Perlukan supplemen?

Alhamdulillah, moga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua terutama IBU HAMIL. Perkongsian melaui pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan seta blogger2. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. SELAMAT MEMBACA DAN BERI KOMEN.

Thursday 26 September 2013

Garlic dari Shaklee

Assalam kawan-kawan semua. Selamat membaca. Siapa suka makan bawang putih? Saya masa kecil dulu memang tak suka makan bawang putih. Bila dah meningkat dewasa ni, barulah suka makan. Bau dan aroma dari bawang putih sangat harum. Itu pada yang suka lah kan..Pada yang tak suka, mesti cakap bau bawang putih BUSUK!!! Hahahaha...pada saya setiap masakan tanpa bawang putih mesti tak sedap dan tak lengkap.

Apa yang ada dalam bawang putih?

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram),riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg),zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms). Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia- Sumber

Wow..banyak khasiatkan..Tapi pada anda yang masih nak dapatkan segala khasiat dari bawang putih ini, jangan risau sebab di Shaklee terdapat supplemen yang berasaskan bawang putih dikenali sebagai GARLIC



Ianya dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas serta kombinasi 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan spearmint. Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau. Perisa herbanya terhasil dari kombinasi ekstrak herba( Rosemary & Spearmint) serta mengandungi pelbagai Vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Manfaat Utama

* Mengandungi Spearmint 
- Mempertingkatkan sistem penghadaman & fungsi jantung.

* Antibiotik yang selamat & semulajadi 
- Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

* Menghalang Allergic 
- Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif,sinus, allergic, asthma, selsema, hepatitis.

* Mempertingkatkan Sistem PEnghadaman 
- Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan dengan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman. 
- Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

* Menurunkan tekanan darah tinggi 
- Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

* Detoksifikasi 
- Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. 
- Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

* Menurunkan kolestrol 
- LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL
- Melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

* Mencegah kanser 
- Membantu mengelakkan dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser- Nitrosamine.

* Menstabilkan glukos 
- Membantu menstabilkan glukos didalam tubuh.

Alhamdulillah. Segala kurniaan Allah diberi kepada hamba-Nya. Jika nak makan bawang putih secara tradisional pun boleh juga cuma pastikan kebersihannya dulu ye..Tapi jika anda nak secara moden yang dihasilkan dengan teknologi tinggi. Cubalah GARLIC SHAKLEE, dijamin SEMULAJADI, SELAMAT, BERKESAN dan HALAL. 

Sebotol mengandungi 60 biji dengan harga RM47.50. MAHAL KE? Pada saya tak la mahal jika dibandingkan dengan tahap kesihatan yang saya dapat..hihihi..Anda yang ingin mencuba boleh pm saya.

Sekian. Terima kasih.

Puan Has
Shaklee Distributor(883548)
Pm/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris


Tuesday 24 September 2013

Peppermint-Ginger Plus

Assalam semua. Pernah atau tidak anda mengalami senak perut? Sebu perut? Rasa berangin je dalam badan. Asyik sendawa dan tut...hehehe..pasti rasa itu tidak enak kan? Angin dalam badan buat kita semua tidak selesa terutamanya kepada IBU HAMIL. Rasa loya dan muntah pada awal kehamilan sangat menyeksakan..Jadi jangan risau..meh kita baca yang seterusnya.

Syukur Alhamdulillah di Shaklee ada supplemen untuk melegakan kembung atau angin. Memperkenalkan PEPPERMINT-GINGER PLUS.!!!


Ianya dihasilkan daripada kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains terkini. 4 herba tersebut adalah Daun Pudina, Halia, Jintan Manis dan Cekur Manis.

Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan di dalam diet dapat membantu mengurangkan masalah senak perut.

Selain yang disebut di atas, gabungan 4 herba tadi memberikan manfaat utama yang sangat unik. Antaranya :-

* Pudina
- Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.
- Membantu dalam penghadaman, mabuk laut.
- Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit.
- Melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan timbul daripada rawatan kemoterapi.
- Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.
- Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

* Halia
- Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
- Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya, mual angin KETIKA HAMIL, selepas melahirkan anak.
- Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita.
- Penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut.
- Laporan penyelidikan awal merumuskan halia adalah berkesan dalam merawat atau mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan.

* Jintan Manis
- Orang Eropah mengambil jintan manis selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.
- Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala selsema.
- Membantu dalam masalah allergic pada saluran usus.

* Cekur Manis
- Digunakan oleh orang Mesir purba untuk melegakan masalah pencernaan, gejala sakit haid, batuk dan kahak.
- Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan.
- Menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa.
- Melegakan haba di musim panas dan lembap.
- Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Masyallah. Sangat banyak manfaat dari kurniaan Allah kepada umat manusia. Peppermint-Ginger Plus juga boleh digunakan untuk menyahtoksik tubuh badan kita.

Untuk anda yang selalu rasa mual, loya dan berangin. Boleh cuba amalkan makan Peppermint-Ginger Plus ni. Sebotol ada 90 biji. Harga RM45.00. Murah kan? Untuk yang berminat, boleh pm saya k. Atau boleh gunakan ID saya untuk membeli di cawangan Shaklee yang berdekatan.

Terima kasih.

Sekian.

Puan Has 
Shaklee Distributor (883548)
Pm/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris


Saturday 21 September 2013

Talasemia dan Kehamilan

Assalam semua sahabat blogger saya. Moga sentiasa di dalam lindungan Allah. In shaa Allah perkongsian malam ini dapat dimanfaatkan pada mereka yang ingin tahu. Pasti ramai pernah mendengar tentang TALASEMIA kan? Bahkan ada diiklankan mengenainya. 

Apa maksud Talasemia? Sumber Info

Talasemia adalah penyakit kecacatan darah.Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


Jenis-jenis Talasemia.

* Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa


* Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Talasemia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)


PEsakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal



(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)


Rawatan Penyakit Talasemia

* Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
* Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
* Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
* Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Selepas saya baca info ini dan baca di blog-blog saya juga jumpa antara supplemen yang boleh diambil untuk pesakit Talasemia.

Vitamin B Complex - mengandungi rangkaian vitamin B mampu mengurangkan tekanan dan stres. Ianya juga membantu tubuh melawan daya penyakit.

Vitamin E -diperlukan sebagai anti-oksidan yang tinggi serta bagi mencairkan darah. Tetapi, jika penghidap mengambil ubat seperti Warfarin atau Coumadin anda dinasihatkan memberitahu doktor pakar anda supaya dos yang diambil itu dikurangkan.

Ostematrix - bersama Magenesium dan Vitamin D membantu dalam pengawalan denyutan jantung supaya seimbang.

ESP - disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.

Zink - baik untuk penghidap Thalasemia Minor kerana ianya membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh penghidap serta mengurangkan risiko high-density lipoproteins menurut Dr. M Aroon Kamath dalam artikelnya di Doctors Lounge.

Thank you to Momma & Kak Jah, saya  minta izin share info.

* Perlu diingatkan, pesakit Talasemia tidak digalakkan mengambil sumber yang mengandungi iron atau zat besi yang tinggi. Kenapa? Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Alhamdulillah, kini IBU YANG INGIN HAMIL, IBU HAMIL tak perlu lagi risau, sedih jika kita pembawa atau penghidap penyakit ini. Masih boleh dikawal. Semuanya atas izin Allah.

Jangan segan-segan nak pm aye untuk info lanjut.
Sekian.

Puan Hasnirah
Shaklee Distributor(883548)
Pm/Whatsapp/WeChat : 013-2236819
Fb : Hasnirah Iris
Email : zarariana@gmail.com

Tuesday 3 September 2013

CoQ Health

Assalam. Info produk tentang Coq Health. Produk ni di lancarkan pada June'13 yang lalu. Apa yang best tentang produk CoQ Health? Pertama sekali moh kita tengok apa komponen utama dalam CoQ Health. Ianya sudah tentu Koenzim Q10(28mg), serta mengandungi Vitamin E(10mg) dan Extract Teh Hijau(10mg).



Apa itu Coenzym Q10?

CoQ10  merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam ORGAN YANG BEKERJA KERAS dan MEMERLUKAN TENAGA SELULAR YANG BANYAK untuk organ seperti JANTUNG, HATI, BUAH PINGGANG dan PANKREAS berfungsi.

Bagaimana CoQ10 bertindak?

1. CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk KEKAL BERFUNGSI. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan.
2. Nutrien ini kemudiannya terurai dan DITUKARKAN KEPADA TENAGA, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai PENCETUS TENAGA.
3. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan JANTUNG KEKAL BERDEGUP dan seterusnya membolehkan ALIRAN TENAGA YANG BERTERUSAN.
4. TANPA CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfubgsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

Manfaat Utama

* CoQ10 dapat MEMBANTU MENGUKUHKAN OTOT JANTUNG.
* MENYOKONG KEUPAYAAN MENGEPAM DARAH dan MEMPERBAIKI PEREDARAN DARAH KE SELURUH TUBUH.
* MENYOKONG PERTALIAN antara saluran darah yang menyumbang kepada PARAS TEKANAN SIHAT/NORMAL.
* CoQ10 bertindak sebagai satu ANTIOKSIDAN yang kuat.
* MEMBANTU MELINDUNGI ARTERI bagi menangani masalah PENGOKSIDAAN LIPOPROTEINS berkepekatan rendah (LDL).
* Memudahkan pengaliran darah.
* Membantu MENYOKONG fungsi saluran darah termasuk pengaliran darah ke jantung.

Manfaat lain

* Bagus untuk kulit, slimming dan kesihatan prostat.
* Bagus untuk orang yang ada asthma dan kolestrol tinggi
* Kesuburan lelaki dan wanita
* Membantu mengurangkan proses penuaan.
* Membantu mengurangkan jerawat dan jeragat.
* Pelindung dari sinaran matahari/sinar uv.
* Membaiki peredaran darah sekaligus membekalkan nutrisi dan oksigen untuk menghasilkan sel baru.
* Membantu kulit lebih cerah dan berseri.

Berapakah jumlah pengambilan yang kita perlukan?


Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Keupyaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia.

Faktor penyebab yang boleh mengurangkan paras CoQ10 dalam tubuh.

* Diet tidak seimbang.
* Pendedahan harian terhadap radikal bebas.
* PEnggunaan sesetengah ubatan tertentu.

Perbezaan Shaklee

* Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHEalth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
* Kombinasi CoQ10 dan vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
* Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
* CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini. Sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
* Tanpa Gluten
----------------------------------------------------------
** Tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan kanak-kanak. Dapatkan nasihat doktor.
~ Maksud tidak sesuai disini adalah supplemen ini tidak diuji keatas ibu hamil dan ibu menyusu. Tapi daripada pembacaan di blog Dr Zubaidi, Dr Zubaidi mengatakan ibu hamil dan menyusu boleh ambil CoQ10. Jadi kepada puan2 yang ingin makan, boleh dapatkan nasihat doktor atau boleh try and error. Jika bayi anda mengalami kesan negatif, sila berhenti makan.

***Cara makan - Sebiji sehari selepas makan malam.

Meh tengok testimoni yang pernah ambil CoQ10.
Alhamdulillah. Ha..anda tunggu apa lagi? Moh grab semepna romosi sepanjang September 2013..hihihi

Sekian.Terima kasih

Puan Has
Shaklee Distributor(883548)
Pm/Whatsapp: 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris

Monday 2 September 2013

Tiroid & Kehamilan

Assalam..Masih belum terlambat untuk aye ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA yang ke 56 tahun kepada semua RAKYAT MALAYSIA dan juga pada kawan-kawan blog aye. Alhamdulillah..masih bernyawa untuk terus beribadah dan menikmati kurniaan Illahi. Amin..Teringat pada saudara aye yang alami tiroid(Hyper). Sekadar berkongsi info

Ok, sharing kali ni tentang TIROID. Apa itu Tiroid? Bagaimana ianya terjadi? Selamat ke jika ibu hamil yang alami? (SUMBER)

TIRIOD-  Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialahThyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

**Sistem endokrin merupakan himpunan kelenjar yang merembes bahan kimia perutusan yang dikenali sebagai hormon. Hormon ini bergerak melalui saluran darah kepada organ sasaran dan menghasilkan pertukaran kimia dalam badan.



Punca Tiroid

* kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya)

* kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran

* goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid

* radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid

* genetik

* Autoimmune Graves Disease

Ada 2 jenis penyakit TIROID yang utama iaitu

1. Hypertiroidisme 
hormon tiroid T3(triiodotironin) dan T4(triiodotiroksin) didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah

* Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
* Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
* Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan


Tanda-tanda orang yang menghidapi hypertiroidisme:

*Bengkak di leher
*Cirit birit
*Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
*Gementar dan gelisah, terketar-ketar
*Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
*Kesuburan turun
*Penumpuan kurang
*Mata menjadi besar (bulging)
*Angin yang tidak menentu
*Kejang otot
*Oesteoporosis (kereputan tulang)
*Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
*Suhu badan naik, tak tahan panas
*Rambut tidak kuat
*Sukar bernafas
*Sukar tidur
*Tekanan darah naik
*Turun berat badan walaupun selera naik
*Lemah

2. Hypothyroidisme 
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup

Tanda-tanda orang yang menghidapHypothyroidisme

* Kaki bengkak
* Ingatan terganggu
* Lembap
* Malas
* Kuat tidur
* Badan sering terasa sejuk
* Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat
* Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan

Siapa yang berisiko?

* Perempuan
* Genetik
* Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
* Usia lebih 60 tahun
* Merokok


Bahaya pada ibu hamil?

* Boleh menyebabkan kelahiran pramatang
* Komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia
* Bayi kecil
* Bayi tidak cukup bulan
* Kelahiran mati
* Malformations


Inilah sebab kenapa rawatan Hyperthyrodisme terhadap ibu hamil sangat penting. Meh baca simptom dan rawatan baca sini. Selain dari rawatan yang diberi, anda juga boleh mencari alternatif lain seperti pengambilan supplemen. 

Antara supplemen yang dicadangkan sama ada anda mengalami Hyper atau Hypo

* B Complex
* Vitamin C
* Vitamin E
* Ostematrix
* Zinc

Bagi anda yang mempunyai Hypertiroid

* Boleh ambil ESP
* TIdak boleh ambil Vitalea
* Tidak boleh ambil Alfalfa

Bagi anda yang mempunyai Hypotiroid

* Tidak boleh ambil ESP
* Boleh ambil Vitalea
* Boleh ambil Alfalfa

In Shaa Allah, kita hanya berusaha. Moga Allah bantu kita untuk sembuh. Amin...

Sekian. Terima kasih.

Puan Has
Shaklee Distributor(883548)
Pm/Whatsapp : 013-2236819
Email : zarariana@gmail.com
Fb : Hasnirah Iris
Page : Vitamin Ibu Hamil