Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Friday 22 November 2013

MOHONLAH KEPADA ALLAH ATAS APA JUA YANG KAU HAJATI.

Assalam. Salam Jumaat penuh barakah. Moga sentiasa di dalam lindungan Allah. Jika kita berhajatkan sesuatu maka MOHON LAH PADA ALLAH YANG MAHA ESA. Beristigfar, berzikir kepada NYA dan berselawat kepada Nabi Junjungan Muhammad S.A.W. Alhamdulillah apabila sesuatu perkara yang kita hajati kita mohon pada Allah, rasa sangat ringan segala bebanan. Janganlah kita mengharap redha manusia yang pastinya tidak membawa kita kemana. 

Dulu amalan rohani sangat kurang. Kurang beristigfar, berzikir, berselawat. Hanya tahu mengeluh, tidak bersyukur. Ya Allah, betapa jahil dan kerdil hamba Mu ini. Dosa. Ye, mungkin dosa masa lalu belum saya meminta keampunan Allah. Selalu melewatkan solat,kadang kala tertinggal, aurat tidak terjaga.Dan bila sekali saya solat taubat. ALLAHUAKBAR. Menangis semahunya. Betapa bongkak saya melangkah di bumi ciptaan Allah tanpa bertaubat serta memanjatkan rasa syukur pada pencipta saya.

Memang sebelum ini saya tercari-cari apa yang kurang di dalam hidup walaupun saya punya suami dan anak-anak. Hati tetap tidak tenang.Jika sebelum ini amalan saya hanya 'biasa-biasa', alhamdulillah dengan izin Allah masa saya lebih terisi dengan zikir, istigfar, solat-solat sunat dan mengaji.

Sejak join group bisnes Shaklee di bawah jaringan Master Zura Betty, saya semakin tenang. Amalan rohani banyak yang dibuat, sangat berbeza dari sebelum ini. .Kini apa yang mentor saya suruh buat mengenai AMALAN ROHANI alhamdulillah hampir 90% saya lakukan. Untuk peringatan, saya melakukan amalan rohani bukanlah kerana mentor saya yang suruh tetapi mentor hanya memberi guideline supaya anak-anak buah tidak hanyut. Tambahan lagi saya juga mencari ilmu.

Alhamdulillah, bila kita MEMINTA dengan BERSUNGGUH SUNGGUH, In shaa Allah dimakbulkan. Tetapi harus ingat, Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Hanya Allah mengetahui yang terbaik buat hambaNYA. Kini saya dalam fasa MENDIDIK HATI, menegur dan boleh ditegur.

Allah, ku mohon kepada MU, ampunilah dan permudahkanlah urusan ku, suami ku, kedua ibu bapa ku, ibu bapa mertua ku dan teman-teman ku. Amin

* Antara amalan rohani yang sangat jarang saya lakukan walaupun mudah
- Beristigfar
- Berzikir
- Berselawat
- Mengaji
- Solat Dhuha
- Solat Tahajjud
- Solat Hajat
- Solat Taubat

Semua ini saya lakukan bukan dalam masa sehari tetapi berbulan-bulan lamanya. Saya sangat bersyukur ditemukan dengan insan-insan hebat yang sentiasa mengingatkan tentang Allah. Ukhwah terjalin sangat utuh. 

Pendapat peribadi saya, janganlah terlalu risaukan apa yang belum berlaku. Hanya BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH. Rancang apa yang ingin kita lakukan dan apa yang kita impikan. In Shaa Allah, masa 24 jam yang Allah beri pada setiap orang akan mencukupi.

Awal-awal join bisnes ini rasa asyik tak cukup masa sebab saya gagal mengurus masa dengan baik, walhal saya adalah seorang surirumahtangga yang pasti boleh merencana masa dengan baik lagi. Sekarang dengan jadual tersusun, apa yang saya dahulukan, saya buat dulu, apa yang patut dibuat kemudian, saya kemudiankan. Tak la nanti semua nak dibuat dalam satu masa. SEMPUT.

Mempelajari dan mendalami ilmu tentang produk juga sangat penting ye kawan-kawan, nanti pelanggan tanya kita tak terkial-kial nak jawab. Mulakan dengan produk yang pernah kita makan(fungsi, kenapa penting, siapa perlukan, bagaimana produk bertindak, kesan). Jadi, sharing apa sahaja info yang dapat tentang produk yang sedang kita makan. Apa kebaikan yang kita dah dapat hasil daripada makan supplemen. In Shaa Allah, dengan sharing daripada lubuk hati, kesannya akan sampai kepada bakal customer. Keterujaan bakal customer dengan cerita kita sekaligus membuat mereka nak membeli dengan kita.(Bukan paksa customer ok).

Semua ini penting untuk memastikan kita berkeyakinan dan yakin bila berhadapan dengan orang. Sudah pasti semua dengan izin Allah. Moralnya, belajar apa jua yang kita tidak tahu dengan orang yang tahu. Sentiasa berlapang dada. In Shaa Allah, Allah bantu dengan syarat BERSERAH SEGALANYA pada yang ESA. Amin.

Sekian.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris

Sunday 17 November 2013

ASID AMINO DAN KEPENTINGANNYA

Assalam, semua sedia maklum yang asid amino sangat penting di dalam badan kita tetapi ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan jadi kita perlu mengambilnya dari sumber luar. Mari kita berkenalan dengan asid amino.

Apakah Asid Amino?

Asid amino adalah molekul yang mengandungi kumpulan amino, asid karboksilik dan rantaian sampingan yang berbeza mengikut setiap jenis asid amino. Elemen penting dalam asid amino adalah karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.

Dalam bahasa mudah, protein adalah nama besar yang mana merupakan salah satu makronutrien. Protein terdiri daripada rangkaian-rangkaian asid amino. Protein whey juga terdiri daripada rangkaian asid amino. Whey membawa maksud protein itu daripada sumber whey. Pendek kata, asid amino adalah protein, protein adalah asid amino. Asid amino bertindak sebagai blok binaan protein.

Ada banyak jenis asid amino. 20 telah dimasukkan dalam nutrisi standard manusia. Ada sesetengah rujukan mengatakan 22 dengan mencampurkan selenocysteine dan pyrrolysine disebabkan mekanisme sintetiknya yang unik. Mereka bersama membentuk rantai polimer pendek yang dipanggil peptida atau lebih panjang dipanggil polipeptida.


Asid amino perlu (essential) membawa maksud, badan tidak dapat sintesiskannya daripada sumber lain dan memerlukannya daripada sumber luar, manakala tidak perlu (nonessential) bukan benar-benar bermaksud tidak perlu tetapi ianya boleh disintesiskan daripada sumber lain. Cysteine, taurine, tyrosine dan arginine adalah semiessential pada kanak-kanak disebabkan laluan untuk sintesis asid amino ini tidak terbentuk sepenuhnya lagi.

Jika lihat pada produk makanan tambahan, ada pelbagai jenis. BCAA (Branched-chain amino acid) adalah 3 jenis asid amino perlu iaitu valine, leucine dan isoleucine. Ketiga-tiga ini sangat penting pada otot dan merupakan elemen kedua perlu selepas latihan. Pertama, glukosa. Ideologi produk makanan tambahan ini adalah, struktur molekul yang berbeza dalam asid amino menyebabkan penyerapan BCAA menjadi perlahan. Jadi produk BCAA membantu mengasingkannya. Manakala produk berlabel ‘amino’ adalah campuran pelbagai jenis asid amino dan dilebihkan asid amino yang berfungsi untuk pemulihan seperti glutamine. Manakala arginine digunakan sebagai pencetus dalam produk nitric oxide. Produk-produk lain seperti protein whey, terdapat pelbagai campuran asid amino.


Credit to Zaki Khan

Di Shaklee ada 2 produk yang dikategorikan sebagai protein dan mengandungi asid amino iaitu ENERGIZING SOY PROTEIN dan Mealshakes

Asid amino di dalam ESP dan Mealshakes

Di dalam Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee terdapat 22 jenis asid amino dan ESP juga adalah produk tunggal di pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting. 9 asid amino penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri dan ianya sangat sesuai diambil oleh semua golongan tua dan muda

Manfaat dan kepentingan

Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim, prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat
.

Asid Amino di dalam MEALSHAKES

MealShakes Shaklee merupakan sumber protein tenusu (lembu)dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Meal shake mengandungi gula pada paras dibenarkan dan selamat kerana di ekstrak dari jagung, bukan pemanis tiruan seperti dalam kebanyakan makanan tambahan kanak-kanak.


Manfaat dan kepentingan 

>> Anak lebih cergas dan cerdas
>> Anak menjadi lebih fokus dan bertenaga
>> Masalah selera makan dapat diatasi
>> Penyakit asma atau lelah yang dihidapi anak juga semakin pulih
>> Sembelit yang biasa berlaku juga dapat diselesaikan
>> Anak tidak mudah terkena penyakit
>> Menurunkan berat badan anak obesiti
>> Memudarkan kesan parut terkena api dan sebagainya
>> Berat badan bertambah bagi anak yang terlampau kurus


Credit to http://isyadkisya.blogspot.com/2013/05/manfaat-mealshake-shaklee.html

Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Membekal nutrisi pada sel tubuh - kaya dengan protein (tidak nengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

Anti-oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Kelazatan rasanya - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.


Masyallah, banyak sekali faedah yang terdapat di dalam supplemen yang telah dimudahkan untuk pengambilan. Ye la kan, kehidupan kita seharian sentiasa dicemari dengan keadaan yang tidak bersih yang menyebabkan kita sakit, kulit sentiasa terdedah dengan pencemaran yang akan mempercepatkan proses penuaan serta sistem imun yang lemah. Jadi saranan saya, ambil la sarapan berkhasiat setiap pagi. Jika kita tidak sempat sarapan, cukup dengan segelas ESP dan sesudu kecil Mealshakes dibancuh bersama. Akan memberi kita tenaga dan kesegaran sehingga waktu makan yang seterusnya.

Alhamdulillah. Harga tidak mahal berbanding dengan kesihatan anda. Penggunaan setiap tin adalah dalam lingkungan sebulan ke dua bulan. BERBALOI kan? Nak cuba? Pm Has ok.

Sekian. Terima kasih. :)

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
SMS/Whatsapp : 013-2236819
WeChat : hasni_zara
Email: zarariana@gmail.com
Fb: Hasnirah Iris


Monday 11 November 2013

Mealshakes untuk kecantikan dan kehamilan

Assalam. Hai semua. Siapa yang ambil MEALSHAKES? Dapat rasa atau tidak manfaatnya? Alhamdulillah. Bagi saya sejak amal Mealshakes, kulit badan terutama kulit di bahagian tapak kaki semakin halus. Sebelum ini kasar sangat, tumit macam nak merekah je. Mealshakes asalnya saya bagi anak-anak minum sebab nak bagi SISTEM IMUN BADAN mereka KUAT serta mengelakkan penyakit biasa bagi kanak-kanak seperti demam, batuk selsema. Selain itu bagi MENINGKATKAN SELERA MAKAN dan MENGATASI SEMBELIT.

MealShakes Shaklee merupakan sumber protein tenusu (lembu)dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Meal shake mengandungi gula pada paras dibenarkan dan selamat kerana di ekstrak dari jagung, bukan pemanis tiruan seperti dalam kebanyakan makanan tambahan kanak-kanak.

Bagaimana MEALSHAKES berfungsi untuk KECANTIKAN?

1. Kerana Meal Shakes mengandungi nutrisi lengkap
2. Kaya dengan protin
3. Agen anti-oksida.
4. Mengembalikan seri wajah.
5. Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan & sisa buangan dari perut dan usus.
6. Sudah pasti KELAZATAN RASANYA.

Untuk kecantikanMengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

Untuk Detox-Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

ANtioksida-Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

Bagaimana MEALSHAKES berfungsi untuk KEHAMILAN dan PERKEMBANGAN KANAK_KANAK?

MEalshakes mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan penting untuk tubuh.Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar dan kehamilan. 

Makanan segera yg rendah lemak dan rendah-glycemic. Lengkap dengan protin, multivitamin dan serat.Kaya dengan sumber kalsium dan protin yg sesuai dengan keperluan tumbesaran kanak-kanak. Perisa Vanilla semulajadi.

Nah. Begitu banyak sumber nutrisi di dalam setin MEALSHAKES. Harga pun berbaloi dengan penggunaan. SAtu keluarga boleh minum. Kanak-kanak setahun keatas, wanita hamil, orang dewasa, orang tua, lelaki dan perempuan. Nak MEALSHAKES? Boleh sms atau whatsapp ok

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
WeChat : Hasni_zara
Fb : Hasnirah Iris
Email : zarariana@gmail.com


Thursday 7 November 2013

13 Manfaat Lecithin

Assalam dan selamat hari Khamis. Macamana hari anda hari ini? Saya buka sahaja laptop dapat berita menggembirakan. LECITHIN IS NOW AVAILABLE ONLINE AND ALL BRANCHES. Alhamdulillah. LEcithin merupakan antara HOT PRODUK Shaklee. Bila lihat keratan akhbar yang menagatakan 85 peratus rakyat Malaysia Obesiti agak mengejutkan. Tapi tak la terkejut sangat sebab Malaysia memang kaya dengan makanan dan rakyatnya yang sangat 'rajin' bersenam. ihihi..

Nak makan makanan sedap yang selalu dikaitkan dengan minyak, lemak, manis tak salah tapi kita juga perlu memikirkan bagaimana lemak yang masuk di dalam badan dapat disingkirkan secara sihat selain dari bersenam.

So, jom kita bicara tentang Lecithin. Lecithin sendiri merupakan lemak atau pengelmusi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Dalam bahasa ringkas ia menyebabkan lemak terapung di dalam darah. Dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi sangat penting untuk tubuh.


Kekalkan salur darah yang sihat demi mengelakkan masalah kesihatan yang lain. Mari kita lihat 13 manfaat Lecithin

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini

2. Kenapa orang yang nak kurus suka lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,


4.Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.…
Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin

5. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida

6. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . 

7. Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13.Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan untuk membuat BILE.. Bile ni fungsinya pula mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan

* Sebiji lecithin mengandungi 530mg lecithin.

Banyak fakta menarik yang dikongsikan. Jadi cepat grab peluang sebelum LECITHIN OUT OF STOCK lagi..

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris


Wednesday 6 November 2013

Pilih Vitamin B COmplex Terbaik

Assalam. Alhamdulillah.. Masih bernafas di bumi Allah ini. Cuaca mendung sahaja hari ini. Redup dan sejuk. Lately ramai pula yang bertanya tentang Vitamin B Complex. Ada yang makan untuk kehamilan, kecantikan, untuk tenaga, untuk ringankan stress . Baru-baru saya membaca info tentang B Complex yang dikongsikan oleh seorang sahabat. Jadi saya kongsikan di sini.

Asid Folik atau folate begitu sinonim dengan ibu hamil. Ianya penting buat ibu kerana mengurangkan risiko kecacatan pada bayi yang di panggil Spina Bifida atau kecacatan salur darah (NTDs). NTDs adalah kecacatan sejak lahir yang serius pada otak atau saraf tunjang. Selaput otak mula terbentuk pada 3-4 minggu kehamilan dimana kecacatan otak bayi boleh berlaku sebelum anda mengetahui anda mengandung.. Asid folik juga menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak serta membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Sudah tentu jika ibu membuat buku merah di klinik akan dibekalkan denagn asid folik. Tapi sila pastikan Asid folic yang dibekalkan adalah semulajadi dan bukan sintetik. Sebab vitamin sintetik memberi kesan jangka panjang yang tidak baik kerana penghasilannya daripada manipulasi kimia. Jadi berhati-hati ok.

Apa istimewanya B Complex Shaklee?

Asid Folic semulajadi pertama dunia. Kadar kebolehserapan yang tinggi, mengandungi 8 komponen penting termasuk 100% biotin dan asid folik. 8 komponen tersebut adalah B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folic dan Biotin. Antara fungsi-fungsi vitamin B ini adalah untuk kesihatan jantung, kesihatan kulit, kesihatan nerveous system, bagus untuk penumpuan/fokus, membantu mengawal selia hormon, untuk kesihatan rambut, dan juga kesihatan sistem imun badan.

B1(Thiamin), Thiamin memastikan otak kita sentiasa berjaga untuk menukar karbo kepada tenaga. Bagi ibu hamil, Thiamin memastikan perkembangan fetus dengan baik. Penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin. Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.

B2(Riboflavin) berfungsi menukar protin, lemak dan gula kepada bentuk yang boleh digunakan badan. Untuk penghidap migrain, B2 adalah komponen utama untuk rawatan. Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman. Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6. Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2.

B3(Niacin) bagus untuk mereka yang ketagih alkohol. Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat. Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman. Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia dan ia juga sebagai menambah ingatan. Sumber info B3

B5 (Pantothetic Acid) Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress" , pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan. Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan penting yang terlibat dalam kebanyakkan fungsi metabolisma. Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety). Sumber info B5

B6 (Pyridoxine) adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga. Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi. Sumber info B6

B12 (Cobalamin) Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin enolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat. Sumber info B12

Biotin - Biotin membantu dalam pertumbuhan sel; dalam pengeluaran asid lemak; dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin ; dan dalam penggunaan vitamin B-complex yang lain. Kuantiti yang mencukupi adalah diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat. Biotin juga memelihara agar kilang peluh, tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan otot. Ia juga boleh melindungi toksik dari telur putih yang mentah. Sumber info Biotin

Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".
Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.
Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C. Sumber info Asid folik


Alhamdulillah, begitu banyak fungsi vitamin B Complex untuk tubuh badan kita, tetapi bagaimana memilih vitamin b yang baik?

* Mengandungi semua 8 vitamin
* Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
* Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
* Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release).

Jadi VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE memenuhi keperluan vitamin B yang baik. Sebotol ada 120 biji. Sehari perlu ambil sebiji je, so sebotol tahan 4 bulan!!!!!!!!! Wow..Harga berbaloi sangat...So kalau you all nak, boleh contact saya ok.

Sekian. Terima kasih

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp : 013-2236819
Inbox Fb : Hasnirah Iris
Email : zarariana@gmail.com


Monday 4 November 2013

Amalan Rohani

Assalam semua. Selamat berhujung minggu. Hari Ahad ini saya rasa lemau tapi masih mampu tersenyum. Anak-anak saya biarkan buat sepah, memang tak larat. Masak nasi je, lauk mungkin beli je, bila bangun kepala melayang-layang je rasa..Ujian apakah ini. hihihi..Alhamdulillah..sakit ke, sihat ke semua ujian Allah. Redha.

Setelah hampir setahun lebih join biz ni, Alhamdulillah, amalan rohani kian terisi. Tahajjud, Dhuha, mengaji, selawat, berzikir, sedekah, bercakap dengan diri sendiri benda yang baik (RCA), pengurusan masa semua bertambah baik. Ingat Allah dan Allah akan ingat kita. Jangan hanya ingat Dia bila kita susah.
                                                                                         
Rentetan daripada amalan rohani yang istiqamah membuatkan hati ini membuak-buak untuk berhijrah kepada berhijab dengan cara yang dituntut agama. Dari dulu lagi saya memang berniat begitu cuma belum ada kekuatan nak laksanakan angkara terlalu bimbang apa yang orang fikirkan. Sedangkan sepatutnya saya lebih bimbang akan apa yang Allah pandang kepada saya. 

Kini bila lihat anak-nak muda bertudung litup sangat sejuk rasa hati memandang.


Sempena Awal Muharram yang akan datang lagi beberapa hari impian saya untuk berhijab akan jadi kenyataan. AMin. Perubahan yang dinanti-nantikan. Doakan saya ye kawan-kawan.

Marilah sama-sama kita sentiasa berzikir, berselawat dan sentiasa mengingati Allah dan Rasul-Nya. Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillah, Allahuakbar. Allahummasolliala saiyidina Muhammad.

Sekian. Terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
FB : Hasnirah Iris




Saturday 2 November 2013

Kebaikan Anggur Muskat di dalam VIVIX

Assalam. Pagi-pagi hari ini dapat khabar yang promosi November 2013 adalah VIVIX. Cecair pekat merah yang juga dipanggil tonik ajaib. Vivix mengandungi resveratol dan Vivix juga terbukti 10 kali ganda lebih bertenaga daripada resveratol. Bahan-bahan untuk menghasilkan vivix adalah anngur muscadine, purple carrot, elderberry dan Polygonum  Cuspidatum.

Apa yang terkandung di dalam anggur muscadine?




Anggur adalah sejenis tumbuhan hebat dan istimewa. Malah di dalam al-Quran ada disebut 6 kali tentang buah anggur. Anggur dikatakan antara buah yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh.

Ada pelbagai jenis anggur di dunia, dan salah satunya ialah anggur muscadine atau dikenali sebagai anggur muskat, yang dikatakan anggur paling istimewa.

Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.

Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).




Apa lagi yang terdapat di dalam kromosom yang lebih selain dari pada untuk sistem imun dan anti oksida?

1 kromosom yang lebih menyebabkan perubahan fitokimia dan nutriens. kelebihan ini juga membolehkan ianya hidup subur walaupun dalam iklim yang mematikan pohon anggur lain di Eropah. Juga mengandungi 6 kali lebih reveratol dari berbanding anggur merah biasa.

Resveratol adalah satu komponen phytoalexin yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuhan untuk melindungi daripada serangan bakteria, kulat, serangga, cuaca yang teruk dan lain-lain. Serta, anti biotik semulajadi. 

Resveratrol adalah sejenis anti oksida(40 kali lebih tinggi ) - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.


Polifenol ( terdapat lebih 10,000 polifenol yang berbeza di alam tumbuhan)terutamanya flavonoids. Flavonoids mengandungi proanthocyanidins, anthocyanins dan phytoalexins. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman dan mengandungi khasiat anti oksidan, anti kanser yang kuat, mencegah penyakit jantung, meningkatkan sistem imun dan sel anti penuaan semulajadi. 

Quercetin (kumpulan falvonoids) yang tinggi berbanding anggur mreah yang lain. University of Maryland Medical Centre mendapati Qercetin melindungi manusia daripada penyakit jantung, mematikan sel kanser, mengurangkan allergi, mengurangkan risiko atherosclerosis yang menyebabkan stroke, menurunkan paras kolestrol LDL, menurunkan tekanan darah tinggi, merawat interstitial cystitis dan mengurangkan imflammatory. Sumber Quercetin

Asid Ellagik

Anggur Muscadine satu-satunya anggur yang mengandungi asid Ellagik. Asid Ellagik didapati mampu mencegah kanser dan dan membantutkan pertumbuhan sel kanser dari merebak ke peringkat berbahaya dan menyebabkan kematian.

Allahuakbar. Begitu banyak manfaat Allah kurniakan untuk kepentingan manusia. Syukran. Setiap rumah perlu ada TONIK AJAIB ini(merujuk kepada cara ianya bertindak dan fungsi) demi insan tersayang. Moh kita tengok testimoni ni. Credit kepada Asnie FaisIzzul.


Alhamdulillah. Kita hanya berusaha sehabis baik. Berdoalah moga penyakit sembuh sepenuhnya..Anda rasa bermanfaat atau tidak VIVIX ni? Jika anda punya atau alami penyakit tiga serangkai(Darah tinggi, kencing manis, Jantung) atau strok, cuba minum VIVIX. In Shaa Allah.

Sekian. Terima kasih.

Puan Has
Shaklee Independent Distributor(883548)
Sms/Whatsapp: 013-2236819
Inbox Fb : Hasnirah Iris
Email : zarariana@gmail.com