa ni..banyak lagi nak cerite tentangnya..next post ye.. So boleh contact saya untuk sebarang pertanyaan atau order.


Sekian.

Salam Sayang


Pn. Has 
Shaklee ID :883548
Sms/Whatsapp/Viber :013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris

Thursday, 11 October 2012

ESP & PENYUSUAN

Salam.udah lame bebeno teman idak meng'update blog ni, bukan ape, dengan line tenet yang slow ya amat plus idea nak mengarang ayat tu tak brape nak ade..muhahahhaha...ok, arini saya nak story mory tentang ESP yang berkaitan dengan alam penyusuan diri saya.

Malam minggu yang lalu balik kampung sebab ada kenduri kesyukuran, sebelum tidur, saya telan B- Complex dan Alfalfa. Tengah malam niat nak bangun untuk buat POWER PUMPING. Sudahnya ke laut..huhuhuhu..so antara tengah malam tu, baby menyusu la jugak kan. Bangun tidur untuk solat Subuh dan sibuk menolong di dapur. Antara subuh hingga jam 10 pagi, anak tak menyusu sebab anak tido lagi. Tengah sibuk2 tu. tetiba rasa sakit bebeno cik B.

Cepat ambil pam, masuk bilik dan start mengepam. Mak aih, laju susu keluar. tersenyum sambil mengepam..hahahhha..hubby masuk bilik, bila tengok botol hampir penuh, dia pun cakap " banyak nye yang".. lagi la berbunga2 hati nak mengepam. Tu sebelah je pam, sebelah lagi belum, elok habis pam, baby bangun dan terus sumbat yang sebelah lagi.

Nak dijadikan cerita, si kakak yang dah siap mandi menangis nak susu, kebetulan susu fm kakak dah habis,saya pun bagi la susu yang dah di pam. Mula2 saja nak menyakat sebab sebelum ni pernah bagi tapi di tak nak (sebelum minum ESP), tapi yang ni terus dia hisap penuh asyik, mungkin rasa macam soya kot (ESP kan soya)..hihihi..

Alhamdulillah, kakak minum sampai tidur.Saya pun cakap dengan suami, "kan bagus kalau kakak nak susu badan ni, jimat kos"..suami balas, " kalau kakak nak, apa salahnya bagi. Saya senyum je la..Sepanjang pagi Ahad hingga malam, kakak minum susu ibu..Esok nya terpaksa bagi fm sebab pam susu tinggal di kampung. Sekarang tengah study tentang Teknik Marmet.


Ini la baby saya, bambam tak? hihihi..Gambar susu tu, susu yang saya pam sebelah Cik B dalam tempoh tak sampai 10 minit. Antara produk Shaklee yang saya ambil adalah Vitalea, Vitamin C, B -Complex, Alfalfa dan ESP tentunya. ESP bukan secara khusus tambah susu tau, yang penting kena rajin mengepam (ikut jadual), minum air masak banyak, makan makanan berkhasiat dan yang paling penting adalah POWER PUMPING. Selamat mencuba semua.

Salam sayang

Pn.Hasnirah
Shaklee ID :883548
Sms/Whatsapp/Viber: 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris

Monday, 24 September 2012

Get Clean Fresh Laundry Concentrate

Salam semua. Nak kongsi maklumat tentang Fresh Laundry Concentrate Powder Shaklee.

Anda tahu rasanya pakaian yang bersih daripada membasuh? Fresh Laundry membawa ke tahap yang seterusnya. Formula semulajadi-enzim meninggalkan pakaian tambahan membersihkan di samping selamat di planet. Yang bermaksud anda berasa lebih nyaman.

Antara faedah menggunakan Fresh Laundry ini :-

* Pekat -5.5lb (Sekotak membasuh 88 basuhan)
* Prestasi tinggi - pembersih enzim diaktifkan mengekalkan basuhan yang putih dan berwarna cerah.
* Selamat pada semua jenis kain - berkesan dalam air keras/lembut
* Dirumus untuk membantu mencegah pencelup dalam pakaian berwarna daripada memindahkan dari satu pakaian kepada lain.

TAHUKAH ANDA?

Banyak serbuk dobi mungkin mengandungi perengsa yang boleh diserap melalui kulit atau sedutan iaitu penyebab biasa alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate adalah seperti merengsa dan senaraikan bahan berbahaya oleh EPA dan DOT. Sentuhan boleh merengsa dan membakar kulit dan mata, bauan boleh merengsa hidung, tekak dan paru-paru yang boleh menyebabkan batuk. lelah dan/ atau sesak nafas.Kerengsaan pada kulit berulang kali boleh menyebabkan kekeringan, kegatalan, kerengsaan kronik dan ruam.

Get Clean adalah SELAMAT untuk anda, rumah anda dan planet anda. BERKUASA, HIJAU dan BIJAK

Get Clean juga terdapat Dish Wash Concentrate, Soft Fabric Concentrate, Basic-H Organic Super Cleaning Concentrate dan juga Get Clean Water Pitcher.- Sumber Buku Panduan Nutrisi Shaklee.

Ok, setakat ini perkongsian saya, saya akan kongsikan info untuk Get Clean yang lain juga.

Sekian.

Salam Sayang
 Hasnirah (ID 883548)
Fb : Hasnirah Iris
Call/SMS/ Whatsapp : 013-2236819


Monday, 3 September 2012

VIVIX- Tonik Ajaib

Vivix oh Vivix. Gila gempak tajuknya ye..ihihi..Jom ketahui serba sedikit mengenai vivix.


Apa itu vivix?

Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain.

Apa yang terkandung dalam Vivix ni sehinggakan ia dikatakan sangat best?
Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Dan info berguna..

Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...

 Apakah itu Resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

 • Antioksidan yang kuat,
 • Anti-inflamasi
 • Anti-kanser

Sumber Vivix

1. Muscadine Grape- (Anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan kerana pasangan tambahan kromosom ini. Ia menyediakan  lebih banyak faedah kesihatan)
2. Purple Carrot
3. Elderberry (Sambucus Nigra)
4. Polygonum  Cuspidatum

Satu penemuan Revolusionari dalam anti-penuaan pada tahap sellular. Terdapat 4 mekanisma iaitu :-

* Kerosakkan DNA.
- Ramuan VIVIX melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

* Pengawalan Genetik.
- Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan VIVIX mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

* Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel.
- Ramuan VIVIX menggalakkan biogenesis(pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

* Penimbunan Protin AGE
- Ramuan VIVIX adalah 10 kali lebih kuat dari resveratol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukkan protin AGE.

Antara lain kelebihan VIVIX adalah:- 
  1. Menolong membantu/memelihara kesihatan jantung
  2. Kesihatan otak
  3. Kesihatan sistem imun
  4. Kesihatan sendi
  5. Perlindungan antioksidan
  6. Peningkatan tenaga pada tahap sellular
  7. Kesihatan dan kesejahteraan.
  8. Menyokong kesihatan kardiovaskular
  9. Kekebalan dipertingkatkan
Ini yang saya petik dari blog yourfabulousmama.com

Vivix ini untuk bantu pulihkan DNA yg rosak, mengawal genetik, menghasilkan tenaga yg diperlukan ole) sel, melambatkan pembentukan protein AGE-advanced glycation end products. protein AGE yg berlebihan ni boleh ganggu keutuhan sel. bantu jaga dan pelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan, utk kesihatan overall.
 VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, penyakit kardiovaskular, kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, terlebih berat badan n masalah kegemukan, nyanyuk, osteophorosis, penyakit2 mata spt katarak n glaukoma dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Para sahabat sekalian, banyak manfaat vivix ni kan.

Testimoni Pn Ummu Ainan tentang ibunya yang kena strok.
*********************
Assalamualaikum selamat petang..

 Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

 Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

 Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

 Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

 Ubat yang mak makan sekarang
 1) Nootropil
 2) Amiodarone
 3) Simvastatin
 4) Warfarin

 Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

 Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..



Alhamdulillah. Bukan nak kata tonik ni hebat atau apa, kita berusaha untuk mencari penyelesaian terbaik kerana setiap peyakit ada ubatnya. Percaya pada Allah.Usaha dan tawakal sepenuhnya pada Dia.

Jangan tak tahu, pelakon cantik Ayu Raudhah tu pun makan VIVIX untuk kecantikan dan kesihatan.Ini antara petua yang dikongsikan. Sumber Harian Metro http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.harian-metro-online.com%2Fpetua-moden-tradisional-ayu-raudhah&h=cAQFzbSz0

Sekian. Terima kasih

Untuk pertanyaan boleh hubungi saya  :

Pn Hasnirah 
Shaklee ID : 883548
Sms/Whatsapp/Viber: 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris


Tuesday, 31 July 2012

Collagen Powder

Salam untuk semua kawan2.. Lama pulak rasanya tak update blog..huhuhu.. Kali ni saya nak share info tentang kalogen.. mesti ramai yang pernah dengar kan. Tapi ini cerita tentang Shaklee Callogen Powder...

Apa ye kalogen ni?

Kalogen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, ligamen, otot, tulang sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kalogen. 80% daripada tulang adalah kalogen, kornea juga adalah kalogen. Kalogen melindungi organ, perut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain.

Sebab  dan kesan kehilangan kalogen.

* Semakin usia meningkat, kalogen didalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kalogen menyebabkan pembentukkan kedutan  dan munculnya tanda-tanda penuaan lain seperti :
- Kulit berkedut, kering dan melayut
- Kuku rapuh dan tidak kukuh
- Rambut halus dan gugur.

Kemerosotan ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan! Pengambilan tetap makanan tambahan kalogen dapat menggantikan kalogen yang hilang dan memelihara kulit. 

Sumber Kalogen Powder Shaklee

* Sisik ikan merah - ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m. Di bawah keadaan laut yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar bagi ikan biasa untuk hidup. Kerana itu ia sumber kalogen terbaik dan sifatnya sangat lasak dan elastik, kepaduan sel yang sangat tinggi, tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan dan jisim molekul yang sangat rendah.
* Ekstrak biji benih Camelia Japonica - Mengandungi asid leik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan.
* Ekstrak Pfaffia - Digunakan secara tradisional untuk merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga.
* Elastin dari kalogen ikan - Mengekalkan kulit lebih anjal.
* Vitamin C - Menggalakkan pengeluaran kalogen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.
* Vitamin B2,B6 - Bergabung dengan karbohidrat, lemak dan metobalisme protein untuk membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kalogen di dalam sel tubuh.
* Ekstrak kerang-kerangan - Mengandungi glukosamina sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata & melegakan ketidakselesaan mata.
* Lactobasilus Acidophilus - Meningkatkan penyerapan kalogen.

Keberkesanan terbukti secara klinikal, dimana ianya dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakan selama 8 minggu keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh:-


* Meningkatkan kelembapan kulit -90%
* Mengurangkan kekasaran & kekeringan - 75%
* Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan - 71%
* Meningkatkan kelembutan dan kelicinan -69%
* Meningkatkan pemakaian kekal mekap - 60%
* Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti -55%
* Meningkatkan ketebalan rambut - 54%
* Meningkatkan keserian, tona & warna kulit-50%
* Mengurangkan garis-garis halus & kedutan.


Kesan-kesan dan faedah-faedah mengambil kalogen:- 

* ANTI-PENUAAN - Mengurangkan liang pori, kedutan dan garis-garis halus dan kedutan yang kelihatan.
* MENGHIDRATKAN -  Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan menggelupas pada muka.
* MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
* MELICINKAN - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
* MENYUBURKANMenguatkan kuku, menyuburkan rambut yang tebal dan bersinar.
* MENCERAH - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
* MENEGANG - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

Sumber - Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Testimoni - credit Nur Zahirah

 ...ade pengguna guna 3 hari kalogen ni..memang sgt2 best katanya..!! Kulit makin lembut,parut jerawat makin pudar...sakit badan dah takde, bangun pagi badan bertenaga je, membuang ok je, gastrik dah tak timbul lg, puasa ok je walaupun hanya minum ESP dan kurma..pecah2 kat tapak kaki pun dh hilang..baru 3 hari:3 sachet..marvellos!!! Berbaloi!!! Ade ibu menyusu ambil kalogen ni.
Alhamdulillah, tak mengganggu penyusuan..malah bby lagi suka..sedap agaknya!

Sekian.

Pn Has
Shaklee ID :883548[Email: zarariana@gmail.com]
Sms : 013-2236819
Fb: Hasnirah Iris

Friday, 27 July 2012

Kecergasan di bulan puasa

Alhamdulillah..syukur pada Allah, hari ini sudah 7 hari kita berpuasa. Moga bulan Ramadhan memberi banyak manfaat untuk semua. Petang2 sambil memasak, saja curi masa menulis.

Selama 7 hari berpuasa, ada 2 hari saya tak ambil ESP sebab lewat bangun. Tapi sempat la makan kurma dan minum air. Allahuakbar, nyata sepanjang hari berpuasa menguji keimanan saya. Semua perkara negatif berlegar di fikiran, penat, lapar, pedih perut,pening dan macam2 la. Tapi tetap gagahkan juga. Sangat berbeza jika saya ambil ESP.

CERGAS, BERTENAGA, PERUT TAK PEDIH. Itulah Yang dapat saya gambarkan jika mengambil ESP berbanding langsung tidak. Hehe...

Jadi, jom kawan2 semua kita amalkan ESP. Perisa Vanila yang lazat.

Maklumat lanjut, boleh klik link ni http://www.shaklee.com.my/eng/prodview_body.asp?prodcode=11003

Boleh pm saya ye kawan2

Pn. Norhasnirah (SID 883548)
Hp. No & Whatsapp (013-2236819)
Fb ( Hasnirah Iris)

Sunday, 22 July 2012

Pengalaman dengan Shaklee

Salam..ini antara supplemen(Esp, Vitalea, Vitamin C, B Complex & Alfalfa) yang saya ambil sepanjang misi penyusuan my second lovely daughter..Pengalaman gagal menyediakan stok susu dan kurang ilmu dalam pengurusan susu badan menyebabkan anak pertama saya hanya sempat menyusu selama 4 bulan sahaja. Apabila bersalin anak kedua saya berniat untuk menyusukan selama mungkin.Cara tradisional saya amalkan, minum jamu, jantung pisang, jagung, lobak putih saya cuba dengan harapan susu menjadi banyak. Alhamdulillah, susu banyak tetapi saya tidak pam, cuma mengharap agar anak dapat minum puas dan kenyang(sungguh menyesal kurang ilmu). Air masak juga kurang minum.

Buka facebook, tengok kat satu group ni. Belek punya belek, ternampak gambar susu dalam plastik beg(banyak tuuuuu) yang diiklankan oleh Zura Betty (mommy). Masa tu minta pm( privaye msg), memang baik layanan mommy..i likeeeee...hihihi..padahal masa tu duit tak berapa nak ada, bila mommy tanya berapa budget. Alamak eeeeee..malu nak cakap.First saya cakap nanti dulu,huhuhu..mesti mommy marah, tanya macam-macam tapi tak mau beli. Niat dah ada nak ambik, korek punya korek duit demi anak tersayang, alhamdulillah dapat beli vitamin..

Bila dah makan vitamin ni, dapat rasa perubahan, badan tak penat, tak mengantuk, rasa cergas je. Maklumlah, masa tu kerja, badan exhaust sgt saya rasa. Balik kerja, ambil anak, balik umah, masak. Hampir jam 10 malam baru dapat makan. Saya menangis. Awal bulan Februari 2012, suami bertukar tempat kerja. Saya pula nak masuk kerja hujung bulan. Dengan pengasuh anak yang pertama tak mahu jaga anak disaat2 akhir. Saya panggil adik suruh duduk, jaga anak dan temankan saya sehingga bulan Jun 2012.

Saya tak ingat bila mula makan, tapi saya dapat je vitamin dari mommy(beli trial) saya terus makan, minum air 3 liter, pam. Mommy rajin tanya, ada efek apa-apa? Susu macamana? Bila saya cakap tak banyak, soalan dari mommy, minum air banyak tak? Pam berapa kali?. Setelah diterangkan mommy, baru saya tahu, milk booster bukan supplemen semata-mata. Tapi lebih kepada prinsip"demand & supply".Semakin banyak permintaan, semakin tinggi pengeluaran. So, jangan salah konsep ok.

Sekarang alhamdulillah, dengan teknik, usaha, doa, pengambilan air secukupnya, membantu dalam proses penghasilan susu. Saya berjaya menyusukan anak kedua hingga sekarang(8 bulan). Amin.

Antara testimoni daripada ibu yang membuat stok semasa dalam pantang. Credit Mai Md. Saupi



Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh pm saya di:-

Hp. No & Whatsapp
013-2236819
Fb
Hasnirah Iris

Energizing Soy Protein(ESP)

Assalam. Selalunya bila mengandung, orang tua-tua akan beritahu " minum soya, makan tempe, nanti kulit anak jadi cantik, putih." ihiks..Betul ke? Entah ye, saya kekadang makan tempe,kekadang minum soya, sesekali tauhu, tau fu fa. Tapi tidak le sepanjang masa dengan soya. Lepas tu, dengar pula orang kata, " Eh, jangan makan minum soya, nanti kulit baby sensitif, nanti dapat barah. Astagfirullah..lebih percaya pada mitos berbanding kuasa yang Maha Esa.

Dalam kehidupan ni, apa saja yang kita buat, makan, berikir secara berlebihan akan memudaratkan. Betul ke tidak? Ye, mungkin ada berkaitan soya dengan kesihatan. Tetapi soya yang dihasilkan di Shaklee sangat berbeza. Kenali 7 panduan dalam pemilihan soy protin.


7 Kriteria/panduan dalam pemilihan soy protin.
  1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  2. Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  3. Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  4. Pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang 
  5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result.
  7. Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg demikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Wah. Ada 7 kriteria pemilihan soy protin yang Shaklee beri.Apa kata anda? 

Keistimewaan ESP Shaklee.
  1. Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan.
  2. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  3. Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa
  4. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  5. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik.
  6. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet. 
  7. PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY! 
    Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
Moh kita tengok keperluan protin dalam diet harian :-

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan yang bergoreng.

Penting ke protin ni kawan2? Taknak ke ambil tahu? :))

Badan kita memerlukan protin untuk tumbesaran!Ianya adalah asas kepada sel hidup dan sebuah blok binaan utama. Struktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. 

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein. 

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :- 

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100% 


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM): 

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan) 

Kelebihan ESP ini ialah;

1. Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. 
2. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
3. Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung.
4. Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
5. Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara.
6. Menepousindeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah 

Apa yang anda dapat bila minum ESP?

1. Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
2. Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
3. Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
4. Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Macam2 kelebihan ESP ni tau. Even saya sendiri dah merasainya. Baca la sikit cite saya ni..hihihi..

Bestnya minum ESP ni. Badan rasa bertenaga, kulit gebu dan anjal, kenyang lebih lama. Ini pengalaman saya sendiri.Bestt dan memang BEST!!!!!!! Saya menyusukan anak saya yang berumur 8 bulan, bila minum ESP ni, ternyata miss B cepat penuh dan susu lebih berkrim & pekat.

Satu hari sengaja saya hidu susu yang saya dah pam, Eh, tiada bau hamis, bau susu soya ( ESP ni dihasilkan dari kacang soya terbaik tau). Ini membuatkan anak saya CEPAT KENYANG DAN TIDUR LEBIH LAMA.

Ishhh..banyak lagi la kebaikan ESP.Satu lagi kan, rasa ESP MEMANG LAZAT, bancuhan ESP boleh divariasikan..Ikut selera anda.Kalau saya, saya blend dengan kurma,oat..yummy!!!!

saya dah jumpa dan berikan yang terbaik. Anda?

Sekian

Pn Has
Shaklee ID : 883548
Sms :013-2236819 {Email: zarariana@gmail.com]
Fb:Hasnirah Iris


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.