24 May 2014
Perjalanan dimulakan seawal jam 7.30 a.m daripada rumah mak. Perjalanan lancar. Berhenti dihentian rehat untuk makan. Sampai di Jeti Kuala Perlis jam 12.30 p.m. Jumpa agen yang saya tempah chalet dan kereta. Beli tiket feri jam 1.30 p.m. Menyelusuri laut selama hampir satu jam. Dalam feri tidak begitu ramai orang, jadi anak-anak berlari-larian sambil diawasi ayahnya. Saya menikmati ciptaan Allah. Subhanallah.
Ini budak memang aktif sebab masa ni belum penat lagi..hihi
Ibu sempat posing.
2.30 p.m sampai di seberang, menunggu pula untuk ambil kereta(Myvi putih). Kepenatan sudah dirasai. Siap register, bergerak menuju ke chalet. Tapi suami terlebih rajin, nak ronda-ronda dulu kenal jalan. Akhirnya 4.30p.m sampai juga.Chalet betul-betul menghadap laut..hik hik. Anak-anak dah tidur dalam kereta, jadi bila nampak laut, mereka sangat-sangat la teruja. Perkara pertama bila dah letak semua barang, solat dulu dan bawa anak-anak ke tepi pantai. Kebahagiaan terasa bila anak-anak melompat gembira dapat mandi laut. Layankan sampai jam 6.30p.m. Itupun puas pujuk suruh naik.
Malamnya selepas Isyak, bersiap pergi ke pekan. Cari baju dan cari makan. Selesai shopping, balik chalet dan berehat sebab esoknya nak pergi ke Island Hoping(Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah)
25 May 2014
Jam 8.30 a.m bersiap dan masuk pekan untuk sarapan dan seterusnya berkumpul di tempat untuk naik bot. 9.30 a.m mula naik bot laju. Gayat juga rasanya naik bot laju ni. terhentak-hentak membelah ombak sampai senak perut ku..Akhirnya hampir 45 minit sampai ke Pulau Dayang Bunting. Nak turun ke Tasik Dayang Bunting tu kena naik tangga dan turun tangga. Kejang habis kaki ku. Satu jam masa diberi. Hanya anak-anak yang mandi di tempat khas. Selepas itu naik turun tangga semula..Waduhh..semput.
Seterusnya pergi ke tempat pemeliharaan ikan, boleh bagi ikan makan, ambil gambar dengan penyu. Kemudian, melihat sang helang kelaparan. Bila tukang bawa bot tu bagitahu tentang asal usul nama Langkawi, barulah ku tahu. Nama Langkawi di ambil sempena nama sang Helang dan Batu Kawi yang banyak terdapat di pulau tersebut.
Usai disitu, kami bergerak ke Pulau Beras Basah untuk mandi pantai. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah. Dengan pantai yang mempunyai pasir yang halus memutih, pantai jernih dan bersih.
Hampir jam 1.00p.m baru kami sampi semula di jeti masa kami naik. Masuk kereta dan menuju ke gerai makan. Balik chalet, mandi,solat dan berehat. Petang itu juga kami menuju ke Gunung Mat Cincang untuk menaiki kereta kable. Masyallah, sangat tinggi lah...
Nak tahu kesudahannya? Ikuti sambungannya esok ye..hik hik..
Sekian..
Ikhlas coretan dari ku.
Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe
No comments:
Post a Comment