Antara ayat pertama beliau ungkapkan adalah "Beri 100% Untuk dapat 100%". Yang bermaksud sebelum kita nak dapatkan apa yang kita mahu, kita beri atau usaha semaksimum yang mungkin. Alhamdulillah, saya dan suami datang dengan minda yang kosong dengan harapan minda kami akan "terisi" dengan kata-kata motivasi beliau walaupun sebelum ini 'mentor' sudah ulang banyak kali. Ternyata apabila coaching secara berdepan lebih 'terkesan'.
Airmata mengalir laju tatkala lagu Baik-baik Sayang dikeudarakan. Berdiri dan memeluk bahu kawan-kawan lain. Sangat menyentuh hati. Rata-rata peserta mengalirkan air mata. Syahdu. Tapi bukan itu yang saya nak fokuskan. Apa yang kita buat sekarang ini selari dengan niat? Jika niat tidak sama dengan apa yang kita buat maka apa yang kita hajati payah nak dicapai.
Beza antara ANGAN-ANGAN dan CITA-CITA adalah
* ANGAN-ANGAN = TIDAK DITULIS
* CITA-CITA = DITULIS,DIGAMBARKAN,DIBAYANGKAN
Tulis cita-cita dan impian anda(1-99). Mulakan dengan menulis nombor, terkadang bila sebut 99 cita-cita, kita rasa BANYAK. Tapi jika kita mula menulis nombor, kita akan terus menulis impian-impian kita dan serta merta 99 bukan lagi halangan. Untuk berjaya kena BERIMPIAN BESAR.
Kemudian bersangka baiklah dengan ALLAH yang MAHA PEMBERI REZEKI. Rezeki lebih mudah dijemput berbanding dikejar. Jadi mengapa perlu kita kejar sedangkan itu akan memenatkan kita. Tapi jemputlah 'dia' dengan mendekati pencipta dan pemberi rezeki iaitu Allah S.W.T. BERDOA, berdoa sebanyak mungkin kerana ALLAH mahu mendengar rintihan hamba-hambaNya. Walaupun Allah tahu apa yang kita mahu, tapi percayalah, MINTA dengan DIA.
Allahuakbar. Perasaan saya masa itu sangatlah malu sebab memang saya meminta tapi tidak dengan KESUNGGUHAN. Apa beza BERJAYA dengan BAHAGIA? Berjaya apabila kita mendapat pengiktirafan, gelaran yang menjurus kepada diri kita sendiri tetapi BAHAGIA adalah apabila apa yang kita ada, kita kongsikan bersama orang lain. Masyallah, indahnya berbagi rasa. Di sini konsep PIES diamalkan iaitu
P- Physical
I- Intelektual
E- Emosional
S- Spiritual
Secara ringkasnya adalah
1. Kita menarik apa yang kita fokuskan. Bila kita fikir negatif, maka negatif yang kita dapat. Fokus pada apa yang kita suka. In sha Allah akan datang perkara yaNg baik-baik sahaja.
2. Energy ada gelombang. Bila kita tidak suka, perkara yang negatif datang pada kita.
3. Tulis,bayangkan, rasa perkara baik-baik. Bayangkan yang kita sudah capai impian itu setiap kali sebelum tidur dan selepas bangun tidur.
Jadi, apabila datang perkara negatif atau yang kita tidak suka, terus sebut CANCEL atau Na'uzubillahi Min Zalik
Selalu tanamkan dalam jiwa bahawa tiada KEBETULAN di dunia ini. Semua sudah diatur dan dirancang oleh ALLAH. Kesimpulannya,
1. Perkara yang susah daripada susah adalah PERUBAHAN
2. PERCAYA sebelum melihat
3. Berkerja untuk BERJAYA
4. KEJAYAAN bermula daripada kegagalan
5. Baby Elephant Sindrome(kepercayaan yang ditanam dalam minda sekian lama sehingga sentiasa fikir negatif)
6. PERUBAHAN bukan pilihan tetapi satu KEMESTIAN
7. SYURGA hanya menerima orang0orang yang HEBAT
8. KEJAYAAN TERBESAR adalah POTENSI DIRI.
YA! Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah PERUBAHAN! Niat dan tindakan. In sha Allah.
Peserta yang menghadiri kursus.
Sekian. Terima kasih.
Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Fb: Hasnirah Iris
Email: zarariana@gmail.com
Page : Iris Vitamin Shoppe
No comments:
Post a Comment