FAKTA: Lebih 6 juta rakyat Malaysia mengalami kolestrol yang tinggi
Kolestrol yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah tersumbat. Juga menyumbang kepada risiko penyakit jantung, serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, penyakit hati dan ketidaksuburan.
Faktor yang menyumbang kepada peningkatan kolestrol
1. Pemakanan
2. Merokok
3. Minuman keras
4. Tekanan
5. Hati yang tidak sihat.
American Heart Association menyarankan pengambilan kolestrol bagi INDIVIDU NORMAL adalah tidak melebihi 300mg sehari. Manakala PESAKIT JANTUNG kurang daripada 200mg sehari.
Pertama sekali ayuh kita kenali apa itu KOLESTROL?
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaranhati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
KOLESTROL BAIK DAN 'JAHAT'
Para doktor telah lama tahu akan kaitan antara kolesterol dengan penyakit jantung, tapi satu kontroversi timbul tentang kesan yang diakibatkan oleh kolesterol yang berlaianan. Kolesterol yang melekat pada protein akan turut beredar bersama peredaran darah. Kira2 70% daripadanya dibawa oleh lipoprotein berketumpatan rendah (LKR) yang mengakibatkan salur darah tersumbat dan menyebabkan serangan jantung. Kolesterol ini digelar kolesterol buruk. Kolesterol selebihnya dibawa oleh lipoprotein berketumpatan tinggi (LKT), tetapi tidak menyebabkan penyakit jantung dan digelar kolesterol baik.
Satu kajian yang dijalankan di Finland terhadap 4000 orang separuh umur mengesahkan analisis tersebut. Buat pertama kalinya kajian ini menunjukkan bahawa peningkatan kolesterol LKT sebenarnya membantu menghalang pesakit yang berisiko tingi diserang penyakit jantung. Analisis tersebut juga menyangkal pendapat sebelum ini yang mengatakan penurunan paras kolesterol secara mendadak sahaja yang membawa faedah. Dalam kajian tersebut terhadap sekumpulan orang, para penyelidik berusaha meningkatkan kolesterol baik di dalam darah serta dapat menurunkan 10% keseluruhan kolesterol.
Kumpulan yang satu lagi diberi plasebo. Ujian ini memakan masa lima tahun. Laporannya yang disiarkan dalam majalah New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa kurang 1/3 daripada mereka yang mengambil dadah tersebut hanya mengalami serangan jantung yang tidak berbahaya.
Bagaimanapun di Russia, gelaran buruk dan baik tidak digunakan bagi maksud yang sama. Keputusan ini dibuat hasl kajian selama tujuh tahun terhadap 7800 orang pertengahan umur dari Moscow dan Leningrad. Kajian itu menunjukkan di Russia bilangan mereka dengan LKT tinggi yang diserang penyakit jantung adalah lebih kurang sama dengan mereka yang mempunyai kandungan LKT yang rendah. Tambahan pula banyak daripada mereka yang mati akibat penyakit lain terutamanya kanser. Sebaliknya dalam kajian yang sama terhadap 982 orang Amerika yang mempunyai kolesterol baik yang tinggi didapati kadar kematian akibat sebarang sebab adalah rendah.
Sumber: Dewan Masyarakat.
Pemakanan yang membantu menurunkan paras kolestrol
Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pusrawi, Nurul Farhanah Md Fozi, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap bercirikan bijirin penuh berserat, jenis protein yang betul, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara saranannya adalah:
1. Makanan bijirin penuh dan tinggi serat
Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.
Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol.
2. Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3
Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.
3. Kekacang badam, walnut, pistachio dan soya
Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.
Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.
Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.
Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.
4. Buah-buahan kaya antioksidan mengandungi vitamin A, C dan E
Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.
Alternatif
Tapi jika anda lebih suka mencari alternatif seperti supplemen, saya syorkan antaranya Coq10 ,Omega Guard dan yang terbaru adalah Phytocol ST.
Secara ringkas tentang Phytocol ST
- Fitosterol atasi masalah kolestrol secara semulajadi
- Lebih daripada 80 kajian membuktikan bahawa dengan menghalang penyerapan kolestrol dalam darah, fitosterol dapat membantu menurunkan paras kolestrol LDL.
- Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), mengesyorkan penambahan 2000mg fitosterol ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolestrol secara semulajadi.
Untuk pertanyaan atau order, boleh hubungi saya.
Sekian, terima kasih
Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe
No comments:
Post a Comment