Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Sunday, 11 May 2014

Ostematrix pilihan saya ketika hamil

Assalamualaikum w.b.t. Pagi semalam sebenarnya tidak dapat pergi ke pasaraya disebabkan cuaca hujan, maklum la Has naik motor je dengan anak-anak. Pasaraya dekat sangat pun. Jadi, oleh kerana hujan, Has goreng jemput tepung perisa udang Adabi.


Petangnya mak, bapak dan embah datang daripada kampung. Bermalam rumah adik sebab hari ini mereka dan termasuk saya sekali nak pergi hadiri jemputan majlis kahwin orang kampung(dulu duduk sekampung) yang dah pindah ke Bukit Beruntung. Juga atas jemputan bapak jadi DJ.

Selepas Maghrib, saya ajak suami pergi pasar malam minggu di pekan Tanjung Malik sebab nak beli Otak-otak. Memang biasa beli di gerai pasar, anak-anak suka. Rasa sedap dan isi tebal. Satu RM0.60. Beli yang siap masak 20 batang dan mentah 50. Boleh masak sendiri di rumah. Lepas siap membeli, saya pergi cari sandal di kedai BATA.

Selesai membeli, terus bergerak ke rumah adik.Saja sembang, sambil sembang-sembang terkeluar la cerita perihal mengandung. Sembang-sembang dengan mak. Katanya sepupu ku yg hamil alami SEMBELIT BERDARAH!! Adus..cian.sampai kena jumpa doktor untuk suntikan.Saya tidak nafikan,masa saya hamil anak pertama dan kedua,sembelit adalah MASALAH UTAMA yg mengganggu hidup seharian. Berjam2 duduk dalam toilet.huhuhu

Tapi sejak kenal Shaklee. Saya amalkan supplemen dan banyak minum air masak. Alhamdulillah. Kandungan ketiga tiada masalah sembelit.TIADA KEKEJANGAN.TIADA SAKIT PINGGANG.KURANG LENGUH2. Apa salahnya kita cuba demi kebaikan dan kesihatan kan? Tak rugi pun.

Pagi tadi gerak ke Bukit Beruntung jam 8 a.m dan sampai lebih kurang jam 9.00 a.m. Lepak dalam rumah tuan kenduri lepas itu keluar lepak dengan DJ..hehehe.. Anak-anak saya tak mandi, so menumpang Home Stay yang tuan rumah sewa untuk saudara mara. Jam 11.am keluar dari homestay dan makan kenduri. Aduhai, mak yong tak larat sungguh dengan keadaan cuaca semakin panas. Nak menunggu DJ setel kerja jam 3. Nak tak nak terpaksa tunggu sebab menumpang..hahahha..

Tahan punya tahan, alhamdulillah settle semua urusan dan bergerak balik. Sampai rumah 4.30p.m. Bersiap-siap nak solat Asar, buat minum petang sikit sebelum mak,bapak dan embah balik. Lepas Maghrib, dah tak larat sangat, tertidur juga sampai Isyak. Allahuakbar, lenguh habis badan ni. 

Malam ni makan pulut dengan sambal ikan bilis je. Nanti sebelum tidur, nak telan Ostematrix 4 biji, bagi hilang semua letih, lenguh dan juga nak elakkan kekejangan berlaku. Maklum la, dah 5 bulan ni, kalau kurang kalsium, confirm "tarik"..huhuhu

Kalau kawan-kawan yang alami masalah macam saya, tak kira la sama ada anda hamil atau tidak sebab Ostematrix untuk semua. Lelaki,wanita, tua,muda.

Sekali lagi saya ingatkan, supplemen adalah untuk meningkatkan kesihatan ye. Ini juga salah satu alternatif kita untuk kekal sihat. So, jangan segan-segan hubungi saya.

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/hasnirah.iris
Pages : https://www.facebook.com/VitaminIbuHamil



No comments:

Post a Comment