Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Friday 15 August 2014

Bengkak Kaki ketika Hamil dan cara atasi

Assalamualaikum.w.b.t.. Alhamdulillah bertemu lagi sahabat-sahabat ku sekelian. Minggu lepas saya alami sakit perut ditengah-tengah malam a.k.a cirit birit. Mungkin siang hari saya makan pedas. Allahuakbar, hanya mampu merintih 'Allah,Allah,Allah dengan perut memulas-mulas sekitar jam 2-3 pagi. Sambil berulang alik ke tandas. Satu dalam fikiran saya masa tu, "adakah aku ni dah nak bersalin?". Sedangkan saya baru nak masuk 36 weeks.

Selepas penat menahan kesakitan, akhirnya saya tertidur jua. Bila sedar jam 6.30 a.m, alhamdulillah, sakit perut dah tiada tapi perut terasa sedikit kejang sebab baby ikut sama mengeras. Syukur juga sebab baby tiada masalah. Selesai solat subuh, saya buat bancuhan ESP+Mealshakes+3 biji kurma bagi melegakan rasa pedih perut. 



Sejam lepas tu, saya telan Vitalea, Vitamin C dan Nutriferon, Syukur kerana keserasian dengan supplemen Shaklee. Tidak lama lepas itu keadaan saya beransur pulih. Baby pun bergerak dengan baik.

Khamis lepas(14 Ogos 2014) saya pergi check up di klinik. Alhamdulillah, semuanya ok. Cuma kaki dah mula bengkak. Ini first time saya alami bengkak kaki sebab anak yang dua sebelum ni,ok je. Saya ambil petikan di Utusan Online

"Apabila bayi anda semakin membesar, rahim memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang-kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut. Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam.
Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan kembali kepada keadaan asalnya. Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.
Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. Bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu simptom praeklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.
Kurangkan bengkakUbat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil yang akan membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan garam sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu.
Anda boleh mencuba cara lain untuk mengawal kebengkakan iaitu dengan menaikkan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan. Anda juga perlu mengelakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.
Selain itu, jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings). Stoking tekanan boleh didapati di farmasi.
Anda juga dinasihatkan minum banyak air, bersenam selalu terutamanya berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman.
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki. Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering. Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan anak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131222/kn_01/Kaki-bengkak-ketika-hamil#ixzz3ASZIsHhH 

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tips Hindari Sembab (water retention @ swollen feet, ankle, face) semasa Hamil
  • Minum air masak sebanyak 2-3 L sehari. Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam ‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab kaki, tangan dsb. Cuba cek, adakah kita sekadar minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yg cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh.
  • Lakukan senaman ringan. Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb.  Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal.
  • Jangan berdiri terlalu lama. Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab.  Banyakkan berjalan atau bergerak.
  • Tinggikan sedikit kedudukan kaki sewaktu berehat atau tidur. Alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung.
  • Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi heels!
  • Amalan pemakanan:
    • Hindari @ kurangkan:
    • Minuman berkafein dan alkohol
    • Makanan yang tinggi sodium.  Antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makan yang diproses (processed food), makanan segera (instant or fast food) – fries, burger, dll.
    • Karbohidrat
    •  Lebihkan dalam menu harian:
    • Makanan yang tinggi potassium – contohnya pisang, lobak meah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
    • Makanan berserat tinggi seperti roti high fiber.
    • Sayur-sayuran mentah seperti ulaman.
    • Protein, menggantikan karbohidrat.
    • Makanan tinggi magnesium dan vitamin B – sayuran berdaun gelap, oatmeal, asparagus dan kacang soya.
  •  Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air - SUMBER
Saya boleh mengesyorkan supplemen yang bersesuaian dengan masalah ini. Kalsium magnesium iaitu OSTEMATRIX. Ianya berbentuk pil yang sangat mudah ditelan. Sebotol mengandungi 120 biji dengan HARGA BERPATUTAN.

Boleh hubungi saya untuk order.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zararian@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Pages: Iris Vitamin Shoppe
COD: Tanjung Malim
Courier: Pos Laju, GDEX dan City Link



Thursday 7 August 2014

Keputihan kala Hamil

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah..curahan idea pagi ini agak memberangsangkan..hihi..ok..saya nak cerita sikit tentang keputihan di kala hamil. Bahayakah?

Keputihan- Sumber

Keputihan sering juga di sebut pektay atau floord aldust.Wanita yang sedang menderita keputihan akan merasa gatal pada daerah sensitif juga terasa sakit saat bersenggama.

Penyakit keputihan di bagi menjadi 2 kelompok yaitu:

1. Keputihan fisiologis yaitu keputihan yang tidak disebabkan oleh penyakit.Namun akan terlihat adanya perubahan faal tubuh.Keputihan jenis ini bisa di sebabkan beberapa hal diantaranya adanya rangsangan seksual,perubahan hormonal saat menjelang dan sesudah menstruasi,saat hamil atau karena perubahan emosi pada situasi tertentu misalkan bertengkar sama pacar karena rasa cemburu atau segala hal yang menimbulkan beban pikiran.Keputihan pisiologis ini tidak berbahaya keluhannya hanya terasa lembab di daerah pribadi wanita.
2. Keputihan Pathologis, yaitu keputihan yang diakibatkan oleh penyakit tertentu.Penyebab keputihan jenis ini jamur candida albicans,parasit atau ganas.Keputihan ini jika dibiarkan cukup berbahaya karena dapat mengancam kehamilan,meningkatkan resiko keguguran bahkan bisa mengakibatkan cacat pada bayi yang di kandung.Saat berhubungan suami istri akan terasa nyeri bahkan bisa menghambat kehamilan.Keluhan yang dirasakan keputihan phthologis akan terasa gatal, panas, bahkan nyeri pada organ genital wanita.Keputihan yang keluar berwarna kekuning-kuningan sampai kehijau-hijauan.

x.

Pengalaman sendiri.

Ngeri bukan? pada saya memang ngeri apabila kehamilan ketiga menyebabkan kawasan peribadi menjadi gatal. Awalnya(Trimester pertama) keputihan hanya berwarna putih, apabila bulan Ramadhan ianya bertukar kepada warna kekuningan dan sakit. Saya sudah memberitahu kepada misi yang checkup setiap bulan tetapi di balas dengan kenyataan 'andai sakit lagi, kita akan bagi appointment untuk buat ujian air kencing, sama ada mungkin disebabkan kencing kotor'.

Minggu depannya saya jumpa doktor untuk scan(ultra sound). Selepas selesai urusan, saya beritahu doktor masalah yang sama dan doktor memberi ubat untuk dimasukkan di bahagian intim bagi mencuci atau membersihkan bakteria yang menyebabkan keputihan. Buat seperti arahan doktor tetapi masalah belum selesai.

Ramadhan menyebabkan kadang-kadang saya terskip pengambilan supplemen sehingga bila waktu raya Aidilfitri kedua dan ketiga, masalah makin serius apabila masalah keputihan menjadi kehijauan!!!!!!!!!! Oh my..Dengan pantas, saya makan Nutriferon dan Garlic.Selama 2 hari saya konsisten dengan Nutriferon dan Garlic, ditambah pula dengan  supplemen asas lain. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, keputihan berkurangan, sakit berkurangan. Syukur sangat-sangat.

Kenapa pilih NUTRIFERON dan GARLIC?

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.




4 ekstrak bahan di dalam Nutriferon

* BIJI LABU
- Yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
- Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
* BIJI PLANTAGO ASIATICA
- Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.
* HONEYSUCKLE JAPAN
- Menentang pencerobohan virus dan kuman.
* BUNGA SAFFLOWER
- Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.

Dengan kehadiran bunga Safflower, ianya membantu MELINDUNGI DARI INFLUENZA
- Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

GARLIC




Ianya dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas serta kombinasi 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan spearmint. Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau. Perisa herbanya terhasil dari kombinasi ekstrak herba( Rosemary & Spearmint) serta mengandungi pelbagai Vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Antara fungsinya

* Antibiotik yang selamat & semulajadi
- Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.


Disebabkan keputihan terjadi daripada bakteria/kulat, maka pilihan Nutriferon dan Garlic amat bersesuaian pada saya. Sekarang dah hampir seminggu lebih berterusan makan supplemen, alhamdulillah, keputihan memang tiada.

Anda hamil dan alami masalah sama macam saya? Atau anda anak dara yang alami keputihan/jerawat yang serius? Sila hubungi saya untuk konsultasi terbaik.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Pengedar Sah Shaklee(883548)
COD: Tanjung Malim
Courier: PosLaju, GDEX dan CityLink
Sms/Whatsapp: 013 2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe

Tuesday 5 August 2014

Hargai Diri mu dan Insan tersayang

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selamat hari raya Aidilfitri buat semua umat islam di seluruh dunia. Sejak akhir-akhir ini berlaku macam-macam dugaan buat Malaysia, Gaza. Moga segala urusan dipermudahkan, moga kemenangan milik Gaza. Kita berdoa dari Malaysia.

Ogos menjelma bermakna promosi juga baru. GLA COMPLEX yang menjadi pilihan ramai, beli 6 PERCUMA 1. Best kan, siapa nak bagi FREE? Sebotol ada 60 biji. Tapi khasiat dalam sebiji GLA tu yang penting. 

GLA Complex dihasilkan daripada English Primerose flower dan Borage flower yang berfungsi mengekalkan kelembapan dan kemulusan kulit bermasalah dan kering.GLA adalah lebih baik daripada EPO kerana EPO hanya mengandungi 25% GLA. Juga mengandungi asid amino. Kelebihan GLA Complex ialah kerana ia mengandungi Vitamin E yang asli dan biji bunga matahari yang kaya dengan ASID LEMAK OMEGA 6 ( LA, GLA dan AA).



Asid lemak untuk wanita

Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?

Jawapan:Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).

Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.


1) Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
2) Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

# Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

APA FUNGSI GLA COMPLEX SHAKLEE ?

1) Bagi wanita yang punya kitaran haid yang tak teratur

>> GLA membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

2) Bagi yang dah lama ingin mendapatkan zuriat

>> GLA membantu meningkatkan kesuburan

3) Bagi yang sering mengalami PMS (pre-menstrual sindrom)

>> GLA membantu melegakan simptom2 pra haid seperti sakit perut, sakit pada buah dada & lain2 ketidakselesaan

4) Bagi wanita yang hampir/sedang putus haid

>> GLA melegakan tanda-tanda putus haid

5) Bagi yang ingin cantik

>> GLA menjadikan kulit lebih berseri-seri, glowing

>> GLA juga menguatkan kuku dan rambut

6) Bagi yang ada masalah jerawat

>> GLA menseimbangkan hormon, hormon yang tidak stabil sering menyebabkan jerawat tumbuh tanpa sebab pada muka walaupun empunya diri

7) Untuk kesihatan menyeluruh

>> Menguatkan sistem imun tubuh

>> Mengawal kencing manis dan darah tinggi

>> Mengawal kolesterol

>> Baik untuk fungsi saraf

Tapi saya suka menggelarkan GLA COMPLEX ni vitamin cantik. Hihihi..siapa yang sesuai consume GLA COMPLEX?

# Individu yang diet
# Individu yang ada kencing manis
# Individu yang alami masalah jerawat dan jeragat
# Individu yang alami masalah Eczema, pyrosis
# Individu/wanita yang ingin meningkatkan kesuburan
# Ibu-ibu yang dalam pantang
# Individu yang nak menopause
# Wanita yang alami masalah PMS/Senggugut yang teruk
# Wanita yang alami haid tidak teratur

Jadi apa anda tunggu lagi? Hadiahkan pada yang tersayang agar mereka tidak dirundung masalah kesihatan atau kecelaruan hormon. Pasti kita rasa bahagia apabila insan yang kita sayang sihat dan ceria. 

*GRAB PROMOSI OGOS-GLA COMPLEX(BUY 6 FREE 1)

Sekian, terima kasih

Puan Has
Pengedar Sah Shaklee
883548
Sms/whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe

Konsultasi PERCUMA untuk setiap pelanggan yang membeli daripada saya. Harga TERBAIK. SERVIS TIP TOP