Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Thursday 26 June 2014

Uban dan cara mengatasinya


Masalah UBAN

Siapa di sini pernah alami masalah uban ketika remaja? Saya merupakan salah seorang daripadanya Kejadian itu berlaku ketika umur saya 14 tahun. Bermula dengan sehelai bulu mata putih, saya cabut kemudian merebak di kepala. Saya tidak risau sangat sebab saya pakai tudung. Sehingga umur meningkat ke 17 tahun, masalah tersebut belum hilang. Nak tahu apa saya buat? Saya minta tolong kakak saya untuk cabut rambut putih sehingga menipiskan rambut. Sedih Nampak rambut putih je banyak tapi kan rambut tu putih separuh je. Antara cara yang saya gunakan adalah dengan menginaikan rambut.

Punca Uban/rambut

Menurut Pakar Runding Dermatologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Guru Ratnavelu, uban yang muncul pada usia muda biasanya disebabkan oleh faktor nutrisi tidak seimbang.

"Nutrisi tidak seimbang seperti pengambilan makanan segera secara kerap boleh menyebabkan pengeluaran pigmen pewarna rambut yang dinamakan melamin terbantut.

"Pigmen berkenaan dihasilkan oleh sel tubuh yang dikenali sebagai melanosit dan rambut menjadi putih kerana melanosit tidak lagi menghasilkan melanin," katanya.

Biasanya pengeluaran pigmen yang terhenti hanya bersifat sementara bagi mereka yang kekurangan nutrisi.

Jika mendapat nutrisi yang seimbang, secara automatik, pengeluaran pigmen akan kembali normal dan rambut putih akan hilang dengan sendirinya dan kembali menjadi hitam.

"Ini jika uban berlaku kerana kekurangan nutrisi," katanya.

Dr. Guru berkata, nutrisi yang tidak seimbang bukan hanya menyebabkan uban tetapi juga mengganggu kesihatan rambut secara umum.

Itu sebabnya kanak-kanak yang mengalami gangguan gizi yang teruk, rambutnya kelihatan kemerahan dan tidak sihat.

Dr. Guru berkata, ini biasanya dapat dilihat di negara-negara dunia ketiga yang mengalami masalah kebuluran.

"Pengambilan gizi yang cukup saja tidak menjadi jika terdapat gangguan fisiologi yang menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan baik sehingga makanan bergizi terbuang begitu saja," katanya.

Bagaimanapun keadaan agak berbeza jika uban disebabkan oleh keturunan.

Selain makanan seimbang, faktor keturunan juga adalah penyebab yang paling biasa munculnya uban pada usia muda.

Informasi mengenai rambut putih yang tumbuh lebih awal tersimpan di dalam gen.

Ini bererti bila ibu bapa dan saudara terdekat mula beruban pada usia muda, kemungkinan untuk cepat beruban akan lebih besar.

Adakah penggunaan sesetengah syampu membawa kepada uban? Dr. Guru berkata, syampu tidak ada kena mengena dengan uban.

"Pengambilan ubat-ubatan misalnya ubat anti malaria seperti Chloroquine boleh membawa kepada kemunculan uban," katanya.

Malah beliau berkata, terdapat juga pesakit yang tiba-tiba saja mempunyai rambut beruban disebabkan gangguan fisiologi.

Dr. Guru berkata, punca mengenai fenomena berkenaan masih belum dapat dijelaskan sehingga kini.

Gaya hidup yang sihat juga turut menyumbang dalam melambatkan tumbuhnya uban.

"Bagi melambatkan proses rambut beruban seeloknya amalkan gaya hidup sihat dengan makanan seimbang dan lakukan senaman.

Menyentuh mengenai mereka yang mewarnakan rambut bagi menutup uban, Dr. Guru berkata, mewarna rambut tidak mendatangkan kesan negatif.

"Malah ini akan memberikan keuntungan kepada ekonomi negara," katanya.

Mengenai kaedah tradisional menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun pada kulit kepala, Dr. Guru berkata, ini satu cara untuk mengurangkan rambut kering.

"Ini baik bagi negara tropika yang panas , penggunaan minyak pada rambut akan melembapkan kulit kepala dan membuatkan rambut lebih sihat," katanya.

Bagaimanapun tidak terdapat bukti dimana kaedah tradisional dapat menghentikan pengeluaran uban.

Dr. Guru berkata, sebenarnya tiada ubat bagi uban kecuali mereka harus mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan lakukan senaman dari awal
.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0304&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz35kOg02Ge
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bagaimana terjadinya uban?

Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein dibahagian kulit rambut kepala. Dibawah kulit (skin eprdermis) ada satu sel yang dinama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin, melanin adalah satu protein/bahan yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Dalam manusia, mereka yang mempunyai rambut dan kulit hitam dikatakan mempunyai pigment melanin yang tinggi.

Ada 3 faktor yang boleh menyebabkan terjadinya uban, pertama adalah:

1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik, ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ada uban pada awal usia remaja.

2- Gaya hidup ataupun life style sesetengah individu dimana faktor ini meransang terjadi uban dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Kurangnya pengambilan gizi makanan yang seimbang juga menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini. Vitamin A dan juga serat amat penting untuk memastikan sel-sel kulit terutamanya melanin untuk terus menjalankan fungsinya. Tabiat merokok, minum alkohol dan juga stress antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada tumbuh uban.

3- Umur adalah faktor yang normal, mereka yang berumur dalam lingkungan 45-50 tahun akan mengalami masalah uban, pada usia sebegini uban tumbuh merupakan perkara biasa. Ini kerana diusia ini sel-sel melanin mula merosot dan dan juga kulit mengalami proses penuan.

Langkah cadangan untuk mengatasi masalah uban:

1- Pengambilan nutrisi pemakanan perlu seimbang. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisen. Buah-buahan dan sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastian tubuh kita sihat.

2- Bersukan secara berkala ataupun berjadual boleh melambatkan uban. perpeluhan ini menunjukan tubuh dan sel-sel dibawah kulit i.e kelenjer sebum/lemak tidak tersumbat.

3- Dan yang paling penting ialah hidup mesti sentiasa ceria dan jauhi stress. Stress menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu dan ini menyebabkan hidup tidak teratur dan muka yang masam. Langsung membantutkan sistem normal badan kita.

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/02/punca-dan-cara-mengatasi-rambut-beruban.html#ixzz35kQD4w3y
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

6 cara atasi masalah rambut beruban di usia muda

1. Mencegah stres

Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2. Menjaga kebersihan kulit kepala

Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.

3. Corak pemakanan yang sihat

Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.

4. Keperluan zat besi

Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan.

5. Rawatan yang teratur

Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.

6. Rahsia penggunaan daun kari pada rambut
Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. Selamat mencuba!

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2013/05/atasi-masalah-rambut-beruban-di-usia.html#ixzz35kS95nim

Apa yang Shaklee ada untuk membantu masalah uban?

Zink - Membentuk kolagen - zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.

ESP- ESP mengandungi 9 ASID AMINO PENTING. Asid amino penting untuk membina otot, rambut, kuku, darah, organ, kulit dan lain-lain. Selain itu, ESP juga membantu meremajakan kulit iaitu dengan merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan sembuhan luka dam mengurangkan kesan parut. Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda. Jadi Esp adalah pilihan terbaik untuk mereka yang NAK AWET MUDA.

Vitalea - ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
- Menyediakan asas nutrisi
- Memastikan sel hidup
- Pertumbuhan sel baru
- Membantu proses pembesaran
- Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
- Menjaga kesihatan tiriod

B Complex - Rambut beruban dan gugur
- Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.


Ini adalah antara 4 supplemen yang saya cadangkan tetapi anda boleh tambah mengikut bajet anda. 

Untuk sebarang order atau pertanyaan, sila hubungi saya.
Petua Mencegah Rambut Beruban Dan Gugur Secara Tradisional | Blog Hairul

Sekian, terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe

Wednesday 25 June 2014

Set Asas Langsing Shaklee

Assalamualaikum w.b.t. Selamat pagi. Sharing for today....Set Asas langsing( Alfalfa, Lecithin dan Herbalax). Saya bagi gelaran ini sebab 3 supplemen hebat yang membantu melancarkan proses 'pengurusan'. Hehehe..

Credit to owner gambar ye. Jangan marah haa..


Minggu lepas dapat whatsapp daripada kawan, nak beli Alfalfa dan Lecithin. Dia nak ‘kecilkan’ badan. Jadi saya cadangkan Set Asas Langsing yang pada saya amat berbaloi dimiliki. Bulan puasa memang ramai orang cakap kita akan kurus. Tapi kurus macamana? Kurus sihat atau kurus sakit? Hai puan Has, ada pula macam tu.? Ye la kan, bulan puasa siang hari kita menahan lapar dan dahaga. Bila berbuka, lauk di pinggan kucing tidak boleh lompat(nak kata yang lauk membukit dalam pinggan). Masa berbuka segala macam lemak, kolestrol dan benda-benda yang memungkinkan kenaikan badan.

Apa fungsi set asas langsing?

Alfalfa


Dikenali ‘Raja segala tumbuhan’. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintes semulajadi.

Alfalfa sangat kaya dengan pelbagai nutrisi serta zat galian dan telah digunakan oleh manusia sejak dari 2500 tahun. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, zat galian, 10 vitamin,8 enzim dan fitokimia.10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.



APAKAH VITAMIN YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?

Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkita, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung; kardiovaskular dan kesihatan otot; membaiki fungsi imun; menguatkan otot badan; mambawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah' membantu fokus mata.

Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; ,membantu mengurangkan loya.

Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosferus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dna tulang yang kuat dan sihat.

APAKAH MINERAL YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?

Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku; membantu dalam kecergasan ddan daya tahan; mengawal rentak jantung; melegakan saraf.

Zat Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk mencerna lemak.

Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Credit to : http://www.vitaminsuci.com/2014/01/kandungan-alfalfa-shaklee.html

Lecithin


Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO,setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu..

Kandungan Lecithin:-

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan..tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya,jadi ia perlu diambil melalui diet harian .

Kolin – satu komponen neurotransmitter

Asetikolina –membekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf

Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Fungsi

* Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
* Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
* Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
* Membantu kawal paras triglycerides.
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

Lecithin sendiri merupakan lemak atau pengelmusi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Dalam bahasa ringkas ia menyebabkan lemak terapung di dalam darah. Dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi sangat penting untuk tubuh.

Herbalax

Fungsi

· Pembersihan najis yang tersekat

· Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama didalam tubuh.

· Membantu masalah sembelit

· Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus(natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit

· Mengempiskan perut

· Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.


-sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas(sebagai minuman herba)

-sesuai untuk pembersihan usus, detoksifikasi, melawan kanser serta mengawal berat badan

Ini adalah antara fungsi-fungsi supplemen yang boleh anda ambil untuk langsing. Harga pun murah je. Alfalfa ada 2 size S(330 biji) dan L(700 biji), Lecithin ada 180 biji dan Herbalax ada 120 biji. Bulan puasa adalah masa terbaik untuk anda menyahtoksik tubuh.


Cara ambil supplemen ni, anda kena la jadi pelanggan saya untuk consultation berterusan. In sha Allah saya membantu dan akan berikan yang terbaik.

Sekian, terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe



Tuesday 17 June 2014

Cara mengawal kolestrol

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Berkat fikir positif dan baik-baik sahaja, maka yang datang pun baik-baik juga. Sejak akhir-akhir ni, saya dihubungi melalui kenalan blog. Alhamdulillah.Syukur. Kalau sebelum ini tentang mata, kali ini rakan alam maya bertanya tentang supplemen untuk kolestrol tinggi.

FAKTA: Lebih 6 juta rakyat Malaysia mengalami kolestrol yang tinggi

Kolestrol yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah tersumbat. Juga menyumbang kepada risiko penyakit jantung, serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, penyakit hati dan ketidaksuburan.

Faktor yang menyumbang kepada peningkatan kolestrol

1. Pemakanan
2. Merokok
3. Minuman keras
4. Tekanan
5. Hati yang tidak sihat.

American Heart Association menyarankan pengambilan kolestrol bagi INDIVIDU NORMAL adalah tidak melebihi 300mg sehari. Manakala PESAKIT JANTUNG kurang daripada 200mg sehari.

Pertama sekali ayuh kita kenali apa itu KOLESTROL?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaranhati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.


KOLESTROL BAIK DAN 'JAHAT'

Para doktor telah lama tahu akan kaitan antara kolesterol dengan penyakit jantung, tapi satu kontroversi timbul tentang kesan yang diakibatkan oleh kolesterol yang berlaianan. Kolesterol yang melekat pada protein akan turut beredar bersama peredaran darah. Kira2 70% daripadanya dibawa oleh lipoprotein berketumpatan rendah (LKR) yang mengakibatkan salur darah tersumbat dan menyebabkan serangan jantung. Kolesterol ini digelar kolesterol buruk. Kolesterol selebihnya dibawa oleh lipoprotein berketumpatan tinggi (LKT), tetapi tidak menyebabkan penyakit jantung dan digelar kolesterol baik.

Satu kajian yang dijalankan di Finland terhadap 4000 orang separuh umur mengesahkan analisis tersebut. Buat pertama kalinya kajian ini menunjukkan bahawa peningkatan kolesterol LKT sebenarnya membantu menghalang pesakit yang berisiko tingi diserang penyakit jantung. Analisis tersebut juga menyangkal pendapat sebelum ini yang mengatakan penurunan paras kolesterol secara mendadak sahaja yang membawa faedah. Dalam kajian tersebut terhadap sekumpulan orang, para penyelidik berusaha meningkatkan kolesterol baik di dalam darah serta dapat menurunkan 10% keseluruhan kolesterol.

Kumpulan yang satu lagi diberi plasebo. Ujian ini memakan masa lima tahun. Laporannya yang disiarkan dalam majalah New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa kurang 1/3 daripada mereka yang mengambil dadah tersebut hanya mengalami serangan jantung yang tidak berbahaya.

Bagaimanapun di Russia, gelaran buruk dan baik tidak digunakan bagi maksud yang sama. Keputusan ini dibuat hasl kajian selama tujuh tahun terhadap 7800 orang pertengahan umur dari Moscow dan Leningrad. Kajian itu menunjukkan di Russia bilangan mereka dengan LKT tinggi yang diserang penyakit jantung adalah lebih kurang sama dengan mereka yang mempunyai kandungan LKT yang rendah. Tambahan pula banyak daripada mereka yang mati akibat penyakit lain terutamanya kanser. Sebaliknya dalam kajian yang sama terhadap 982 orang Amerika yang mempunyai kolesterol baik yang tinggi didapati kadar kematian akibat sebarang sebab adalah rendah.

Sumber: Dewan Masyarakat.


Pemakanan yang membantu menurunkan paras kolestrol

Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pusrawi, Nurul Farhanah Md Fozi, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap bercirikan bijirin penuh berserat, jenis protein yang betul, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara saranannya adalah:

1. Makanan bijirin penuh dan tinggi serat

Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol.

2. Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3


Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.

3. Kekacang badam, walnut, pistachio dan soya

Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.

Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.

Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.

Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.

4. Buah-buahan kaya antioksidan mengandungi vitamin A, C dan E

Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.

Alternatif

Tapi jika anda lebih suka mencari alternatif seperti supplemen, saya syorkan antaranya Coq10 ,Omega Guard dan yang terbaru adalah Phytocol ST.

Secara ringkas tentang Phytocol ST



- Fitosterol atasi masalah kolestrol secara semulajadi
- Lebih daripada 80 kajian membuktikan bahawa dengan menghalang penyerapan kolestrol dalam darah, fitosterol dapat membantu menurunkan paras kolestrol LDL.
- Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), mengesyorkan penambahan 2000mg fitosterol ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolestrol secara semulajadi.


Untuk pertanyaan atau order, boleh hubungi saya.

Sekian, terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe


Wednesday 11 June 2014

Rajin dan usaha semua kerana Allah

Assalamualaikum w.b..t. Bersua lagi. Alhamdulillah. Sebenarnya nak istiqamah menaip blog senang je. Kuncinya adalah RAJIN. Hahahaha. Walaupun kita tidak tahu nak masukkan input apa tetapi mulakan dengan bagi salam dan perlahan-lahan idea menulis akan datang. Kalau kita meniaga supplemen, sudah tentu kehidupan harian kita berkaitan dengan penggunaan supplemen, dengan customer, hantar barang dan apa saja yang berkaitan. Dulu saya hanya menaip bila datang idea, idea tidak perlu ditunggu, ia perlu dicari. Kalau ada idea, terus tuliskan dalam sehelai kertas, ala-ala draf.



Haaa..itu dia intronya, bukan main lagi.Hihi..Sejak hadiri seminar LUA, saya lebih positif. Fikir yang baik-baik. Tidak mahu aura negatif hadir dalam diri. Rasa down, stress, marah semua kalau boleh campak tepi atau buang terus. Tapi saya hanya manusia biasa, bila betul-betul frust. Tempat mengadu hanya DIA. Bukan disimpan dalam hati. Luahkan.

Kesan yang saya dapat bila positif adalah saya lebih tenang, rajin membaca Al-Quran(bukan menunjuk) sebab sebelum ni saya memang baca cuma waktu tertentu sahaja. Sangat bagus gelombang(energy) yang ada ni. Buat sesuatu dengan ikhlas. Bila saya bergantung harap pada Allah, Allah bagi saya harapan. Alhamdulillah, makin ramai orang baca blog saya,dapat call, dapat whatsapp, kawan lama contact balik. Allahuakbar. Indahnya perasaan ini.

Ada yang tanya supplemen untuk mata, untuk kesuburan, untuk kehamilan. In shaa Allah saya consult semampu mungkin. Moga Allah membuka pintu hati mereka membeli dengan saya dan semoga supplemen ini dapat membantu mereka. Shaklee adalah produk supplemen yang utama di Malaysia. 



Antara supplemen yang terdapat di Shaklee

Apapun semua yang dilakukan di dunia ini wajib kerana ALLAH. In sha Allah, kita ingat DIA,DIA ingat kita.

Kini, keluarga saya amalkan supplemen untuk MENINGKATKAN KESIHATAN, menjana pendapatan dan menyebarkan serta memberitahu pada yang lain agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup di zaman serba moden. Jika belum ada rezeki di dunia, mungkin Allah sudah rancang rezeki kita 'di sana'.

Jika ingin menikmati keistimewaan sebagai ahli Shaklee, mari sertai saya bersama team jutawan. Bahagia dunia dan akhirat.

Sekian. Terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page : Iris Vitamin Shoppe


Tuesday 10 June 2014

BERANI UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN-LUA

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Saya sedang cuba untuk update blog ini hari-hari. In shaa Allah. Saya akan kongsikan sedikit susulan program yang saya hadiri iaitu Seminar Law Of Universal Attraction(LUA) Magnet Kebahagiaan yang dikelolakan oleh pengasas buku ini sendiri iaitu Encik Zuhairi Nopiah atau dikenali sebagai Ateh.



Antara ayat pertama beliau ungkapkan adalah "Beri 100% Untuk dapat 100%". Yang bermaksud sebelum kita nak dapatkan apa yang kita mahu, kita beri atau usaha semaksimum yang mungkin. Alhamdulillah, saya dan suami datang dengan minda yang kosong dengan harapan minda kami akan "terisi" dengan kata-kata motivasi beliau walaupun sebelum ini 'mentor' sudah ulang banyak kali. Ternyata apabila coaching secara berdepan lebih 'terkesan'.




Airmata mengalir laju tatkala lagu Baik-baik Sayang dikeudarakan. Berdiri dan memeluk bahu kawan-kawan lain. Sangat menyentuh hati. Rata-rata peserta mengalirkan air mata. Syahdu. Tapi bukan itu yang saya nak fokuskan. Apa yang kita buat sekarang ini selari dengan niat? Jika niat tidak sama dengan apa yang kita buat maka apa yang kita hajati payah nak dicapai.

Beza antara ANGAN-ANGAN dan CITA-CITA adalah

* ANGAN-ANGAN = TIDAK DITULIS
* CITA-CITA = DITULIS,DIGAMBARKAN,DIBAYANGKAN

Tulis cita-cita dan impian anda(1-99). Mulakan dengan menulis nombor, terkadang bila sebut 99 cita-cita, kita rasa BANYAK. Tapi jika kita mula menulis nombor, kita akan terus menulis impian-impian kita dan serta merta 99 bukan lagi halangan. Untuk berjaya kena BERIMPIAN BESAR.

Kemudian bersangka baiklah dengan ALLAH yang MAHA PEMBERI REZEKI. Rezeki lebih mudah dijemput berbanding dikejar. Jadi mengapa perlu kita kejar sedangkan itu akan memenatkan kita. Tapi jemputlah 'dia' dengan mendekati pencipta dan pemberi rezeki iaitu Allah S.W.T. BERDOA, berdoa sebanyak mungkin kerana ALLAH mahu mendengar rintihan hamba-hambaNya. Walaupun Allah tahu apa yang kita mahu, tapi percayalah, MINTA dengan DIA.

Allahuakbar. Perasaan saya masa itu sangatlah malu sebab memang saya meminta tapi tidak dengan KESUNGGUHAN. Apa beza BERJAYA dengan BAHAGIA? Berjaya apabila kita mendapat pengiktirafan, gelaran yang menjurus kepada diri kita sendiri tetapi BAHAGIA adalah apabila apa yang kita ada, kita kongsikan bersama orang lain. Masyallah, indahnya berbagi rasa. Di sini konsep PIES diamalkan iaitu

P- Physical
I- Intelektual
E- Emosional
S- Spiritual

Secara ringkasnya adalah

1. Kita menarik apa yang kita fokuskan. Bila kita fikir negatif, maka negatif yang kita dapat. Fokus pada apa yang kita suka. In sha Allah akan datang perkara yaNg baik-baik sahaja.
2. Energy ada gelombang. Bila kita tidak suka, perkara yang negatif datang pada kita.
3. Tulis,bayangkan, rasa perkara baik-baik. Bayangkan yang kita sudah capai impian itu setiap kali sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

Jadi, apabila datang perkara negatif atau yang kita tidak suka, terus sebut CANCEL atau Na'uzubillahi Min Zalik

Selalu tanamkan dalam jiwa bahawa tiada KEBETULAN di dunia ini. Semua sudah diatur dan dirancang oleh ALLAH. Kesimpulannya,

1. Perkara yang susah daripada susah adalah PERUBAHAN
2. PERCAYA sebelum melihat
3. Berkerja untuk BERJAYA
4. KEJAYAAN bermula daripada kegagalan
5. Baby Elephant Sindrome(kepercayaan yang ditanam dalam minda sekian lama sehingga sentiasa fikir negatif)
6. PERUBAHAN bukan pilihan tetapi satu KEMESTIAN
7. SYURGA hanya menerima orang0orang yang HEBAT
8. KEJAYAAN TERBESAR adalah POTENSI DIRI.

YA! Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah PERUBAHAN! Niat dan tindakan. In sha Allah.


Peserta yang menghadiri kursus.

Moga sedikit perkongsian ini membantu diri saya dan anda semua lebih banyak mencipta kejayaan dan merasa bahagia. PERCAYA SEBELUM BERJAYA! Ada perkongsian daripada rakan-rakan lain nanti saya akan kongsikan disini.

Sekian. Terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Fb: Hasnirah Iris
Email: zarariana@gmail.com
Page : Iris Vitamin Shoppe


Saturday 7 June 2014

Vitamin E Vitamin kesuburan

Assalamualaikum w.b.t. Ok, jika selalunya saya hanya menceritakan tentang supplemen untuk kesihatan dan kesuburan wanita, kali ini saya nak cerita supplemen bertepatan dengan promosi bulan JUNE 2014 iaitu Vitamin E. Antara salah satu fungsi Vitamin E adalah untuk kelestarian tenaga iaitu dengan cara meningkatkan kelestarian sexual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Mengikut kajian International Journal of General Medicine yang mana melibatkan 690 lelaki tidak subur dengan idiopathic asthenoterospermia. Mereka ini menerima tambahan harian Se(200ug) dalam kombinasi dengan vitamin E(400iu) selama sekurang-kurangnya 100 hari. 

Selepas 100 hari kajian ini mendapati :-



1. 52% peningkatan mobiliti sperma dan morfologi.
2. 37% telah berlaku kehamilan secara spontan.
3. 11% tiada keputusan

Jadi saya cadangkan supaya tuan dan puan amalkan supplemen ini. Pastikan hanya yang terbaik. Bagaimana nak pilih vitamin E?

Basically antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah:

1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3.Pilih Vit E yg berserta selenium


Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan

* Vitamin E Shaklee memenuhi garis panduan di atas :-
Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli
Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate
* Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]*

Selain itu antara yang boleh diamalkan selain daripada Vitamin E adalah (cadangan daripada saya jika berkemampuan)

Isteri
* ESP
* Vitalea
* B Complex
* Vitamin C
* Alfalfa ( hanya option terutama yg sakit bila bersama)
* GLA jika period tak regular

Suami

* ESP
* Vitalea
* B Complex
* Vitamin C
* Vitamin E
* Zinc


Vita-Lea, B-Comp & Vitamin C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vitamin Kesuburan a.k.a Vitamin E. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Zink- digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Alfalfa- Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

In sha Allah, kita mencuba dan berusaha, hanya Allah yang layak memberikan.

Sekian. Terima kasih

Master To Be
Puan Hasnirah
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris
Page: Iris Vitamin Shoppe


Thursday 5 June 2014

VITAMIN E - Promosi June 2014

Assalamualaikum w.b.t. alhamdulillah. Sudah memasuki bulan baru, June 2014. Kali ini promosi gempak adalah VITAMIN E. Maklum la..nak raya nanti semua pakat-pakat nak cantik. Ada juga yang menggelarkannya VITAMIN CINTA. Ha..apakah itu? ihihi..Jom ikuti

Apa yang anda dapat dengan promosi kali ini?




Dengan setiap pembelian 6 botol

- PERCUMA 1 botol lagi
- PERCUMA keahlian
- CASHBACK BONUS on mid July 2014

Jika masuk ahli, lebih banyak benefit yang anda dapat. Nak tahu apa yang lebih bernilai? Bila kita lebih banyak membantu mereka untuk meningkatkan kesihatan dan dalam masa yang sama kita membantu mereka menambah nilai dalam hidup. Setiap orang pasti mempunyai impian, betul? Jadi apakah dan bagaimanakah anda lakukan untuk memastikan impian itu tercapai?

Vitamin E untuk kecantikan

* Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
* Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
* Menjaga kelembapan kulit
* Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel


Kenapa? Kerana salah satu fungsinya adalah

Memperbaiki Parut

- Memperbaiki bengkak dan ulser kulit
- Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
- Dengan membaiki pembekalan oksigen dan asid Nukleik, Vitamin E menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit.


Salah satu Testimoni Vitamin E.

As salam, ada org tnya sy apa rahsia kulit cantik?? Wah! Cantik kah? Hahaha... actually xda apa pn y sy rahsiakan... sy consume apa y sy slalu share ngn anda smua.. 
ni sy nk cerita apa y sy ambil untuk memastikan kulit sentiasa lembab n glowing! wing! Wing! Hihi.. Sejak sy menyusukn ank sy dah mula ambil ESP, vit C & B-complex. Mmg smpai skng (mybaby 10 bln) mmg xpenah bhenti ambil esp n vitamin. Mmg boleh nmpak kesannya pd kulit. Lepas branak mmg kulit nmpak pucat n kusam. 2 bulan lepas sy tambah pula vitamin E. Kesan mmg Superb!!! Jeragat kt muka pn dah smkin kurang n kulit sntiasa moist n glowing. 

THANK YOU SO MUCH 
SHAKLEE!! 
U MAKE MY LIFE BETTER....

Apa yang terkandung di dalam Vitamin E ni?

Sumber Vitamin E Shaklee :-

#Diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E
#Diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopheryl yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E alpha,beta,gama,delta).
#Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
#Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

* Selenium - mineral penting untuk kesihatan tetapi diperlukan dalam jumlah yang sedikit.




Ditambah dengan ekstrak biji anggur.

*Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
*Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C. Dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul .
*Melambatkan penuaan.
*Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Jadi tidak hairan la jika vitamin E banyak digunakan untuk kecantikan kulit dan memudarkan parut jerawat.

Sempena bulan JUNE 2014, promosi beli 6 PERCUMA 1 akan berlangsung hingga 30 June 2014. Ayuh dapatkan satu daripada pengedar anda. Jika tidak anda boleh hubungi saya.

Sekian. Terima kasih. Alhamdulillah

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Whatsapp/Sms: 013-2236819
Email: zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Page FB: Iris Vitamin Shoppe